Saturday, September 5, 2009

Merdeka dan Praktikum!

Salam,


Merdeka! Merdeka! Merdeka! Walaupun rasanya telah lama Negara kita menyambut kemerdekaan ke 52, rasanya aku baru saja dapat menikmati erti sebenar kemerdekaan itu sekarang. Ketika orang lain bergembira menyambut ulangtahun tersebut, aku pula sibuk memikirkan akan 'Praktikum' yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi waktu itu.

'Praktikum'. Bukan praktikal dan bukan juga latihan industri. Ianya hanyalah merupakan satu projek tahun akhir aku di sini. Untuk menjadikanya realiti bukan lah mudah. Aku dan ahli kumpulan yang lain terpaksa berhempas pulas. Mesti ada yang tertanya praktikum tu apa? Bukan lah apa pun sangat, hanya merupakan projek bagi kitaorang kena bagi latihan dekat mereka-mereka yang telah bekerja ni. Bayangkan. Seorang pelajar nak bagi latihan dekat mereka yang telah bekerja ni. Mereka yang lebih makan garam dari kami semua ni. Tak ke rasa gerun yang amat? Mujur alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun korang tak tau betapa gerunnya aku sebelum aku nak bagi talk tu. Ya ampun. Tak pernah aku rasa segerun tu dalam hidup aku ni. Dah macamorang mengandung nak termuntah jer keadaan aku waktu tu. Memang bila aku gemuruh atau gerun yang amat, tabiat buruk aku sentiasa macam nak muntah. nasib baik tak muntah betul-betul, huhu.

Habis jer praktikum ni, rasa macam segala beban yang aku tanggung selama ni selesai macam tue jer. Memang waktu nak buat praktikum ni hanya tuhan yang tahu betapa sakit dan panaihnya hati ni. Biasa lar, waktu 'genting' semua orang stress. Tambah aku nak kena bagi talk lagi, nak setlekan slide lagi. Banyak kena buat. Tapi akhirnya bila jer aku dah habis 'bebel' kat depan tuan tuan dan puan puan dekat Pejabat Tanah Kulai tu, rasa macam yang semua burden aku dah setle. Padahal, banyak lagi kerja yang menyusul lepas nie. Tapi leganya, tak dapat aku nak gambarkan. Tambah-tambah waktu aku 'membebel' tu, boleh pulak dia blackout. Ya Rabbi, korang tak tau betapa aku gabra yang amat. Tapi oleh kerana ke'coolan' aku, aku berjaya handle keadaan. Cewah! Hebat betul aku. Hahaha, apa-apa pun tahniah kepada semua kumpulan aku. Adik, Ming, Ming atma, NIk (satu-satunya bunga) dan roomate aku yang tak handsome tue la, Syapit. Good Job man!!! Nanti aku upload gambar. Lupa nak amik gambar kat Ming.

Itular, aku kata aku macam baru merdeka. Merdeka tu kan ertinya bebas. Macam juga aku dan kitaorang semua. Habis jer praktikum ni rasa macam bebas. Bebas yang amat. Walaupun masih banyak kerja menyusul di hadapan aku ni. Tapi rasanya semester ni, inilah kerja yang paling berat kitaorang kena buat. Yang belum buat tu, selamat lah semuanya. Cuma apa yang aku rasa daripada peristiwa praktikum ni, JANGAN TERLALU MEMINTA-MINTA. Kadang-kadang kita tak sedar, kita nak ini nak itu nak yang macam ni, padahal apa yang kita dapat hari ni tak bermakna kita akan dapat yang lebih baik masa akan datang. Bersyukur dengan apa yang kita dapat. Dan persoalannya, nak buat yang PERFECT tapi kenapa tak praktikkan apayang dipelajari. Bukan kita kena ikut setup room, bukan setup room yang ikut kita? Yer lar, siapa yang tak nak perfect, semua orang nak. Padahal mereka tak sedar, orang yang perfectionist ni, stress dia lagi tinggi dari orang yang cool and relax macam aku ni. Hahaha Bukan aku yang kata, Dr Fadzilah Kamsah yang kata. Sedar lar semua. Demanding sangat pun tak bagus sangat.

Hari ni dah hari yang ke 16 kita berpuasa. Entah betul ker tak 16 hari aku pun tak tau. AKu dengar orang kata jer. So, sepanjang 16 hari ni apa yang kita dapat? Aku akui, banyak lagi yang perlu diperbetulkan. Yer lar, buat praktikum bulan pose, kita stress, dalam hati semuanya tak kena. Cuma aku ni jenis yang berdiam diri jer, so memang hati ni kadang-kadang terlepas juga. Cuma untungnya, bulan pose, aku berjaya sedikit untuk mengcoolkan diri aku ni. Alhamdulillah, cuma aku mengharapkan yang terbaik dalam bulan pose ni. Dan banyak kerja lagi yang terpaksa aku buat. Rasanya aku dah boleh relax sikit, buat kerja slow-slow. Cuma lepas raya ni, memang banyak kerja yang kena buat.

So, cukuplah untuk hari ni, dan dah lama rasanya aku tak update blog ni. Banyak lagi nak update, tapi aku pun ada kerja nak buat hahaha. Macam kata kawan aku Dien, buat-buat busy. Tapi tak ada lar buat-buat busy. Hehehe Panaih!! Ok lar, cukup lar sekarang, kalau rajin nanti aku update lagi. Ciao, dan sleamat berpuasa.

aurafitra

0 comments: