Tuesday, October 20, 2009

KUCHIWA!!!!

Salam,

Hai again. Tadi tengah screen email, jumpa email kat bawah ni. So aku rasa apa salahnya aku postkan kat blog ni. Ok kan? Kadang-kadang kita ni perlu diingatkan. Biasalah, manusia, memang mudah lupa (termasuklar aku). FYI aku tak berniat pun nak post lagi lepas pos sebelum ni, tapi memandangkan aku sudah bosan di library ni, dan internet pun aku dah tak tau nak buka apa, aku pun ambil lar masa taip kat sini. At least tak adalar bosan sangat nak menunggu 10.30 pm ni. Library tutup kul 10.30 untuk pengetahuan.

So, sebenarnya aku tengah buat benda jahat ni. Biasalar, budak macam aku ni, bila ada internet, dl jer lar. So sekarang tengah dl lar ni. Tapi memandangkan line malam ni macam hampeh, tak lepas lar rasanya. So membuatkan aku kuciwa yang sangat-sangat. Sunggu aku kecewa dengan semua yang di bangga-bangga kan ini. AKU KECEWA. Apa lar nasib!!

Oklah, ciao, although i'm not having the best day today, life must go on.. hahaha kelakar-kelakar.. oklar jumpa lagi kalau ada masa. Salam, GOOD LUCK TO ALL UTM STUDENTS FOR THIS UPCOMING FINAL!!!

aurafitra


Malaikatmu..

Salam,

Semoga apa yang di paparkan ini dapat di jadikan panduan untuk kita semua.



Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia....

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia ."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?""

Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"

"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat...

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang embesar....sesunggu hnya
Syurga itu dibawah telapak kakimu...


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-
dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"Sampaikan! lah walau satu ayat"


Wallahualam,

aurafitra

Sunday, October 18, 2009

Shanghai Master & BOSAN????

Salam,

Hari ni memang membosankan. Tak tau nak buat apa. Bangun, mandi tengok tv, tengok citer. Pastu memandangkan aku dengan sengajanya malas nak makan tengah hari, dan membuatkan perut aku lapar, habis jer tengok Supernatural season 5 episod 5 aku terus tidur, sampai la ke petang. Sedar-sedar dah 6.30 petang. Fuh, nasib baik sempat aku sembahyang asar. Tak lama lepas tu maghrib pun masuk. Nasib baik.

Oleh kerana kelaparan, maggie menjadi pilihan utama aku lar lepas maghrib tue. Disertakan dengan secawan nescafe. Ok lah juga. Dapat la juga mengisi kekosongan perut aku ni. Nak tau maggie apa? Maggie Asam laksa. Aku makan macam biasa jer. Ais panas, sedikir lada hitam (sebagai penambah perisa) lepas tu aku pun makan lar. Itu CARA AKU MAKAN MAGGIE ASAM LAKSA. CARA KORANG MACAM MANA? Hahaha ada macam iklan tv tu tak?? Ada bakat lar tue caranya...So lepas ISyak, aku dengan roomate apa lagi, pergilar cafe favourite 'Ajai' (bukan favourite kitaorang) beli nasi kerabu plus ayam goreng. RM 3.50 jer pun. Sejak dua menjak ni, itu jer la menjadi favourite kami makan malam. Malas nak keluar.

Walaupun hari ini agak membosankan dalam diri aku, tapi kadang-kadang berdebar-debar juga. Maklumlah Tennis Shanghai Master tengah berlangsung perlawanan akhir. Tambah-tambah pemain yang sikit aku puja masuk final, best nya. Nikolay Davydenko vs Nadal. Sapa yang korang rasa akan menang? Dalam kertas mestilah Nadal. Dia ranking no 2 dunia. Si Nikolay ni no 8 jer pun. Kalau tak silap aku pun, ni kali pertama diorang jumpa lepas si Nikolay ni kalahkan Nadal dekat Miami tahun lepas. Dan akhirnya, Davydenko menang dan membuatkan hari aku lebih teruja. Fuiyooo!!! Go attaboy!! Hahaha Dia menang 7-6,6-3. Ok lar tue. Semalam dia kalahkan Novak (pemain paling hampeh wakakaka no 4 dunia tu mamat ni), hari Nadal jadi mangsa. Dia pun sebenarnya baru je lepas menang kat KL open dua minggu lepas kot. Back to back title though!!! Caiyo!


Tengah-tengah baca berita, Ani call. Kawan kat kampung. Update berita lar katakan. Hahaha Lama aku tak jumpa kawan kat kampung ni. Memang cuti sebulan ni kena balik kampung lar aku. Rindu ngan diorang semua. Apa lagi ea yang boleh aku tulis ni. Tiba-tiba habis idea pulak. Wakakaka nantilah pulak aku update cerita. Sebelum aku tamatkan untuk hari ni, nak wish juga Happy DEEPAVALI untuk semua yang menyambutnya. Belum terlambat lagi rasanya. Kita kan 1 MALAYSIA. Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan! Hahaha (poyo jer aku). I'm not being sarcastic here. This is real me!! Hahaha (nampak sangat sarcasticnya). Ok lah, nanti ada masa (bermaksud internet ok) aku update. Ciao dan salam perpaduan!

aurafitra

Friday, October 16, 2009

It's DONE!!! Tapi berbaloikah??

Salam,

Akhirnya, semuanya yang selama hampir empat bulan aku perjuangkan sudah ke penghujungnya. Hanya tinggal sedikit sahaja lagi yang perlu aku tempuhi untuk menamatkan semuanya. Yahoo!!! Tak tergambar rasanya apa yang aku rasa waktu ni. Usaha, penat lelah, bersengkang mata akhirnya terbayar juga dengan terhasilnya semua report yang perlu di hantar. Ish, bayangkan lar, betapa leganya bila semua dah selesai. Selesai macam manapun, last minute juga akhirnya baru siap. hari hantar baru nak print. Apa kes tu? Tapi at least effort tu ada. I'm proud of me. Aku rasa sumbangan aku nak buat report ni dan juga report yang lain-lain dah cukup baik untuk di banggakan. Bukan nak bangga apa pun. Tapi bila kita rasa kita ada effort buat benda tu, kita akan rasa seronok kan bila lihat hasilnya kan? Betul tak? Best betul bila tengok resultnya. Something yang different kitaorang buat. Nak tengok hasilnya? Nantilah. Nak tau tak? Sampai kul 4.30 pagi aku buat tu. Percaya tak? Percaya lar, ini bukan main-main ni. Hahaha

Lepas ni, aku rasa boleh aku update kan blog ni dari 'bersawang' jer kan? Tambah-tambah kelas dah habis pun, yang tinggal pun cuma final yang lagi dua minggu tue, so kira memang aku free lar ni. So untuk final ni, kemungkinan besar aku akan study bersama-sama dengan Zamin. Kemungkinan jer. Tengok keadaaan dulu. Aku just nak mengharapkan yang terbaik untuk sem nie. At least, aku tak ada lar nak nyusahkan orang. Usaha sendiri lar katakan. Eh apa kena mengena tak dengan final ni. Entah lar, tiba-tiba jer terasa benda tu nak tulis. Hahaha, so sekarang masa untuk berjuang berhadapan dengan Final. Huhu You can doit. And remember one thing, kita deserve mendapat apa yang kita dapat bila itu jer usaha kita. Bila setakat itu jer usaha kita, itu jer yang kita akan dapat. Jangan berangan nak lebih kan? So? Nantikan nasihat yang seterusnya di lain masa. Hahaha

Oklah ciao, aku nak tengok tv dan juga beberapa cerita yang nak kena habiskan. Huhu Dan nak kena layan roomate aku tengok citer favourite dia NUR KASIH. Hoyoo, favourite beb! Ok lah, see ya!

aurafitra

Wednesday, October 14, 2009

Menembusi 'line' HANGIT!

Salam,

Akhirnya dapat juga aku menembusi 'line' yang sungguh hangat ni. Hangat mengalahkan panggilan hangit Fara dan Faisal kat Hot.fm tu. Hai, harap jer 'teknologi' tapi, macam apa jer. Rasanya dah hampir sebuan juga kot aku tak update blog ni kerana masalah ni. Bikin tension sahaja. Banyak sebenarnya aku nak update. Even start daripada hari aku balik beraya dulu. Bayangkan? Dah berapa lama dah aku nak update blog ni, tapi masalah ni menyebabkan aku malas nak update. Dan biasalah, dah akhir-akhir semester ni, report bukan main banyak kena buat. Semuanya perlu di siapkan. Penat-penat. Kira sebenarnya minggu ni meinggu terakhir nak kena hantar. So, aku sekarang tengah mengerah tenaga nak menyiapkan semua report tu. Even sekarang pun aku tengah buat report evaluation training hari tu. Ok lah, nanti lar update, kalau tak, tak siap lar report tu, nak kumpul malam ni. Hehe Ciao, see u next if line ni ok. Kalau tak, kim salam jer lar.

aurafitra

Saturday, September 12, 2009

Demam dan SELAMAT HARI RAYA

Salam,

Puasa yang ke21 betul-betul menguji diri aku. Mana tidaknya, tatkala kita sedang sibuk berhempas pulas menyiapkan Jurnal yang nak dihantar, aku diserang pening dan demam yang agak ketara juga lar. Demam, ok lagi, atleast aku masih boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa, tapi pening yang aku dapat tu seingat aku, baru dua kali dalam hidup aku kena. Ya Allah, sakitnya bukan main. Sampaikan aku nak bangun dari katil pun tak mampu. Pagi ni jer Alhamdulillah sikit, peningnya dah reda, so bolehlar aku menyiapkan jurnal aku tu. Ini pun masih terasa akan sakitnya kepala dan badan aku. Betul-betul menduga diri aku! Dah lah hari ni nak pergi Bandar Tenggara, rumah mak angkat nak berbuka, aku pulak macam ni, elok nak bergumbira, sekali aku kena berduka. Huhu

Hari raya pun dah semakin menjelma. Hanya tinggal beberapa hari lagi. Dan aku akan melangkah meninggalkan bumi Johor ni pada Selasa depan. Pertamanya aku gembira sebab nak balik rumah berjumpa dengan Ayah aku yang sudah agak lama aku tak jumpa. Keduanya, mestilah menatap akan kecomelan anak-anak buah aku yang tiga orang tu. Yang ketiga, mestilah aku nak menjamu memenuhkan perut aku dengan masakan yang enak-enak. Itupun kalau ada lar. Buat nya aku balik rumah aku dekat Perak tu, beli jer lar. Tapi so far aku balik Rawang. Raya. Bukanlah aku tak gumbira menantinya. Bukan ker raya tu adalah hari kemenangan kita umat ISlam setelah sebulan berpuasa? Tapi mungkin kerana aku telah berganjak usianya, maka raya itu bagi aku seperti biasa. Tak banyak perbezaan dengan hari lain. Mungkin perbezaanya, banyak makanan yang terhidang di atas meja. Yang lain tak ada beza pun bagi aku. Itu aku lar. Orang lain tak aku rasa. Mungkin kalau aku masih berumur 10 tahun, raya itu sungguh bermakna dalam diri aku ni. Tapi aku yg telah berganjak ke usi 25 tahun ni, rasanya macam biasa jer lar. Tak ada apa pun. Nak-nak, asignment bertimbun di hadapan mata ni. Nak raya, fikir asignment. Boleh ker macam tue? Terpulanglah kan. Nak buat macam mana.

Oklah, tiba-tiba aku rasa macam tak sedap badan jer ni. Kepala pun sama. Katil macam memanggil-manggil. Bukan nak tdur pun, baring jer. Bayangkan semalam, lepas berbuka, terus landing sampai lar pagi tadi. Tak ada lar lena sangat pn tidur. Tapi kerana sakit tu, aku macam kena berbaring jer. So di kesempatan ni, sapa yang baca blog aku ni, aku nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Maaf ea, dah lar aku ni 'jahat banyak' semua rasanya bengang jer dengan aku ni kan? Hahaha so dari hujung rambut sampai ke hujung kaki aku memohon maaf. Andai kata tersalah kata, tersalah buat, biasa lar tu, maaf ea. Aku dah maafkan korang semua, kalau ada yang buat 'jahat' dengan aku tu. Hahaha perasan betul. Mungkin rasanya agak awal, tapi lepasni takut tak sempat dah. Yer lar, ni dapat internet pun dah kira baik.. hahaha Ok lah SELAMAT HARI RAYA!

aurafitra

Saturday, September 5, 2009

Merdeka dan Praktikum!

Salam,


Merdeka! Merdeka! Merdeka! Walaupun rasanya telah lama Negara kita menyambut kemerdekaan ke 52, rasanya aku baru saja dapat menikmati erti sebenar kemerdekaan itu sekarang. Ketika orang lain bergembira menyambut ulangtahun tersebut, aku pula sibuk memikirkan akan 'Praktikum' yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi waktu itu.

'Praktikum'. Bukan praktikal dan bukan juga latihan industri. Ianya hanyalah merupakan satu projek tahun akhir aku di sini. Untuk menjadikanya realiti bukan lah mudah. Aku dan ahli kumpulan yang lain terpaksa berhempas pulas. Mesti ada yang tertanya praktikum tu apa? Bukan lah apa pun sangat, hanya merupakan projek bagi kitaorang kena bagi latihan dekat mereka-mereka yang telah bekerja ni. Bayangkan. Seorang pelajar nak bagi latihan dekat mereka yang telah bekerja ni. Mereka yang lebih makan garam dari kami semua ni. Tak ke rasa gerun yang amat? Mujur alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun korang tak tau betapa gerunnya aku sebelum aku nak bagi talk tu. Ya ampun. Tak pernah aku rasa segerun tu dalam hidup aku ni. Dah macamorang mengandung nak termuntah jer keadaan aku waktu tu. Memang bila aku gemuruh atau gerun yang amat, tabiat buruk aku sentiasa macam nak muntah. nasib baik tak muntah betul-betul, huhu.

Habis jer praktikum ni, rasa macam segala beban yang aku tanggung selama ni selesai macam tue jer. Memang waktu nak buat praktikum ni hanya tuhan yang tahu betapa sakit dan panaihnya hati ni. Biasa lar, waktu 'genting' semua orang stress. Tambah aku nak kena bagi talk lagi, nak setlekan slide lagi. Banyak kena buat. Tapi akhirnya bila jer aku dah habis 'bebel' kat depan tuan tuan dan puan puan dekat Pejabat Tanah Kulai tu, rasa macam yang semua burden aku dah setle. Padahal, banyak lagi kerja yang menyusul lepas nie. Tapi leganya, tak dapat aku nak gambarkan. Tambah-tambah waktu aku 'membebel' tu, boleh pulak dia blackout. Ya Rabbi, korang tak tau betapa aku gabra yang amat. Tapi oleh kerana ke'coolan' aku, aku berjaya handle keadaan. Cewah! Hebat betul aku. Hahaha, apa-apa pun tahniah kepada semua kumpulan aku. Adik, Ming, Ming atma, NIk (satu-satunya bunga) dan roomate aku yang tak handsome tue la, Syapit. Good Job man!!! Nanti aku upload gambar. Lupa nak amik gambar kat Ming.

Itular, aku kata aku macam baru merdeka. Merdeka tu kan ertinya bebas. Macam juga aku dan kitaorang semua. Habis jer praktikum ni rasa macam bebas. Bebas yang amat. Walaupun masih banyak kerja menyusul di hadapan aku ni. Tapi rasanya semester ni, inilah kerja yang paling berat kitaorang kena buat. Yang belum buat tu, selamat lah semuanya. Cuma apa yang aku rasa daripada peristiwa praktikum ni, JANGAN TERLALU MEMINTA-MINTA. Kadang-kadang kita tak sedar, kita nak ini nak itu nak yang macam ni, padahal apa yang kita dapat hari ni tak bermakna kita akan dapat yang lebih baik masa akan datang. Bersyukur dengan apa yang kita dapat. Dan persoalannya, nak buat yang PERFECT tapi kenapa tak praktikkan apayang dipelajari. Bukan kita kena ikut setup room, bukan setup room yang ikut kita? Yer lar, siapa yang tak nak perfect, semua orang nak. Padahal mereka tak sedar, orang yang perfectionist ni, stress dia lagi tinggi dari orang yang cool and relax macam aku ni. Hahaha Bukan aku yang kata, Dr Fadzilah Kamsah yang kata. Sedar lar semua. Demanding sangat pun tak bagus sangat.

Hari ni dah hari yang ke 16 kita berpuasa. Entah betul ker tak 16 hari aku pun tak tau. AKu dengar orang kata jer. So, sepanjang 16 hari ni apa yang kita dapat? Aku akui, banyak lagi yang perlu diperbetulkan. Yer lar, buat praktikum bulan pose, kita stress, dalam hati semuanya tak kena. Cuma aku ni jenis yang berdiam diri jer, so memang hati ni kadang-kadang terlepas juga. Cuma untungnya, bulan pose, aku berjaya sedikit untuk mengcoolkan diri aku ni. Alhamdulillah, cuma aku mengharapkan yang terbaik dalam bulan pose ni. Dan banyak kerja lagi yang terpaksa aku buat. Rasanya aku dah boleh relax sikit, buat kerja slow-slow. Cuma lepas raya ni, memang banyak kerja yang kena buat.

So, cukuplah untuk hari ni, dan dah lama rasanya aku tak update blog ni. Banyak lagi nak update, tapi aku pun ada kerja nak buat hahaha. Macam kata kawan aku Dien, buat-buat busy. Tapi tak ada lar buat-buat busy. Hehehe Panaih!! Ok lar, cukup lar sekarang, kalau rajin nanti aku update lagi. Ciao, dan sleamat berpuasa.

aurafitra

Tuesday, September 1, 2009

Berbuka di GOODHOPE HOTEL

Salam,

Hari ahad yang lepas, aku berkesempatan untuk menjamu atau berbuka puasa di salah sebuah hotel di johor ni. Goodhope Hotel. Kalau nak aku pergi, memang tak mampu walalupun aku rasa yang harga dia boleh di katakan affordable lar juga. Terima Kasih kepada kawan aku Chee yang bertanggungjawab mengeyangkan perut aku yang sentiasa lapar ni. Hehe So serba sedikit, inilar gambar makanan tu. 1st round waktu berbuka tu. Meja kecik, kalau besar tentu aku tambah lagi jumlah pinggan kat atas meja tu. Huhu, terima kasih Chee, banyak-banyak. This is my time, next who knows, right?


Hampir Keseluruhan Juadah Berbuka aku dan Chee


Gambar Chee... Insan bertanggungjawab,, huhu thanx bro!!


Lagi sekali gambar semua makanan, yg muat gambar jer lar.. hehehe



Ikan bakar.. Not really my taste.. but its grate though!! :P

Nasi, daging beriyani, ayam, dan udang.. walalupun aku tak suka udang.. tambah lagi satupinggan besar tu udang ni.. penuh sampai gatal hidung aku.. huhu SEDAP!!!!


Kentang@Cheezy Wedges.. tak berapa Cheezy lar.. huhu



Buah-buahan..


Kuih muih dan kek.. yg tengah tue paling sedap.. sampai aku nak amik kali ke berapa entah, dah habis.. menyesal woooo....


Puding Ais Krim.. Not Bad!!!


BBQ Kambing.. aku x makan.. walaupun aku termakan satu.. ish3x.. rasanya bukan main tak kena dengan tekak aku ni.. mmg bukan favourite.. anyway bbq souce dia..sedap!!


Satay of coz.. bawah tu ada hot dog bakar...


Buah-buahan pilihan AKu.. yg atas tu Chee..


Soto


Dan lagi gambar...

ANyway, terima kasih banyak-banyak kepada Chee. Kalau tidak tak merasa lar aku nak makan kat hotel ni berbuka. Sekali setahun@seumur hidup, hehehe. Thanks again ha!! Really meant it...


aurafitra

Sunday, August 30, 2009

DEKAT dan JAUH??? Yang Mana Satu Pilihan Kalbu?

Salam,


Hari ni, membuatkan aku terfikir. Banyak sebenarnya yang perlu aku fikir, dan aku tak mampu nak menanggung semua yang berlegar-legar di fikiran, serabut jadinya. Tapi ada satu keadaan atau peristiwa yang membuatkan aku terfikir, memikir dan cuba memahami situasinya. Dan sehingga ke saat ini, aku masih tak faham kenapa, mengapa, dan bagaimana. Apa sahaja persoalan yang mungkin timbul, aku sedaya upaya sebenarnya cuba menjawab tapi nampaknya cubaan itu hanyalah sepertinya sewaktu Beckham menyepak penalti ketika menentang Argentina. Tak masuk! Semua soalan, jawapan tak nak masuk. Takkan 'soalan' dah bagitau 'jawapan', "ko jangan masuk, biar budak ni berserabut memikirkan ko!!" Sampai hati soalan kalau macam tu. Betapa sedihnya hati aku setiap kali jawapan yang entah apa masuk ke dalam ruang lingkup fikiran aku. Betul! Kadang-kadang hati aku seperti tercucuk dengan pisau juga bila memikirkannya. Nak buat macam mana, orangnya sensitif gila seperti sensitifnya kakak aku pada ular.

Ini persoalannya yang membuatkan aku 'serabut' memikir akan jawapannya. KENAPA KITA SERING MEMANDANG/MENGAGUNGKAN YANG JAUH DAN MELUPAKAN YANG DEKAT?? Walaupun aku tahu aku tidak sepatutnya memikirkan perkara yang remeh temeh seperti ini, padahal banyak lagi assignment nak kena fikir, training yang akan diadakan Jumaat ni, tesis nak kena submit tajuk, semuanya memerlukan kudrat otak aku untuk diulas dengan lebih supaya aku dapat fikirkan jalan penyelesaian kepada semua kerja di hadapan aku. Tetapi sebaliknya, aku memikirkan perkara lain yang mungkin tak ada kena mengena dengan apa yang sepatutnya aku dahulukan.


Oklah kita berbalik kepada persoalan tadi. Persoalan ini boleh membawa dua maksud, bagi aku. Pertamanya bagi mereka yang sedang mencari cinta dan keduanya dalam erti persahabatan atau kawan. Dan persoalan percintaan sungguh bukan bidang yang aku minat dan cuba terokai. Belum lagi masa untuk aku cuba menjadi mereka-mereka yang pakar. Tapi dalam perkara persahabatan, ianya sungguh menarik minat aku untuk melihat dan memikir akan sebab dan akibat. Cuba anda memikirkan, kenapa kita hanya memandang sebelah mata apa yang berada di hadapan, padahal kalau yang jauh tu, kita pandang bukan setakat dua belah mata, malah terjuling, tambah lagi mata dan sebagainya? Lagi satu kenapa kita sering buat endah tak endah orang yang sudah terang lagi bersuluh memang rapat dengan kita padahal orang lain yang sekali sekala datang menjelma di tatang bagai minyak yang penuh? Aku sebenarnya tidak faham kenapa perkara ini boleh terjadi. Adakah kerana aku yang sensitif terasa akan bahangnya? Nak tak nak, pasti kita terasa. Nak dibuat cerita kita yang rapat dengannya.

Entah lar, mungkin ada masanya kita tak dihargai, dan ada masanya kita sangat-sangat di hargai. Orang jauh lagi dijamu itu dan ini, orang yang dekat? Tak perlulah aku menulis jawapannya kerana aku yakin kita semua tahu jawapannya. BUkanlah terlalu meminta, tetapi apa salahnya andai kita tidak membezakan antara yang dekat dan jauh. Kesamarataan itu andai kita praktikkan sekarang akan memastikan bahawa kita akan menjadi pemimpin yang baik di masa hadapan. Tetapi memang benar, hakikatnya kalau orang jauh tu datang, kita bukan main suka lagi. Pelbagai persiapan sanggup kita sediakan. Tidak kira lar duit keluar atau tidak, tapi kalau hati dah suka, semuanya bukan lah satu persoalan kan. Umpama tapak sulaiman di bawah, perjalanan yang masih jauh dan alangkah indahnya andai persinggahan sementara itu disulami dengan sedikit penghargaan? Ia. Betul, tiada yang salah dari itu tapi seperti yang telah aku katakan, kiranya kita melayan yang 'dekat' ini seperti yang jauh, mungkin yang 'dekat' tidak mempersoalkannya. Ini sebaliknya. Itulah, memang betul, kita jarang menghargai yang berada di hadapan, tetapi bila dah jauh, nak hargai pun dah tak sempat.



Oklah, setakat itu sahaja yang mampu aku garapkan dan tuliskan apa yang tersirat di hati dan minda. Kalau nak diikutkan masih banyak yang aku hendak tumpahkan disini, tetapi pagi ini membuatkan otak aku sedikit beku. Oklah, masa bersahur sudah tiba. nantikan makanan berbuka aku pula untuk hari ini. Sekian, wasalam no offense kepada sesiap!!


aurafitra

Saturday, August 29, 2009

JUADAH BERBUKA 29.8.09

Salam,

Hari ni juadah aku seperti biasa. Nasi putih, sedikit kuih dan muih (bukan sedikit), dan juga air untuk di minum.. of coz lar untuk minum kan, habis tue takkan untuk mandi pulak! Hahaha. Tapi yang mengejutkan aku dan Ajai, masih ada lagi harga serendah 50 sen. Aku apa lagi, laju menyambar. Rugi lar kalau tak sambar tu. RM 1, aku dapat dua jenis benda atau barang. Syukur-syukur. Boleh percaya tak? Percaya lar. Serendah 50 sen tue. Tak sangka lak aku. Moga murah rezeki Pak Cik tu. Amin... So serba sedikit inilar juadah aku pada hari ni.

JUADAH BERBUKA



Juadah berbuka : Nasi Putih berlauk + Tauhu + Air + Kuih muih. Harga?? kat bawah



Lagi sekali gambar semua juadah aku.. hehe :P



Air Tauhu@ AJai panggil yong tau fu.. hahaha RM 0.50



Kuih Karipap: 4 ketul RM 1 (murahkan??)


Air Tembikai Susu = RM 0.50 Murah juga kan?? Caya tak??



Nasi putih + Ayam masak merah + tempe goreng sambal kot + tak tau la nama dia= RM 3.50 Muarh tak? Ha, murah...


JUADAH LEPAS TERAWIH



Kuih muih = RM 1


MUrah tak semua yang aku beli? Kalau nak dapat ni kat kl macam tak percaya kan? Itulah mungkin sudah namanya rezeki aku pada hari ini. Terima kasih kepada ajai kalau tak tak dapat aku harga serendah 50 sen tu. So inilah rezeki aku pada hari ini. Amin Sedihnya tengok singgah sahur hari ini. Semoga mereka tabah mengharungi hidup ini. Ya Allah, kesiannya.... Terima kasih kerana aku masih dikurniakan semuanya walaupun tidak semewah mana, hidup aku dalam serba sederhana ni sudah cukup aku mensyukurinya.


aurafitra