Sunday, October 18, 2009

Shanghai Master & BOSAN????

Salam,

Hari ni memang membosankan. Tak tau nak buat apa. Bangun, mandi tengok tv, tengok citer. Pastu memandangkan aku dengan sengajanya malas nak makan tengah hari, dan membuatkan perut aku lapar, habis jer tengok Supernatural season 5 episod 5 aku terus tidur, sampai la ke petang. Sedar-sedar dah 6.30 petang. Fuh, nasib baik sempat aku sembahyang asar. Tak lama lepas tu maghrib pun masuk. Nasib baik.

Oleh kerana kelaparan, maggie menjadi pilihan utama aku lar lepas maghrib tue. Disertakan dengan secawan nescafe. Ok lah juga. Dapat la juga mengisi kekosongan perut aku ni. Nak tau maggie apa? Maggie Asam laksa. Aku makan macam biasa jer. Ais panas, sedikir lada hitam (sebagai penambah perisa) lepas tu aku pun makan lar. Itu CARA AKU MAKAN MAGGIE ASAM LAKSA. CARA KORANG MACAM MANA? Hahaha ada macam iklan tv tu tak?? Ada bakat lar tue caranya...So lepas ISyak, aku dengan roomate apa lagi, pergilar cafe favourite 'Ajai' (bukan favourite kitaorang) beli nasi kerabu plus ayam goreng. RM 3.50 jer pun. Sejak dua menjak ni, itu jer la menjadi favourite kami makan malam. Malas nak keluar.

Walaupun hari ini agak membosankan dalam diri aku, tapi kadang-kadang berdebar-debar juga. Maklumlah Tennis Shanghai Master tengah berlangsung perlawanan akhir. Tambah-tambah pemain yang sikit aku puja masuk final, best nya. Nikolay Davydenko vs Nadal. Sapa yang korang rasa akan menang? Dalam kertas mestilah Nadal. Dia ranking no 2 dunia. Si Nikolay ni no 8 jer pun. Kalau tak silap aku pun, ni kali pertama diorang jumpa lepas si Nikolay ni kalahkan Nadal dekat Miami tahun lepas. Dan akhirnya, Davydenko menang dan membuatkan hari aku lebih teruja. Fuiyooo!!! Go attaboy!! Hahaha Dia menang 7-6,6-3. Ok lar tue. Semalam dia kalahkan Novak (pemain paling hampeh wakakaka no 4 dunia tu mamat ni), hari Nadal jadi mangsa. Dia pun sebenarnya baru je lepas menang kat KL open dua minggu lepas kot. Back to back title though!!! Caiyo!


Tengah-tengah baca berita, Ani call. Kawan kat kampung. Update berita lar katakan. Hahaha Lama aku tak jumpa kawan kat kampung ni. Memang cuti sebulan ni kena balik kampung lar aku. Rindu ngan diorang semua. Apa lagi ea yang boleh aku tulis ni. Tiba-tiba habis idea pulak. Wakakaka nantilah pulak aku update cerita. Sebelum aku tamatkan untuk hari ni, nak wish juga Happy DEEPAVALI untuk semua yang menyambutnya. Belum terlambat lagi rasanya. Kita kan 1 MALAYSIA. Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan! Hahaha (poyo jer aku). I'm not being sarcastic here. This is real me!! Hahaha (nampak sangat sarcasticnya). Ok lah, nanti ada masa (bermaksud internet ok) aku update. Ciao dan salam perpaduan!

aurafitra

0 comments: