Thursday, May 27, 2010

New ENTRY (Macam tak percaya)

Salam,

Hari ni kalau betul perkiraanya, telah lebih sebulan aku menamatkan status sebagai seoarang pelajar dan sebulan juga lah aku masih tercari-cari arah tuju yang tak pasti. 33 hari sebenarnya cukup lama untuk kita merancang, tapi perancangan aku masih kabur, belum lagi nampak cerahnya masa hadapan. Bukanlah aku mengatakan yang masa depan tidak cerah, siapakah kita untuk tahu masa depan? Apa yang aku masksudkan adalah perancangan itu masih belum jelas apa yang perlu aku lakukan.

Perancangan.

Memerlukan ketelitian dan kajian yang mendalam sebelum sesuatu perancangan itu di buat. Perancangan bukanlah mudah, kerana setiap yang di rancang itu bertujuan untuk mencapai apa yang kita inginkan. Lebih mudah dalam mencapai objektif kehidupan. Bukan sahaja kehidupan tetapi dalam apa jua yang kita lakukan. Ia semata-mata adalah untuk memudahkan apa yang kita lakukan. Sebagai contoh, sebagai seorang yang pernah bergelar 'student', kita mesti merancang dalam mengulangkaji, menyiapkan setiap tugasan dan kajian yang di berikan bukan? Ini semua untuk memudahkan kita supaya semua yang kita lakukan terancang dan melaksanakan satu perkara daripada melakukan perlbagai perkara dalam satu masa. Kalau dalam konteks budaya, ianya di panggil polychronic dan monochormic-time schedule (kalau tak silap). Dan sebenarnya kecenderungan orang Malaysia lebih kepada melakukan banyak perkara dalam satu masa. Adakah ianya perancangan yang baik? Itulah hakikat yang kita kena terima bahawasanya itulah KITA. Tapi bukan semua, dan aku percaya, kita semakin hari semakin berubah kepada sesuatu yang lebih baik. (Menurut buku tu, apa aja yang tak elok, semuanya kita, mereka saja yang elok. Biasalah, itulah sebab not for sale in US). Kenapa kita juga yang kena? Entah lah, siapa yang mampu menjawab, mestilah penulis dia. So apa-apa pertanyaan tanyalah LUton the author.(hehehe).

Cukuplah pasal perancangan, kalau nak tulis memang banyak pasal perancangan ni. Tapi kita kena ingat, kita hanya merancang, yang menentukan tetap Yang Maha Esa. Cuma yang boleh kita lakukan hanyalah bertawakal. Sekarang masuk pulak apa yang berlaku sepanjang 33 hari aku di rumah ni dan sebelum aku sampai rumah. Banyak yang berlaku. Sebaik sahaja aku habis sebenarnya, aku dan beberapa kawan telah 'bercuti' ke Tioman. Hanya beberapa. Tapi it was FUN.

TIOMAN

It was really fun. So FUN. Walaupun kurang mendapat sambutan, it was really, again FUN. No words can describe this fun hehe. Hanya lima orang yang datang, and seperti yang aku katakan, i'll remember this for a long time. Hehehe Even buat reunion kat sebelah rumah aku pun, aku tak turun kan? Haha Maybe minggu-minggu terakhir di UTM adalah antara minggu yang sungguh tertekan. Bukan hanya gara-gara Tioman, di tambah dengan periksa lagi. So, apa2 pun, inilah antara gambar di sana.

Berjalan-jalan sebaik sampai (lepas amik towel)

Di depan SALANG COMPLEX

Menikmati Ais Krim sambil Melihat cenderamata

Berjalan-jalan di JETI

Di tepi malam menikmati keindahan malam yang hening

Get ready for activity - snorkeling
Di taman LAUT.. actually nasi yang bungkus tu dah basi.. hehehe nasib baik dapat ganti.. puas

Snorkeling

Atas speed boat.. best ooo

Nice picture though.

Selepas breakfast.. memikir bila lan nak mandi lagi ni.. hehe

Pemandangan sekitar SALANG

Bermandi manda di hari terakhir


Sebelum balik meninggalkan TIOMAN

It was really amazing experience there. Tambah dengan kehadiran kawan-kawan. Bila lagi lar nak merasa macam ni kan? Macam mustahil jer. Hehehe Till the next entry though. Penat nak upload gambar ni dengan line yang entah apa jer. So Next akan cerita pasal interview pulak. Hehehe sekian untuk kali ini.. sampai kita berjumpa lagi. Harap-harap terubat lar sesiapa yang nak baca blog ni. Hehe


aurafitra

Thursday, May 6, 2010

Update PLZ!!!!

Salam,


Bersarang, di penuhi dengan spider. Spider 4. And the actor is ME. Hehe kidding. First step nak update blog ni. Good luck everybody and have a nice day.

aurafitra