Saturday, July 11, 2009

Keutamaan!!!

Salam,

Prioritize! Kalau diingat kembali, ianya antara satu topik yang pernah menjadi tatapan blog ini pada satu ketika dahulu. Bukan lah lama sangat pun, masih boleh dibaca di bawah. Skroll sikit mouse ke bawah, dan there it is. Tapi aku ragu, hari ini adakah aku mengikut apa yang telah diperkatakan. Adakah aku berada di landasan yang salah ataupun sebaliknya? Kuasa 'duit' agaknya. Di tambah dengan sedikit sifat 'boros' yang sentiasa menguasai diri. Sikit jer ker? Rasa macam banyak je... Hanya aku yang tahu...

Jam Tangan. Adakah dengan membeli jam ini dianggap membazir? Semestinya tidak! Kerana 'waktu' sungguh beharga dalam diri kita. Dengan 'waktu' lah kita dapat merancang segala perjalanan. Dengan 'waktu' juga dapat mengingatkan diri kita kepada Yang Satu. Bersesuaian lah dengan firman Allah swt.

'Demi masa, sesungguhnya, manusia dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan berpesan pada kebenaran (ila akhir ayat)'

Tetapi persoalannya, adakah perlu membeli sehingga ratusan ringgit. Bukankah itu juga dikira sebagai satu pembaziran? Bukan tiada pilihan, berlambak di pasaran jam yang harganya jauh lebih murah. Tetapi adakah dengan membeli jam murah menjamin masa hadapan? Apa yang dimaksudkan, daya ketahanan jam tersebut. Mesti ada yang kata, 'Eh, kalau orang tu reti jaga, tak kiralah murah atau tak, elok je jam tu'. Ia betul. Tapi persoalannya adakah aku mampu menjaganya seperti orang lain? Nasib aku sebanrnya tidak pernah baik apabila membeli jam. Ada yang aku beli pakai tak sampai seminggu dah rosak. Ada yang beli 'hilang' entah ke mana. Itu semua mungkin kerana kecuaian diri. Dan mungkin juga kerana aku merasakan yang ianya tidak terlalu memberi nilai kepada aku membuatkan aku menjaganya sambil lewa. Entahlah berbaloi atau tidak, yang pasti ianya penting bagi aku.

Dan yang lain. Semuanya satu keperluan. Keperluan dalam diri aku sepanjang aku berada di sini. Meneruskan sisa perjuangan seorang yang bergelar pelajar. Tetapi setiap keperluan itu membuatkan aku merasa akan sesalan di dalam diri. Adakah betul semua itu keperluan? Adakah betul apa yang di beli itu 'sunguh-sungguh' aku perlu? Aduh. Aku tidak dapat menjawabnya kerana masih sibuk memikirkan pro dan kon setiap dari barang yang aku beli. Masuk jam dan saat ini, sudah 3 kali aku mengira perbelanjaan aku untuk minggu ini dan sesungguhnya aku takut melihat begitu banyak duit yang mengalir keluar. Persoalannya, adakah ia mengalir untuk jalan yang betul atau tidak?

aurafitra

0 comments: