Salam,
Bertemu kembali. Berada di dalam office time rehat ni rasanya sungguh aman dan damai.. hahaha. Tak adalah, kejap lagi mesti ada yg datang tanya dekat aku, "Eh, tak kuar makan ker? diet ea??" Dan macam-macam lagi persoalan yang terpaksa aku sediakan jawapannya. Bukan mudah berada di 'perantauan' hahaha tambah berseorangan. Ish.. ish..ish.. duit pemberian orang tua mengalir bagai air sungai yang deras menuju ke muaranya. Faham-faham jer lar, berada di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Semuanya berkenaan dengan duit. Kalau tidak pandai mengawal nafsu, alamatnya berbunyilah perut ku, hahaha. Hari ni sbnrnya baru 5 hari aku berpraktikal. kerja sbnrnya banyak. Aku just take it easy. Buat slow-slow, simpan untuk masa depan. Aku takut nanti aku tidak mempunyai kerja. Think outside d box tue. haha Apa kes!!!
Rabu minggu lepas bersamaan dengan 13.5.09, Tok Wan sebelah Ayah aku telah menghembuskan nafas yang terakhir. lebih kurang sebulan pemergian arwah Tok Wan aku sebelah emak meninggalkan kami semua, Tok Wan sebelah ayak pula pergi berjumpa yg Esa. Sungguh mengejutkan dan memeranjatkan. Jadi paha hari rabu tersebut, aku dengan emak yang kebetulan berada di sini kerana mengadakan kenduri arwah Tok Wan aku lagi satu dan juga keluraga abang terus bergerak menuju ke destinasi aku. Alhamdulillah aku sempat melihat jenazah dan memberikan kucupan terakhir sebagai seorang cucu. Aku juga sempat mengiringi jenazah sehingga ke liang kubur. Maka tinggallah jenazah mengadap yang maha Esa untuk selama-lamanya.
Secara jujurnya, itulah kali pertama aku melihat seseorang dikebumikan. Tidak pernah sepanjang hidup aku selama ini menghadiri pengkebumian ind yg pergi mengadap Ilahi. Takut, sedih. dan semuanyalah. Tak mampu untuk aku menggambarkan perasaan aku waktu itu. ianya membawa aku ke satu dunia lain dan membuat aku terfikir akan diri aku ini. Semuanya menginsafkan. Di tambah dengan bacaan talkin. Sungguh, aku tidak dapat untuk berkata-kata. Andainya aku di tempatkan pada wakti itu, apakah yang akan berlaku?? Wallahualam. Hanya Yg Maha Kuasa mengetahuinya. Aku mengharapkan agar kita sama-sama dapat menyedekahkan al-Fatihah dan mendoakan agar kedua-dua arwah ditempatkan di kalangan mereka yang Soleh. Amen.
Cukuplah setakat ini, aku ingin memanfaatkan suasana aman di office untuk merehatkan mata aku sebentar. hoprfully tiada gangguan.

0 comments:
Post a Comment