Showing posts with label Qalam Aura. Show all posts
Showing posts with label Qalam Aura. Show all posts

Monday, October 31, 2011

Angan, Berangan, BERANGIN???

Salam,

Its monday and its JUST monday. Nothing ordinary and nothing out of ordinary today. Walaweh, the craziest just come out of nowhere! Its not me, yeah its you, YOU, i mean YOU! Hahaha just kidding. There must be somthing wrong with the brain today. Braniac maybe???? Smallville, come and be my saviour... Oh man! There must be somthing wrong with the brain. Kalau lah nak mendaftarkan diri kat TANJUNG RAMBUTAN tu, sorang-sorang cukuplah, tak payak lah ajak teman, nanti bertambah gila orang lain ea.

Herm, apa yang menarik hari ni? Just rasanya hari ni nak berkongsi sesuatu yang terjadi kat tempat kerja. It was still early actually dan seperti biasa, En FIKRI ni dah kelam kabut nak buat kerjanya. Biasalah, dah hari ISNIN, kerja pun banyak lah nak disetlekan, tambah pulak hari ni 31st Oktober, maka berakhirnya riwayat bulan ini tahun ini. Bukan lah, dah hujung bulan biasalah, report ini kena buat, itu kena buat, belum macam-macam paperwork kena prepare. Gamaklah yer kiranya aku hari ni. 


Nak di jadikan cerita, it was not like my usual monday though. Biasanya it was gloomy, moody dan seangkatan dengannya lah. Tapi hari oleh kerana agaknya, aku dah bangun dengan SENYUMAN, senyum senyum senyum dan senyum macam orang gila kot, maka berubahlah hari ini menjadi hari yang goodmy.. nak juga ada my my belakang dia tu, maka perkataan barulah tu yer, it was historic! Boleh masuk GUINESS BOOK OF RECORDS! Masuk kedai pun dengan senyuman, agaknya budak-budak yang tengah menanti kehadiran si SINGA ni kata mereka lah, pun pelik agaknya. Tak pernah-pernah tersenyum pagi-pagi ni, biasanya datang ada jer salahnya kitaorang ni. Buang tabiat apa ABANG FIKRI ni. Nak buat macam mana, dah senior kat situ, abang tu terlekat lah. Tengah-tengah mengadap komputer tu, maka bermulalah sebuah hikayat, bukan MAT JENIN tapi MAT FIKRI. Berangan punya berangan, aduh best juga kan berangan ni. Dalam berangan tu, kerja berjalan, tangan laju menekan keyborad dan laju menulis apa yang patut. Macam-macam angan-angan. First, by the end of this week, i'll make sure yg aku akan tekan keyborad sebuah laptop yang baru, oh man. Secondly, by the end of next month, i'll mak sure (pulak) yang aku akan tekan screen with my fingers kat samsung galaxy tab 10.1. Itu jer pun yang angan-angan nya. Tak lah menggunung sangat, rasanya ianya sesuatu yang reasonable untuk angan-angan sebegitu. 

Sehingga lah baliknya aku dari bank. Untuk kepastian, aku pun double check la slip bank in tu. Tengah-tengah cek tu, alamak big MISTAKE. It was a very stupid mistake and i'm DEAD! OMG it was somthing yang aku sepatutnya elak dari berlaku but its happened. On that day yang sepatutnya menjadi hari untuk berangan semata-mata. Macam mana aku nak menyelamatkan diri. So apa lagi, aku pun mesej lah my bos, not the owner, bagitau. Ingatkan mesej sampai, cek punya cek, undelivered. Cuba lagi, same thing happen. Again and again and again, sama juga, so aku pun buat dek jer lah. Sehinggalah dia datang petangnya, terus aku bagitau the unlucky story of me, bukan lah yang berangan tu, pasal salah bank in tu lar, dan mesej yang tak sampai-sampai tu. Turnout, it was my LUCKY DAY, its not becoz of the rabbit foot ea, it is my lucky day. Just lucky! maybe aku mempunyai intention untuk memberitahu apa yang tela terjadi, aku di maafkan, mungkin juga aku sudah sediakan penyelesaian yang terbaik depan mata dia. Dah terhidang, apa salahnya, terima jerlah dengan redha. Dan aku pun mulah bertanya itu dan ini, dan kami pun rancak bersembang. Padahal, pertanyaan tu just nak mengelakkan diri Hahahaha 


So, moral of the story (penat tu taip ni) its not wrong to be dreaming even in the day. day dreaming sometimes bring you so much greater than what we're expected. (I'm trying to be DR Phil here) hahaha And turnout, from lebai malang, its become so much LEBAI LUCKY!!!! being serious lah, (pulak dah). Tak salah untuk kita mempunyai angan-angan even mat jenin ker apa apa jua mat-mat, janji angan-angan itu reasonable dan rasanya kita boleh capai. Berusaha ke arah mencapai angan-angan supaya kemudian hari angan-angan itu menjadi realiti.

p/s: Alamak, teringin jadi DR CINTA pulak, esoklah, dari jadi DR PHIL baik jadi DR CINTA hehe nanti kedatangan DR CINTA esok punya N3. 

aurafitra

Friday, September 30, 2011

Dreams, only a dreams...

Salam,


Sometimes, but maybe all the times, mimpi masih menjadi mimpi. Itulah apa yang aku rasakan sekarang. Terlalu banyak yang di impikan, dan terlalu sikit yang terlaksana. Mimpi dan angan-angan, apakah persamaanya? Kadang-kadang, pepatah itu betul juga, angan-angan mat jenin. Itu nak dan ini nak, tapi tak berusaha ke arah merealisasikan impian itu. Timbul pulak impian. Apakah persamaan antara mimpi, angan-angan dan impian? 

Walau apa jua tafsiran semua itu, apa yang aku rasakan sekarang adalah, it is just a dream, for now. Semuanya tak dapat di laksanakan. Walaupun hampir dua-tiga bulan aku berusaha kearahnya, ada saja yang menghalang. Hanya satu aku inginkan sekarang. New laptop! Bukan tak sayang dengan latop sekarang ni, sayang, tapi kadang-kadang kita perlu kan sesuatu yang baru untuk menjernihkan pandangan. And it was for a good course actually (am i spelling it right) entah lah. Tapi tak per, aku bekorban untuk sesuatu yang baik, walaupun maybe ada yang akan mengatakan, i was a stupid organization? Stupid excuse? And wahtever stupid yang boleh keluar dari mulut kita. Maybe that was me. Always put someone else first, instead of me. Takperlah, that was call, SACRIFICE. Macam lagu elton john tu...


Tinggal kenangan.....

Sehingga berjumpa lagi.. ciao

aurafitra

Tuesday, May 3, 2011

Malu

Salam,

Its been a while since my last update isn't it? Entah kenapa la aku malas betul nak update blog ni. Kalau nak letak alasan, bermacam-macam alasan boleh letak, tapi kita ni asyik dengan alasan. Cuba jangan mencari alasan dan cuba untuk memperbetulkan yang mana tak betulnya. Hai cakap boleh kan? Hahahaha. Apa isu yang hendak dikongsikan kali ini? 

Sejak dua menjak ni, ada la beberapa perkara yang berlegar, bermain di fikiran. Almaklumlah, keje di waktu malam sebenarnya banyak mengajar kita, banyak mendedahkan kita kepada realiti sebenar di luar sana. Dan aku sungguh terkejut, terharu, dan entah apa lagi yang bermain di fikiran memikirkan perkara yang entah patut atau tidak aku fikirkan. Dan yang paling mengejutkan, mereka dari sebuah negeri di sini yang mejadikan aku lebih hairan dan sedih kenapa perkara macam ni boleh berlaku di sebuah negara yang rata-ratanya semua umat Islam khusunya diari sebuah negeri yang terkenal dengan imej keislamannya. Di manakah letaknya nilai estetika kita sebagai umat Islam? Adakah ianya hanya sekadar nama, keturunan ataupun budaya? Jangan memalukan sebuah nama yang cukup agung di hadapan kebanyakan nama kita MOHD.

Dengan mudahnya sekarang umat Islam, orang melayu tanpa segan silu meminta untuk membeli minuman yang bukan sahaja memabukkan malah boleh membawa kepada perkara-perkara yang sungguh dahsyat berlaku tanpa kita sedari. Pilihan yang semestinya salah bukan lagi 100% malah tak mampu diungkapkan nilainya. Malu, sungguh malu aku bagi pihak mereka. Kenapa ini yang menjadi pilihan? Di mana penguatkuasa? Di manakah keadilan??? Bukan niat di sini untuk memalukan mana-mana pihak ataupun bersifat kenegerian, cuma itu yang menghairankan. Perbetulkanlah diri dan sedar di manakah letaknya diri kita ni. Malu sungguh memalukan.

Dan hari ini entah betul atau tidak, FBI most wanted people in the world, has declared by them dead. Not sure where the truth of that news, but whether it is true or not, i'm just hoping its bring something good to us. And i think thats all for today, perbetulkan lah diri dan tengok lah diri sendiri sebelum hebat mencanang itu dan ini. Iya, memang betul, lihat kepada apa yang di perkatakan jangan orang yang memperkatakannya. Tapi kita umat sekarang, nak tak nak dalam hati mesti tengok juga orangnya. Lumrah dan itulah sebenarnya.

aurafitra

Thursday, March 24, 2011

Entry di pagi hari

Salam,

Twice a week ok! Manakah janjimu.. bukan janji manis mu. Hahaha.. apa la aku merepek di pagi hari ni kan? Actually tengah menunggu untuk dipanggil oleh Tok aka nenek aku nak teman pergi beli barang dapur. Nak cakap ikan macam kurang sesuai, so nak tak nak sementara tunggu tu, update la juga. So, what's new? Nothing to say, although there are a lot of things happened for the last few days. Its not that nice to say in here, so let me keep it to myself lar. Baik tak payah bagitau kalau macam tu, tapi nak buat macam mana, dah itu yang tertulis. Itulah masalahnya, kalau kita 'bergerak' dahulu tanpa berfikir baik dan buruk. Sesetengah orang tak berfikir dalam bertindak, kekadang aku pun macam tu. Thats why sekarang, nak tak nak, we need to think carefully before we speak or do something. Yer lar, nak elakkan dari berlakunya perkara yang tidak diingini. Kekadang, perkara yang tidak diingini ni yang berlaku membuatkan hidup terumbang ambing. 

Baru jer tadi rasanya aku mempunyai idea nak tulis apa kat sini, tapi sekali dah berangan, hilang semuanya. Herm, berfikir dan berfikir dan apa yang aku nak tuliskan, aku bersyukur dengan apa yang aku ada hari ni. Mungkin hari ni macam ini takdirnya untuk aku, tapi in the future sapa yang tahu. Manusia, kadang-kadang tak lari dari mengangisi nasib yang mereka kena tempuh, tapi kena lah ingat, kalau kita macam ni, ada mereka yang lebih teruk dari kita. Aku pun pernah begitu, tapi kesedaran membantu aku dalam menghadapi kehidupan seharian dan yang mendatang. Nasib, dah ditentukan olehNya, tapi kita kena lah berusaha mencarinya. Dia lebih berkuasa dan mengetahui apakah yang terbaik untuk kita semua. Apa yang mampu kita lakukan, mintalah yang terbaik bukan sahaja untuk kita malah untuk family secara umumnya. Nak tak nak, ianya berkaitan dengan family juga kan? 

Menangis. Mungkin air mata lelaki begitu mahal bagai emas permata berlian semua lah. Agaknya sifat lelaki yang agak ego itu yang menjadikan air mata mereka begitu mahal. Tak salah kita menangis kerana mengangis itu bukan menunjukkan sifat yang lembut untuk seseorang lelaki itu, sebaliknya, ia menunjukkan sifat lain di sisi lelaki itu. Dan ingat lah, 'kita bermula dengan menangis dan berakhir dengan tangisan'. Permulaan kita merasa kehidupan di dunia dengan kita menangis, dan berakhirnya kehidupan kita di muka bumi ini juga dengan tangisan. Bukan sahaja tangisan kita, tetapi orang dikeliling kita. Jadi tak salah menangis ok wahai kaum adam. 

Akhirnya, memandangkan sekarang siang hujan, malam pun hujan, maka berhati-hati lah anda di jalan raya. Kalau boleh elak hujan tu, elaklah, untuk kesihatan diri. (sebenarnya dah tak ada idea, nk tulis pasal moto, tak reti sangat, ha ni lagi satu untuk clarify semua, motor itu pilihan orang tua saya yer, bukan saya, tapi menerimanya dengan redha). Apa2 pun, have a nice day

aurafitra

Tuesday, January 25, 2011

Kehairanan Yang Tinggi Melangut

Salam,


Dari tajuk pun rasanya sudah memeningkan, ini kan pulak nak cerita kat sini. Lagi pening ada lar kan. Tapi biarlah, baik aku bercerita mencoret sesuatu di sini dari membiarkan aku tertengguh-tangguh langsung tak update. lama-lama bukan setakat berhabuk, semua lah. Hahaha

Sikap. Selalunya menjadi isu yang besar terutama bagi remaja yang masih belum mengenal dunia dan cuba untuk mengenalinya. Mencuba sesuatu yang baru bagi mereka tanpa memikirkan pro dan kons dalam setiap perbuatan mereka. Tapi untuk remaja yang begitu mungkin tidak menghairankan insan yang diberi nama seperti aku ni, tapi bila kita telah melangkah setapak atau bertapak-tapak dari keadaan itu, itu yang menghairankan. Masih belum berjaya menlangkah dengan jayanya ataupun sengaja mencuba untuk berada di takuk yang lama seperti usianya tak akan berganjak. Entah lah, sikap bukan sesuatu yang mudah untuk di ubah. tapi manusia tak akan berubah tanpa usaha  dan kehendak sendiri. nak berubah, sendiri kena usaha. Orang lain tak boleh nak ubah apa yang telah azali seperti itu. Tapi di dalam persekitaran yang lain, perubahan itu perlu walaupun mungkin kita hipokrit. Tapi bagi aku, hipokrit itu lebih baik kerana ianya memberi kesan kepada persekitaran yang best dan selesa. kalau di ikut kan diri sendiri, memang semua pun terasa akan perasaan ketidak selesa tu.Kadabg-kadang berlakon itu pun penting. Mana lar tau kalah pulak Bront Palare yang baru-baru ni menang sampai dua anugerah pelakon terbaik kan? Lagi tinggi anugerah kita. Kalau tak, Collin Ferrel yang menang pelakon terbaik dalam Kings Speech tu. Anugerah tu satu dunia tengok. Nak? Sapa tak nak? Kan.....?????

Itulah sebenarnya asam garam kehidupan. Banyak yang kita akan tempuhi bila kita berhadapan dengan bermacam ragam manusia. Dulu waktu sekolah, pastu belajar di universiti, dan sekarang alam pekerjaan. Masing-masing mempunyai pengalaman dan peristiwa yang pernah di hadapi. Nak tak nak, we got to face it. As long as we do what we're supposed to do. Sometimes ignorance itu pun penting. Walaupun hati tetap berkata-kata tapi ignorance itu lah yang membantu kita dalam meneruskan apa yang perlu kita lakukan. Hahaha And one thing, whether we like it or not, please respect others. Especially elders ok. Mereka lebih besar nilai usianya dari kita, nak tak nak show some respect. Sometimes perasaan benci itu mampu memusnahkan diri tanpa kita sedari. Jangan mencari kesalahan orang lain tanpa kita tengok diri kita sendiri. Love each others in this small world. ke sana ke sini, jumpa juga. 

aurafitra

Saturday, October 16, 2010

Choices....

Salam,


Another day, another hour, just passing by. Hari-hari yang di lalui masih seperti itulah hendaknya. Apa lagi yang boleh di minta? Penat sudah rasanya 'meminta'. Lebih baik memberi kalau begitu lah caranya. Bukankah memberi itu lebih baik dari menerima dan meminta? Its been a week from my last week birthday, and i'm still thinking of my ages, my life and all the things supposedly happen but it didn't. I'm not asking for more, i'm just asking for this one, and hoping this coming very soon.


Walaubagaimanapun, hidup mesti diteruskan. Samada telan sahaja yang pahit atau buang ke dalam tong sampah yang memang sudah tersedia. Pahit mempunyai lawannya, manis. Di dalam pahit ada manisnya. Maka disitulah kadang-kadang kita sebagai manusia lupa dan hanya menumpukan kepada yang pahit sahaja sehingga mengabaikan yang manis. Sudah semestinya yang manis itu lebih sedap dari yang pahit. Tetapi manusia mudah memilih yang pahit kerana sifat kita yang lebih banyak mazmumah dari mahmudahnya.


Semuanya berkaitan dengan pilihan. Tak dapat kita lari dari membuat pilihan sepanjang kita bergelar insan. Samada yang baik atau sebaliknya yang di pilih, semuanya terpulang kepada mereka yang bergelar insan itu sendiri. Perjalanan bukan semakin dekat sebenarnya, masih jauh dan banyak yang perlu ditempuhi. Andai tersalah pilihan yang dibuat, bertambah jauhlah perjalanan itu. Oleh itu, kebijaksanaan amat di perlukan di saat kita cuba menentukan masa depan kita, membuat keputusan bukan untuk hanya untuk jangka panjang, jangka pendek juga tidak perlu dilupakan.



Dan pilihan paling utama kita sebagai seorang umat Islam adalah memilih diantara Syurga dan Neraka. Pilihan ini lah yang menetukan kehidupan kita sebaik sahaja kita meninggalkan dunia yang fana ini. Pilihan ini lah yang menentukan di manakah tempat yang kita akan berada dengan kekalnya. Buatlah pilihan yang 'bijak' dan bertindaklah mengikut 'pilihan' itu.  



Dan tiba-tiba jer serius. Kan? Actually, tak ada idea nak tulis apa, cuma teringat nak kaitkan entry sebelum ni dengan entry yang ini. Jadilah ia serius bagai nak rak. Tapi, sebenarnya, thats the real thing. Either we like it or not, gotta face it. Its all about choices. Whether it is the right or wrong. We are the one responsible to make it. Not anybody or everybody. (Teringat dialog Ron dalam Harry Potter, Not me, not hermoine, but you Harry, kind a like that haha). Sebenarnya nak upload gambar konvo, waktu atas pentas, tetapi lambat pula dia upload, so, abaikan jer lar. 

Oklah setakat ini sahaja yang mampu aku coretkan di petang sabtu yang panas lagi tak menyamankan ini. Hehe gurau jer, sehingga bertemu di lain kali, Ciao.

Truthfuly,
aurafitra

Monday, October 11, 2010

Life's SUCK without you

Salam,

Tajuk macam bikin gempaq sei. Hahaha tiba-tiba teringat lagu Kelly Clarkson tu. Bukan lagu yang aku suka dengar pun sebenarnya, tapi ada kaitan dengan apa yang aku hendak garapkan kali ini. Its been emotional for me this past few days. Kadang-kadang, terfikir, life's suck, just terlintas, sapa yang tak pernah terlintas kan di fikiran perkara-perkara macam ni, bila emosi menguasai diri, semua yang negatif mula berlegar di dalam fikiran. Tambah-tambah kita ni pulak jenis yang berfikir, melihat semua angle dalam membuat penilaian dan berfikir. Ialah, manusia ni, fikiran mudah terpedaya tambah lagi dengan hasutan musuh kita umat islam yang utama.

Till today, my head just keep spinning, thinking, thinking, and thinking. Bermula jer aku mencelikkan mata aku ni, its keep coming back apa yang berlaku semalam. Its hurt, i mean really. Tapi aku bukan lah jenis seorang yang terlalu menunjukkan semua emosi yang berada itu di wajah, dan mungkin mereka tak akan menyedarinya pun. Dan aku bukanlah jenis yang outspoken, menyatakan apa je yang di fikir dan terlintas. Betapa aku mengharap aku adalah seorang yang begitu sebenarnya. So, kita berani menyatakan pendirian membalas semua 'peluru' yang dituju kepada aku. Lantaklah, apa orang akan rasa kan kalau kita cakap yang menyakitkan hati mereka. Selama ini, aku terlalu memikirkan orang, mengikut orang kata a to z, dan sebagainya. Tapi aku sememangnya bukan begitu. Dilahirkan dan ditakdirkan aku menjadi sebegini. Semua perasaan itu, marah, sedih, sakit hati hanya menjadi tatapan aku sendiri dan sekarang blog ini lah tempat aku luahkan. Apa yang aku dapat dengan meluah kat sini pun aku tak tau. Tapi at least, bebanan tu rasa kurang walaupun sebenarnya aku teringin sangat nak membalas semua kata-kata yang pahit lagi memahitkan itu. Dengan apa yang aku dengar semua, melihat, berhadapan, dengan mereka yang tak memahami lagi, its killing me. Kalaulahkan (kalau) aku ni bukan orang yang berpendidikan, beragama, dah tentu aku ambil tindakan yang amat membodohkan itu. 

And, i'm keep asking, apa jalan sebenarnya kehidupan aku ni? Apa sebenarnya ditakdirkan untuk seorang insan bernama 'aku' di sini.? Tak ada siapa yang dapat menjawab kerana siapa tahu masa hadapan. Bagaimana kita merancang dengan baik pun, tapi kalau di takdirkan begini jadinya, inilah yang terjadi. Dan aku akan terus bertanya sebenarnya. Sampailah takdir itu bertemu dengan diri ini. Takdir..... Inikah balasannya? Semakin aku berfikir, semakin ia jawapannya. All of this, its killing me. Not softly, slowly, instead its likewise. Betapa sekarang aku mengharapkan sebenarnya aku hanya aku seorang,berada di tempat yang aku tak perlu berhadapan dengan orang yang not so understanding, underestimate myself, me just being myself without facing this kind of people. I really am hoping i am living by myself without depending on this people anymore. I dont know this, but at this point, living with the strangers its more likely than the one closest to us. Thats what i feel at this time and really wish this come true very soon. Soon enough to make me think about me, just me, feeling just about me.. and all about me, myself. Me, me and me. 

Semakin kita berfikir, semakin serabut sebenarnya. I'm trying not to think about it, but its still berlegar di dalam fikiran. But what can i do now, just keep trying, praying and hoping all my wishes come true anytime soon. And just pretending that, all of this never happened and live my life well and appreciate every second of it. We can pretending, but inside, it still there, kukuh berada di dalam bersembunyi daripada mereka dapat menghidunya. That is me. The real me who love to keep everything inside, mad, sad, happy, and all the things inside. Keep praying becoz it is the most dangerous weapon in our lives. And i'm just hoping you guys pray the best for me as i pray for you guys. 

That's for now, and i'm just glad that i write something in here today. Till next time, see you and live a healthy life. Just ignore all the bad and aiming for the best. Ciao

Truthfuly,
aurafitra

Monday, March 1, 2010

Facebook.

Salam,


Small entry jer rasanya kali nie. Tengah-tengah duduk checking my email and facebook, terbaca everything people post on their wall in facebook. The question is, DO WE HAVE TO POST EVERYTHING IN THAT WALL??? EVEN A SMALL MATTER???? ARE WE ADDICTED?? AM I ADDICTED? Itu lar rasanya yang membuatkan aku terfikir, memikir memerah otak di pagi hari mencari jawapan yang tak pasti. Adakah ini penangan mereka-mereka dalam melalaikan kita? Entah, aku tak ada jawapan nak jawab... Mungkin aku pun salah satu dari mereka yang ketagih, itu sebab aku tulis AM I ADDCITED? Bagi aku, yeah, mungkin aku sedikit ADDICTED, tapi jangan lar sampai perkara-perkara kecil pun nak di besarkan di sana. Orang kata cakap-cakap pandang-pandang lar kiri dan kanan, sekarang bukan setakat cakap, tulis pun kena pandang kiri dan kanan. Banyak pihak yang memerhati. Dan jangan sesekali melupakan otak dalam membuat kenyataan. Padah yang akan di terima. Itu yang membezakan kita dengan makhluk Tuhan yang lain. Otak. BUkan sekadar menggunakan jari jemari menaip entah apa saja yang kita rasa nak tulis dekat facebook tu. Yang membuatkan aku tak faham, perkara KECIL.. yeah SMALL kalau tak faham bahasa kita sendiri, perlu ker di tulis, di post di sana? Untuk apa? Mendapat perhatian? Even i dont know how to spell this pamplete pun menjadi isu? Aduhai, think lar, not just simply put everything into that wall. People laughing look at us like this. BUkan tak terbukti, lebih dari 4 jam mengadap facebook tu dah KETAGIH, ADDICTED! Think. Benda nie bukan saja-saja orang buat kajian, bukan saja-saja kosmo nak dedahkan, thats the reality we have to face now. Am i mad? Deeply. Sedih melihat mereka-mereka yang post something that is not necessary to post out there. I'm speaking for myself either here. Itu sebab latelt, i'm not posting something yang really tak perlu untuk di postkan. Pictures? Another story for me. We share the joy we have. But not perkataan yang entah apa-apa entah. Even aku rasa, picture pun tak perlu terlalu banyak nak letak. Entah lar, its easier said than done kan? Nanti tak pasal-pasal aku lak yang tulis small isu kat facebook. Tapi serasanya, so far tak ada lar..Tolonglar fikirkan, tak kan semua nak letak dalam FACEBOOK??? ADAKAH INI KERJA ORANG JAUH DI SANA? MELALAIKAN KITA? Think about it! BUkan nak tunjuk siapa bagus kat sini, cuma aku menyuarakan apa yang aku terfikir setelah BERFIKIR panjang. Dan yang pasti bukan di FB.

Ciao

aurafitra


Thursday, October 29, 2009

What Happened?

Salam,

FYI, aku dah cuba banyak kali untukupdatekan blog aku ni, tapi malangnya aku tak lepas nak login masuk line 'hangit' ni. Tak tau kenapa. Dah tu, ia membuatkan aku fedup dan buat tak tau jer. Mungkin ada hikmahnya aku tak boleh online ni. 1st thing aku fikir, nak bagi masa untuk aku study. Hahaha boleh tak? padahal bukan study betul-betul pun, main-main juga. Apa la aku ni, tak insaf-insaf juga lagi. Penat sudah. Hahaha Tadi bangun pagi (buat pertama kalinya setelah berminggu-minggu sebab paper aku kul 9 pagi) aku cuba lar masuk lagi sekali. Tak fedup lagi tu. Pastu rupa-rupanya, dia dah tukar aku punya pasword. Ikut suka hati dia jer. Geram betul aku. Tengok kesannya, kesian blog aku ni tak berupdate. Hahahaha Nanti aku sambung update, nak bagitau tu jer.

Sebelum tue, seperti biasa, QALAM AURA.

Bukan senang nak menjaga hati semua pihak, persoalannya, mana yang hendak di dahulukan? Yang ini kah, yang itukah? Kadang-kadang perkara yang kita anggap enteng membuatkan kita stress. Tapi, hasilnya nanti samada berbaloikah stress itu atau kembali memberikan impak negatif. In addition, how about us? Ours? Thnik about it!

aurafitra


Monday, October 26, 2009

Male Bonding

Salam,

Male Bonding

'Its not using your friends to forget, its remembering how lucky you are to have them'

Apa yang kita faham dari ayat di atas? Terpulang kepada kita untuk menghuraikannya. Setiap dari kita lain caranya. Cuma kita perlu bersyukur mempunyai kawan yang sering bersama. Tapi, persoalannya, adakah kita berkawan mempunyai niat sebaliknya? Berkawan bukan untuk 'membeli'. Renung-renungkanlah.

aurafitra

New 'QALAM AURA"

Salam,

Qalam Aura,

Kekalahan tidak bermakna kita kalah selama-lamanya. Masih jauh dan panjang perjalanan. Janganlah di bangga dengan apa yang kita capai@menang ketika ini. Kerana ada masanya, kita akan jatuh juga. Cuma masa menentukannya! Yang kalah, jadikanlahnya sebagai panduan menuju kejayaan hari esok. Esok masih ada!

aurafitra