Showing posts with label Our Life Story. Show all posts
Showing posts with label Our Life Story. Show all posts

Thursday, January 5, 2012

Apa-apa aje!!!!

Salam,

Herm, desperately! Kena update. Kalau tak, sekadar melepaskan batuk (batok) di tangga. Mana satu yang betul, tanyalah pihak yang betul. Kalau kita bertanya kepada mereka yang tak betul, memang tak betullah kita. back to topic balik, So hari ni apa-apa lah kat blog ni untuk update. Currently something yang betul-betul mengganggu diri adalah perkara di tempat kerja. Aduh. Pening dan sungguh memeningkan. Why something like this happening to me? Walaweh.. tak elok merungut mengeluh kesah. Tapi apakah jalan yang terbaik? Betullah kata pepatah kerana nila rosak susu sebelanga. Persoalannya adakah kita jenis yang tak boleh terima teguran? Kerana satu teguran merosakkan semuanya. Cukuplah. Kerana ego bukan sahaja diri sendiri orang sekeliling jadi mangsa. Bagi aku? Banyak yang kena perbaiki. terutamanya macam mana nak handle all this kinds of problems. I hate problems! To be truth. But its not life if theres no problems. The difference on how we handle the problems. Kan? Last but not least, dengarlah apa yang di perkatan, jangan melihat siapa yang berkata. Walah!

aurafitra


Sunday, October 9, 2011

Its My Birthday

Salam,

Its sunday and its my birthday. Hehehe i'm turning 26! Can you believe that? Macam tak percaya yang diri ini telah 26 tahun berada di muka bumi ini. Am i getting older? Of coz lar, umur semakin menambah, kubur pun semakin memanggil. I'm thankful enough for what i've been through all this years. Even banyak lagi yang tak dapat di kecapi, it is very worthy dengan semua yang aku ada, aku hadapi dan sebagainya. 


26 years, mestilah terlalu banyak yang telah aku hadapi. Manis, masam, pahit dan kelat telah menjadi asam garam kehidupan. Kalau tak cukup rempah dan tak cukup rasa, bukan lah namanya kehidupan kan? Dan sampai sekarang aku berjaya mengharungi 1001 liku yang terlaku berliku dengan hampir jayanya. Sometime the meltdown tu tak dapat lah nak di elakkan. Biasa lah, manusia kan, aku tak terkecuali. Sometimes i feel like this world is mine, but sometimes, i rather not to face this any more. Leaving this world is an option. Just sometimes okay. But i am getting back to myself thinking and realised this is not even a single option for me. This is the truth that we have to face when something come up and like it or not, face it!

26 tahun juga mengajar aku erti kehidupan walaupun jujurnya sekarang, aku masih ragu-ragu dengan apa yang aku ada dalam hidup aku. Maybe orang kata, orang yang tak ada hala tujuan, tak ada matlamat dalam hidup ni bodoh, tapi sebenarnya, susah untuk mencari sesuatu di dalam diri. Bukan mudah untuk mengenali diri sendiri tambahkan orang lain. Kadang-kadang, orang lain lebih mengenali diri kita dari kita sendiri kan? Itu lah hakikatnya. So sekarang, sudah tiba rasanya untuk aku betul mengenali diri dan mengetahui apakah yang aku inginkan dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang insan yang bukan sahaja berjaya di dalam kehidupan, malah semuanya. InsyaAllah. 

Apa yang aku inginkan untuk my 26 birthday? Kalau boleh macam-macam yang aku nak. But being practical lar. Semua sama jer aku rasa. what we want is stability. Life stability, financial stability, and semuanya lah. Thats what i'm wishing now. Itu yang aku nak sekarang. Aku tak perlukan yang lain. Cukuplah sekadar itu. And wishing that i know what i really want with my life now. Anyway happy birthday to me. Ciao

p/s: I really miss my life back then.. huhu 

aurafitra

Monday, November 8, 2010

Weekend MADNESS!

Salam,

Happy monday guys! Hari isnin sebenarnya merupakan hari yang paling tidak di nanti sebenarnya dalam kehidupan mereka yang bekerja malah pada mereka yang masih di alam pembelajaran. Mana tidaknya, setelah dua hari bercuti (bagi mereka yang bercuti lah), di penuhi dengan aktiviti samada bermalasan di atas katil, duduk di rumah, enjoy keluar, dan sebagainya, tiba-tiba kena kembali kepada rutin harian. Bangun di awal pagi, menempuh kesesakan lalu lintas dan sebagainya. Tapi sebaliknya, hari isnin juga merupakan hari permulaan bagi menentukan lima hari berikutnya, samada ianya baik dan berjalan lancar, ataupun sebaliknya. 

Tapi entry kali ini bukan lah nak bercerita menganai hari isnin ni, bukan juga nak celebrate liverpool menang semalam (hahaha peminat chelsea, selamat bersedih) tapi sekadar entry untuk berkongsi perkara yang berlaku sepanjang minggu lepas, weekend madness aku dengan kawan-kawan.

Weekend Madness

Its was MADNESS. 2 movies, several malls, and a lot more happens during my weekend. Crazy but enjoyable. Hahaha Weekend ni juga mungkin merupakan weekend terakhir aku dengan kawan baik aku yang akan menamatkan zaman bujangnya dalam beberapa hari lagi. Itu yang menjadikannya lebih menarik. Hahaha.  Sabtu malam, awalnya kitaorang telah bersetuju untuk pergi EMPIRE yang terletak di subang. Awalnya aku tak tahu pun apa kah itu EMPIRE. Rupa-rupanya shopping complex cum hotel. Ketinggalan zaman juga aku rupanya. 



Walaupun namanya segah bangunannya, tapi sebenarnya dalam nya tak ada lar sehebat mana. Tak seperti tempat lain yang penuh dengan pelbagai tarikan. Walaupun di dalamnya ketika ini terdapat the tallest slide indoor, tetapi tidaklah menarik sangat pun. Hahah akhirnya kitaorang pun bergerak lah ke sunway pyamid mengambil tiket yang telah aku tempah. Cerita UNSTOPABLE. ANd turn out,it was fantastic. Tak rugi la buang duit tengok cerita ni. 


It was packed with action, even some of the viewers in the hall claps their hands. But somehow, at the end, the ending is not what i expected. I was a little bit disappointed at that, however it was enjoy to watch. Kat sunway juga aku berkesempatan untuk mencuba sesuatu yang baru. Ishiban Ramen sebuah restoran jepun. Aku pun bukanlah boleh sangat dengan makanan jepun ni, tapi nasi dia boleh lah tahan. Yang lain, memang not my taste. Aku jujurnya agak ragu-ragu nak makan di sini tapi memandangkan ianya sudah dipersetujui, ikut sahaja. Harap-harap keyakinan aku ini dapat menyelamatkan aku. Amin.


Keeseokannya, aku berkesempatan meneman kawan aku survey barang rumah. Almaklumlah, dah nak pindah. Kami juga seterusnya ke IKEA dan THE CURVE, jujurnya, pertama kali aku masuk kat sini sebenarnya walaupun ONE 1 tu dah selalu sangat sampai. So inilah, gambar-gambar bangunannya. (Aku dah hilang idea gara-gara gangguan yang tak dapat di elakkan tadi. 



Dan akhir sekali, kami sekali lagi meneruskan kerja gila dengan menonton wayang, TAKERS. I dont really into this movie but after watching, it was ok for me. Again, i was disappointed with the ending. I am really hoping that all of the thievs there 'TAKERS' die instantly. Although their will is good, but the way they doit, definitely wrong. Perasan atau tak korang yang tengok, diorang tak akan membunuh until the stupid chris brown accidentally kill a cop. Dan aku percaya, polis tu dengan sengajanya ingin mati kerana dia dah kantoi amik duit dari pengedar dadah. 


It was a really madness weekend for us. Even sorg kawan aku kata, 'gila lar sampai dua kali tengok wayang, straight tu, aku nak tgk sebulan sekali pun susah'. Hahahaha Aku mengikut jer. No komen, but i was enjoyed watching the movies, outing and so on. Oklah, i'm out of idea. Really. Kacau betul dak-dak kecik ni. Hahaha so untill next time, ciao

Truthfuly,
aurafitra

Thursday, May 27, 2010

New ENTRY (Macam tak percaya)

Salam,

Hari ni kalau betul perkiraanya, telah lebih sebulan aku menamatkan status sebagai seoarang pelajar dan sebulan juga lah aku masih tercari-cari arah tuju yang tak pasti. 33 hari sebenarnya cukup lama untuk kita merancang, tapi perancangan aku masih kabur, belum lagi nampak cerahnya masa hadapan. Bukanlah aku mengatakan yang masa depan tidak cerah, siapakah kita untuk tahu masa depan? Apa yang aku masksudkan adalah perancangan itu masih belum jelas apa yang perlu aku lakukan.

Perancangan.

Memerlukan ketelitian dan kajian yang mendalam sebelum sesuatu perancangan itu di buat. Perancangan bukanlah mudah, kerana setiap yang di rancang itu bertujuan untuk mencapai apa yang kita inginkan. Lebih mudah dalam mencapai objektif kehidupan. Bukan sahaja kehidupan tetapi dalam apa jua yang kita lakukan. Ia semata-mata adalah untuk memudahkan apa yang kita lakukan. Sebagai contoh, sebagai seorang yang pernah bergelar 'student', kita mesti merancang dalam mengulangkaji, menyiapkan setiap tugasan dan kajian yang di berikan bukan? Ini semua untuk memudahkan kita supaya semua yang kita lakukan terancang dan melaksanakan satu perkara daripada melakukan perlbagai perkara dalam satu masa. Kalau dalam konteks budaya, ianya di panggil polychronic dan monochormic-time schedule (kalau tak silap). Dan sebenarnya kecenderungan orang Malaysia lebih kepada melakukan banyak perkara dalam satu masa. Adakah ianya perancangan yang baik? Itulah hakikat yang kita kena terima bahawasanya itulah KITA. Tapi bukan semua, dan aku percaya, kita semakin hari semakin berubah kepada sesuatu yang lebih baik. (Menurut buku tu, apa aja yang tak elok, semuanya kita, mereka saja yang elok. Biasalah, itulah sebab not for sale in US). Kenapa kita juga yang kena? Entah lah, siapa yang mampu menjawab, mestilah penulis dia. So apa-apa pertanyaan tanyalah LUton the author.(hehehe).

Cukuplah pasal perancangan, kalau nak tulis memang banyak pasal perancangan ni. Tapi kita kena ingat, kita hanya merancang, yang menentukan tetap Yang Maha Esa. Cuma yang boleh kita lakukan hanyalah bertawakal. Sekarang masuk pulak apa yang berlaku sepanjang 33 hari aku di rumah ni dan sebelum aku sampai rumah. Banyak yang berlaku. Sebaik sahaja aku habis sebenarnya, aku dan beberapa kawan telah 'bercuti' ke Tioman. Hanya beberapa. Tapi it was FUN.

TIOMAN

It was really fun. So FUN. Walaupun kurang mendapat sambutan, it was really, again FUN. No words can describe this fun hehe. Hanya lima orang yang datang, and seperti yang aku katakan, i'll remember this for a long time. Hehehe Even buat reunion kat sebelah rumah aku pun, aku tak turun kan? Haha Maybe minggu-minggu terakhir di UTM adalah antara minggu yang sungguh tertekan. Bukan hanya gara-gara Tioman, di tambah dengan periksa lagi. So, apa2 pun, inilah antara gambar di sana.

Berjalan-jalan sebaik sampai (lepas amik towel)

Di depan SALANG COMPLEX

Menikmati Ais Krim sambil Melihat cenderamata

Berjalan-jalan di JETI

Di tepi malam menikmati keindahan malam yang hening

Get ready for activity - snorkeling
Di taman LAUT.. actually nasi yang bungkus tu dah basi.. hehehe nasib baik dapat ganti.. puas

Snorkeling

Atas speed boat.. best ooo

Nice picture though.

Selepas breakfast.. memikir bila lan nak mandi lagi ni.. hehe

Pemandangan sekitar SALANG

Bermandi manda di hari terakhir


Sebelum balik meninggalkan TIOMAN

It was really amazing experience there. Tambah dengan kehadiran kawan-kawan. Bila lagi lar nak merasa macam ni kan? Macam mustahil jer. Hehehe Till the next entry though. Penat nak upload gambar ni dengan line yang entah apa jer. So Next akan cerita pasal interview pulak. Hehehe sekian untuk kali ini.. sampai kita berjumpa lagi. Harap-harap terubat lar sesiapa yang nak baca blog ni. Hehe


aurafitra

Saturday, February 6, 2010

My books.....

Salam,

Hahaha ini idea roomate aku untuk masukkan gambar novel-novel dan buku-buku yang aku beli sepanjang sem akhir aku di sini. Berapa cuba korang teka? Kalau ada yang baca blog aku ni lar. Hahahaha ok lar tanpa buang masa lagi, this the picture lor...


Novel bilik aku dan roomate...


novel-novel kami.. hehehe


Novel yang agak best (padahal lagi dua tu tak baca pun lagi hehehe)


Buku-buku untuk kebaikan... ;)


AGak kurang sikit buku nie.. (rasa cam nyesal beli)



Walaupun dah tgk harry potter, tetap beli juga... roomate hehehe yg satu lagi hadiah dari tunang dia (agaknya hahaha)



Membaca sambil dgn contos.. bestnya..;)


Again contos....



Ish3x.. corntoz lagi... hehehe nak???



Corntoz dan corntoz

p/s : Membaca sambil kena dengan corntoz best wooo hahahaha

ciao

aurafitra