Thursday, March 24, 2011

Entry di pagi hari

Salam,

Twice a week ok! Manakah janjimu.. bukan janji manis mu. Hahaha.. apa la aku merepek di pagi hari ni kan? Actually tengah menunggu untuk dipanggil oleh Tok aka nenek aku nak teman pergi beli barang dapur. Nak cakap ikan macam kurang sesuai, so nak tak nak sementara tunggu tu, update la juga. So, what's new? Nothing to say, although there are a lot of things happened for the last few days. Its not that nice to say in here, so let me keep it to myself lar. Baik tak payah bagitau kalau macam tu, tapi nak buat macam mana, dah itu yang tertulis. Itulah masalahnya, kalau kita 'bergerak' dahulu tanpa berfikir baik dan buruk. Sesetengah orang tak berfikir dalam bertindak, kekadang aku pun macam tu. Thats why sekarang, nak tak nak, we need to think carefully before we speak or do something. Yer lar, nak elakkan dari berlakunya perkara yang tidak diingini. Kekadang, perkara yang tidak diingini ni yang berlaku membuatkan hidup terumbang ambing. 

Baru jer tadi rasanya aku mempunyai idea nak tulis apa kat sini, tapi sekali dah berangan, hilang semuanya. Herm, berfikir dan berfikir dan apa yang aku nak tuliskan, aku bersyukur dengan apa yang aku ada hari ni. Mungkin hari ni macam ini takdirnya untuk aku, tapi in the future sapa yang tahu. Manusia, kadang-kadang tak lari dari mengangisi nasib yang mereka kena tempuh, tapi kena lah ingat, kalau kita macam ni, ada mereka yang lebih teruk dari kita. Aku pun pernah begitu, tapi kesedaran membantu aku dalam menghadapi kehidupan seharian dan yang mendatang. Nasib, dah ditentukan olehNya, tapi kita kena lah berusaha mencarinya. Dia lebih berkuasa dan mengetahui apakah yang terbaik untuk kita semua. Apa yang mampu kita lakukan, mintalah yang terbaik bukan sahaja untuk kita malah untuk family secara umumnya. Nak tak nak, ianya berkaitan dengan family juga kan? 

Menangis. Mungkin air mata lelaki begitu mahal bagai emas permata berlian semua lah. Agaknya sifat lelaki yang agak ego itu yang menjadikan air mata mereka begitu mahal. Tak salah kita menangis kerana mengangis itu bukan menunjukkan sifat yang lembut untuk seseorang lelaki itu, sebaliknya, ia menunjukkan sifat lain di sisi lelaki itu. Dan ingat lah, 'kita bermula dengan menangis dan berakhir dengan tangisan'. Permulaan kita merasa kehidupan di dunia dengan kita menangis, dan berakhirnya kehidupan kita di muka bumi ini juga dengan tangisan. Bukan sahaja tangisan kita, tetapi orang dikeliling kita. Jadi tak salah menangis ok wahai kaum adam. 

Akhirnya, memandangkan sekarang siang hujan, malam pun hujan, maka berhati-hati lah anda di jalan raya. Kalau boleh elak hujan tu, elaklah, untuk kesihatan diri. (sebenarnya dah tak ada idea, nk tulis pasal moto, tak reti sangat, ha ni lagi satu untuk clarify semua, motor itu pilihan orang tua saya yer, bukan saya, tapi menerimanya dengan redha). Apa2 pun, have a nice day

aurafitra

0 comments: