Friday, August 6, 2010

Road Bully

Salam,


Bulan Julai dah 6 hari berlalu. Kini bulan baru pula muncum dan bermulah juga bulan yang di nanti-nantikan oleh semua umat Islam senatero dunia. Puasa. Hanya beberapa hari sahaja lagi umat Islam dunia terutama di Malaysia akan menempuhi bulan yang penuh barakah ini. Persoalannya, adakah kita menanti atau kita merasakan bulan ini adalah merupakan bulan yang kita tak nak tempuhi? Harap-harap kita tergolong dalam kumpulan pertama lah yer. Dan ingat, bulan puasa juga bukanlah bulan untuk kita berbelanja besar, hendaknya kawal lah nafsu makan tu. Sejarah membuktikan, membazir jer semua tu, tak kan habis punya (sejarah aku lar, orang lain, tak tau).

Tapi entry kali ini bukanlah berkenaan dengan puasa. Belum lagi aku nak menulis berkenaan dengannya. Seperti apa yang pernah aku katakan dahulu, aku teringin nak sentuh pasal samseng jalanan dan tanggungjawab kot (rasanyalah, malas pulak nak buka entry sebelum ni). Apa yang membuatkan untuk aku menulis berkenaan dengan perkara ni, kerana aku telah melihat dengan dua mata aku sendiri perkara yang berlaku. Sungguh menakutkan. Walaupun rasanya tidak lah berapa 'menakutkan' apa yang berlaku, tapi bagi aku ianya sudah cukup menggerunkan. Macam mana boleh wujud perkara macam ni?

Persoalan tu rasanya tak patut di persoalkan di sebuah negara yang aman lagi harmoni ni (mengikut katanya lah). Kalau kita semua tidak mementingkan diri, bersabar, rasanya semua perkara ini tidak akan berlaku. Masing-masing tidak memikirkan tentang keselamatan diri mereka dan keluarga mereka. Nanti siapa yang susah. Mereka dan keluarga mereka juga. Bukan orang lain. Di atas jalan, memang menyusahkan orang lain. Kenapa ea???? Kalau lar semua mengikut undang-undang, berbuat baik di atas jalan raya, semua perkara yang tak elok berlaku di atas jalan rasanya tak akan berlaku. Ini tidak, tengok orang laju makin laju, di himpitnya. Kadang-kadang aku pun tak faham. Cubalah memahamkan aku. Itu sebab aku sungguh takut akan keadaan di sini, jadi fobia pun ada. Cuba lar bertimbang rasa sikit, kalau semua bertimbang rasa macam tu, aman dunia. Kan???

aurafitra


0 comments: