Friday, July 10, 2009

Nandos! Here We Come!

Salam,

Tidur. Jujurnya antara perkara yang paling 'enjoy' aku lakukan selain daripada menikmati keenakan makanan. Tetapi semenjak aku menjejakkan kaki di bumi UTM ini, ianya seakan sedikit menghilang. Bukanlah tidak lagi menikmatinya, cuma masa nya telah dikurangkan. Mungkin inilah impak daripada latihan industri tanpa kita sedar sebenarnya. Tetapi nikmat tetap nikmat. Usah diragui akan nikmat yang dikurniakan.

N3 sebelum ini, aku ada menyatakan terdapat beberapa tajuk yang ingin aku 'garap'kan di sini, tetapi atas halangan tertentu, aku terpaksa menangguhnya terlebih dahulu. Dan hari ini, dan waktu ini lah aku merasakan yang sudah tiba masanya untuk aku melunaskan hutang itu (kalau ada yang rasa aku berhutang lah). Bukanlah hendak mengulas panjang lebar. Sekadar menyatakan sedikit apa yang tersimpan di dalam hati.

Hari Terakhir LI

Selama ini aku tidak sabar untuk menunggu saat habisnya latihan industri. Dan semestinya aku akan 'happy' apabila saat itu tiba. Tetapi lain pula yang terjadi. Ialah, betul apa yang selalu orang katakan, kita hanya merancang, tapi yang menentukannya, ialah Tuhan. Lain yang dirancang, lain yang jadi. 'Happy' lawannya sedih. Tetapi sedihnya aku bukanlah seperti sedihnya juliet menunggu romeonya. Hanya sedih seorang lelaki 'ego' yang tidak sesekali akan menunjuknya. Biasalah, air mata lelaki. Sungguh mahal harganya lebih mahal daripada sebutir berlian hendaknya. Tidak perlulah untuk aku menyatakan akan apa yang aku perolehi. Walaupun sikit, tetapi ianya berbaloi dalam aku meneruskan kehidupan di kemudian hari. Dan sudah tentu setiap pertemuan akan berlaku perpisahan. Setiap daripada perpisahan itu akan berlaku pula pertemuan. Lumrah alam. Siapa kita hendak menghalangnya. Dan janganlah menjadikan perpisahan itu umpama satu bebanan. Sebaliknya tengoklah kepada sudut yang lebih positif. Aku tidak sempat sebenarnya untuk memberi ucapan terima kasih kepada semua, tetapi cukuplah sekadar yang mampu. Hendak memenuhi kehendak semua orang adalah mustahil. Walalupun sebenarnya ianya boleh dilakukan. So, thanx guys for EVERYTHING! Its worth being with all of you for this 2 month. Yang peliknya aku ni, macam lar diorang ni semua baca blog aku, macam mana lar diorang nak tau. Apa da... Kalau terbaca baguslah. Hehe

Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga

Herm, ini satu lagi. Acapkali aku katakan, sebelum membuka mulut untuk meluahkan perasaan kita, fikirkan baik dan buruknya. Jangan hanya pandai memperkatakan sesuatu tetapi sebenarnya isi tiada. Dan jangan menggunakan medium yang salah. Kalau sudah jelas lagi terang tempat itu untuk menyampaikan info, yang pergi guna untuk luah perasaan tak puas hati tu kenapa? Tempat tu sah-sah salah. Dan yang memanaskan hati yang memang panas membaca komen-komen tidak ilmiah tu, majoritinya orang yang seangkatan dengan aku. Kalau boleh tak naklah kerana mereka ‘budak direct intake’ ni dipandang tutup dua-dua belah mata. Kalau tutup sebelah tak apa lagi. Ni dua mata pun dah tutup, susah tu. Entahlar, betul juga sebenarnya apa yang mereka katakana. Ialah tak salah nak sampaikan apa yang kita rasa. Demokrasi kan? Bebas bersuara. Bila lagi nak praktikkan? Tapi guna lah cara yang betul. Medium yang betul. Dan yang tambah peliknya, bukan tak ada orang tegur, siap dah bagi warning, jangan guna medium tu, tapi degil. Manusia ni memang degil ea? Herm, agaknya tu. Cakap sekali tak akan dengar punya. Entah lah, dah nama pun manusia. Bukan lah semua jenis macam tu, segelintir jer. Tapi, segelintir itulah yang menyebabkan kita yang lain ni terasa akan bahangnya.

Here I Am.

Here I am, once again… rasanya macam satu seni kata lagu. Tapi aku lupa lagu apa yang asyik bermain di kepala ni. And suddenly, I’m out of idea!!! Gosh! (Sebenarnya tengah melayan lagu Jordan Sparks-Battlefield, Archie – Zero gravity, FOB – America Suiteheart sampai hilang idea nak tulis apa hehe). Here I am.. tak payah susah-susah. Apa yang nak ditulis, aku sekarang telah kembali kepada pangkuan sebenar sebagai seorang pelajar, UTM. Balik kepada kehidupan menjalani kuliah pagi dan petang. Dan sesungguhnya, boring sungguh kelas aku semester ni. Got two class on Monday and Tuesday, and just one class both on Wednesday dan Thursday. How bout that ha? Its gonna be boring very boring if I don’t come up with something. Help me! Someone…

Oklah, so far itu jer rasanya yang tertangguh untuk aku garapkan di sini. Kalau ada rezeki malam ni aku nak makan nandos. First time dalam hidup ni nak makan nandos. Its Syapit treat lor. Thanx very much ha! Doakan lar malam ni jadi ea. Gurau jer lar hehe. Nanti kalau rezeki lebih, ada lar Kenny rogers. Kalau tak pizza jer lar,tak pun buka puasa memandang puasa pun dah dekat ni. Pray lar my money still ada waktu tu. Huhu Kalau tak, tangguh semester akhir jer lah yer. Oklah, aku nak mandi ni tapi kena tunggu masa yang betul. Hehe..

0 comments: