'Life Unexpected'. Serangkap perkataan yang memang aku rasakan amat tepat dalam kita mengharungi cabaran kehidupan yang penuh dengan dugaan ini. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi esok dan hari seterusnya. Apa yang kita inginkan bukan semuanya boleh dikecapi. Begitu juga dengan hati dan perasaan. Hari ini kita gembira, esok siapa yang tahu? Sedih, geram, sakit hati semuanya adalah perasaan yang tidak akan kita jangka bagaimanakah 'mood' kita pada hari esok. Orang kata, mulakan hari anda dengan senyuman dan pasti hari yang kita lalui akan sentiasa gembira. Betulke? Entah lah, aku pun tak tahu. Bukan mudah nak bangun pagi terus senyum kan? Nanti kalau ada orang yang tidur sebelah kita kata kita gila pulak. Hahaha
Kita hanya merancang tapi yang menentukannya adalah Allah. Rancang lah ini dan itu, tapi kalau tak diperkenankan olehNya, tak juga kan? Tapi perancangan itu penting dan perlu kita lakukan dan berusaha untuk mencapainya, dan akhirnya berdoa dan berserah kepadaNya untuk menentukan apa yang terbaik untuk kita. Aku juga tertanya-tanya, apakah rancanganNya untuk aku? Rasanya dah hampir dua bulan aku telah menamatkan pengajian, tapi masih belum jelas apa yang perlu aku lakukan. Apakah jalan yang harus aku pilih? Jalan aku telah aku rancang selama ini nampaknya terkubur begitu sahaja. Sapa tak sedih? Sedih yang amat. Dan kadang-kadang aku tertanya juga dekat diri aku ni, adakah ini balasan yang aku berikan akibat tidak membenarkan aku mengikuti apa yang telah dirancang? Setakat ini, itulah jawapannya. Kejamkah? Tanya lah diri anda sendiri. Setimpalkah? Entah, tak terfikir pulak. Adakah aku terkongkong?
To step out on my own, living this life by myself actually is my dream. Its what i'm looking for at the moment. I'm trying, and i'm looking forward to this. Its been a dream. So everything on my own. Tak payah nak bergantung dengan orang, itu lah, ini lah. Tapi, apa-apa pun kena tunggu aku melangkah ke satu alam baru yang cukup asing rasanya dalam diri aku ni. Apa lagi kalau bukan alam pekerjaan. Aku masih belum sedia sebenarnya, physical and mentally. Seperti yang aku katakan, aku telah mempunyai impian dan cita-cita sendiri tapi tersekat oleh 'persekitaran'. Apa nak buat, sedih pun dah tak berguna. Hati dan perasaan masih setia lagi dengan persekitaran pembelajaran. Nampaknya setakat ini, terkuburlah MASTER aku. Dan terhalang lah aku dari mencapai cita-cita aku.
Cukuplah aku rasa. AKu tak nak terhalang lagi dengan semuanya. Tapi adakah aku mampu? itu lah persoalannya. Tekanan di sekliling sungguh kuat. Rasa macam nak pergi balik TIOMAN duduk sana just enjoy the beach, sun, and all the fantastic view. Tapi itu bukanlah penyelesaiannya. Penyelesaiannya? Biar lah aku mencari lagi dan terus mencari.
P/s: Turn on hallmark every thusday to watch life unexpected man!! hahaha sempat lagi tu.
aurafitra
0 comments:
Post a Comment