Tuesday, May 3, 2011

Malu

Salam,

Its been a while since my last update isn't it? Entah kenapa la aku malas betul nak update blog ni. Kalau nak letak alasan, bermacam-macam alasan boleh letak, tapi kita ni asyik dengan alasan. Cuba jangan mencari alasan dan cuba untuk memperbetulkan yang mana tak betulnya. Hai cakap boleh kan? Hahahaha. Apa isu yang hendak dikongsikan kali ini? 

Sejak dua menjak ni, ada la beberapa perkara yang berlegar, bermain di fikiran. Almaklumlah, keje di waktu malam sebenarnya banyak mengajar kita, banyak mendedahkan kita kepada realiti sebenar di luar sana. Dan aku sungguh terkejut, terharu, dan entah apa lagi yang bermain di fikiran memikirkan perkara yang entah patut atau tidak aku fikirkan. Dan yang paling mengejutkan, mereka dari sebuah negeri di sini yang mejadikan aku lebih hairan dan sedih kenapa perkara macam ni boleh berlaku di sebuah negara yang rata-ratanya semua umat Islam khusunya diari sebuah negeri yang terkenal dengan imej keislamannya. Di manakah letaknya nilai estetika kita sebagai umat Islam? Adakah ianya hanya sekadar nama, keturunan ataupun budaya? Jangan memalukan sebuah nama yang cukup agung di hadapan kebanyakan nama kita MOHD.

Dengan mudahnya sekarang umat Islam, orang melayu tanpa segan silu meminta untuk membeli minuman yang bukan sahaja memabukkan malah boleh membawa kepada perkara-perkara yang sungguh dahsyat berlaku tanpa kita sedari. Pilihan yang semestinya salah bukan lagi 100% malah tak mampu diungkapkan nilainya. Malu, sungguh malu aku bagi pihak mereka. Kenapa ini yang menjadi pilihan? Di mana penguatkuasa? Di manakah keadilan??? Bukan niat di sini untuk memalukan mana-mana pihak ataupun bersifat kenegerian, cuma itu yang menghairankan. Perbetulkanlah diri dan sedar di manakah letaknya diri kita ni. Malu sungguh memalukan.

Dan hari ini entah betul atau tidak, FBI most wanted people in the world, has declared by them dead. Not sure where the truth of that news, but whether it is true or not, i'm just hoping its bring something good to us. And i think thats all for today, perbetulkan lah diri dan tengok lah diri sendiri sebelum hebat mencanang itu dan ini. Iya, memang betul, lihat kepada apa yang di perkatakan jangan orang yang memperkatakannya. Tapi kita umat sekarang, nak tak nak dalam hati mesti tengok juga orangnya. Lumrah dan itulah sebenarnya.

aurafitra