Friday, December 25, 2009

Friday Madness!!!!

Salam,


Sekali lagi aku mempunyai masa untuk tidak menjadikan blog ini berhabuk. Hehe dalam masa tidak sampai 12 jam, ini kali kedua aku akan update segala yang berlaku dalam kehidupan aku seharian. Bukan senang aku nak update macam ni, Selalu jer ada masalahnya. Sibuk ini lah, itulah, dan entah macam-macam lagi (padahal tak ada sibuk mana pun, saja buat sibuk wakaka).

Jumaat, cuti hari krismas, aku pasti di mana-mana juga seluruh Malaysia pasti dipenuhi dengan lautan manusia, terutama di pusat membeli belah. Dan tanpa di sangka, kitaorang pun dengan yakinnya, bergerak lar ke Tebrau JJ lepas sembahyang jumaat. Belum lagi separuh perjalanan, kami dah diuji. Hujan turun tanpa memberi petunjuk. Lebat pulak tue.



Basah lenjun Ajai, Syapit, dan Remy. Nasib baik aku membonceng, kalau tak, basah lar jugak. Wakakaka. Pastu, dah lar berhenti dekat gerai jual sate, memang cukup menduga perut aku yang belum diisi. Tu lar pasal, jual mahal sangat, roomate ajak makan aku malas, akibatnya, berlapar lar aku, hehe.

Lepas jer hujan reda, kitaorang pun bergerak lar ke JJ Tebrau tanpa ragu lagi. Sampai jer sana, tu dia, kereta bukan main banyak yang nak masuk parking. Dalam kepala otak, herm, mustahil dapat tengok wayang macam ni. Dah lar macam tue, motor nak masuk parking pun susah juga. Apa lar nasib macam ni. Dah lar macam tue, masuk je JJ beratur bukan main panjang lagi semata-mata nak beli tiket jer. Aduh, tension betul! Tapi nasib baik dapat juga tiket tue. Dan tak ramai pun yang nak tengok cerita ni sebab ni cerita baru. So kami antara yang paling awal kat MaLAYSIA tengok cerita ni. Hahaha Nak tau kami tengok cerita apa? Ha, ni lar cerita dia.



Best juga lar cerita ni. Kelakar + vampires, kira ok lar. Bak kata Remy, lagi ok dari Avatar. Ye ker? Terpulang kepada individu. Aku? Ok jer dua-dua. Avatar mempunyai kelebihan dia sendiri, begitu juga dengan citer ni. Avatar, very enjoyed watching the graphic lor, and this movie quit funny and action sikit lar. Huhu, tapi bagi aku dua-dua pun boleh. No hal punya.

Lepas habis tengok movie, apa lagi, misi paling penting dalam dunia roomate aku (hahahaha dia juga yang kena) SHOPPING. Termasuk lar aku, beli lar juga sikit barang. Adalar dua, keperluan lar katakan hahahaha. Dapat lar selei tshirt dengan short pants. Untuk kegunaan aku seharian. Hehehe pas tu apalagi, balik lar, takkan nak melepak kat jj tu, bukan ada apa pun.

On the way nak blik tue, kitaorang singgah lar restiran Singgah Selalu. Ni first time nak singgah ni. Abang Remy dah selalu, kitaorang baru. TU agaknya dia panggil singgah selalu. Hahaha



Aku order, nasi goreng isi ketam teppanyaki. Sedap bro, rugi kalau tak rasa. Cam dak-dak nie, beli biasa jer, nasi goreng kampung, nasi goreng paprik, dan lain sikit roomate aku nasi goreng singgah selalu. Pastu dia tambah tomyam ayam. Kira ok lar tue kan makan. Tak mahal mana pun, tapi mahal lar dari biasa yang kitaorang makan kat seri puteri tue. Hehehe nak SINGGAH SELALU tak boleh lar, SEKALI SEKALA BOLEH. Tapi kalau niat nak USHAAHIDU, boleh lar kot, wakakaka.

Habis makan, kitaorang pun balik lar, nak buat apa lagi. Macam aku sampai bilik, buat apa yang patut dan terus update blog aku ni. Hahaha tak tahan betul, macam apa jer. Ok lar, so far begitu lar hari aku hari ni. Esok mungkin sibuk dengan PSM. Nak tak nak, kena buat tesis ni. Jangan lar sampai aku xtend pulak. Minta di jauhkan. Hehehe ok lar ciao, esok kalau ada yang menarik, aku update lagi. (Tak sabar nak rasa SATAY on the way ke tebrau tue hehehe)

aurafitra


2 Weeks, dan Dua Minggu.. haha

Salam,

Rasanya sudah agak lama aku biarkan blog aku ni berabuk, sampai ada kawan tanya, 'bila ko nak update blog ko?' Huh! Aku pun tak tau macam mana nak jawab. Nak tak nak, aku pun rasa sementara aku boleh memasuki lineyang cukup payah ni, baik aku update serba sedikit kat blog ni.

Sedar tak sedar, sekarang dah masuk minggu kedua dan minggu depan minggu ketiga aku bergelar pelajar tahun akhir dekat universiti ni. Sekejap saja rasanya masa berlalu sehinggakan aku tidak sedar masih banyak kerja yang belum diselesaikan. Macam-macam masalah timbul sejak dua menjak ni. Sejak aku menjejakkan kaki di universiti ni sebagai pelajar tahun akhir. Yang paling menyedihkan, mestilah pasal biasiswa aku. Nasib baik aku tak ambil berat sangat. Kalau tidak, memang menangis tak berlagu lar aku. Hahaha Itu baru pasal biasiswa, belum lagi pasal PSM yang belum bermula. Haiya, risau aku rasanya dah tahap maksima tapi masih relax jer lagi. Bila nak start? Tak tau lar, hanya Tuhan yang tahu. Bahan semua dah ada, cumanya masa nak start tue belum muncul lagi. Masih sibuk dengan 'enjoy' ke sana dan kemari. Hahaha biasa lar, menikmati saat-saat begini sebelum betul-betul sibuk. Dan aku mengharapkan sangat-sangat kerjasama kita boleh buat PSM ni sama-sama dengan jayanya. Ajja!!!! Fighty!!!!

Seminggu pertama aku kat sini memang merupakan minggu paling enjoy aku. Bukan setakat enjoy, dengan membuang 'duit' entah ke mana, rasanya sungguh membazir. Tapi as i said, ianya satu keperluan. Nak tak nak aku memang kena mengeluarkan duit tu. Ada lar yang keperluan, ada juga yang tak kena mengena. Hahaha So far benda-benda ni yang terpaksa aku beli sepanjang dua minggu aku kat sini. Antaranya :


Baru! Nak tak nak kena buat, kalau tak, buta lar aku.. hehe sebabnya????




Yang lama dah pecah.. tengoklah keadaannya, sungguh mengharukan... huhu oleh???




Anak buah aku yang sorang ni, ada dia pijak cermin aku depan mata aku lak tu.. aduh!!!



Ni lagi dua anak buah yang cukup nakal.. hahaha


Banyak lagi yang aku borong kat Johor ni, tapi biarlah rahsia hahahaha balas dendam, sebab before tak banyak yang aku borongkan. Kononnya. Ok lah, so far ini jer lar yang mampu aku updatekan. Nanti ada masa aku update lagi. Ciao, and meery chrismtas for those who celebrated it, and a happy new year!!!!

aurafitra

Thursday, December 10, 2009

Global

Salam,

Hai guys? How are you? Its Thursday madness actually for me! The weather (for quite sometimes before the raining came) very hot you know. And when its raining, huiyo, very heavy ooo. No matter lar flooding everywhere even in the place that not ever crossed our mind gonna happen. Right? But thats the Mighty of Allah. Nothing is imposible.

The weather can chage dramatically as what happened in my house. Once, its very hot, suddenly, the rain fall down, and then, tip top, its hot again. I cant help it guys. No matter what we saying, what we're doing its still the same. Back to the basic, its our fault. We are responsible for what happening around the world nowadays. Thats is one big issue we need to pay attention at the moment. Forget anything else. Pay attention to this!! What can we do to save the world? Ask ourselves, what can we provide to make the change? Is it 2012? Who knows! Its out of our hand. But what can we do now is just together SAVE THE WORLD.

(hahaha apa aku mengarut dalam bi ni pun aku tak tau). Enough about the world. What about me? Hurm, what about me? Thats one taugh question though. Hahaha i'm bored actually not really, but what i feel now is that i cant stand just stay here doing nothing. I'm stuck here. I need somebady to take me out of here. Hahaha, what an imagination. It just like another 3 days to come before i'm leaving to my college. what a realive when thought about that. Hahaha

The only question is, whether it is on sunday, monday or tuesday? Do i have to wait longer than it supposed to be? Hahaha of coz if i could, the choices will be on tuesday, together with my roomate. But its all depends on my brother work schedule. Just cross my fingers that it'll be on tuesday. Kesian kawan aku tue, orang baru lepas penat bertunang, dah kelam kabut nak balik Johor. Hahaha Whatever it is, just wait till tomorrow, coz tomorrow never dies. Hahahaha Which day do you think the best? Mesti u all kata, up to you lar, whos gonna answer your question? Hahaha Ok lah Ciao!

aurafitra

Monday, December 7, 2009

Saja UPDATE...

Salam,

Wuts up??? Apa khabar semua? Mesti banyak cerita kalau nak dikongsikan kan? Yer lar, macam aku yang bercuti lebih sebulan ni, macam-macam berlaku. Dari yang bestnya sehinggalah kepada yang tak best nya. Cuti pun sekarang hanya tinggal lagi 7 hari jer sebelum aku melangkah kembali ke Johor untuk menghabiskan semester terakhir aku sebelum aku bergelar graduan. Tak sabar rasanya, tapi dalam masa yang sama, sedih pun ada juga. Yer lar dah nak habis, bukan senang nak jumpa kawan-kawan yang lain tu. Nanti masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing. Begitu juga dengan aku. Mungkin ada juga yang mendirikan rumah tangga. Beranak pinak, lagi lar susah nak berjumpa. Keutamaan tu mestilah kepada keluarga kan? Hahahaha. Aku? Masih jauh perjalanan. Aku pun belum lagi menentukan masa depan lagi. Maksudnya dah habis ni nak buat apa. Sambung atau kerja. Tengok keadaan. Kalau x sambung rasa rugi lar pulak kan? Tengok lar macam mana nanti. Yang pasti aku akan buat yang terbaik untuk diri aku. Hahahah

Waktu macam ni, tak sabar nak balik JOhor pun ada gak, tapi bila dah balik sana, banyak larp;ulak kerja nak kena buat. Malas betul aku. Kan alangkah baiknya kalau hanya melepak kat rumah. Tapi bila kat rumah, boring pulak. Kerja pun bagus juga kan. Nantilah, bila dapat hidayah aku nak buat apa, aku bagitau, yang pasti sekarang kena tumpu untuk projek akhir tahun aku kat UTM tu. So many projects ahead lor. Tak tau macam mana. Boleh cope ker tak dengan keadaan macam tu. Hahahaha Yang pasti kalau keadaan mengizinkan, kami akan banyak pergi bercuti. Kemana? Tak tau lagi. Tapi yang pasti memang kena pergi bercuti. Dah akhir ni, kena lar spent time bersama sikit. Hahaha

Oklah, aku dah lapar bangat ni. Kat sini bangun, makan, dan tidur. Itu jer lar kerja aku. BEst lar macam tu. Sementara boleh nikmat ni, kita nikmati betul-betul. Nanti dah tak boleh dah, bila dah balik JOhor atau kerja. Tapi sebelum aku out, juat nak ucap tahniah kepada semua kekawan yang resultnya gempaq semacam jer sem lepas kan!! Tahniah semua, berkat penat lelah usaha study group tu.. hahahaha terutamanya aku ada dalam group tu, hahaha (poyo) gurau jer. Apa-apa pun, its worth it!!!! Really!!! Kalau x, x tau macam mana result kita kan? Thanks ya Guys!!!! Love youuuuuu.. hahahaha ( as a frineds). ANd another congratulations to my favourite tennis player , NIkolay Davydenko yang menang dekat London!!! Tahniah! Attaboy!!!! HAhahaha. Ok lah setakat ini jer, minggu depan aku update lagi. Ciaw!!

aurafitra

Friday, November 6, 2009

Malacca Trip

Salam,

Hai, berjumpa lagi kita. Dah ada peluang, aku gunakanlah nak online ni. Hahaha So hari tu aku ada bagitau kitaorang pergi Melaka kan. So ini adalah antara gambarnya. Banyak sangat gambar sampai tak larat aku nak upload.









Sekitar Bangunan A famosa (kalau aku tak silap)










(masih sekitar afamosa)










Kat Muzium Kapal Samudera ( hahaha main hentam jer nama)

Oklah, setakat ini itu jer lah gambar yang sempat aku upload. Tak larat dah sebenarnya nak mengupload ni. Bukan satu kerja yang senang. Sebenarnya kan banyak sungguh pengalaman sepanjang perjalanan ni. Ada yang menarik, dah tak kurang yang sedihnya (yg sedihnya ada yang kena marah) entah lar, aku pun tak tau lar, tapi rasanya itu perkara biasa apabila berada di dalam satu kelompok yang besar dan terasing di negeri orang. Huhu

Pengalamnnya nanti aku ceritakan sebaik sahaja aku naik sem kalau aku ingat lagi lar apa yang berlaku. Akak flexible lar, sesat pusing bandar lar (bukan aku), confius nak pergi mana lagi, makan pun masalah macam-macam lagi lah. Oklah ciao


aurafitra

Wednesday, November 4, 2009

Sacrifice Or????

Salam,

Tamat Sebuah Peristiwa

Peristiwa? Macam gempak jer, tapi apa yang sebenarnya berlaku nie? Hehehe tak ada apa pun, cumanya final exam aku dah habis. Hahaha betapa happynya aku kala ini. Maklumlah waktu aku sedang bergembira di perpusatakaan, masih ada geng yang masih tekun menjawab pekse. Selamat menjawab lar weih (walaupun aku tau waktu ni korang dah habis dah pun jawab ahahahaha). Happy sesangat. Tapi yang membuatkan jiawa aku kacau ni, aku sorang-sorang jer kat sini. Yang lain semua dah balik. Sedihnya. Tapi tak ada, kesedihan aku akan terubat esok. Melaka, here we come! Hahaha. Secara keseluruhannya, paper aku kali ni, sunggu mencabar. Cuma paper terakhir aku adalah antara paper yang paling mudah untuk aku menjawabnya. Hahahaha Yang lain usah di tanya kerana boleh bikin kepala gua pecah bai! Dari empat paper final, yang boleh bla rasanya dua paper jer.. itupun hentah apa keputusan pun aku tak tau. Huhu

Melaka

Pa yang best dengan Melaka? Kalau nak ikutkan kejujuran hati aku ni, rasanya memang tak best pun. Aku ni bukan lah peminat bahan-bahan sejarah ni,setakat dapat lihat sekali dalam hidup pun dah cukup. (Jangan panas orang Melaka). So, apa yang membuatkan aku nak pergi Melaka ni? Lain tak bukan kerana 'kebaikan hati' aku ni. Hehehe Bukan lah nak kata tak ikhlas aku pergi sana. Happy tu nak pergi, tapi hakikatnya sebelum aku adjust hati aku ni, awalnya semua kerana terpaksa. Kalau tak kerana kawan-kawan yang dah nak grade ni aku tak pergi. Tapi fikir punya fikir, akhirnya hati aku teradjust dengan sendirinya. Hehehe

Persoalannya, wajar atau tidak aku pergi? Bagi aku mestilah wajar. Kawan bukan senang nak cari. Yang itu kita ada, itu jer lah. Habis jer hidup kita kat universiti ni, entah bila lagi kita nak jumpa. Entah mungkin ada yang kata Family first, yes it is. Sapa yang boleh sangkal. Tapi kawan pun sama juga kan? Itu bukan senang nak jaga hati semua pihak. I said again and again and again. Tapi besar ganjaran kalau kita dahulukan orang lain dari hati kita. Aku sendiri pun banyak kena sacrifice nak pergi Melaka ni. Bukan lar sacrifice dari segi apa, kewangan jer, tapi itulah namanya pengorbanan. Tapi walaubagaimanapun, terpulang kepada kita untuk menentukan jalan yang kita pilih. Tak ada sapa yang boleh pengaruhi kita walaupun sebesar mana halangan yang ada. Sepatutnya begitu lah.

Oklah, aku tak ada idea dah sebenarnya. Nak balik tapi hujan rasanya. So terpaksa lar aku bertapa di sini lagi. Start hari ni aku dah cuti mungkin selama lebih sebulan. Entah apa nak buat pun aku tak tau lar. Oklah ciao

aurafitra

Thursday, October 29, 2009

What Happened?

Salam,

FYI, aku dah cuba banyak kali untukupdatekan blog aku ni, tapi malangnya aku tak lepas nak login masuk line 'hangit' ni. Tak tau kenapa. Dah tu, ia membuatkan aku fedup dan buat tak tau jer. Mungkin ada hikmahnya aku tak boleh online ni. 1st thing aku fikir, nak bagi masa untuk aku study. Hahaha boleh tak? padahal bukan study betul-betul pun, main-main juga. Apa la aku ni, tak insaf-insaf juga lagi. Penat sudah. Hahaha Tadi bangun pagi (buat pertama kalinya setelah berminggu-minggu sebab paper aku kul 9 pagi) aku cuba lar masuk lagi sekali. Tak fedup lagi tu. Pastu rupa-rupanya, dia dah tukar aku punya pasword. Ikut suka hati dia jer. Geram betul aku. Tengok kesannya, kesian blog aku ni tak berupdate. Hahahaha Nanti aku sambung update, nak bagitau tu jer.

Sebelum tue, seperti biasa, QALAM AURA.

Bukan senang nak menjaga hati semua pihak, persoalannya, mana yang hendak di dahulukan? Yang ini kah, yang itukah? Kadang-kadang perkara yang kita anggap enteng membuatkan kita stress. Tapi, hasilnya nanti samada berbaloikah stress itu atau kembali memberikan impak negatif. In addition, how about us? Ours? Thnik about it!

aurafitra


Monday, October 26, 2009

Male Bonding

Salam,

Male Bonding

'Its not using your friends to forget, its remembering how lucky you are to have them'

Apa yang kita faham dari ayat di atas? Terpulang kepada kita untuk menghuraikannya. Setiap dari kita lain caranya. Cuma kita perlu bersyukur mempunyai kawan yang sering bersama. Tapi, persoalannya, adakah kita berkawan mempunyai niat sebaliknya? Berkawan bukan untuk 'membeli'. Renung-renungkanlah.

aurafitra

New 'QALAM AURA"

Salam,

Qalam Aura,

Kekalahan tidak bermakna kita kalah selama-lamanya. Masih jauh dan panjang perjalanan. Janganlah di bangga dengan apa yang kita capai@menang ketika ini. Kerana ada masanya, kita akan jatuh juga. Cuma masa menentukannya! Yang kalah, jadikanlahnya sebagai panduan menuju kejayaan hari esok. Esok masih ada!

aurafitra

Saturday, October 24, 2009

Hujung Minggu

Salam,

Hujung Minggu

Mesti merupakan hari yang ditunggu bukan sahaja mereka yang telah bekerja, malah seperti aku yang masih bergelar student ni. Mana tidaknya, hari ni lah masa untuk kita semua bermalasan di atas katil menikmati kenikmatan yang jarang ditempuhi dari Isnin hingga Jumaat. Mungkin ada juga yang berjalan menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi ni. Ada juga yang keluar menyesakkan diri di dalam pusat membeli belah yang dipenuhi lautan manusia. Yang mana satu menjadi pilihan, terpulang kepada kita untuk mencorak hujung minggu kita. Pilihan? Bagi mereka yang berada di tengah bandar seperti Kuala Lumpur tu, mesti pelbagai plihan boleh di buat. Tapi bagi aku dan kami yang berada di Skudai ni, apa lar sangat pilihan yang boleh di buat? Setakat Jaya Jusco, Giant kat Taman Universiti tu? Naik boring dah aku menjejakkan kaki kat sana. So apa pilihan terbaik kitaorang? Semestinya kalau boleh bermalasan sahaja di atas katil. Kan best. Bukan selalu dapat nak manjakan diri macam tu. (Sebenarnya sejak kebelakangan ni, selalu sangat manjakan diri aku ni, maklumlah kelas dah habis, tunggu final jer).

Tapi persoalannya, adakah itu pilihan terbaik? Mana satu yang aku nak? Tidur atau study? Pembentangan Bajet 2010 semalam ada kata student yang first class pinjaman ptptn dia boleh jadi biasiswa jer. So tak payah lar bayar. kalau nak diikutkan, beruntungnya sapa yang dapat tu. Macam aku yang nak grad sem depan dapat ker ha? (cewah macam lar aku ni pandai sangat, 2 sem lagi perlu aku tempuh) Harap-harap jer lar, masih bejaya mengekalkan cgpa tu. Susah tu. Tapi nak seribu daya, tak nak seribu dalih. So terpulang kepada aku lar nak atau tak nak, kan?

Sebenarnya waktu aku tengah taip post kali ni, berkobar-kobar nak study. Tapi, bukan cara aku lar study awal ni, nak kena baca awal-awal ni. Nanti lupa juga bila dah nak dekat. Baik aku cool down dulu. Sampai bila lar nak cool down nya? Hahaha nanti sampai akhirnya, baru menyesal tak sudah hahaaha. Tapi masih cuba memaksa diri ni. Cuma tak berapa berjaya lagi jer. Hahaha (menaip pun membuatkan kita mengantuk kan? Tambah idea dah kering macam aku sekarang ni). Oklah, memang idea aku kering kontang ni. Jumpa lagi nanti. Ciao!

aurafitra