Salam,
Dari tajuk pun rasanya sudah memeningkan, ini kan pulak nak cerita kat sini. Lagi pening ada lar kan. Tapi biarlah, baik aku bercerita mencoret sesuatu di sini dari membiarkan aku tertengguh-tangguh langsung tak update. lama-lama bukan setakat berhabuk, semua lah. Hahaha
Sikap. Selalunya menjadi isu yang besar terutama bagi remaja yang masih belum mengenal dunia dan cuba untuk mengenalinya. Mencuba sesuatu yang baru bagi mereka tanpa memikirkan pro dan kons dalam setiap perbuatan mereka. Tapi untuk remaja yang begitu mungkin tidak menghairankan insan yang diberi nama seperti aku ni, tapi bila kita telah melangkah setapak atau bertapak-tapak dari keadaan itu, itu yang menghairankan. Masih belum berjaya menlangkah dengan jayanya ataupun sengaja mencuba untuk berada di takuk yang lama seperti usianya tak akan berganjak. Entah lah, sikap bukan sesuatu yang mudah untuk di ubah. tapi manusia tak akan berubah tanpa usaha dan kehendak sendiri. nak berubah, sendiri kena usaha. Orang lain tak boleh nak ubah apa yang telah azali seperti itu. Tapi di dalam persekitaran yang lain, perubahan itu perlu walaupun mungkin kita hipokrit. Tapi bagi aku, hipokrit itu lebih baik kerana ianya memberi kesan kepada persekitaran yang best dan selesa. kalau di ikut kan diri sendiri, memang semua pun terasa akan perasaan ketidak selesa tu.Kadabg-kadang berlakon itu pun penting. Mana lar tau kalah pulak Bront Palare yang baru-baru ni menang sampai dua anugerah pelakon terbaik kan? Lagi tinggi anugerah kita. Kalau tak, Collin Ferrel yang menang pelakon terbaik dalam Kings Speech tu. Anugerah tu satu dunia tengok. Nak? Sapa tak nak? Kan.....?????
Itulah sebenarnya asam garam kehidupan. Banyak yang kita akan tempuhi bila kita berhadapan dengan bermacam ragam manusia. Dulu waktu sekolah, pastu belajar di universiti, dan sekarang alam pekerjaan. Masing-masing mempunyai pengalaman dan peristiwa yang pernah di hadapi. Nak tak nak, we got to face it. As long as we do what we're supposed to do. Sometimes ignorance itu pun penting. Walaupun hati tetap berkata-kata tapi ignorance itu lah yang membantu kita dalam meneruskan apa yang perlu kita lakukan. Hahaha And one thing, whether we like it or not, please respect others. Especially elders ok. Mereka lebih besar nilai usianya dari kita, nak tak nak show some respect. Sometimes perasaan benci itu mampu memusnahkan diri tanpa kita sedari. Jangan mencari kesalahan orang lain tanpa kita tengok diri kita sendiri. Love each others in this small world. ke sana ke sini, jumpa juga.
aurafitra
0 comments:
Post a Comment