Salam,
Tertangguh sudah rasanya apa yang patut aku postkan disini. Banyak yang hendak di kongsi, tapi memandangkan sifat yang tak dapat di bendung tu (just another excuse), macam ni lah jawapan dia. Oleh itu, tanpa membuang masa, apa kata aku update kan serba sedikit yang berlaku sepanjang minggu lepas. Its gonna be a very long entry today, hopefully.
1. Adegan Tarik Menarik
Apa yang tarik menarik? Kekasih berebut kekeasih? Cinta tiga segi? Semuanya bukan. Yang pasti nya aku menarik motor abang aku yang rosak di tengah-tengah highway. Bayangkan, situasinya, di tengah-tengah highway, dengan lori yang banyak, di pagi hari. Dan kudrat aku menarik sebuah moto yang ditunggangi seorang lelaki yang hampir beratnya 85kg? It was out of my league actually. With total maybe hampir 1100kg, aku menarik dengan menggunakan kedua belah tangan aku??? Boleh percaya tak? Percayalah kerana itulah hakikatnya. Bukan dekat aku tarik, atas highway pulak tu, dan yang paling peritnya, berbukit. Sakitnya, hanya aku yang tahu, dan semestinya yang Berkuasa, Maha. But what can i say??? Just gotta do it. Just i'm the only one they rely on that moment. Nak tak nak, have to. Boleh di anggarkan 10 km aku menarik beban sebegitu. Pergh sakitnya bukan main. Memang bengkak lar tangan ni. Ingatkan hari tu nak tangkap kebengkakan tangan ni, tapi terlupa pulak. terpaksala korang just mempercayai akan my story ni. Just bedoa aku tak akan berhadapan dengan situasi macam ini lagi.
Nak tau apa penyebabnya moto dia rosak??? Minyak hitam kering. What the $%^&??? Oleh kerana sebab yang aku rasa tidak boleh terima di akal, ini lah akibatnya. Dan menjadi mangsanya, aku. Bila di tanya, baru jer tukar, kalau baru tak ada lar sampai macam tue sekali. Memang mencari nahas. Apa nak buat, benda dah jadi, dan aku pun dah menanggung beban yang entah apa jer. Not supposed to happen. But its happening. Like it or not, gotta deal with that. Palah nasib, doremi lah jawabnya.
2. Genting Highland
Ura-ura nak ke Genting sebenarnya telah lama anak buah aku khabarkan. Tapi aku tidaklah berapa setuju kerana pertamnya of coz its gonna cost a lot of money. Walaupun gaji baru masuk, its still costly. Itu pandangan aku lar. Walaupun begitu, deep inside, aku sebenarnya happy juga nak merasa main semua tu walaupun, i'm not really sure samada enjoy atau tidak kat sana nanti. Pergi dengan family cukup beza dengan kawan, dan aku merasakan pergi dengan kawan lagi enjoy. Itu apa yang aku rasakan.
Bertolak pagi, memandangkan cable car di tutup untuk penyelenggaraan, kami meneruskan perjalanan sampai ke atas lar. Nak buat macam mana, harapan adik kakak ipar untuk naik cable car, tidak kesampaian. Dan ini rasanya kali kedua baru aku ke atas dengan menaiki kenderaan. Biasanya cable car jer. Dan, yang menyakitkan hati tu, ramai juga walaupun hari isnin. Ampeh jer rasanya. Geram pun ada, ingatkan tak payah la beratur bagai. Ini kena juga. Nasib badan lar. So tanpa membuang masa lagi ini adalah antara gambar yang sempat aku tangkap di sana.
So, ini lah antara gambar yang sempat aku rakamkan di sana. Susah bila kita nak tangkap, kita lah nak buat itu dan ini. Thats is not a good example actually (hanya aku yang tahu apa maksudnya) tapi apa nak buat, itulah hakikatnya.
Aku sebenarnya ada beberapa isu atau perkara yang hendak aku luahkan di sini, tetapi memandangkan waktu sudah lambat, aku rasa otak aku pun tidak berjalan seperti sepatutnya. Mencari idea bukan lah mudah, sepertinya sekarang aku juga 'stuck' mencari idea menulis proposal untuk memohon pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Macam mana nak buat proposal?? Any idea?? Tajuk??? Pergh, itu semua aku kena fikirkan. K lah, esok akan aku sambung, antaranya berkenaan dengan samseng jalanan dan tanggungjawab ibu bapa, isteri dan menantu. Terasa hendak menulis, so kita bertemu lagi di lain waktu.
Ciao
aurafitra
0 comments:
Post a Comment