Saturday, February 26, 2011

Tanpa Gagal

Salam,

Its been a while since aku tak update blog ni. Tapi hari bukan lah nak update pasal 'nama di beri' coz nama  panggilan aku tak ada specialnya. Dari kecik nama diberi begitu, sampai kebesarlah orang panggil nama aku tu. So nothing special yang boleh diceritakan berkaitan dengan nama panggilan yang boleh membuatkan orang tergelak sampai terguling-guling. Haha, tapi n3 kari ini hanya lah sekadar memenuhi kehendak hati yang ingin update blog ni daripada minggu lepas lagi tapi sehingga lar saat aku menaip tadi, ada saja gangguan yang menghalang. Macam biasa lah gangguannya kan? MALAS. 

Tanpa Gagal. Kenapa tiba-tiba tajuk tu yang aku tulis kat atas tu. Entah, terlintas dengan sendirinya tatkala aku sedang menikmati taufu fa di pagi hari. Adakah kenikmatan taufu fa yang memberi aku ilham akan tajuk ini? Tanpa gagal aku harus menghabiskan taufu fa yang sungguh enak ini! Rugi lah kalau tak habis kerana sesungguhnya pembaziran itu bukan lah sifat orang terpuji malah mereka bersaudara dengan syaitan, nauzubillah! Minta di elakkan. Makanya kali ni, apa yang akan tertulis di bawah ini, maybe tak ada kaitannya dengan tajuk yang di tulis di atas. 

Memikirkan apa yang hendak di tulis ni sebenarnya susah juga. Kalau dah tak ada idea tu tak ada idea juga. Macam mana lah seorang penulis boleh menghasilkan sebuah buku yang panjang berjela? Tabik hormat dekat mereka yang boleh mencurahkan pelbagai idea di dalam sebuah naskhah yang dinamakan buku. Termenung! Termenung adalah merupakan satu penyakit atau habit? Adakah ianya bad habit atau just habit, tetapi bukan just harry. Apabila seseorang itu berada di satu alam yang lain (alam yang lain?) hasil daripada ketidaketahuan untuk melakukan sesuatu, mereka akan cenderung untuk termenung sambil memikirkan apa yang hendak di lakukan atas sesuatu tugas atau kerja yang sedang di lakukan. 

Entah apa yang aku merepekkan pun aku tak tau. Oklah, usaha aku untuk medapatkan idea nampaknya gagal. Di lain hari mungkin aku akan update sesuatu untuk blog ini. Ciao, salam and happy weekend!

aurafitra

2 comments:

Unknown said...

oit..nape nama diberi ada termasuk

aurafitra said...

HAHAHAHA ENTAH TAK TAU