Tuesday, December 31, 2013

2013 A Wrap!!

Salam,

2013! Its a warp! Penghujung 2013 ni macam-macam berlaku. Cadangnya nak update berkenaan benda lain tapi terfikir dah penghujung rupanya tahun ni. Sedar tak sedar jer dah macam ni. Berapa jam jer lagi dah tahun baru, 2014 bertambahlah umur aku lagi setahun. Makin tua, so kena lah totally berubah mentally terutamanya. Bila sebut tahun baru mula lah ada nya azam baru lah ini lah itu lah, nak ini lah nak itulah. 

Ok cukup lah untuk 2013, tujuan utama update malam ni sebenarnya nak luahkan perasaan yang entah apa jer bila kena bamboo dengan manager. (nanti sambung balik pasal 2013). Sabar jer lah hati nya. Malas dah nak cakap apa so terima jer lah dengan seadanya. Kadang bila kita berfikir di luar kemampuan sangat pun susah juga. Mungkin apa yang orang lain tu maksudkan lain dan dia berfikir lain. Tapi maksudnya baik cuma cara nya tidak kena. Sakit woo, kalau la boleh nampak kesakitan dia tu aiya tak berani nak tengok. Mungkin ada yang tak setuju dengan aku rasa ni, well seperti yang di nayatakan, maksudnya baik untuk kita lebih bergerak kehadapan, tapi caranya aduhai. Kita di persalahkan, kami di persalahkan, macam sungguh tak berguna jer dekat sana. This is just satu dugaan rasanya. Macam mana orang lain kena macam itu lah aku kena. Well, masanya aku kena juga telah tiba, nak tak nak kena lah terima. Sakit.. Need to think this deeply again... Aish susahnya hidup.. lari dari sana macam ni jadi, bila dah jadi macam ni nak ke sana balik. semuanya tak kena... apa lah nasib badan...

Bagilah aku berfikir sedalamnya sebelum sesuatu keputusan itu di buat. Kadang mungkin dia rasa benda ni mudah padahal benda ni sebenarnya tak semudah yang di sangkakan. Tak per lah, terima lah dengan redha walaupun dalam hati macam nak meletup. I think i need to speek up my mind lah. Tak semuanya betul dan tidak juga semuanya dia salah. Well ambik yang baik dan buang yang buruk. Jujurnya, dah penat sangat this past week.... Kalau lah dia tahu macam mana penatnya aku bekerja... mungkin dia akan appreciate tapi ada dia nampak semua benda tu.. herm, aku sedang menjadi orang bodoh mencari alasan!!! Stop being so stupid Fikri!!!!

Cukuplah untuk malam ni, esok kugiran 2013 mungkin menyusul. bukan senang nak buka blog ni dan nak update. Macam syok sendiri pun ada juga aku ni, tapi ada aku kisah. Apa yang perlu di kisahkan adalah perasaan sendiri.. dan mereka yang di sekeliling. Semua nya kena kisah.... Bukan senang nak jadi senang tapi senang untuk jadi susah. Betul ker?

aurafitra

Friday, November 29, 2013

Serabut

Salam,

Akhirnya berjaya juga update walaupun update bila kepala serabut jer. Semalam dan kelmarin tak serabut tu yang tak bejaya nak updatekan. Aduhai namapun hidup, macam tu lah bila serabut inilah yang di cari. Kalau dok cerita kat orang kalau orang tu tak sebulu dengan kita gemram pulak. Ko tak ada kat tempat aku lah ini lah itu lah, baik tak payah kan. Aku pun sama lah tu akhirnya berbalik kat sini sekadar untuk mengingat kan aku sendiri yang aku pernah rasa begini dan begitu. Dengan Allah, yang Maha Mengetahui pastinya lebih mengetahui. 

Berdosakah aku? Mungkinlah dan pastinya bukan aku yang tahu, walaupun hakikatnya aku merasakan yang aku begitu. Entah lah, berbalik kepada diri aku sendiri sebenarnya. Kalau lah tak nak orang lain menyusahkan aku, patutnya bertegas awal-awal. Ini tidak. Dah jadi macam ni baru lah rasa sebaliknya. Hakikatnya diri aku bukanlah kejam sangat. Kedekut yer lah, itu tak dapat di elakkan. Kedekut jangan membazir sebenarnya. Tapi yang ni tak sampai hati lepas tu aku bagi jer apa yang di minta di perlukan. Last2 yang sakitnya aku sendiri. Yang geramnya aku sendiri. Nak kena itu dan ini aku sendiri juga. Adui, memang serabut. 

Kesanya bila serabut, bertambah lah kalori dalam badan aku ni, Plus lemak dan sebagainya. Kenapa perlu begitu? Entah lah di takdirkan aku begitu nasiblah. Hai badan, ini salah itu salah apa yang tak salah? Semuanya akhirnya dan ayat aku makin menrapu. Akhirnya aku yang bersalah. Berssalah di mata mereka dan biarlah mereka yang mersakan begitu. Dan aku suka bila ada orang menyikong dari belakang. Hehehe Ok lah cukuplah tu hilang idea bila mata tertengok benda lagha ni. 

aurafitra

Tuesday, October 29, 2013

Miracle

Salam,

What a day!! When there is nothing to do, i was just sitting here all alone, looking at the same page almost the whole day, downloading, uploading, argh, what a day. Just hoping that someday thats gonna change and i will be happily living my life to the fullest. Miracle. I believe someday.. 



aurafitra

Saturday, October 26, 2013

Bosan

Salam,

Kebosanan!!!! Cuti banyak sangat tak boleh, bila keje lama sangat pun tak boleh jugak. Apalah yang di kehendaki oleh engkau ni manusia.. aiya!!!



Yeah! Setuju, bored of being bored!! So keep moving and stay healthy. Hahaha Key L, here i come.. eh bukan aku da memang duduk sini ker. Cuba lah cakap Redang Island, here i come kan best!!!!!

Monday, October 21, 2013

Kejadian hari Ahad 20.10.13

Salam,

Ada cerita yang perlu di coretkan dan mungkin boleh di jadikan pengalaman kita bersama. Untuk tatapan aku di kemudian hari bila aku tengok balik blog, 'oh this is happening', 'gila malu'. Macam tu lah kiranya nak update kali ni kat sini. Hidup bermacam 1001 pengalaman and this was one of that experiences yang aku tempuhi sepanjang hidup. Ceritanya bermula hanya kerana beberapa pieces doughnut, sanggup aku redah jam untuk ker 1u. Gila ni namanya. Kempunan. Yang dekat JCo pun ada sanggup nak juga big apple tu. Inilah namanya mengidam, kalah orang mengandung. Hehehehe Maka berjaya lah aku membazirkan duit hanya kerana Big Apple. Apa lah... kiranya ini macam balasan sekali sekala untuk diri aku setelah setiap hari bekerja bagai nak rak, no life tak sempat pun nak bersosial. Hehehe

Lepas tu aku pun balik lah, singgah sebentar di pasar malam pulak kepingin yong tau fu. Malangnya cash ada RM8 jer kat tangan waktu, malang sungguh aku. Kalaulah pasar malam ada mesin untuk kad tu kan senang. Hahaha So akhirnya hanya sekeping murtabak, air tauhu dua dan air tebu dan ketip kuku jer yang di beli. Cukuplah RM 8 aku habiskan. Membazirkan namanya macam ni. Alkisahnya bermula bila nak balik, waktu nak keluar dari parking tu, ada lah sebuah kereta ni, tak tau lah dia nak apa, nak parking ker nak keluarker, sat ke sana sat ke sini, aku pun keluar lah ikut dia, dalam kete duk kutuk apalah orang ni nak pergi mana apa sebenanrnya yang dia nak buat, sekali mulut menguasai mengutuk orang mata pun dah tak tengok depan, lampu kete pun tak buka, huhu DUMMMM masuk longkang. Ya Allah ya Rabbi, malu gila, tak ingat punya. Tiba-tiba sebelah tayar dah dalam longkang. Adui, gelabah tak ingat punya. Macam mana lah nak buat. Orang yang lalu lalang pulak buat tak tau. Ini lah manusia zaman sekarang bukan nak tolong. Nak salahkan orang pulak, dah orang tak nak tolong nak buat macam mana, takkan nak paksa pulak kan. Itu lah zaman sekarang, mujurlah ada orang kenal kepada kenalan aku yang sama2 membuang masa tadi berjaya lah mereka mengangkat kereta aku tu ramai2 tak lah berat sangat. Terima kasih tak terhingga aku ucapkan kepada mereka kerana menolong kalau tidak tak tau lah apa aku nak buat. Tebal kemaluan aku dah tak terkira. Tak tau dah nak sorok muka kemana. Ya Allah, tobat aku tak pergi sana dah, dan tak kan menjejakkan kaki ke sana lagi. Cukuplah sekali pengajaran aku dan balasan terlau suka mengutuk seronok time2 macam tu, sungguh tak sesuai. Dah terlalu lalai dengan dunia akhirnya jadi begini. Aduhai, malu sungguh, malu lagi aku pada Tuhan kerana sebab ni aku mengabaikanNya. 

Pengajarannya, janganlah bersuka ria sangat kalau dah keluar ramai-ramai tu, ada jer tak kena bakal berlaku nanti. Cukuplah sekali terjadi, it will ever happen again, i promise myself this. Balasan Allah bagi on the spot, malu aku dengan manusia dah tebal macam ni, kalau malu dengan Allah macam mana lah pulak. Insaf. 

aurafitra 

Friday, October 4, 2013

Update!!

Salam,

Nak update juga walaupun dah malam dan mata pun agak mengantuk. Sebabnya dah lama gila tak update kot. Dah memang macam pekasam dah aku punya blog ni kan. Nasib lah, inilah akibatnya kalau modem di hilangkan oleh orang lain. Malangnya nasib handphone aku rosak pulak tu. Huhu Nasib2 so sekarang kembali ke zaman di mana dunia ini bukan lagi di hujung jari. Hehehehe Oklah ini pun dah di namakan update dari tak update langsung kan. Hehehe GIla!!!!

aurafitra 

Monday, July 8, 2013

Damn TIRED!!!

Salam,

Rasanya dah lama juga since my last post tak update kat sini. Dah bulan JULAI pun, memang lah agak lama di situ. Last MAY kot. Herm, it is my life, kinda boring. Working, driving, eating, sleeping, handphone. Itulah yang biasanya aku buat every single day. Betullah agaknya aku ni tak ada life. Even untuk diri sendiri. Macam mana pulak untuk orang lain, memang tak lah jawapnya. Even family sendiri. Family.. panjang lagi sepatutnya titiknya.. Banyak yang berlaku actually dalam almost dua bulan ni. So sampai sekarang masanya untuk aku update sikit lah kat sini.

Pertamanya, the biggest issue yang terjadi dekat aku kat sini ialah aku turn down interview Pegawai Pekhidmatan Masyarakat S41. It was big tho. Semua orang tak puas hati dengan keputusan yang aku buat, especially my parents lah. Ada sebab lah kan biasanya kalau dah kita tak pergi tu padahal cuti tu minggu tu. Kalau nak di ceritakan di sini, memang akan di katakan macam kebudak-budakan. It is kot, tapi macam satu keadaan untuk membalas dendam sebenanrnya. Bukan secara tersurat tapi tersirat. Hakikatnya aku just nak tunjukkan siapa lebih berkuasa menentukan hidup aku. Bukan orang lain, bukan sesiapa, bukan juga family tapi hanya aku dan tentulah Allah yang mencorakkan hala tuju hidup aku. Cumanya keputusannya melalui diri aku yang mungkin salah atau tidak keputusannya. Yeah, aku boleh buat keputusan sendiri dan tunjukkan pada mereka yang aku tak perlukan orang lain untuk tentukan apa yang aku nak buat. It was the biggest decision ive ever made against other people will tho. Happy lah juga walaupun keputusannya betul entah tidak, yang penting rasa nak balas dendam kepada mereka tercapai. Succeed!! Tapi under a lot of cost lah. Selain daripada itu aku juga nak jadikan ini sebagai pengajaran untuk mereka. Bukan senang nak jadi senang. Bukan just simply call nak ini dan itu, asap. Bila aku perlukan itu dan ini asap, no one care. Ianya sungguh mengecewakan duh. Indeed i am crying di sebabkan ini. Air mata lelaki especially aku ni, pendendam. Lekat kat hati. Ambil masa lah juga nak healkan hati ni. Mungkin kah ianya satu balasan? Ntah lah. Kadang-kadang terasa aku ni di asingkan. Macam blacksheep juga kot. Mungkin dekat luar orang nampak lain, pada diorang lain. Laki merajuk buruk kan? Hehehe habis tu tak boleh merajuk lah? Tak adil untuk seorang lelaki. 

Keduanya, penat. Penat pikirkan masalah yang di timbulkan mereka. Dah bekeluarga mempunyai anak bini dan mak ayah yang perlu disuapkan mulutnya tapi kerja macam nak tak nak. Ikut suka diri sendiri tak suka kerja ni berenti, tak suka kerja tu berenti. Apa lagi yang nak tergadai? Tak cukup ker semua dah tergadai. Malu bila orang lain tau cerita ni sedangkan ianya tak sepatutnya begitu. Kalau nak di ikutkan suka atau tak kerja tu, aku ni jauh panggang dari api. But still boleh bertahan. Sebabnya? Aku ada bill nak di bayar, ada loan yang nak disetlekan, ada mulut yang kena isi. Kalau tak fikirkan semua ni, dah lama aku blah kot. Tapi masih bertahan sampai kini. Kenapa ko tak boleh berfikir macam aku huh? Curious duh. Memang aku selatan ko utara lah walaupun 'serumpun'. Tadi terpikir tak nak pikir dah semua benda ni. Menampbahkan uban kat kepala. Belum cukup umur lagi, dah nampak macam berumur. Tak lama lagi penuh lah uban ni, asyik pikir jer dalam kepala otak ni. Kalau boleh lah kan, nak kosongkan semua yang ada dalam kepala ni, tak perlukan pikirkan orang lain dan perkara yang dah lepas, just looking forward. Tapi tak boleh macam tu. Kita hidup bermasyarakat. Bukan untuk diri sendiri. Tapi bila terlalu memikirkan masalah orang lain sampai membelenggu diri ni, tak elok juga untuk kesihatan malah minda. Damn im tired!!!! 

I really am tired. But its okay. Fikri tetap Fikri. Tak boleh jadi orang lain. Apa yang aku cuba sekarang ialah mendapatkan cinta dari Allah. Biggest matlamat dalam hidup at the moment. Dan hidup jer follow the flow. Habiskan 24 jam, fikirlah apa yang nak di fikir, biarkan lah uban penuh satu kepala pun. Ianya macam di takdirkan begini. Hidup aku di takdirkan begini. Kalau nak ubah pun aku kena ubah sendiri. I did, some changes in mine. But how about others? Same old same juga ker? Done for today, semakin lama taip kat sini semakin banyak di keluarkan. Just nak share a part of my life story so maybe next few year i will look at here back and 'oh this is happening', 'oh i hate them' 'oh' and 'oh'. And my future children and wife will somehow knows about their father and husband life story. It will stay here insyaAllah. However i pray for the best, trying harder to be a better person, and for the world to be at peace. 

Sekian, 

aurafitra 
     

Monday, May 20, 2013

Bosan

Salam,

Bosan sungguh hari ni. Kalau cuti jer mesti tak tau nak buat apa. Apalah nasib badan. Get a life!! This is my life. So get the hell out of my life telling me what to do and what cant i do. Walah! Hahaha saja jer, terkeluar ayat begini. Biasanya kan kalau terkeluar tu maksudnya keluar dari hati.. its spontaneous kot. Itu lah sebenarnya apa yang aku rasakan kot. Bukan jer aku semuanya aku rasa. Kalau spontan tu jawapannya dari hati kalau sebaliknya bukan lah kot. While trying to update this, my friend, which is will getting married in a few weeks ahead give me a call nak ajak lepak. And i am 'what the hell, in the middle of the night kot and im working tommorow AFTERNOON hehehe' turn out he wanna pass the invitation kad lor or we call that kad kawin here. Hey, hukum alam, when you inviting someone you the one who should come and give to me not likewise i have to come to you. Hehehehehe Saja jer, nak mengacau dia.. Sadly to say, all of my best friends is married except for two, which is me and dien. Woit bila nak kawin ni? Hahahaha Jodoh ketentuan ilahi, kalau ada, ada lah.. kalau tak ada nak buat macam mana. This is life eventually. Walah! K lah, gtg, something keep calling me and dragging me to them, wahahaha scary! unfortunately it isnt, hehehe oit gilo ke apo. Kinda... ini jer terlintas di hati so kita tulis jer or type jer. Macam ada orang nak baca, bukan ada pun. So i was the only one pretending to be the most famous bloggers in the world! Hahaha instead i am the famous in my own world, lol. Hahaha ciao! Have a nice days ahead you guys!

Wednesday, May 15, 2013

Tangisan dalam ketawa

Salam,

Ntah kenapa lah setiap kali ada masalah, dekat sini juga yang menjadi tempat untuk di luahkan. Pada sapa lagi lah kan? Hahaha kesian. Nasib orang yang menyendiri begini. Mmg beginilah nasibnya. Sejak dari malam tadi hati aku ni bersedih jer. Sedih kenapa dan mengapa, biarlah ianya tersemat di kalbu. Kalau di beritahu tiadalah lagi yang surprisenya. Hehehe ngok juga kadang2 aku ni. Bukan kadang2 mcm selalu jer. Hahaha Cuba menceriakan diri aku ni. Tapi dalam hati ya Allah, dah bebaldi kot air mata hati. Hehehe buat pertama kalinya aku kecik hati yang sebenar-benarnya. And im let it out. Bagitau dekat orang yang sepatutnya tahu. Bila nak, laju tapi bila aku pulak nak masing2 berdolak dalih. Ya Allah, penatnya.... Penat sangat. Kalau lah kurangnya iman di dada ntah apa dah aku buat. Tapi nasib baik akal fikiran masih waras. Tak perlah, at least aku dah luahkan and buat pertama kalinya aku nak menangis waktu call tu. Kikiki lembutnya hati ko kan fikri. Biasalah anak bongsu dan manja sikit. Hahaha dugaan Allah bagi ni baru sikit. Dan aku rasa dugaan kali ini adalah dugaan yang sebenarnya. Ya Allah, kukuhkan dan ttpkan lah iman ku kepada Mu dan tabahkan lah hati aku menghadapi semua dugaan ini. Amin. Mungkin dari awal lagi ia tidak sepatutnya begini. Mungkin ini salah satu cara bagaimana Allah nak tunjukkan yg ini bukanlah yg terbaik. Ntahlah.. Aku pun tak tau apa maksud tersirat semua ini. Masih belum mampu memberi jawapan. Tak perlah, biarlah aku jer yang tanggung ni sorg. Bagitau pun tak bo membantu. Cuma yang dapat aku lakukan bertahan, senyum, dan teruskan segalanya sebelum semuanya berubah. Kalau lah aku boleh membenci......

Thursday, April 25, 2013

The worst day of my life

Salam,

Alhamdulillah, hari ni masih di sini dan menikmati keindahan dan kenikmatan kehidupan di dunia. One of them is 'jagung'. As i am currently enjoying my tea time with a cup of corn. Marveles!!! Sebenarnya dah beberapa hari cuba nak update blog ni, tapi it is quite impossible to update thru my phone tho, but today i am able to, fortunately. Hahaha. Ni tak lain x bukan mesti ada masalah kan.. Biasalah kehidupan, tak lari drpd masalah. So striaght to the point, untuk sebulan di sini, i felt great, but when time passing by, unfortunately the feeling is not there anymore. Perasaan lain yang timbul. Aduii, its beyond my control dah. Dah nak terasa mcm tu nak buat mcm mana kan. Masalah, yang beza nya mcm mana kita cope dengan masalah itu. Dan malangnya sekali lagi, aku tidak beberapa kuat kali ni utk menghadapi dugaan ini. The only way i have in mind at the moment is quitting. Find the others and enjoying again my life. Currently im not. Coming here, it was like the end of the world and i am counting every single seconds and minutes to come home tho. Ahahaha never experienced like this before. Its not a good thing tho but nak buat mcm mana dah itu perasaan yang timbul. Hahaha however, im still believe in my self and trying my best to think positive as much as i can especially you are not that positive in life. Haha thats me! Bahu ni sakit jer mrmanjang.. Stress kot. Ok lah, time off nak kena masuk dah settlekan kerja yang aku tinggalkan. Da mcm buruh pun ada... Huhu ciao