Sunday, August 15, 2010

Puasa

Salam,

Hari ni merupakan hari ke 5 umat islam seluruh dunia berpuasa. Tinggal dalam s3 hari lagi untuk kita menyambut hari raya dan tamatnya bulan puasa ni. Adakah bulan puasa ni di sambut dengan sepatutnya? Entah lah, aku rasa masih jauh dari landasan untuk betul-betul mengimarahkan bulan ini. Bulan yang hanya setahun sekali sepatutnya perlu di sambut dengan meriah dan di nanti-nanyi dan memenuhkannya dengan amal ibadah, adakah kita tergolong dalam golongan ini? Tepuk dada tanya diri sendiri. Jawapannya memang sudah berada di dalam diri kita sendiri, sedar atau pun tidak.

Ada juga antara kita mengambil kesempatan di dalam bulan puasa ini untuk menurunkan berat badan yang terlebih sini dan sana. Persoalannya, adakah ini niat yang betul? Entah, aku pun tidak tahu jawapannya. Bagi aku, itu adalah merupakan salah satu kelebihan berpuasa andainya kita melaksanakan dengan betul. Selain daripada menurunkan berat badan, berpuasa seperti yang di ketahui juga adalah baik untuk kesihatan setelah setahun kita memenuhkan dalaman kita dengan pelbagai makanan, kan? Aku bukan lah arif sangat, sekadar terlintas di fikiran, aku tulislah. Bagi aku, entah lah, samada berjaya atau tidak turunkan berat yang sudah berlebih ni, tunggu dan lihat jer. Harap-harap dapatlah turun sedikit, walaupun tak banyak. Ia kemudiannya, dapat melatih aku mengawal nafsu makan, walaupun aku rasakan aku ni bernafsu terhadap makanan (hahahaha).

Puasa kali ini juga di Malaysia terutamanya, seperti dikatakan di dalam akhbar, cuacanya sedikit sejuk sebab berlaku di dalam musim angin monsun barat daya (betulke). Adakala rasanya betul juga, sebab angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan hujan di malam hari. Kadang-kadang panasnya boleh tahan juga. Tapi itulah salah satu dugaan berpuasa. Bukan sahaja menahan diri daripada lapar dan dahaga, malah terpaksa menempuhinya di tengah-tengah cuaca yang agak panas. Cubaan bagi umat Islam seluruh Malaysia dan negara-negara yang berada di iklim khatulistiwa. Hehe Geografi pun leh masuk.

Puasa kali ini, aku menyambut penuh di rumah, berbanding puasa tiga tahun lepas yang mana aku masih bergelar pelajar dan menyambutnya di sana. Suasananya tentulah berbeza. Yang pastinya, duit aku tidak perlu keluar untuk membeli keperluan berbuka. Sebaliknya hanya duduk, menunggu makanan terhidang dan berbuka jer lar. Tapi sebenarnya, suasana berbuka, membeli di bazar ramdhan bersama-sama sungguh mengamit kerinduan aku di sini. Rindunya nak berbuka macam tu. Best rasanya walaupun kadang-kadang kat sana rindu juga nak berbuka di rumah. It was one of the best memories during my time there. Rindunya. Puasa tahun kedua, sebelum keluar membeli makanan berbuka, biasanya aku akan mengupdate blog ni dengan bermacam-macam cerita. Kadang-kadang apa jer aku masukkan untuk memenuhi blog aku ni. Pastu, ketukan di pintu merupakan petanda aku dan rakan-rakan akan pergi membeli makanan. Itulah rutinnya. Belum lagi dengan bersahurnya. Dekat rumah ini, ikutlah,bersahur atau tak, sama jer sebab tak buat apa, duduk jer tak memerlukan tenaga sangat. Dulu belajar, kelas masih ada, oleh itu sedikit tenaga di perlukan.

Cukuplah aku update untuk hari ni, idea masih ada tapi simpan untuk hari akan datang. AKu rasa, berblog ini juga merupakan satu terapi untuk meluahkan perasaan dan apa yang berada di dalam fikiran kita ni. Bukan mudah sesetengah dari kita untuk berkongsi secara bersemuka dengan entah sapa, tapi di sini kita menulis tanpa perlu memikirkan apa yang orang rasa. Ada juga mempersoalkan, kenapa perlu kita kongsi dengan satu dunia dengan berblog. Entah, tak tau, tapi bagi yang berblog, rasanya itu adalah sesuatu yang bukan perlu tapi satu kehendak untuk bertulis dalam menyatakan buah fikiran dan perasaan. Kan? So, marilah berblog (hahahaha) dan SELAMAT BERPUASA!

aurafitra


0 comments: