Friday, January 8, 2010

Genting OOO Genting

Salam,

Keputusan sama ada nak pergi Genting atau tidak akhirnya mencapai kata muktamad. Malas hendak fikir banyak, kitaorang decide, pergi jer lar. Walaupun awalnya perasaan geram kerana 'kawan' yang tidak serupa 'kawan'. Semua itu terpaksa diketepikan bukan sahaja oleh aku malah sesetengah kawan-kawan (real one) yang turut serta pergi genting ni. Mungkin juga memikirkan ini adalah sem terakhir kitorang kat sini, kena lar juga pergi.


Perjalanan kami ke genting akan bermula pada hari ini, jam 10 malam nanti. Apa yang aku harapkan di sana? Entah lah, sekadar untuk bergembira bersama rakan untuk sem terakhir ini. Mana tau lepas ni kan susah nak jumpa. Itu juga lah penyebab aku pergi rasanya. Aku ni dah lar gayat dengan tinggi, tak guna juga kalau gi sana kan? Hahaha So untuk hilangkan gayat tue, terpaksalar Face the fear, kalau tak sampai bila-bila pun macam tue la jugak. Hahaha

Oklah, doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik. Sejak dua menjak ni, takut juga nak gerak malam-malam. Bukan apa, kita hanya merancang, Tuhan yang lebih mengetahui, InsyaAllah semua akan ok dan perjalanan ini akan 'smooth' hendaknya. Amin

Ciao. Nanti aku update lepas balik sini, dengan picturenya sekali okay!!!

aurafitra

0 comments: