Saturday, January 30, 2010

Khilaf....

Salam,

Banyak perkara yang berlaku sepanjang aku berdiam dari mengupdate blog ini. Tapi, tiap kali aku buka, perasaan untuk aku update blog ini tak timbul-timbul juga. Lastly, tinggal lar blog ni sedikit berhabuk. Berhabuk dari menerima cerita-cerita yang menarik berlaku dalam kehidupan aku. Entah menarik atau tidak, entah lah. Aku pun tidak mampu untuk mengetahuinya. Kadang-kadang, mempunyai blog dan menceritakan segala yang berlaku dalam kehidupan aku, macam syok sendiri. Syok sendiri? Mungkin ada yang berpendapat syok sendiri tu tak baik. Tapi bagi aku, syok sendiri pun bukan lah satu yang salah, janji kita syok dengan apa yang kita buat. Itu sudah cukup baik. Kepuasan lebih penting dari segalanya kan? Kalau kita buat sesuatu benda tapi tak dapat kepuasan pun macam tak guna juga.

Kekhilafan Diri

Kita bukanlah 'perfect', malah tidak juga 'maksum'. Siapa lah kita? Hanya seorang insan yang lemah. Lemah dari segala segi. Begitulah yang berlaku dalam kehidupan aku. Kadang-kadang kita lupa, alpa dengan semua yang melimpah ruah berlaku di dalam kehidupan kita sendiri. Semuanya berada di hadapan mata. Petik jari, semua boleh dapat. Dunia di hujung jari. APa sahaja sudah terbentang luas di hadapan mata. Kalau tidak berfikir dengan akal yang waras dan mengikutkan panasnya hati, tamaknya hati, berlakulah sesuatu yang tidak diingini.

Adakah kita perlu menyalahkan 'manusia mudah lupa' atas semuanya yang berlaku. Sehingga membuatkan kita bertindak tidak seperti seorang khalifah Allah yang mengikut landasannya? Adakah 'otak' yang dianugerahkan hanyalah untuk simpanan sebagai hiasan di dalam kepala kita? Bukankah ini adalah antara anugerah terbesar yang membezakan kita dengan makhluk yang lain. Tapi, di dalam sesetangah perkara atau situasi (aku), mulut bergerak lebih pantas daripada otak. Tindakan refleks yang entah apa namanya aku pun tak tau mebuatkan kadang-kadang bukan sahaja orang sekeliling yang terasa akan akibatnya, malah diri aku sendiri pun tidak akan tenang. Adakah aku masih nak beralasan itu dan ini? Herm, entah, apa jua alasan yang aku berikan, benda dah terjadi. Terlajak jalan, boleh juga undur atau berpatah balik, tapi kalau terlajak kata? Nak undur, jangan bermimpi. Sekadar ucapan maaf di bibir yang mampu kita lakukan. Itupun andainya ego tidak mengambil tempat.

Maaf. Adakah hanya sekadar ucapan di mulut? Teringat ketika aku sedang membuat 'presentation' dahulu, kebetulan tajuk yang perlu aku bentangkan adalah 'FORGIVENESS'. Teringat satu phrases, FORGIVING IS NOT FORGETTING, REMEMBER AND LET IT GO. Entah, aku pun sebenarnya tak berapa faham maksud tersirat di sebalik ayat ni, padahal waktu present tu, bukan main lagi aku kelentong. But, kelentong-kelentong aku pun based on fact. Fact is fact, bukan hanya mainan di bibir. Terpulang kepada anda bagaimana anda menafsir ayat itu sendiri. Maaf, mungkin di hadapan, ucapan menerima kemaafan itu sering diungkapkan. Takkan kita nak bermusuhan? Tapi di dalam hati? Itu lah yang merisaukan aku. Mungkin kesalahan itu rasanya nampak kecil di tambah dengan kehadiran kawan-kawan yang tergelak sekali, tetapi di dalam hati? Hanya Tuhan yang tahu. Mulut bukan lah satu perkara yang mudah, sebaliknya mulut umpama senjata tajam yang menikam ke tusuk hati.

Mungkin aku kadang-kadang bukan berniat begitu. Cuma sekadar gurauan tapi gurauan itu mungkin sedikit kasar. Kadang-kadang perkara yang berlaku membuatkan kita bertindak sekali lagi tanpa mengikut kewarasan akal fikiran. Salah aku, tapi orang lain yang menjadi mangsa. Mungkin hakikatnya, waktu tu aku mengharapkan sedikit bantuan. Bukan hanya berdiam diri melihat kekecewaan di dalam diri aku. Mungkin SITUASI yang membuatkan aku sedikit kecewa membawa kepada sifat marah di dalam diri ini di tunjukkan. Tapi adakah itu satu tindakan yang bijak? Memang tidak. Apa-apa pun, bukan niat di hati, walau hanya sekadar ucapan maaf yang mampu aku ucapkan, harap semuanya di lupakan. Cukuplah andainya aku tahu, maaf itu diterima, apa kata hati, itu terpulang kepada mereka dan yang terlibat.

Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Itu adalah jalan yang terbaik. Terpulang kepada kita macam mana kita nak suaikan dengan semuanya. Hakikat tetap hakikat! Tak boleh di ubah.....


aurafitra

0 comments: