Salam,
Kelam kabut. Sungguh kelam kabut pagi tadi apabila kelas yang di sangka akan bermula pada jam 9 pagi bermula seawal 8 pagi. 'Aiya, sudah 3 tahun ma di sini, time table pun salah tengok ka??' Bukan aku yang 'memerli' sebaliknya junior aku di Kuala Lumpur yang memerli, itupun melalui Syapit. Aku? Save kredit, tak ada nak mesej-mesej ni. Hehe..
Tapi betul ea? Ambil subjek umum ni sungguh membosankan. Entahlah, waktu ambil etika dulu, tak ada lar bosan mana sangat pun (walaupun sebenarnya aku rasa macam bosan jer). Maybe semuanya depends kepada pensyarah. Tapi yang peliknya, bila dia (pensyarah) tu cerita bab experience dia, best lar pulak. Tu la pasal. Subjek tu kot. Pastu dalam sejarah aku belajar kat sini, ini lar kali pertama awal-awal dah ada asignment yang kena buat. Bukan subjek ni jer, lagi satu tue pun kena juga. Tapi yang bagusnya pulak, subjek ni tak ada test. Hooray!!!Yohooo!!
Sebaik je lecturer cakap 'kita stop' di sini, kitaorang terus keluar. Awalnya ingat nak terus balik je, sekali Abang Remy ajak pergi minum pulak dulu. Oklah, walaupun tidaklah berapa lapar sebenarnya, tapi bab makan sapa tak nak. Hahaha (aku kuat makan lar sekarang. Qada ikat perut waktu praktikal dulu tu) Rupa-rupanya kan, Abang Raimi ada kelas lepas tu, patutla dia ajak minum dan makan, dia malas nak balik bilik la tu. Hai dah moto baru pun malas lagi. Tengok macam aku, tak ada pun motor. Maklumlah tak mampu nak beli. Kami pun makan dan ditinggal bertiga oleh Abang Raimi yang bergegas ke kelas. Kami pun apa lagi, dengan gelojohnya dengan cepat menghabiskan makanan yang 'tidak beberapa kena dengan tekak aku ni'. Maklumlah, eat picker sikit aku ni. Hehe. Balik jer terus tengok tiket kat TGV tebrau. Kul 11.20 dan 12.30. Yang mana menjadi pilihan? 11.20. Terus jer kitaorang shoot dengan pantas nya ke Tebrau. Betul wei, laju betul Syapit bawa. Takut juga aku. Tapi aku diam jer lar. Padahal dalam hati aku dah mengucap dah tu. Hahaha tapi aku yakin dengan dia. Pengalaman besar tu. Berbaloi juga lar dengan kelajuan tu sampai ada polis usha jer kat sebelah (kebetulan ada polis lalu) dapat tiket RM 9 je. Tiket harga sebelum 12 pm. Hahaha Untung-untung sampai Ajai@alien jeles lar kat kitaorang. Tapi belajar lagi bagus kan ajai??? ^ ^
Harry Potter: Half Blood Prince
Siapa sebenarnya half blood prince tu? Mesti ramai yang tertanya kan? Awalnya aku ingatkan harry, rupanya salah jangkaan aku. Itular pasal, walaupun aku telah membaca buku dia, tapi semuanya gone macam tu saja. (Eh baca pun bukan baca betul-betul. Ada juga la bab yang skip hahaha biasa lar aku). Dan macam mana cerita dia? Herm, bagi aku yang very big harry potter fan ni, best dah tu. Kalau yang bukan big fan tu, aku tak tau. Aku cuba juga nak bayangkan yang aku ni bukan big fan (nak tulis dalam blog ni la) tapi tak boleh juga. Sinopsis cerita dia? Perlu ker untuk aku ceritakan? Rasa macam tak perlu jer. Korang pun boleh tau dari internet ni. Bak kata kawan aku Zamin 'Google jer'. Betulkan Zamin?
Cumanya kan.. Cewah,biasa lar, mana pernah perfect kan? Mesti ada juga cacat celanya. Apa cacat celanya? Tak ada la apa sangat, cumanya kalau lar dia panjang sikit kan best. Hehe 11.30 hingga hampir kul 2.00 petang tu rasa sekejap sangat. Tak puas betul nak tengok diorang (harry and the gang). Dan cerita ni kan sungguh menyedihkan. Sehingga boleh mengalirkan air mata seorang lelaki. Hahaha (Tak adalar sampai gugur air mata aku. Tak ada keluar tisu pun. Memang tak ada tisu. Macam mana nak keluar, hehe). Tapi sedih betul Dumbledore mati. Avada Kavadra!! Snape pulak tu yang bunuh. Tapi sapa dah baca buku akhir mesti tahu kenapa Snape bunuh dia kan? Tak surprise lar aku citer kat sini. Dan lagi satu bengang betul dengan Beatriz tu. Ala, yang bunuh Sirius Black dulu. Tak puas hati betul tengok muka dia. Dan yang pasti sungguh romantik cerita kali ini. Harry+Ginny, Ron+Hermoine... Kan best tu.. hehe. Rating? Of course lar sebagai seorang seorang big fan rangkaian Harry potter ni, tak ada bintang-bintang yang dapat mengambarkan betapa best nya cerita ni. Dan habis je cerita tu, kitaorang segera menunaikan tanggungjawab seorang Muslim dan terus laju meninggalkan Tebrau City (nasib baik tak laju sangat dia bawa waktu nak balik hehe).
Destinasi Seterusnya.
Jaya Jusco Taman Universiti, Skudai. Eh, mesti ada yang tertanya, bukan dekat tebrau tu ada jj ker? Ada memang ada, tapi dia tak ada jcard day. Jcard day, faham-faham lah, murah bukan main kan harganya. Itu pun selected barang jer. Kami pun dengan tak berapa excitednya melangkah masuk ke dalam jj yang sederhana kecil itu. Itu dia, orang bukan main ramai. Sanggup diorang bercuti kerana hendak bershopping. Kuasa membeli belah rakyat Johor ni memang kuat. Tak di nafikan tu. Kami pun jalan, dan jalan, jalan sehinggalah ternampak jualan 'carpet' yang agak murah. Belek punya belek punya belek, tak jadi juga beli. Masing-masing ragu kot dengan harga dia dan tak membazir ker kalau beli. Itu yang acapkali tertanya di dalam lubuk hati kami. Pastu, bahagian bedsheet pula menjadi perhatian. Murahnya, sampai menyesal la si Syapit beli dulu. Cantik pun cantik. Akhirnya kami berdua pun ambil la sorang satu setelah hampir satu rak tu kami selerakkan. Haha (kesian diorang nak susun balik. Sebenarnya saja nak bagi kerja jer tu. Kalau tak asyik melalak macam orang tak betul jer. Hehe) Pastu kerana 'tension' kami pun bergerak menuju ke bahagian makanan. Dan masing-masing membeli mister potato dan 100+. Waktu nak ambil 100+ tu, ada satu untie tu siap tunggu sebab yang tinggal kat belakang. Memang tak dapat sampai punya nak ambil. Aku pun suruh la si Syapit sebab dia kan tinggi, tapi nampaknya tinggi dia tak mencukup. Kena tinggi lagi nampaknya. Hahaha Aku decide nak panjat sebenarnya. Tapi belum aku panjat, Syapit dah hulurkan tangga kat aku. So, aku gunalah kemudahan yang diberikan. Siap tolong ambil untuk untie dan sorang chie, chie tue (tak reti spell lar, kakak dalam bahasa Melayu). Pastu nak dipendekkan cerita, kami ambil tiga ketul ayam drumstick dan jalan nak bayar. On the way jalan tu, agaknya sambil memikir, bedsheet tu tak jadi la kami beli. Rasa macam membazir jer. So akhirnya hanya potato+air jer kami beli. Yang mana boleh di beli ketika waktu biasa, tak payah jcard day pun harganya sama jer. Hahaha, buat penat datang je dengan berduyun orang kat sana. Tapi lepas tue, KFC, sehingga menjilat jari menjadi arah tujuan kami seterusnya. Apa yang menjadi pilihan? Tentunya Chickaroni. Masuk kali ni, dah dua kali kitaorang makan chickaroni ni. Aku siap modified tambah kentang putar yang betul-betul diputar dengan sos cili dan dituang ke dalam chickaroni tersebut. Betul-betul HO-Liao tu rasa dia. Hahaha Dan seterusnya balik dan menunaikan fardhu asar. Pastu aku pun apa lagi, update la blog. Dalam aku tengah update blog ni, Syapit ajak pergi beli carpet. Aku pun on je la, dan siap ajak Ajai@alien lagi (ingatkan dia nak beli penyangkut baju tapi hampeh).
Kitaorang bertiga pun berangkat la menuju ke JJ kembali. Ingatkan tak ada la nak beli apa-apa. Sekali aku ha, dua seluar dapat. Ingat nak beli carpet, tapi tak Nampak pun carpetnya dalam bilik ni. Hehe Sebabnya tak beli, ada kotor sikit kat carpet yang berkenan tu. (lost idea dah, sebab nak post internet cam hampeh, susah betul nak connect, so aku biarjer macam tu. Sepatutnta post hari Khamis lepas bersamaan dengan 16 Julai, tapi hari ni baru dapat post)
Oklah, sampai sini jer lar. Dah betul-betul tak ingat dah nak tulis apa. Ciao.. Have a nice weekend
aurafitra
0 comments:
Post a Comment