Saturday, February 28, 2009

Proton MPV Exora Di UTM

Salam Perpaduan..

Seperti yang telah diperkatakan, hari nie dan semalam dan semalam (means rabu, khamis, dan jumaat) proton telah datang ke UTM nie buat road show.. bukan jer dia nak tunjuk proton MPV terbaru, dia ada juga tunjuk enjin campro.. actually kalau tak silap aku lar kan, show nie bersempena dengan career talk juga.. so proton just datang amik tunjuk sekali lar.. ada juga dia tunjuk enjin hybrid.. so kat sini ada lar sikit gambar-gambar rangka proton Exora dan enjin campro hasil keluaran Proton..



Depan Exora



Rangka MPV Exora (Macam Avanza ea)




Enjin Campro

Proton exora MPV nie harganya kurang daripada RM 80, 000 dan akan dikeluarkan dalam lima colour.. genetic silver, tranquilty blac, blua haze, pyrite Brown, dan gaia blue.. Manakala untuk safety pulak ada 2 SRS airbags (standard).. yang lain tue biasa lar kot.. So sekarang sapa yang nak book MPV nie boleh lar start sekang.. actually dah start pun 21.2.09.. dengan yuran RM 1000... Apa-apa pun sokong lah buatan Malaysia.. u rock gurl!!! hehehe

m fikri


Salam Jumaat

Cuti weekend dah start pun bagi aku.. almaklum lar kelas tak ada hari nie.. cuti panjang lar nampaknya..huhu. Lebih sudu dari kuah?? Apa yang lebih??? Mana sudunya?? Tak ada apa pun sebenarnya, saja nak post kat sini.. tak ada buat apa kan?? Actually aku teman member pergi klinik.. dia sakit tekak, and aku pun tumpang lar sekaki jumpa doktor (aku pun actually batuk).. last-last aku yang dapat attention doktor tue.. Doktor Hassan akalu tak silap aku.. Dari niat hanya meneman, bukan main banyak lagi ubat aku dapat.. hehehe.. Terima kasihlar yer doktor..

Ubat Batuk dan demam.. hehe


Tengah2 Doktor Hassan tue isi ubat apa yang aku kena amik.. sempat lar sembang pasal Proton MPV terbaru nie.. Sekang kat sini tengah heboh sebab Proton kan tengah buat road show.. so diorang singgah lar kat UTM nie.. dia tanya lar dah tengok ker?? actually pameran tue dalam DSI.. so aku kata lar belum becoz busy sikit lately.. hai, student pun busy daripada doktor ea?? hehe biasa lar doc.. sbnrnya malas nak pg kat dewan tue.. sebab tak bo bawa kenderaan naik atas bahagian dewan.. dah lar kalau nak parking kenderaan jauh kat bawah.. nak memanjat satu hal pulak.. aduh.. insyaAllah.. ada masa nanti aku pg lar tengok.. mana lar tau kot-kot ada lagi proton Exora tue kat sini.. hehe

So nie lar serba sikit pasal Proton Exora..Proton Exora merupakan sebuah MPV Compact yang dikeluarkan oleh Proton Malaysia (as we know lar). Bahagian belakang bumbung MPV nie tak ada cerun sebab dia nak tingkatkan ruang barisan ketiga dalam kereta tue.. Menggunakan enjin campro 1.6L.. so bagi MPV penggunaan minyak dia jimat lar sikit.. Serba sedikit pasal MPV Exora nie.. aku bukan pakar pun bab-bab kereta nie.. Cuma sembang2 dengan kawan2 tue MPV nie lebih baik dari Avanza dan kurang sikit jer dari Lavina. So bagi rakyat M’sia.. kira affordable lar nak beli mpv nie..

Friday, February 27, 2009

CINTAKU PADAMU SETELAH CINTAKU PADA ALLAH DAN RASULNYA

Munajat Cinta.. Semoga kita tergolong dalam golongan beriman..


Ya Allah,
jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseoarang yang melabuhkan cintanya padaMU agar bertambah kekuatan ku untuk mencintaiMu...

Ya Muhaimin,
jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada MU......

Ya Allah,
jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yg hatinya tertaut padaMU, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cintaMU.......

Ya Rabbana
jika aku jatuh hati ,jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati MU....

Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yg merinduisyahid di jalan MU.......

Ya Allah
jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai akumerindukan syurga MU.....

Ya Allah
jika aku menikmati cinta kekasih MU, janganlah kenikmatan itumelebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu......

Ya Allah
jika kau jatuh hati pada kekasih MU,jangan biarkan aku tertatihdan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada MU......

Ya Allah
jika Kau halalkan aku merindui kekasih MU,jangan biarkan akumelampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadihanya kepada Mu........
.
Ya Allah
engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cintapada Mu,telah berjumpa pada taat MU.telah bersatu dalam dakwah padaMU,telah berpadu dalam membela syariat Mu.kukuhkanlah ya Allah ikatannya.kekalkanlah cintanya. tunjukkanlah jalan-jalanya .penuhilah hati-hati inidengan nur MU yang tiada pernah pudar . lapangkanlah dada-dada kami denganlimpahan keimanan kepada MU dan keindahan bertawakkal di jalanMU............

m fikri

Thursday, February 26, 2009

i'M BACK

Salam..

Dah lama rasanya tak buka blog nie.. hampir setahun rasanya.. dulu tahun 2007.. kini 2009 menjelma.. dah bulan dua pun.. tapi blog nie tak ada 'improvement' pun.. so aku rasa kini sudah tiba masanya untuk aku kembali mengaktifkan blog aku nie.. sekadar hanya untuk memeriahkan lagi blog-blog yang sudah wujud sekarang.. blog aku nie hanya lar sekadar blog untuk menyuarakan apa yang aku rasakan.. perjalanan hidup yang penuh liku dan ranjau.. apa salahnya kalau dikongsi bersama sebagai panduan untuk masa hadapan..

Sebenarnya aku bukan lar mahir bab-bab blog nie, tapi lately aku ada lihat blog member-member lama sekolah dulu.. so 'why not' aku aktifkan balik blog nie daripada aku tak buat apa pun.. terima kasih lar kepada member-member sekolah dulu.. Izzuddin Rocks!!! hehe Lama dah rasanya aku menyepikan diri dari budak-budak sekolah dulu.. bukan niat untuk menyepi.. bukan niat untuk 'bertapa'.. cuma keadaan tidak mengizinkan untuk kita bertemu dua muka.. maklumlah masing-masing 'buzy' dengan aktiviti masing-masing.. belajar.. tak ramai yang tercampak dekat UTM nie.. aku pun baru juga mengaktifkan diri dalam facebook.. dari situ lar jumpa member sekolah dulu.. rasa macam nak sgt jumpa.. tapi sorang jauh nun di perantauan.. sorang di utara malaysia, sorang di selatan.. perlu perancangan yang rapi kalau ingin berjumpa.. kenangan zaman sekolah tidak akan dilupakan.. bak kata orang dah belajar dekat u nie pun.. zaman sekolah tetap tidak dapat ditandingi.. zaman tue lar kita belajar segala aspek kehidupan.. baik buruk nya kita semuanya bermula di sana.. terpulanglar kepada individu.. mungkin ada yang memberntuk diri mereka di tempat pengajian selepas zaman sekolah.. tapi aku cukup bersyukur kerana izzuddin telah membentuk diri aku sebagai mana aku hari nie.. walaupaun tidak 'macam dulu' tapi aku masih tetap sama.. cuma fizikal jer yg berubah.. hehe

setakat nie jer lar hari nie.. memandangkan aku ada test esok.. nasib baik open book test.. kalau tak 'ko' lar aku.. hehe se bebudak coursemate aku.. selamat mengahdapi ujian.. cewahh.. macam final pulak ea.. apa-apa pu open book.. so RELAX guys..

out
salam

m fikri