Friday, August 28, 2009

Juadah BERBUKA + LEPAS TERAWIH + SAHUR

Salam,

Percaya atau tidak, hari ini adalah merupakan hari bersejarah bagi aku. Sejarah apa?? Haha bukan apa pun, hari ni bukan main banyak lagi aku beli. Entah kenapa jangan di tanya. Kalau ditanya semuanya gara-gara nafsu jer lar jawapan dia. Tapi bukan nafsu ni. Untuk bersahur sekali.. Tak mahal mana pun, kalau dilihat dari segi kuantiti dia, kira affordable lar. So, inilah dia juadah-juadah berbuka dan bersahur. Kejap lagi nak gi bilik ABG REMY nak berbuka ni.

JUADAH BERBUKA


SET A = Harga Rm 3.50+0.80+1+1



APa nama aku tak tau, TauHU....



Kuih Dan MUIh = Burger M'sia + Masalodeh



Air TEbu



Nasi Beriyani



JUADAH LEPAS TERAWIH


Samosa



JUADAH SAHUR/SUPPER

Nasi Putih + Ayam masak kicap

Bersyukur amat dengan rezeki kurniaan Tuhan. X banyak kan?? sikit jer tue.. tgk orang lar.. sapa yang makan. Kalau nak ikut, macam-macam lagi nak beli, tapi semuanya kena bersabar. Esok ada lagi.. macam mana kalau esok tak ada dah?? Tak tau lar, tapi kita bersyukur jer lar dengan rezekinya. ALhamdulillah.

aurafitra

Sekitar Majlis Konvokesyen Ke-..???? Part 1

Salam,


Rasanya walaupun sudah hampir dua minggu Majlis Konvokesyen UTM yang ke 44 kot, berlangsung, masih terngiang-ngiang peristiwa yang berlaku sekitar hari itu. Walaupun aku belum lagi menamatkan pengajian, tetapi meraikan kawan-kawan itu juga serasanya seperti aku sudah berjaya di sini. Ianya membakar semangat untuk aku lebih berjaya dalam pelajaran. (Cewahhh).

Hari itu bermula awal, gara-gara ABANG REMY mengejutkan aku kerana pas masuknya. Aduh, bukan main mengantuk lagi aku nak bangun, tetapi kerana memikirkan kawan, aku tetap lar memaksa diri. Semuanya mengambil masa yang ringkas untuk aku bersiap pergi ke DSI (Dewan Sultan Iskandar). Kalau dah namanya aku, tetap aku. Never say no! On certain things lar. As long as kita mampu nak buatnya apa salah kan? Walaupun, kadang-kadang tu tension juga. Hehe. Dan menapaklar aku di sana keseorang kira-kira 1 jam sebelum tibanya 'penyelamat' aku, SAMEER. Thanks SAMEER, kalau tak, keseorangan lar aku di sana. Macam tunggul jer. Hehehe

Oklah, itu permulaannya, tapi sebaik sahaja graduan@kawan-kawan aku keluar dari dewan tu, suasana bertambah meriah. Kamera pun apa lagi, snap sana, snap sini, hari bersejarah katakan. Begitu juga halnya dengan kitaorang. So, bahagian pertama ni, inilah dia sedikit gambar konvokesyen hari itu.


'FINAL TARGET BY IRIS JOHANSON' Baru pinjam.. konon rajin lar? :P


Acara kejar mengejar 100m. Comellllnya aku!!! Haha PEACE!!!


Fikri: Kita bakal berada disini. Akan kupastikan nama ku disini.
Adik: Nama ko sorg jer ker?? aku pun nak gak!!
Sameer: Semua perasan!!!! Yg tangkap gmbr ni lagi perasan.. hahaha


Bukan KELDAI, tlg Basari memegang MORTAR jer.. TLG EA!!!


Serius sgt ni!!! Kenapa adik?? Serabut kereta ker???


Kelakar habis Adik!! Lepas kenakan AKIMARU lar tue.. apa lagi!! Haha


Mata ku sepek!!! TLG!!!! SIAM mari



Ini baru keldai... KELDAI yer ABG REMY?? hehehe :P


Adengan pujuk memujuk diganggu oleh mereka2 yg menyibuk!! Haha


Cepat!! Lari... Alien dtg mengejar!!!


Jejaka terhangat MALAYA.. yg tgh tue jer.. yg lain jgn perasan!!


APa lar yg dibuat dgn tangan tu?? FB?? entah apa2.. hahah


Adik kelonggaran seluar.. tgk dr sini cam besar jer kan?? hu ahu ahua hua mcm...


Hehehe... Aku la RAJA di sini


Menyibuk jer aku ni.. Jgn marah THENG!!! Jgn lupa jemput ur wedding ha!!


Makcik-makcik semua!! Tambah ABG Fikri.. hahaha


Makcik nak gi pasar ker ni??? Jgn lupa beli ikan ea.. nak puasa dah ni


1..2...3... Baling.. tak baling pun.. pegang jer???


Abg mandi ker bang?? Nak Remy lap kan?? (ala manjanya...)


Tangkap cepat.. mahal tue.. bukan senang nak dapat dari JES!! Hehe


Selepas aku mengantoikan REMY, berlakon beb!! Han jeling macam nak marah aku jer!! haha


Gmbr ni kan.. bukan apa pun.. Si laki tu sopan sgt!!! Sopan2x.. rapat kaki bang?? Pa la...

Ni pulak saat dan ketika masing-masing telah penat dan dahaga. Tambahan dengan cuaca yang begitu panas, memang enak andai kiranya mengenakan abc ataupun ci kong.. fuh sdap.. di tambah dengan nasi campur.. lagi sedap... malangnya, pekena sup jer.. sedap2x.. tapi mahal yg amat!!! Muka ceria tp sbnrny rugi + menyesal.. hahaha


Cepat lar gerak..dah panas ni.. lambat lar BANG!! haha


Tiga jejaka paling hangat di DUNIA BEB!!!


Apa lar yg kelakar sgt tu??? ooo Syapit terjatuh gedebuk!!! tu dia macam nagka jatuh!! hahaha


Comelnya yg 2 dari kiri tue.. hehe


Hahaha.. ke terbang bebas!!!


So, serba sedikit ini lar gambar di hari bersejarah itu. Masih banyak gmbr yang aku nak upload, tp memandangkan ada kerja lain yang perlu dibuat, aku buat lar kerja lain dulu.. hehehe Tp yang paling mahal adalah gambar ni... Jeng..jeng..jeng...


Aku....

aku.....

Dan aku... hahahaha (konvo awal beb!!!)

Ok lar, itu yang paling SURPRISE!! Aku dah konvo rupanya.. aiyoyo... hahahaha yg lain jgn jeles ea.. siap pekena jubah lagi.. akibatnya pulang lewat kena denda.. tp bukan sengaja tau.. mmg nak pulangkan semalam, rupanya semalam dah tamat tempoh hantar.. dapat jubah ni pun hari rabu.. biasa lar tue.. bukannya office buka sampai malam kan?? heheh Nantikan bahagian 2 pula.. hahah lagi surprise!!!! Sekadar hiburan jer.. jgn panaih2x na!!!

aurafitra

Wednesday, August 26, 2009

Dugaan Bulan Puasa....

Salam,

Ramadhan telah pun menjejakkan ke hari ke-5. Masih ada lebih kurang 24 hari yang perlu aku dan semua umat Islam seantero dunia perlu tempuhi dalam melengkapkan ibadah puasa kali ini. Letih, penat, mengantuk, itulah lumrah yang perlu di hadapi tatkala kita semua berpuasa di bulan yang Mulia ini. Namanya pun dah puasa, kalau tak penat dan letih, bukan lah namanya puasa. Betul tak? Tapi, manusia zaman sekarang, sering menjadikan puasa itu sebagai alasan mengelak dari melakukan aktiviti seharian mereka sebelum ini. Ini seperti lumrah. Sepertinya, semua aktiviti yang biasa kita lakukan akan terberhenti sebegitu sahaja sebaik tibanya bulan ini. Kalau dilihat kembali sejarah tamadun Islam, bukankah menang kita dalam perang Badar adalah dalam bulan puasa? Rasanya semua dari kita tahu akan peristiwa dan tak perlulah untuk aku menghuraikannya panjang lebar. Siapalah aku untuk menceritakan tentang ini?


Sebenarnya, bulan puasa kali ini sungguh mencabar bagi diri aku. Aku cuba untuk membuang segala perkara tidak baik yang ada di dalam diri tapi nampaknya hanyalah melepaskan batuk di tangga. Aku rasa perjalanan untuk aku sampai ke tahap atau peringkat yang aku inginkan masih jauh lagi. Banyak lagi yang perlu aku tempuhi. Kadang, aku menyesali akan diri aku. Aku bosan dengan apa yang berada di dalam, aku penat untuk cuba tapi masih tetap di takuk lama. Walau sejauh mana aku mencuba, halangan tetap berada di hadapan. Tetapi aku masih tekad untuk meneruskan usaha terutama di dalam bulan yang mulia ini. Percubaan aku untuk menjadi lebih baik dari sekarang sebenarnya membawa kepada satu persoalan. Fikiran aku sering terganggu dengan bermacam-macam persoalan yang rasanya susah bagi diri aku untuk menjawabnya. Kenapa orang yang berbuat baik sering diuji? Kenapa orang 'baik' itu sering diuji? Begitu juga dengan alim. Disini bukanlah aku nak mengatakan yang aku baik. Cumanya setiap kali aku cuba menjadi lebih baik ada saja dugaan yang mendatang. Betullah katanya, banyak dugaan untuk kita berubah. Dan dugaan itu bukan lah mudah untuk kita hadapinya. Betul! 100% aku sokong. Dan, sudah pasti dengan iman yang hanya sebesar zarah, itupun kalau ada, aku tak mampu menghadapi segala dugaan ini. Aku kecewa, sedih akan perkara yang berlaku dan membuatkan aku kembali kepada yang lama. Dan aku kecewa, sedih dengan diri aku! Bilalah kiranya aku mampu untuk 'menjadi yang terbaik'? Hanya masa yang bisa menentukannya!

Walaubagaimanapun, Ramadhan kali ini membawa seribu satu makna dalam diri aku. Walau beribu halangan mendatang, aku tetap akan mencuba menjauhkan diri dari segala unsur-unsur jahat yang cuba mempengaruhi diri aku. Nak kata unsur-unsur jahat tu ada, dah kena ikat. APa-apa pun keadaan sekeliling kekadang memaksa untuk kita berbuat sedemikian. Sama-samalah kita mencuba untuk yang terbaik. Amin.

aurafitra

Friday, August 21, 2009

Salam RAMADHAN!!!

Salam,

Salam Ramadhan!! Sambut lah ramadhan ini dengan penuh kegembiraan. Semoga kita semua mendapat keberkatan dengan muculnya bulan yang mulia ini.


Aku tak ada idea nak tulis apa kat sini. So, ini jer lar yang aku mampu. Actually aku pergi fakulti amik surat tadi, then singgah lar cict ni nak online kejap, dari duk bilik tak buat apa tu, baiklah aku buat kerja berfaedah macam ni. Hahaha faedah sangat! Apa yang menarik ea yang boleh kita kongsi bersama ea? Betul betul kepala otak aku ni blank.. semua benda dah tak ada nak dikeluarkan disini. (ayat pun dah macam ampeh jer).

Oklah, sempena bulan baik yang bakal menjelam esok, eloklah kiranya aku kurangkan segala perkara yang tak baik di dalam diri aku ni. Sebulan jer pun kita nak elak daripada mengikut hawa nafsu tu. Kalau baik, kita dapat teruskan untuk selamanya. Kita cubalah yang terbaik. Aku pun banyak yang kena perbetulkan! Bukan nya baik sangat aku ni kan?? Aku sedar diri aku, itu sebab aku cuba memperbaiki semuanya. Kalau tak, jangan harap lar semuanya berbalik kepada yang asal. Alhamdulillah, so far aku berjaya juga mengenepikan ego dan juga kemarahan yang melanda dengan berbaik seperti seadanya. Bukan lar nak berbangga, tapi aku rasa bertuah dan seronok kerana aku dapat berbuat demikian. Kalau nak diikut kan diri aku nie, memang tiada maaf bagimu lar. Hehe, yang dah tinggal sejarah tue, kita tinggalkan. Masih jauh perjalanan di hadapan kita semua. Jalan jangan pandang ke belakang. Ke hadapan. Itu sebab kita kena memperbaiki diri kerana bermacam lagi halangan dan bengkak bengkuk yang menanti di hadapan kita semua. InsyaAllah, buat lar yang terbaik.


Apa-apapun, selamat menyambut Ramdahan Almubarak! Penuhkan nya dengan amal ibadah. Kita cuba buat yang terbaik becoz kita sememangnya terbaik!! Salam dan ciao!!

aurafitra

Sunday, August 16, 2009

Its "LAME"

Salam,

Hey'all, good morning (ops, already afternoon hehe). So wuts up with you guys? Anything interesting happened yesterday? Hahaha of coz it is. Its saturday. A lot of activities has been done doesnt it? But for me, nothing much! Becouse of me just staying here, doesnt mean that i didnt have anything, instead i am, but maybe its not that like the one you had guys! Haha but i wish someday i have it (just anothe few month. Be patient man!!!). After all, i miss my home, really miss my dad. Not seing him quit a while now. Huhu Deep down, i really wish this university to closed down a week becouse of this epidemic. But, thats not gonna happened look like lar. But who knows, after all this celebration, we're going to closed for a while. But, when its happen,ing Ajai's gonna be the who really disspointed of this. He's already bought the ticket for this coming eid hahahaha. So unlucky!

First, i dont have any intention to post anything in here. But, becouse of this 'lame' internet connection, it makes me stress and mad though (hahaha kononya). How come? I keep asking myself. This is technology u, but the facilities is not up to the standard lol. Ish, ish, ish, shame on you lar.. Hahahaha no offence ha my university. Just kidding. (after all it is true) hehe. They need to look more on this matter lar. Although it seem just a small matter, but for the students, it is big. Big enough to make us giving up our hope to this university. Dont just simply stress or emphasize to something thats we the students cant gain anything from it. This is unversity, u should pay more attention to students. We should become your 1st priority, doesnt it?

Ok lar, i didnt meant to 'bebel' in here. Just STAND UP and SPEAK UP my mind . We have the right ta have the best among the best. Thats not much too ask right? Huhu, theres always been easy for us to ask for, saying out loud, but the truth is, we didnt know what there are up too kan? Maybe they did trying to improve it, but its not yet the case maybe. All i can ask, is patient. But how long can we wait anymore? I just have another 1 semester left..(maybe u said that). Then, i dont know the answer lar, u shoulde answer that by yourself. Hahaha ciao and have a great weeknd.

aurafitra

Saturday, August 15, 2009

Dah Boleh Letak KOMEN/Bila Nak CUti NI????

Salam,

Setelah puas aku cuba untuk 'menukar' setting blog ni supaya boleh di letakkan komen, akhirnya berjaya juga. Kira, penat lelah selama aku mencuba ni berbayar la jugakkan??? hehehe penat ker? Macam tak jer.. Kira sesapa yang nak tinggalkan komen, boleh lar berbuat demikian. Kalau nak lar, kalau tak nak pun tak apa, tak larang pun. Huhu Itu jer nak bagi tau sebenarnya. Tak ada apa idea pun nak pos kali ni.

Dalam ketiadaan idea itu, aku masih memikirkan kenapa UTM masih belum ditutup oleh kerana serangan epidemic H1N1? Nak dikatakan tiada serangan, bermacam-macam aku dengar. Bukan lar meminta bukan juga mengharap. Bagus lar kalau 'realitinya' tak ada lagi serangan yang berjaya menembusi pintu pagar yang baru sahaja siap dibina keliling UTM ni. Agaknya lar tu, kerana kekebalan pinti pagar baru itu, maka serangan itu gagal menembusi ruang udara UTM ni kot.. Macam tu alhamdulillah, kira berbaloilar bina pagara satu UTM. Betul tak? Hehe bukan apa, aku ni mengharap sangat cuti. Bayangkan daripada praktikal dulu sampailar sekarang, aku belum menjejaki lagi bumu sungai siput rumah kesayangan aku tu. Setakat balik Rawang apa kelas, balik kampung lagi best. Bayangkan berapa bulan? Walaupun aku ni tak suka balik, ada ketikanya kita perlu juga balik untuk merehatkan minda dan badan ni. Yang dah balik selalu tu lain lar. Ha Panaih!!!! No Offence bro!! Dan dengar kata nak cuti after convo ni. Hopefully so!!!!

Oklah, aku cuma nak bagitau yang korang dah boleh letak komen kat blog ni. Bukan macam dulu lagi. Just suarakan apa yang korang rasa either setuju, tidak, gembira, marah, atau sebagainya. Aku sedia menerimanya dengan tangan terbuka. Hahaha kononnya lar.. Ok lar.. ingat nak menyiapkan asignment bi ni, dan lepas tu nak buat asign TM pulak. Just mengharapkan aku mendapat 'semangat' dari Yang Atas. Dan kesempatan ni, bersama-sama lar kita sedekahkan al-Fatihah kepada almarhum Ustaz Asri yang telah meninggal dunia. Kita kehilangan seorang pejuang yang sangat mencintai agama Allah ini. Al fatihah....

aurafitra

Friday, August 14, 2009

Entah apa-apa lar aku ni... ;P

Salam,

Hai guys, how are you? Harap korang semua berada dalam keadaan sihat hendaknya. Aku? Sekarang, bukanlah berada pada tahap yang memuaskan. Masih dalam 'recovery' proses. Tapi kalau lihat aku meneruskan kehidupan waktu, mesti ramai yang tak sangka tahap kesihatan aku tidaklah sebaik mana. Mana tidaknya, kalau orang demam, yang dia tau, makan, tidur, selimut, jaket. Tapi aku tak, aku kesan dan kemari. Sebenarnya demam ni jangan di layan. Kalau kita asyik layan jer demam atau apa-apa sakit kat badan, akibatnya lagi manja lar dia. Tak habis-habis mengadu sakit, nak makan ubat ini lah, itulah, makan ubat bukan tak boleh, boleh dan memang kena makan pun sebab nak baik, cuma jangan terlalu manja melayan kesakitan tu. Kan Ajai kan???

Sebenarnya kan, sedar ataupun tidak, aku ada post something kat sini sebelum post yang ini. Ada sapa-sapa yang sempat baca ker? Kalau ada tu, tak apalah nak buat macam mana. Alkisahnya, lepas jer aku post kat sini, ia membuatkan aku berfikir. Wajar atau tidak aku post benda tu. Actually post yang tu sebenarnya telah dieedit hampir 3 kali sebelum aku memutuskan untuk memberanikan diri postkannya disini. Tapi akhirnya, aku merasakan yang ianya tidak wajar dan aku terpaksa memadamkannya. Hehehe bukan apa, nanti semua orang terasa dan merasa tak puas hati. Eloklah kiranya aku mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak diingini.

So, serba sedikit apa yang berlaku dalam hidup aku sepanjang hampir seminggu blog ni tak berupdate? Banyak perkara yang sebenarnya berlegar-legar di kepala aku ni. Tapi untuk postkannya disini, perlu difikir 2 kali. Bukan apa, tak nak ada pihak yang terasa. Menjadi jujur juga sebenarnya bukanlah semudah yang disangka. Susah. Sebaliknya pula, hipokrit, lagi la susah. Tapi sedar atau tidak, sejak dua menjak ni, aku terlebih 'hipokrit' bukan sahaja kepada pihak lain, tapi kepada diri aku sendiri. Sudah penat aku 'memikirkan' akan perkara ini, tapi untuk menjernihkan sesuatu yang sudah agak keruh, hendak tak hendak, terpaksalah. Dan keputusannya, ia, kadang-kadang menjadi hipokrit itu diperlukan dalam kehidupan kita.

Allien In The Attic

Panggung wayang itu umpama kami yang punya. Hahahaha Daripada panggung yang boleh memuatkan hampir 100 orang kot, ada 6 orang jer. Betul-betul membuatkan dunia ini umpama kami yang punya. Hahaha Allien In The Attic. Itulah cerita yang menjadi pilihan setelah habis mendengar 'ceramah' yang entah apa-apa di dalam kelas. Bukan dari pensyarahnya, tetapi budak-budak nya yang 'present' entah apa-apa. Actaully membuatkan aku sedikit rasa kerdil ataupun kecewa. Inikah student Universiti. Inikah caranya mereka membentangkan hasil kerja mereka. Bagus lagi budak sekolah, sorry to say lar!!! Dan akhirnya 'kekecewaan' itu terubat dengan kelakarnya cerita ini. Nak kata best, tak lah best mana, tahap ok jer, tapi aku terhibur menontonnya. Itu yang penting bukan? Betul-betul holiao..hahaha

Dan, apa lagi yang boleh diupdatekan disini ea? Otak aku ni tiba-tiba blank. God help me!!! Erm, oklah, aku pun tak tau nak update apa dah. Better aku tolong mencari jurnal untuk si adik ni. Kesian kat dia. Walaupun awalnya aku dah malas nak fikir-fikir asignments lain kecuali yang aku kena buat, apalah salahnya aku menolong mereka yang betul-betul memerlukan. BUkan nak tunjuk baik tapi hakikatnya itu lah aku. Wahahaghaha (ada bangga juga ekeke). Dan lepas, watch out, Fikri's not gonna be the same again. He's gonna be the one who just think for himself.. hahaha kidding (although deep down, hope so). Ok lar, ciao.

aurafitra

Sunday, August 9, 2009

Sejarah: Crew+Karaoke

Salam


Saturday Madness. Dan ianya satu sejarah. Sejarah yang boleh termasuk dalam lipatan sejarah hidup lelaki bernama Fikri@Aurafitra. Dan apakah sejarah itu? Herm, nak cakap sejarah bukan la sesuatu yang aku minat. Sejarah! Fail beb. Tak ada lar sampai fail aku spm. Ok apa dulu sejarah aku. Cuma sejak masuk u ni, subjek yang ada kaitan dengan sejarah, ampeh. Tak minat langsung. Tapi, bila dah namanya sejarah, kita takkan dapat lari dari dia. Sejauh mana pun kita cuba lari darinya, ianya tetap akan mengekori kita. Sejarah tu kan luas maksudnya. Oklah, apa sejarahnya? Hai bukannya korang nak dengar citer pasal sejarah ni kan? hehehe.. biasa lar aku bila dah tulis tue, melalut entah ke mana. Ok, as ussual, lets the story begin.

Masum Uni League Crew.

Inilar baju Crew tue tu (baju adik@bang berahim aku muat tu
haha maKnanya aku dah kurus.. sukanya)

Sebelum aku terus cerita pasal crew ni, eloklar aku citer sikit pasal life aku kat sini@universiti. Sejak jer aku habis SPM dulu, aku dah tak kenal lagi erti apa itu sukan-sukan nie. Susah betul aku nak join sukan ni. Kalau dulu, bukan main hebat lagi (tak ada lar hebat mana, at least sampai lar juga peringkat daerah hehehe). Kalau ada nama jer sukan, semua aku nak join. Tapi sekarang bukan jer tak kenal tapi tak cinta dah pun. (Itu la badan dah macam tong dram wakakaka.. ish tong dram bukan sebarang tong dram, tengok lar nanti.. aku akan lebih kurus dari ALien@ajai). Tapi joging tetap no 1 ok, ajai pun dah kalah dengan aku. Itu pasal sukan, ini aktiviti lain. Dulu dekat UTM KL lar, aku join macam-macam. Jadi AJK ni lar, itu lar, tapi sekarang, aku pun dah tak kenal makna ajk-ajk ni. Apa lar ertinya lagi dalam hidup aku ni? Yeah, i admit yg ianya penting untuk future, tapi aku dah tak rasa akan keseronokan nak buat perkara ni. Tak ada feel dah. (Deep inside i feel lost at 1st, but now, not anymore). Ada lar sekali aku join AJK ni, tapi itupun aku rasa macam x complete lar (eventhough waktu tu rasa cam best jer sebenarnya). But, maybe thats not my nature anymore.

Wajahku separuh bersama baju PINJAM. Terima kSih Adik

So, dah citer macam tu, apa sejarahnya. Ha, hari ni buat pertama kalinya, aku jadi Crew untuk Masum Uni League. League ni league bola antara universiti kat Malaysia ni. Aku jadi ball Boy. Eh adaker istilah tu? Macam tak ada jer kan? hehehe aku jadi tunkang kutip bola jer. Although just being that, sebenarnya ianya memainkan peranan yang penting tau. Jangan kata khidmat kami ni kalau tak ada pun tak apa. Penting sesangat. So, aku sebenarnya kena berterima kasih banyak-banyak dekat Adik@Bang Berahim (ha Panaih) kerana memberi peluang untuk aku menadi seorang 'Crew' yang efektik. Hahaha Dapat upah tu, walaupun tak banyak cukuplah untuk dinner malam tu (terlebih cukup sebenarnya aku jer yang belanja lebih-lebih, jamu orang tak apa kot). Yang kesiannya kat Adik@Bang Berahim tak dapat. Nanti ha Adik, aku bawa ko Kenny Rogers. So, itu jer lar yang menjadi sejarahnya.. (dah lama aku tak sentuh bola) haha nasib baik kenal lagi rupa bola tu..

Karaoke.

Ni lagi satu. Seingat aku lar kan, sepanjang aku bergelar Fikri@Aurafitra ni, baru dua kali aku masuk karaoke ni (termasuk yang ni lar). Kami tak merancang pun tadi, terlintas jer nak masuk, so masuk jer lar. Berempat, seperti biasa AJai@Alien, Syapit@Not So Handsome Roomate, Sameer@Toughest (tapi tak berapa tough.. takut lipas.. wakakaka), dan semestinya aku Fikri@Aurafitra (dah beraura sangat dah). !5 lagu tu nyanyi. Sampai habis suara lar aku ni. Dah lar suara tak berapa sedap, kalau sedap tak apa juga. So sepanjang aku duk sana melalak macam apa, sebenarnya aku dapat tau si sameer tu suara boleh tahan juga berkaraoke. Rupa-rupanya. No wonder lar. Walaupun tough tapi takut, suara ok lar juga. Dan lagi satu, betul juga kita melalak kat sana semua stress or any problem boleh pergi macam tu aja. Dunia ini umpama ana yang punya. Aku tak ada lar menggalakkan kita pergi karoeke ni untuk release wutever inside, tapi sapa yang suka@boleh tu terpulanglah. Kalau yang tak boleh tu, tak payahlah. Masih banyak cara yang ada untuk release benda-benda tu. So habis terus RM 5 aku malam ni kerana berkaraoke. But yang penting, kita orang enjoyed ourselves. (bukan nak lupa akan asignments semua tu tapi sometime we do need space for ourselve kan? Space to not thinking much about the burden, the work overload, and so on). Bukan tak boleh enjoy, boleh cuma kena lar masa yang sesuai. Persoalannya sesuaiker masa tu? Hahahaha Dan satu juga kerana nak mengikut Sameer. Pelik juga sem ni macam banyak kali kitaorang kuar makan@makan@enjoy. Hehehe Cuma kalau lebih ramai kan bagus! Like the old times, but dont wishes for something yang mungkin susah untuk di capai. Masing-masing sibuk. Dengan business, dengan wutever lar.. hehe. (jangan panaih na!)

Inilah gerangan.. tak perlulah aku nyatakan.. ada sesuatu menanti anda!
(ketika berkaraoke)

Ok lar, so far, thats wut happened tonite. Even you may feel that this is not so historical, but for me it is. I'm not used to having this kind of life. But here, i have. Its quit ok with me. I'm looking for something that can distract from thinking of this bunch of work. Hate it! And before i forgot something Hanya Aq Yang Tahu, yeah i'm thankfull enough for what i have in here, friends yang lovely, understanding (not too lar but there are hehehe) but no but, as a human, mana pernah bersyukur dengan apa yang kita ada, sometimes i wish i have what you had, i wish the same for you, but its not the case. Maybe we should consider it as a test from Above. Look at me, yeah i have what you wish for once. But now, got me thinking though with all the doubts and problem facing by me,from the terms of "friend", i wonder and i dont wanna you to face prob like this man. But, whatever it is, making a friends is a good thinks lol. But the question is, to maintain it the way it should, i think thats the hardest things lol. Ya lar berkawan, tak semua boleh puaskan hati semua pihak. As i always told, nak jaga hati semua orang memang tak dapat lar till hati kita tak ada sapa yang fikirkan. But, if we wanna think like that, akibatnya semua orang tak akan fikirkan orang lain betul tak? Apa-apa pun, terpulang kepada kita untuk menilainya. Dont worry my frend, the day will come. Just be patient man! (cewah pandai nak nasihatkan orang aku ni hehehe) Dalam aku nasihatkan orang ni, sepatutnya aku pun kena la amik apa yang aku cakap ni kan? Entah lar.. Yup. It's easy to say, but to make it happen? Its not the easy things lor. I think i definitely need to look up for that thing lar. Ok lar, time for me to say goodbye, just wish all d best to all of us. Tinggalkan kenangan@sejarah, masa depan menanti kita! Go man! Thinks ahead! Ciao. Eh belum lagi, nak bagi tau senarai lagu aku nyanyo tadi hehehe: One Love, Its gonna be me, sayang2 (permintaan ajai@alien), dan with me, and more song lagu indon lar.. lupa lak aku.. hehehe . Ok lah ciao. have a best weekend!

aurafitra

Saturday, August 8, 2009

UTM Ranked the Highest Among Malaysian Universities

Salam,

Short n3 jer. Sementara menunggu maghrib ni, tengok-tengok lar web UTM. Jarang betul aku nak usha website ni. Hari ni terajin pulak. Sekali, tu dia, ranking UTM paling power kat Malaysia ni (among others universities lar). Shock? It is. Ingatkan hari tu yang dia beat USM tu, masih kat bawah UM dan UKM. Then, i'm wrong. Go UTM. Attaboy!!!! Hahaha Here's the recap:



UTM Ranked the Highest Among Malaysian Universities

MY HEARTIEST CONGRATULATIONS TO ALL THE STAFF AND STUDENTS OF UTM

I am pleased to announce that UTM has once again lived up to its mark of excellence after being ranked the highest among all Malaysian universities in the Web Ranking of World Universities. UTM has made us all proud after being ranked 642, leading all other Malaysian universities with USM trailing behind at 675, UniMAP at 745, UM at 878, UKM at 963 and UPM at 979. With this outstanding achievement, UTM is now the top ten in South East Asia and top 100 at 89th place in Asia in the Web Ranking of World Universities.

This remarkable success is the result of your strong commitment and relentless effort to aspire and achieve the best for the university. With your dedication, teamwork, hardwork and strong spirit of togetherness, you have proven that we can be the best if we put our hearts and mind to achieve our goals and aspiration. We have made it once again. My sincere appreciation and utmost gratitude to all of you. Together we can make a difference. WELL DONE!!!
Vice-Chancellor Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Macam tak percaya kan? Believe it or not, doesnt matter. Tha matter is, kita dan archieve what we're aiming for. Hahaha Very proud (although i'm not too proub before hehe). Teringat tahun lepas baru buat kajian pasal UTM ranking among other universities in the World. Kita berbaloi lar kita punya usaha guys. Well Done UTM!!! Now i'm proud being part of this family. Hehehe (Ni yang buat aku nak sambung balik kat sini, ingat nak buat master@phd kat u lain). Bangganya aku, ;)

aurafitra


Flu Again @ Carta ALIEN!!!

Salam,


Morning all. Pagi yang 'sunyi' dan indah. Jarang dapat pagi-pagi yang macam ni kalau kat sini. Kalau tidak, dengan bunyi basnya, orang mesin rumput lar, ini lar, itu lar, geram betul. But, thats life. Nothing to complaint about. Herm, tak ada idea pun nak post entry pasal apa kali ni. Ada lar juga satu perkara yang bermain-main di minda ni nak post pasal apa. Tapi kejap ea, kita cerita pasal lain dulu.

Nak dijadikan cerita, bangun jer pagi ni, aku selsema lar. Penatnya selsema ni. Benci! Tak aman hidup kalau ada selsema@flu ni. Oleh kerana aku belum lagi 'mandi' aku malas nak sapu vicks yang agak mujarab tu. Hahaha Haiya, ingatkan dah ok dah lar, sekali kena balik lar. Minta-minta lar sembuh cepat. I hate this!!! Selain daripada Vicks, apa lagi cara yang boleh menyembuhkan selsema ni ea? Aku pun tak mahir sangat bab-bab ubatan tradisional ni, maklumlah orang moden katakan. Hua hua hua hua (nak perli Ajai sebenarnya, maklumlah, makanan kampung tak layan kan).


Carta Alien.

Aku sebenarnya dah lupa pun pasal carta alien ni. Semalam, sembang-sembang dengan roomate aku dan bukan roomate aku yang membatalkan aktiviti pagi kami hari ni (hampeh), diorang lar yang menginatkan aku pasal carta alien ni. Herm, ini membuatkan aku berfikir, perlu atau tidak untuk aku meneruskan carta alien tu? Nak tanya kat sini tak tau nak buat macam mana. So kalau ikut perkiraan aku ni, aku SUKA nak buat benda macam ni. Tapi kalau kami 'bertiga' ni ok lar, sebab dah open minded, takut yang sikit narrow minded ni, itu yang susah. Semua hanyalah 'joking' semata-mata. Tapi masih ada orang diluar yang salah mentafsirkan apa yang tersirat disebalik apa yang aku tulis kat sini. Tapi, apa-apa pun itulah cabaran bloggers macam kita ni kan? Bla..bla...bla.. keputusannya, Hakim memutuskan untuk meneruskan carta Alien itu. Hahaha (dah dapat kebenaran hakim). Nantikan (tak tau la bila pulak aku dapat buat carta alien tu). Buat masa sekarang, aku busy dengan assignments yang bertimbun tu. Tension-tension. Belum masuk test lagi. Aku ada test Isnin ni, so wish me luck!!

Oklah, gtg, aku nak pergi 'membersihkan' diri. Sejuk sei nak mandi pagi-pagi sangat. Semalam sku bersembang dengan seorang kawan, dia kata 'tinggalkan jer yang lama@sejarah. Kita bukan nak fikir pasal perkara yang dah lepas, sebaliknya sekarang dan masa depan' (lebih kurang lar, aku ada ubah sikit kot). Kalau nak difikrkan betul juga. Bukan betul juga, memang betul, so aku terutamanya perlu lar mengubah 'cara pemikiran' itu supaya aku lebih tumpu kepada masa sekarang dan masa depan. Yang tinggal sejarah, biarlah ianya sejarah. Buang yang keruh ambil yang jernih. To you guys outhere jugak lar. Sekadar nasihat di pagi hari. Kalau rasa baik amik, kalau tak, tak payah (tak yah susah-susah).


aurafitra