Friday, November 6, 2009

Malacca Trip

Salam,

Hai, berjumpa lagi kita. Dah ada peluang, aku gunakanlah nak online ni. Hahaha So hari tu aku ada bagitau kitaorang pergi Melaka kan. So ini adalah antara gambarnya. Banyak sangat gambar sampai tak larat aku nak upload.









Sekitar Bangunan A famosa (kalau aku tak silap)










(masih sekitar afamosa)










Kat Muzium Kapal Samudera ( hahaha main hentam jer nama)

Oklah, setakat ini itu jer lah gambar yang sempat aku upload. Tak larat dah sebenarnya nak mengupload ni. Bukan satu kerja yang senang. Sebenarnya kan banyak sungguh pengalaman sepanjang perjalanan ni. Ada yang menarik, dah tak kurang yang sedihnya (yg sedihnya ada yang kena marah) entah lar, aku pun tak tau lar, tapi rasanya itu perkara biasa apabila berada di dalam satu kelompok yang besar dan terasing di negeri orang. Huhu

Pengalamnnya nanti aku ceritakan sebaik sahaja aku naik sem kalau aku ingat lagi lar apa yang berlaku. Akak flexible lar, sesat pusing bandar lar (bukan aku), confius nak pergi mana lagi, makan pun masalah macam-macam lagi lah. Oklah ciao


aurafitra

Wednesday, November 4, 2009

Sacrifice Or????

Salam,

Tamat Sebuah Peristiwa

Peristiwa? Macam gempak jer, tapi apa yang sebenarnya berlaku nie? Hehehe tak ada apa pun, cumanya final exam aku dah habis. Hahaha betapa happynya aku kala ini. Maklumlah waktu aku sedang bergembira di perpusatakaan, masih ada geng yang masih tekun menjawab pekse. Selamat menjawab lar weih (walaupun aku tau waktu ni korang dah habis dah pun jawab ahahahaha). Happy sesangat. Tapi yang membuatkan jiawa aku kacau ni, aku sorang-sorang jer kat sini. Yang lain semua dah balik. Sedihnya. Tapi tak ada, kesedihan aku akan terubat esok. Melaka, here we come! Hahaha. Secara keseluruhannya, paper aku kali ni, sunggu mencabar. Cuma paper terakhir aku adalah antara paper yang paling mudah untuk aku menjawabnya. Hahahaha Yang lain usah di tanya kerana boleh bikin kepala gua pecah bai! Dari empat paper final, yang boleh bla rasanya dua paper jer.. itupun hentah apa keputusan pun aku tak tau. Huhu

Melaka

Pa yang best dengan Melaka? Kalau nak ikutkan kejujuran hati aku ni, rasanya memang tak best pun. Aku ni bukan lah peminat bahan-bahan sejarah ni,setakat dapat lihat sekali dalam hidup pun dah cukup. (Jangan panas orang Melaka). So, apa yang membuatkan aku nak pergi Melaka ni? Lain tak bukan kerana 'kebaikan hati' aku ni. Hehehe Bukan lah nak kata tak ikhlas aku pergi sana. Happy tu nak pergi, tapi hakikatnya sebelum aku adjust hati aku ni, awalnya semua kerana terpaksa. Kalau tak kerana kawan-kawan yang dah nak grade ni aku tak pergi. Tapi fikir punya fikir, akhirnya hati aku teradjust dengan sendirinya. Hehehe

Persoalannya, wajar atau tidak aku pergi? Bagi aku mestilah wajar. Kawan bukan senang nak cari. Yang itu kita ada, itu jer lah. Habis jer hidup kita kat universiti ni, entah bila lagi kita nak jumpa. Entah mungkin ada yang kata Family first, yes it is. Sapa yang boleh sangkal. Tapi kawan pun sama juga kan? Itu bukan senang nak jaga hati semua pihak. I said again and again and again. Tapi besar ganjaran kalau kita dahulukan orang lain dari hati kita. Aku sendiri pun banyak kena sacrifice nak pergi Melaka ni. Bukan lar sacrifice dari segi apa, kewangan jer, tapi itulah namanya pengorbanan. Tapi walaubagaimanapun, terpulang kepada kita untuk menentukan jalan yang kita pilih. Tak ada sapa yang boleh pengaruhi kita walaupun sebesar mana halangan yang ada. Sepatutnya begitu lah.

Oklah, aku tak ada idea dah sebenarnya. Nak balik tapi hujan rasanya. So terpaksa lar aku bertapa di sini lagi. Start hari ni aku dah cuti mungkin selama lebih sebulan. Entah apa nak buat pun aku tak tau lar. Oklah ciao

aurafitra

Thursday, October 29, 2009

What Happened?

Salam,

FYI, aku dah cuba banyak kali untukupdatekan blog aku ni, tapi malangnya aku tak lepas nak login masuk line 'hangit' ni. Tak tau kenapa. Dah tu, ia membuatkan aku fedup dan buat tak tau jer. Mungkin ada hikmahnya aku tak boleh online ni. 1st thing aku fikir, nak bagi masa untuk aku study. Hahaha boleh tak? padahal bukan study betul-betul pun, main-main juga. Apa la aku ni, tak insaf-insaf juga lagi. Penat sudah. Hahaha Tadi bangun pagi (buat pertama kalinya setelah berminggu-minggu sebab paper aku kul 9 pagi) aku cuba lar masuk lagi sekali. Tak fedup lagi tu. Pastu rupa-rupanya, dia dah tukar aku punya pasword. Ikut suka hati dia jer. Geram betul aku. Tengok kesannya, kesian blog aku ni tak berupdate. Hahahaha Nanti aku sambung update, nak bagitau tu jer.

Sebelum tue, seperti biasa, QALAM AURA.

Bukan senang nak menjaga hati semua pihak, persoalannya, mana yang hendak di dahulukan? Yang ini kah, yang itukah? Kadang-kadang perkara yang kita anggap enteng membuatkan kita stress. Tapi, hasilnya nanti samada berbaloikah stress itu atau kembali memberikan impak negatif. In addition, how about us? Ours? Thnik about it!

aurafitra


Monday, October 26, 2009

Male Bonding

Salam,

Male Bonding

'Its not using your friends to forget, its remembering how lucky you are to have them'

Apa yang kita faham dari ayat di atas? Terpulang kepada kita untuk menghuraikannya. Setiap dari kita lain caranya. Cuma kita perlu bersyukur mempunyai kawan yang sering bersama. Tapi, persoalannya, adakah kita berkawan mempunyai niat sebaliknya? Berkawan bukan untuk 'membeli'. Renung-renungkanlah.

aurafitra

New 'QALAM AURA"

Salam,

Qalam Aura,

Kekalahan tidak bermakna kita kalah selama-lamanya. Masih jauh dan panjang perjalanan. Janganlah di bangga dengan apa yang kita capai@menang ketika ini. Kerana ada masanya, kita akan jatuh juga. Cuma masa menentukannya! Yang kalah, jadikanlahnya sebagai panduan menuju kejayaan hari esok. Esok masih ada!

aurafitra

Saturday, October 24, 2009

Hujung Minggu

Salam,

Hujung Minggu

Mesti merupakan hari yang ditunggu bukan sahaja mereka yang telah bekerja, malah seperti aku yang masih bergelar student ni. Mana tidaknya, hari ni lah masa untuk kita semua bermalasan di atas katil menikmati kenikmatan yang jarang ditempuhi dari Isnin hingga Jumaat. Mungkin ada juga yang berjalan menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi ni. Ada juga yang keluar menyesakkan diri di dalam pusat membeli belah yang dipenuhi lautan manusia. Yang mana satu menjadi pilihan, terpulang kepada kita untuk mencorak hujung minggu kita. Pilihan? Bagi mereka yang berada di tengah bandar seperti Kuala Lumpur tu, mesti pelbagai plihan boleh di buat. Tapi bagi aku dan kami yang berada di Skudai ni, apa lar sangat pilihan yang boleh di buat? Setakat Jaya Jusco, Giant kat Taman Universiti tu? Naik boring dah aku menjejakkan kaki kat sana. So apa pilihan terbaik kitaorang? Semestinya kalau boleh bermalasan sahaja di atas katil. Kan best. Bukan selalu dapat nak manjakan diri macam tu. (Sebenarnya sejak kebelakangan ni, selalu sangat manjakan diri aku ni, maklumlah kelas dah habis, tunggu final jer).

Tapi persoalannya, adakah itu pilihan terbaik? Mana satu yang aku nak? Tidur atau study? Pembentangan Bajet 2010 semalam ada kata student yang first class pinjaman ptptn dia boleh jadi biasiswa jer. So tak payah lar bayar. kalau nak diikutkan, beruntungnya sapa yang dapat tu. Macam aku yang nak grad sem depan dapat ker ha? (cewah macam lar aku ni pandai sangat, 2 sem lagi perlu aku tempuh) Harap-harap jer lar, masih bejaya mengekalkan cgpa tu. Susah tu. Tapi nak seribu daya, tak nak seribu dalih. So terpulang kepada aku lar nak atau tak nak, kan?

Sebenarnya waktu aku tengah taip post kali ni, berkobar-kobar nak study. Tapi, bukan cara aku lar study awal ni, nak kena baca awal-awal ni. Nanti lupa juga bila dah nak dekat. Baik aku cool down dulu. Sampai bila lar nak cool down nya? Hahaha nanti sampai akhirnya, baru menyesal tak sudah hahaaha. Tapi masih cuba memaksa diri ni. Cuma tak berapa berjaya lagi jer. Hahaha (menaip pun membuatkan kita mengantuk kan? Tambah idea dah kering macam aku sekarang ni). Oklah, memang idea aku kering kontang ni. Jumpa lagi nanti. Ciao!

aurafitra

Thursday, October 22, 2009

Semua ADA!!

Salam,

Selamat bertemu kembali. Cewahh! Macam lama jer aku tak update blog ni. Rasanya tak ada lar lama sangat. So, apa yang membuatkan aku nak update blog aku hari ni? Sebenarnya semalam lagi aku nak update. Ada satu persoalan yang aku nak utarakan kat korang semua (kalau ada yang baca lar). Macam mana korang hadapai kebosanan? Apa yang korang buat?

Persoalan ni timbul petang semalam. Tengah syok berchatting dengan 'scandal' aku, sapa lagi kalau bukan si Mai yang agak comel tu (hahaha perasan lar sangat) aku boring. Bukan lar boring sebab chat tu, walaupun agak memboringkan, sebenarnya aku tak ada benda nak buat. Tu yang boring tahap gaban semalam. Pastu, ini cara aku berhadapan boring (semalam lar). Makan! Walaupun ketika itu sebenarnya perut aku tak adalar minta kena isi. Tak lapar langsung. Oleh kerana aku tak tau buat apa, aku paksa perut aku yang lebih dari satu tu (hahaha) terima sebungkus maggie kari. Ini bukan cari aku makan maggie asam laksa. Ini maggie kari pulak. Hahaha. So itu cara aku bila boring. Korang semua macam mana? Lu fikirlar sendiri bak kata Nabil tu.

Mengantuk

Bila bosan, selain dari makan, mengantuk pun datang juga. Tapi semalam bosan aku tak ada lar sampai mengantuk. Hari ni pula membuatkan aku mengantuk. Sebabnya? Ha bak mai aku habaq pi. Ni aku tengah mengadap buku hubungan etnik ni. Nak final lar katakan. Tunjuk rajin jer tu. Hubungan etnik. Sekali baca memang membuatkan mata aku cepat jer mengantuk. Bayangkanlah nak kena baca dasar-dasar apa benda tu. Dasar Nasional lar, dasar Kebangsaan lar, bayangkan betapa mengantuknya aku. Bukan lar nak kata apa. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang sejati (ewahh) kita mesti kena tau benda-benda ni. Alhamdulillah, aku dapat membacanya untuk hubungan etnik ni. Tapi kalau bagi menarik sikit kan bagus. Baru semangat nak baca. Haha (kononnya, kalau x amik paper ni, x ada final, x bacanya aku huhu). Betular kata orang, sejarah ni memerlukan kesabaran yang tinggi untuk kita baca dia. Dulu, aku rasa, aku minat jer sejarah ni, sekarang langsung, berbeza. Tapi itu lah, dulu lain sekarang lain. Ish ish, apa nak jadi ni. (Tengah tulis ni, tertengok lak iklan Air Asia tu, suka aku tgk iklan ni hahaha, unik though).

Bercuti

Lepas habis final ni, ada lar kekawan yang rancang nak gi holiday. Maklumlar ada antara kitaorang yang dah habis sem ni. Aku jer sem depan. Ini bukan extend ea, saja nak habis sem depan. Kononya, dapat lar nanti grade dengan 1st class (hopefully) ni namanya rancang dengan baik jadual kitaorang. Yang grade sem ni jangan terasa pulak. Ada yang 1st class juga kan? Bagus, bagus. So balik kepada bercuti lar. Diorang rancang nak gi Melaka atau Genting. So, yang mana korang rasa lebih baik? Melaka or Genting? Tapi persoalannya, aku nak pergi ker? Memang lar nak pergi, tapi biasalar, dah akhir-akhir sem ni, memang sengkek. BUkan korang tak tau kan? Biasa lar tu.

Oklah tu, setakat ni jer lar, memandangkan aku pun dah lupa aku tulis apa (actually patut post semalam Khamis tp hari ni baru boleh post, biasa line prob). So aku tinggal kat sini jer lar. Wish me luck for final. Ciao

aurafitra

Tuesday, October 20, 2009

KUCHIWA!!!!

Salam,

Hai again. Tadi tengah screen email, jumpa email kat bawah ni. So aku rasa apa salahnya aku postkan kat blog ni. Ok kan? Kadang-kadang kita ni perlu diingatkan. Biasalah, manusia, memang mudah lupa (termasuklar aku). FYI aku tak berniat pun nak post lagi lepas pos sebelum ni, tapi memandangkan aku sudah bosan di library ni, dan internet pun aku dah tak tau nak buka apa, aku pun ambil lar masa taip kat sini. At least tak adalar bosan sangat nak menunggu 10.30 pm ni. Library tutup kul 10.30 untuk pengetahuan.

So, sebenarnya aku tengah buat benda jahat ni. Biasalar, budak macam aku ni, bila ada internet, dl jer lar. So sekarang tengah dl lar ni. Tapi memandangkan line malam ni macam hampeh, tak lepas lar rasanya. So membuatkan aku kuciwa yang sangat-sangat. Sunggu aku kecewa dengan semua yang di bangga-bangga kan ini. AKU KECEWA. Apa lar nasib!!

Oklah, ciao, although i'm not having the best day today, life must go on.. hahaha kelakar-kelakar.. oklar jumpa lagi kalau ada masa. Salam, GOOD LUCK TO ALL UTM STUDENTS FOR THIS UPCOMING FINAL!!!

aurafitra


Malaikatmu..

Salam,

Semoga apa yang di paparkan ini dapat di jadikan panduan untuk kita semua.



Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia....

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia ."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?""

Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"

"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat...

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang embesar....sesunggu hnya
Syurga itu dibawah telapak kakimu...


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-
dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"Sampaikan! lah walau satu ayat"


Wallahualam,

aurafitra

Sunday, October 18, 2009

Shanghai Master & BOSAN????

Salam,

Hari ni memang membosankan. Tak tau nak buat apa. Bangun, mandi tengok tv, tengok citer. Pastu memandangkan aku dengan sengajanya malas nak makan tengah hari, dan membuatkan perut aku lapar, habis jer tengok Supernatural season 5 episod 5 aku terus tidur, sampai la ke petang. Sedar-sedar dah 6.30 petang. Fuh, nasib baik sempat aku sembahyang asar. Tak lama lepas tu maghrib pun masuk. Nasib baik.

Oleh kerana kelaparan, maggie menjadi pilihan utama aku lar lepas maghrib tue. Disertakan dengan secawan nescafe. Ok lah juga. Dapat la juga mengisi kekosongan perut aku ni. Nak tau maggie apa? Maggie Asam laksa. Aku makan macam biasa jer. Ais panas, sedikir lada hitam (sebagai penambah perisa) lepas tu aku pun makan lar. Itu CARA AKU MAKAN MAGGIE ASAM LAKSA. CARA KORANG MACAM MANA? Hahaha ada macam iklan tv tu tak?? Ada bakat lar tue caranya...So lepas ISyak, aku dengan roomate apa lagi, pergilar cafe favourite 'Ajai' (bukan favourite kitaorang) beli nasi kerabu plus ayam goreng. RM 3.50 jer pun. Sejak dua menjak ni, itu jer la menjadi favourite kami makan malam. Malas nak keluar.

Walaupun hari ini agak membosankan dalam diri aku, tapi kadang-kadang berdebar-debar juga. Maklumlah Tennis Shanghai Master tengah berlangsung perlawanan akhir. Tambah-tambah pemain yang sikit aku puja masuk final, best nya. Nikolay Davydenko vs Nadal. Sapa yang korang rasa akan menang? Dalam kertas mestilah Nadal. Dia ranking no 2 dunia. Si Nikolay ni no 8 jer pun. Kalau tak silap aku pun, ni kali pertama diorang jumpa lepas si Nikolay ni kalahkan Nadal dekat Miami tahun lepas. Dan akhirnya, Davydenko menang dan membuatkan hari aku lebih teruja. Fuiyooo!!! Go attaboy!! Hahaha Dia menang 7-6,6-3. Ok lar tue. Semalam dia kalahkan Novak (pemain paling hampeh wakakaka no 4 dunia tu mamat ni), hari Nadal jadi mangsa. Dia pun sebenarnya baru je lepas menang kat KL open dua minggu lepas kot. Back to back title though!!! Caiyo!


Tengah-tengah baca berita, Ani call. Kawan kat kampung. Update berita lar katakan. Hahaha Lama aku tak jumpa kawan kat kampung ni. Memang cuti sebulan ni kena balik kampung lar aku. Rindu ngan diorang semua. Apa lagi ea yang boleh aku tulis ni. Tiba-tiba habis idea pulak. Wakakaka nantilah pulak aku update cerita. Sebelum aku tamatkan untuk hari ni, nak wish juga Happy DEEPAVALI untuk semua yang menyambutnya. Belum terlambat lagi rasanya. Kita kan 1 MALAYSIA. Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan! Hahaha (poyo jer aku). I'm not being sarcastic here. This is real me!! Hahaha (nampak sangat sarcasticnya). Ok lah, nanti ada masa (bermaksud internet ok) aku update. Ciao dan salam perpaduan!

aurafitra