Tuesday, September 20, 2011

Bukan bekerja untuk 'KREDIT'

Salam,


Aku bekerja bukan untuk mendapat kredit ataupun pujian. Itu yang di rasakan sekarang. Walaupun jauh di sudut hati  ingin sekali aku mendapat pujian dari orang yang sepatutnya. Tapi tak apalah, aku bukan bekerja untuk mendapat kredit, tapi bekerja kerana inilah adalah punca rezeki yang Allah berikan sementara kepada aku. Nak tak nak kenalah terima. Bekerja ni sebenarnya baru lah dapat tahu macam mana rasanya bila kita di anak tirikan atau pun sebaliknya. Baru kita dapat melihat dunia sebenar yang selama ini berselindung di sebalik wajah2 manusia yang bermacam-macam perangai. Sekali terkena, tak apa, dua kali terkena, lantaklah, kali ketiga dan seterusnya, herm, berdiam dirilah sementara Allah bukakan rezeki yang lain. 

Bukan mudah untuk tidak menghiraukan segala apa yang berlaku di sekeliling di tambah pulak bila di anugerahkan sekeping hati yang cukup sensitif. Walau macam mana sekalipun kita cuba tidak mengendahkan apa yang berlaku, tetap hati kecil bercakap sendiri. Bukan susah untuk dengar hati bercakap, asyik dengar mulut jer bercakap, penat juga kan. At least kalau hati yang bercakap, kepala otak yang penat. Bila kepala otak yang penat, tidur pun dah dapat mengurangkan penatnya. Adeh, libra lah katakan. Hati yang lembut, bukan orang yang lembut. Hahahaha apa yang di repekkan di malam hari ni pun aku tak tau, tapi itu yang di rasakan nak tulis. Kesakitan mengahalang untuk terus menulis, sehingga berjumpa di lain hari.. ciao

aurafitra

1 comments:

Unknown said...

hmm...x perlah aku akan sentisa puji ko rajin....