Friday, April 16, 2010

Sikap


Salam,

Sekadar entry pendek, sementara menunggu masa tiba. KERANA 'SIKAP' AKU KESAKITAN. Bukan lah satu tajuk cerpen atau seangkatan dengannya, sekadar berkongsi idea berkenaan dengan perkara ni. Sikap. Bukan suatu yang mudah untuk kita ungkap kan. Pelbagai ragam manusia, pelbagai ragamlah sikap. Dan kerana sikap lah akhirnya kita kesakitan. Sakit luar boleh tahan lagi, dari sakit di dalam, siapa yang mampu mengubati??? Itulah orang kata, apa??? Aku pun dah lupa apa yang orang kata. Tapi apa yang aku kata, eloklah kiranya kita berhati-hati dengan sikap kita sendiri kerana satu hari nanti, akhirnya ada balasan. Berdiam lebih baik dari BERKATA yang entah apa. Kadang-kadang boleh menyakitkan hati orang. Pengajaran untuk aku juga hari ini. Tapi alangkah eloknya sekiranya di akhir-akhir ni, kita berdamai. Gunakan sepenuhnya kesempatan untuk kita bersama. Lepas ni, bukan mudah untuk kita jumpa satu sama lain. Wallahualam.

aurafitra