Friday, October 16, 2009

It's DONE!!! Tapi berbaloikah??

Salam,

Akhirnya, semuanya yang selama hampir empat bulan aku perjuangkan sudah ke penghujungnya. Hanya tinggal sedikit sahaja lagi yang perlu aku tempuhi untuk menamatkan semuanya. Yahoo!!! Tak tergambar rasanya apa yang aku rasa waktu ni. Usaha, penat lelah, bersengkang mata akhirnya terbayar juga dengan terhasilnya semua report yang perlu di hantar. Ish, bayangkan lar, betapa leganya bila semua dah selesai. Selesai macam manapun, last minute juga akhirnya baru siap. hari hantar baru nak print. Apa kes tu? Tapi at least effort tu ada. I'm proud of me. Aku rasa sumbangan aku nak buat report ni dan juga report yang lain-lain dah cukup baik untuk di banggakan. Bukan nak bangga apa pun. Tapi bila kita rasa kita ada effort buat benda tu, kita akan rasa seronok kan bila lihat hasilnya kan? Betul tak? Best betul bila tengok resultnya. Something yang different kitaorang buat. Nak tengok hasilnya? Nantilah. Nak tau tak? Sampai kul 4.30 pagi aku buat tu. Percaya tak? Percaya lar, ini bukan main-main ni. Hahaha

Lepas ni, aku rasa boleh aku update kan blog ni dari 'bersawang' jer kan? Tambah-tambah kelas dah habis pun, yang tinggal pun cuma final yang lagi dua minggu tue, so kira memang aku free lar ni. So untuk final ni, kemungkinan besar aku akan study bersama-sama dengan Zamin. Kemungkinan jer. Tengok keadaaan dulu. Aku just nak mengharapkan yang terbaik untuk sem nie. At least, aku tak ada lar nak nyusahkan orang. Usaha sendiri lar katakan. Eh apa kena mengena tak dengan final ni. Entah lar, tiba-tiba jer terasa benda tu nak tulis. Hahaha, so sekarang masa untuk berjuang berhadapan dengan Final. Huhu You can doit. And remember one thing, kita deserve mendapat apa yang kita dapat bila itu jer usaha kita. Bila setakat itu jer usaha kita, itu jer yang kita akan dapat. Jangan berangan nak lebih kan? So? Nantikan nasihat yang seterusnya di lain masa. Hahaha

Oklah ciao, aku nak tengok tv dan juga beberapa cerita yang nak kena habiskan. Huhu Dan nak kena layan roomate aku tengok citer favourite dia NUR KASIH. Hoyoo, favourite beb! Ok lah, see ya!

aurafitra

0 comments: