Friday, January 8, 2010

Genting OOO Genting

Salam,

Keputusan sama ada nak pergi Genting atau tidak akhirnya mencapai kata muktamad. Malas hendak fikir banyak, kitaorang decide, pergi jer lar. Walaupun awalnya perasaan geram kerana 'kawan' yang tidak serupa 'kawan'. Semua itu terpaksa diketepikan bukan sahaja oleh aku malah sesetengah kawan-kawan (real one) yang turut serta pergi genting ni. Mungkin juga memikirkan ini adalah sem terakhir kitorang kat sini, kena lar juga pergi.


Perjalanan kami ke genting akan bermula pada hari ini, jam 10 malam nanti. Apa yang aku harapkan di sana? Entah lah, sekadar untuk bergembira bersama rakan untuk sem terakhir ini. Mana tau lepas ni kan susah nak jumpa. Itu juga lah penyebab aku pergi rasanya. Aku ni dah lar gayat dengan tinggi, tak guna juga kalau gi sana kan? Hahaha So untuk hilangkan gayat tue, terpaksalar Face the fear, kalau tak sampai bila-bila pun macam tue la jugak. Hahaha

Oklah, doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik. Sejak dua menjak ni, takut juga nak gerak malam-malam. Bukan apa, kita hanya merancang, Tuhan yang lebih mengetahui, InsyaAllah semua akan ok dan perjalanan ini akan 'smooth' hendaknya. Amin

Ciao. Nanti aku update lepas balik sini, dengan picturenya sekali okay!!!

aurafitra

Sunday, January 3, 2010

PSM, MAKAN dan TIDUR

Salam,

Sejak dua menjak ni, itu jer la keje aku. BUkan aku yg cakap pun, kawan aku sorang tue yang cakap. Sapa lagi kalau bukan abang Remy. Setiap kali dia datang bilik, mesti dia nampak aku tengah buat PSM. Kalau tak aku tidur, dan satu lagi yang wajib tue la apa lagi kalau tak makan. Hahahaha So maybe mulai sekarang, ini jer lar kerja aku. Makan, tidur dan PSM. Padahal assighnment lain banyak jer lagi nak kena buat. Tak apa, kita utamakan yang penting dan besar kerja dia. Hahahaha




Ni semua bahan rujukan yang telah di susun dengan kemas kembali. Kalau tak, memang selerak meja aku ni sampai katil pun singgah sebagai tempat landing nota-nota dan bahan rujukan tue. Hahaha Ok lar, itu jer aku nak bagitau, bukan apa pun. Hahaha saja nak buang masa update blog ni. Ciao

p/s: Bukan nak tunjuk rajin ea.. saja jer ni, just for fun..

aurafitra


Another Short Entry

Salam,

Another sjort entry. Hari ini dalam sejarah. Aku mengantuk awal!!!!!! So sleepy lar. Aku pun tak tau kenapa aku boleh semengantuk ini padahal selama ni kalau tak ada kelas pagi, jangan harap aku nak mengantuk awal. Maybe antara sebabnya.

1- Aku tengah bertungkus lumus menyiapkan PSM@THESIS aku. Otak aku berjalan memikirkan idea untuk mengarang ni.

2- Aku tengah mengadap PSM@THESIS. Kiri kanan aku nota dan buku yang perlu dirujuk untuk memilih ayat yang sesuai.

3- Aku tengah pening memikirkan ayat terbaik untuk PSM@THESIS ini. Sehinggakan membuat otak aku tidak lagi berfungsi dengan baiknya.

4- PSM@THESIS>......

5- Dan PSM@THESIS....

6-Dan lagi PSM@THESIS................... Arghhhhhh..............

Perlu ker aku buat nescafe???? Caffein lagi???? Arg tidak!!!! Lagipun aku dah siap bahagian yang perlu aku buat, so boleh lar aku tdur dengan nyamannya. Esok nak tak nak, aku kena bangun awal nak pergi library. Apa lagi kerja dl dan dl dan buat bahagian yang belum siap. Kakaka

Oklar ciao, aku nak tdur dulu. Selamat malam semua. :P

p/s: Kalau aku tdur, buatnya aku melayan citer apa2 dulu kan teruk namanya.. hahaha

aurafitra

Saturday, January 2, 2010

Just Another Day

Salam,


Semua apa yang dirancang musnah sama sekali. Hahaha Adakah disebabkan cuaca ataupun diri aku sendiri? Entah lar, tapi yang penting aku rasa dua-dua menyumbang kepada musnahnya perancangan aku hari ini. Semuanya pergi entah kemana.

Walaupun semuanya bermula dengan tidak baik, tapi hari ini satu perkara menggembirakan telah berlaku dalam hidup aku. Apa yang aku tunggu selama ini akhirnya masuk juga. Hahaha apa lagi, my scholarship lar. Lama menunggu akhirnya masuk juga. Huhu. Apalagi aku dengan Ajai pun enjoy lar. Bukan enjoy apa pun, makan jer. Banyak juga lar aku makan hari ini. Semuanya makanan segera jer. KFC, dan BURGER KING. Banyak tak? Entah lar, kenapa hari ini aku nak makan banyak jer, mungkin tension kot sebab psm tak start2 lagi. Hahaha







Oklar, ciao, aku terpaksa memaksa diri untuk meneruskan tugas-tugas seorang pelajar. Caiyo!!!!

p/s: Hari ni sekali lagi aku tak sentuh nasi. Tapi.... hahaha

aurafitra

Friday, January 1, 2010

Windows 7

Salam,


Teringat lak aku pasal W7 ni lepas aku post tadi. Bukan apa, just nak kongsi pengalaman pasal windows 7 ni. Nak kata aku bagus bab teknologi ni, tak ada lar sangat, tapi sikit tue boleh ar. No hal punya kalau setakat nak format ker, lingkupkan ker, menyembang pasal teknologi ni ker (poyo jer padahal ampeh juga hahaha).

Sehingga hari ni, aku rasa adalah dalam seminggu lebih dah aku guna windows 7 ni. So? Tu yang nak habaq pi tu. Pendapat aku jer lar walaupun diakui windows 7 ni lebih baik dari vista (aku tak pernah pakai vista pun, berat).

1. Cantik - Memang cantik windows 7 ni. Mestilar lebih cantik dari xp yang aku guna selama ni. Rasanya sama jer dengan vista kot. Aku suka yang cantik!!! Sapa tak suka yang cantik kan??? Hahaha

2. New features - Snap, shake, share dan sebagainya. Untuk lebih tahu, pergila website windows. Mesti jumpa punya. Aku pun tak sure sangat nak tulis kat sini. Pagi tadi penat dah mengkaji dan explore windows ni.

3. Tak ada lar yang ketiga. Hahaha

Tapi dalam cantik-cantik tue, dengan tambahan itu dan ini, geram betul aku dengan windows ni. Buka software ni tak boleh, itu tak boleh. Ini tak boleh pakai, itu tak boleh pakai. Aiya. Geram betul. Nasib baik aku ni pemalas sikit nak format xp balik. Banyak nak kena install driver. Kalau guna w7 ni, dia automatik install kita punya driver. Bukan ker senang namanya tue. Hahaha

Lagi satu, ram kena tinggi bro, kalau setakat 1g tue tak best lar sangat. Aku ni pun bertahan jer. Hahaha Nak di jadikan cerita ROOMATE aku install w7 ni tak sampai beberapa jam rasanya, dah format balik kepada yang lama (XP). Nak tau kenapa, tanya lar tuan badan. Maybe kena tukar laptop tue. Wakakaka

Itu jer lar yang aku mampu nak tulis setakat ni pasal w7. Kalau nak ikutkan banyak, tapi malas dah rasanya nak menaip ni. Tangan pun dah lenguh. Perut pun dah memulas hehehe. Oklah ciao, c u next ya!!

aurafitra

Satu Permulaan

Salam,


Hari baru, bulan baru, tahun baru, dekad baru. Semuanya merupakan permulaan kepada sesuatu. Tapi aku, sebaliknya. Ini bukanlah merupakan permulaan terbaik aku. Adakah ini merupakan satu pentanda? Entah lah, aku bukan seorang yang mudah percaya kepada perkara seperti ini. Cuma kadang-kadang fikiran tetap pergi menuju ke arah itu. Entahlah, kalau dah tak tau nak buat apa, fikiran pun mula lar melayang sejauh mungkin, sampai ke mana pun aku dah tak tau.

Malam ni aku habiskan dengan membaca blog-blog orang. Tengok pengalaman, catatan suka dan duka, nasihat dan sebagainya. Kadang-kadang mebaca blog orang ni timbul juga perasaan iri hati. Yer lar, kita dekat sini, orang lain belajar nun jauh entah di mana. Bila lar aku nak sampai kat tempat orang macam tue. Hanya Tuhan yang tahu. Tapi, aku percaya setiap daripada kita mempunyai jalan yang telaj di tetapkan. Aku di sini dan mereka di sana. Masa depan sapa yang tahu?

p/s : Boring yang amat. Nak buat psm tak ada mood lagi.. nak tdo dah terlebih tdo.. aduh!!!



p/s 2 : Tadi makan satay ngan Remy. Sedap gak.. agak mahal lar juga .50 sen satu.. hahaha yang penting perut aku berisi.
p/s 3 : Sejarah! Hari ni aku tak sentuh nasi langsung!!!

aurafitra

Thursday, December 31, 2009

Berakhirnya 2009

Salam,


Sedar tak sedar, kita kini telah pun berada di penghujung tahun. Dalam hanya beberapa jam sahaja lagi, kita akan sekali lagi melangkah ke tahun baru yang entah keberapa dalam hidup kita. Aku? Sudah tentulah tahun baru yang bakal menjelang ini merupakan tahun baru ke 25 dalam hidup aku. Adakah ianya akan menjadi semakin panjang, ataupun sebaliknya?

2009

Seperti biasa, setiap tahun mempunyai memori tersendiri samada yang menggembirakan ataupun sebaliknya. Bagi aku, banyak sekali yang berlaku dalam hidup aku. Baik atau tidak. gembira atau menyakitkan, cukuplah ianya menjadi sejarah lipatan hidup aku. Sememangnya, setiap tahun merupakan cabaran yang terpaksa aku dan kita tempuhi bersama. Dugaan dan cabaran hanya diri kita yang dapat tempuhinya. Kalau kita dapat mengharunginya dengan baik, maka sudah tentulah tahun itu akan menjadi tahun yang sungguh memberikan kita satu kenangan terindah.

Kalau nak diiuktkan, banyak yang berlaku tahun 2009 dalam hidup aku, samada sebagai seorang insan, mahupun pelajar. Kita sebagai insan dan aku sebagai pelajar tidak lari daripada segala masalah ataupun halangan untuk meneruskan kehidupan. Terutama sebagai pelajar. Pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu di hadapi untuk menghabiskan sisa-sisa pengajian yang tinggal hanya beberapa bulan sahaja lagi. Tidak di nafikan, kadang sifat aku sendiri yang megundang kepada semua yang berlaku, terutama yang pahit. Tapi, adakah kita hanya perlu berdiam diri andaikata kita 'dipijak' dan 'ditendang' kesana dan kemari bak lalang apabila ditiup angin. Kesabaran mempunyai tahapnya. Andai kita melangkaui tahap tersebut, segala mungkin diluar jangkaan akan muncul yang menyebabkan 'permusuhan' dan sebagainya. Cukup yang pahit. Kalau diingat, kadang-kadang kelakar juga. Macam budak tak matang. Tapi itu, hakikatnya. Semua kita sama, tak payah nak kata aku tak macam ni. Cuma samada kita memendam atau menunjukkan semuanya. Cumanya pilihan aku, aku tunjuk. Tak tahan dah nak memendam, akhirnya, berlakulah sesuatu yang kita tak pernah nak sangka. Hahaha macam apa jer.

Yang manis? Hahaha 2009 merupakan tahun terakhir aku bergelar pelajar. Tak sabar rasanya nak menamatkan semua penat lelah yang telah aku usahakan sepanjang beberapa belas tahun ini belajar. Dari sekolah rendah, menengah, diploma, dan ijazah akhirnya, sampai juga ke penghujungnya. Tapi persoalannya, adakah ini penghujungnya? Hanya aku yang dapat menjawabnya, tetapi masih belum mempunyai jawapannya. Susah untuk memikirkan jawapannya. Masih belum mendapat petunjuk.

Apa lagi yang menarik, dan indah? Entah lah, tatkala aku menulis ini, tak ada apa pun yang berlegar di dalam kepala otak aku ni yang indah. Semuanya yang 'memedihkan' hati jer. Mungkin ada juga beberapa perkara yang cukup menggembirakan hati aku, tetapi sebagai seorang insan yang mudah lupa, biasa lar tu. Bukan mudah nak ingat apa yang berlaku 12 bulan yang lepas. Tapi kalau nak diikutkan, semuanya dan kebanyakannya tercatat di dalam jurnal aku di dalam blog ini.

Sebelum aku terlupa, tahun 2009 juga merupakan tahun yang cukup menyedihkan dalam hidup aku. Perginya seorang ahli keluarga bukan lah merupakan satu perkara yang mudah untuk kita hadapi. Tambah pula ketika sedang berhadapan dengan peperiksaan akhir. Itu lah yang aku hadapi. Dan kali kedua aku menerima berita duka begini ketika sedang melaksanakan latihan industri. Semoga roh kedua-dua datuk aku dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang salih. Amin..

Azam? Penat dah berazam, tetapi apa yang di capai? Tepuk dada tanya sendiri. Disiplin aku kiranya kurang cukup untuk mencapainya. Setiap aku berazam, separuh daripadanya rasanya susah untuk dilaksanakan. Siapa yang bersalah? Mestilah diri sendiri. Cukuplah 2009. Tinggal kenangan, tinggal sejarah. Tahun baru menjelma.

2010


Tahun baru biasanya sinonim dengan azam baru. Tetapi aku, rasanya dah penat nak berazam. Adakah kita perlu berazam? Berazam itu aku rasa bagus untuk diri kita, berubah daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik. Semuanya teserlah kepada diri kita samada untuk mempunyai azam atau tidak. Biasanya semua daripada kita mempunyai azam tersendiri. Dan kita kena berusaha untuk mencapainya. Azam aku? Nantilah aku fikirkan, itupun kalau aku mempunyai azam. Setakat jam ini, rasanya belum lagi azam-azam baru menjelma. Hahaha

Apa-apa pun, dari aku, Selamat Tahun Baru, Happy New Year!!! Semoga tahun baru memberi wajah baru dalam meneruskan kehidupan seharian kita. Buang segala yang keruh pada 2009, dan jadikannya lebih jernih supaya ianya dapat mewarnai kehidupan kita dengan warna-warna keceriaan. Happy New Year!!

Persoalannya, kenapa kita mengagungkan tahun baru masihi sedangkan tahun baru hijriah di ketepikan???? Bagaimana perlu kita menyambuatnya? Sekadar peringatan untuk diri aku dan kita semua.

(Makan kfc dengan Ajai dan Remy. Agaknya ini cara kami menyambut tahun baru??? Tak berniatpun, sekadar mengisi perut yang kosong)


aurafitra

Friday, December 25, 2009

Friday Madness!!!!

Salam,


Sekali lagi aku mempunyai masa untuk tidak menjadikan blog ini berhabuk. Hehe dalam masa tidak sampai 12 jam, ini kali kedua aku akan update segala yang berlaku dalam kehidupan aku seharian. Bukan senang aku nak update macam ni, Selalu jer ada masalahnya. Sibuk ini lah, itulah, dan entah macam-macam lagi (padahal tak ada sibuk mana pun, saja buat sibuk wakaka).

Jumaat, cuti hari krismas, aku pasti di mana-mana juga seluruh Malaysia pasti dipenuhi dengan lautan manusia, terutama di pusat membeli belah. Dan tanpa di sangka, kitaorang pun dengan yakinnya, bergerak lar ke Tebrau JJ lepas sembahyang jumaat. Belum lagi separuh perjalanan, kami dah diuji. Hujan turun tanpa memberi petunjuk. Lebat pulak tue.



Basah lenjun Ajai, Syapit, dan Remy. Nasib baik aku membonceng, kalau tak, basah lar jugak. Wakakaka. Pastu, dah lar berhenti dekat gerai jual sate, memang cukup menduga perut aku yang belum diisi. Tu lar pasal, jual mahal sangat, roomate ajak makan aku malas, akibatnya, berlapar lar aku, hehe.

Lepas jer hujan reda, kitaorang pun bergerak lar ke JJ Tebrau tanpa ragu lagi. Sampai jer sana, tu dia, kereta bukan main banyak yang nak masuk parking. Dalam kepala otak, herm, mustahil dapat tengok wayang macam ni. Dah lar macam tue, motor nak masuk parking pun susah juga. Apa lar nasib macam ni. Dah lar macam tue, masuk je JJ beratur bukan main panjang lagi semata-mata nak beli tiket jer. Aduh, tension betul! Tapi nasib baik dapat juga tiket tue. Dan tak ramai pun yang nak tengok cerita ni sebab ni cerita baru. So kami antara yang paling awal kat MaLAYSIA tengok cerita ni. Hahaha Nak tau kami tengok cerita apa? Ha, ni lar cerita dia.



Best juga lar cerita ni. Kelakar + vampires, kira ok lar. Bak kata Remy, lagi ok dari Avatar. Ye ker? Terpulang kepada individu. Aku? Ok jer dua-dua. Avatar mempunyai kelebihan dia sendiri, begitu juga dengan citer ni. Avatar, very enjoyed watching the graphic lor, and this movie quit funny and action sikit lar. Huhu, tapi bagi aku dua-dua pun boleh. No hal punya.

Lepas habis tengok movie, apa lagi, misi paling penting dalam dunia roomate aku (hahahaha dia juga yang kena) SHOPPING. Termasuk lar aku, beli lar juga sikit barang. Adalar dua, keperluan lar katakan hahahaha. Dapat lar selei tshirt dengan short pants. Untuk kegunaan aku seharian. Hehehe pas tu apalagi, balik lar, takkan nak melepak kat jj tu, bukan ada apa pun.

On the way nak blik tue, kitaorang singgah lar restiran Singgah Selalu. Ni first time nak singgah ni. Abang Remy dah selalu, kitaorang baru. TU agaknya dia panggil singgah selalu. Hahaha



Aku order, nasi goreng isi ketam teppanyaki. Sedap bro, rugi kalau tak rasa. Cam dak-dak nie, beli biasa jer, nasi goreng kampung, nasi goreng paprik, dan lain sikit roomate aku nasi goreng singgah selalu. Pastu dia tambah tomyam ayam. Kira ok lar tue kan makan. Tak mahal mana pun, tapi mahal lar dari biasa yang kitaorang makan kat seri puteri tue. Hehehe nak SINGGAH SELALU tak boleh lar, SEKALI SEKALA BOLEH. Tapi kalau niat nak USHAAHIDU, boleh lar kot, wakakaka.

Habis makan, kitaorang pun balik lar, nak buat apa lagi. Macam aku sampai bilik, buat apa yang patut dan terus update blog aku ni. Hahaha tak tahan betul, macam apa jer. Ok lar, so far begitu lar hari aku hari ni. Esok mungkin sibuk dengan PSM. Nak tak nak, kena buat tesis ni. Jangan lar sampai aku xtend pulak. Minta di jauhkan. Hehehe ok lar ciao, esok kalau ada yang menarik, aku update lagi. (Tak sabar nak rasa SATAY on the way ke tebrau tue hehehe)

aurafitra


2 Weeks, dan Dua Minggu.. haha

Salam,

Rasanya sudah agak lama aku biarkan blog aku ni berabuk, sampai ada kawan tanya, 'bila ko nak update blog ko?' Huh! Aku pun tak tau macam mana nak jawab. Nak tak nak, aku pun rasa sementara aku boleh memasuki lineyang cukup payah ni, baik aku update serba sedikit kat blog ni.

Sedar tak sedar, sekarang dah masuk minggu kedua dan minggu depan minggu ketiga aku bergelar pelajar tahun akhir dekat universiti ni. Sekejap saja rasanya masa berlalu sehinggakan aku tidak sedar masih banyak kerja yang belum diselesaikan. Macam-macam masalah timbul sejak dua menjak ni. Sejak aku menjejakkan kaki di universiti ni sebagai pelajar tahun akhir. Yang paling menyedihkan, mestilah pasal biasiswa aku. Nasib baik aku tak ambil berat sangat. Kalau tidak, memang menangis tak berlagu lar aku. Hahaha Itu baru pasal biasiswa, belum lagi pasal PSM yang belum bermula. Haiya, risau aku rasanya dah tahap maksima tapi masih relax jer lagi. Bila nak start? Tak tau lar, hanya Tuhan yang tahu. Bahan semua dah ada, cumanya masa nak start tue belum muncul lagi. Masih sibuk dengan 'enjoy' ke sana dan kemari. Hahaha biasa lar, menikmati saat-saat begini sebelum betul-betul sibuk. Dan aku mengharapkan sangat-sangat kerjasama kita boleh buat PSM ni sama-sama dengan jayanya. Ajja!!!! Fighty!!!!

Seminggu pertama aku kat sini memang merupakan minggu paling enjoy aku. Bukan setakat enjoy, dengan membuang 'duit' entah ke mana, rasanya sungguh membazir. Tapi as i said, ianya satu keperluan. Nak tak nak aku memang kena mengeluarkan duit tu. Ada lar yang keperluan, ada juga yang tak kena mengena. Hahaha So far benda-benda ni yang terpaksa aku beli sepanjang dua minggu aku kat sini. Antaranya :


Baru! Nak tak nak kena buat, kalau tak, buta lar aku.. hehe sebabnya????




Yang lama dah pecah.. tengoklah keadaannya, sungguh mengharukan... huhu oleh???




Anak buah aku yang sorang ni, ada dia pijak cermin aku depan mata aku lak tu.. aduh!!!



Ni lagi dua anak buah yang cukup nakal.. hahaha


Banyak lagi yang aku borong kat Johor ni, tapi biarlah rahsia hahahaha balas dendam, sebab before tak banyak yang aku borongkan. Kononnya. Ok lah, so far ini jer lar yang mampu aku updatekan. Nanti ada masa aku update lagi. Ciao, and meery chrismtas for those who celebrated it, and a happy new year!!!!

aurafitra

Thursday, December 10, 2009

Global

Salam,

Hai guys? How are you? Its Thursday madness actually for me! The weather (for quite sometimes before the raining came) very hot you know. And when its raining, huiyo, very heavy ooo. No matter lar flooding everywhere even in the place that not ever crossed our mind gonna happen. Right? But thats the Mighty of Allah. Nothing is imposible.

The weather can chage dramatically as what happened in my house. Once, its very hot, suddenly, the rain fall down, and then, tip top, its hot again. I cant help it guys. No matter what we saying, what we're doing its still the same. Back to the basic, its our fault. We are responsible for what happening around the world nowadays. Thats is one big issue we need to pay attention at the moment. Forget anything else. Pay attention to this!! What can we do to save the world? Ask ourselves, what can we provide to make the change? Is it 2012? Who knows! Its out of our hand. But what can we do now is just together SAVE THE WORLD.

(hahaha apa aku mengarut dalam bi ni pun aku tak tau). Enough about the world. What about me? Hurm, what about me? Thats one taugh question though. Hahaha i'm bored actually not really, but what i feel now is that i cant stand just stay here doing nothing. I'm stuck here. I need somebady to take me out of here. Hahaha, what an imagination. It just like another 3 days to come before i'm leaving to my college. what a realive when thought about that. Hahaha

The only question is, whether it is on sunday, monday or tuesday? Do i have to wait longer than it supposed to be? Hahaha of coz if i could, the choices will be on tuesday, together with my roomate. But its all depends on my brother work schedule. Just cross my fingers that it'll be on tuesday. Kesian kawan aku tue, orang baru lepas penat bertunang, dah kelam kabut nak balik Johor. Hahaha Whatever it is, just wait till tomorrow, coz tomorrow never dies. Hahahaha Which day do you think the best? Mesti u all kata, up to you lar, whos gonna answer your question? Hahaha Ok lah Ciao!

aurafitra