Saturday, October 24, 2009

Hujung Minggu

Salam,

Hujung Minggu

Mesti merupakan hari yang ditunggu bukan sahaja mereka yang telah bekerja, malah seperti aku yang masih bergelar student ni. Mana tidaknya, hari ni lah masa untuk kita semua bermalasan di atas katil menikmati kenikmatan yang jarang ditempuhi dari Isnin hingga Jumaat. Mungkin ada juga yang berjalan menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi ni. Ada juga yang keluar menyesakkan diri di dalam pusat membeli belah yang dipenuhi lautan manusia. Yang mana satu menjadi pilihan, terpulang kepada kita untuk mencorak hujung minggu kita. Pilihan? Bagi mereka yang berada di tengah bandar seperti Kuala Lumpur tu, mesti pelbagai plihan boleh di buat. Tapi bagi aku dan kami yang berada di Skudai ni, apa lar sangat pilihan yang boleh di buat? Setakat Jaya Jusco, Giant kat Taman Universiti tu? Naik boring dah aku menjejakkan kaki kat sana. So apa pilihan terbaik kitaorang? Semestinya kalau boleh bermalasan sahaja di atas katil. Kan best. Bukan selalu dapat nak manjakan diri macam tu. (Sebenarnya sejak kebelakangan ni, selalu sangat manjakan diri aku ni, maklumlah kelas dah habis, tunggu final jer).

Tapi persoalannya, adakah itu pilihan terbaik? Mana satu yang aku nak? Tidur atau study? Pembentangan Bajet 2010 semalam ada kata student yang first class pinjaman ptptn dia boleh jadi biasiswa jer. So tak payah lar bayar. kalau nak diikutkan, beruntungnya sapa yang dapat tu. Macam aku yang nak grad sem depan dapat ker ha? (cewah macam lar aku ni pandai sangat, 2 sem lagi perlu aku tempuh) Harap-harap jer lar, masih bejaya mengekalkan cgpa tu. Susah tu. Tapi nak seribu daya, tak nak seribu dalih. So terpulang kepada aku lar nak atau tak nak, kan?

Sebenarnya waktu aku tengah taip post kali ni, berkobar-kobar nak study. Tapi, bukan cara aku lar study awal ni, nak kena baca awal-awal ni. Nanti lupa juga bila dah nak dekat. Baik aku cool down dulu. Sampai bila lar nak cool down nya? Hahaha nanti sampai akhirnya, baru menyesal tak sudah hahaaha. Tapi masih cuba memaksa diri ni. Cuma tak berapa berjaya lagi jer. Hahaha (menaip pun membuatkan kita mengantuk kan? Tambah idea dah kering macam aku sekarang ni). Oklah, memang idea aku kering kontang ni. Jumpa lagi nanti. Ciao!

aurafitra

0 comments: