Friday, September 30, 2011

Dreams, only a dreams...

Salam,


Sometimes, but maybe all the times, mimpi masih menjadi mimpi. Itulah apa yang aku rasakan sekarang. Terlalu banyak yang di impikan, dan terlalu sikit yang terlaksana. Mimpi dan angan-angan, apakah persamaanya? Kadang-kadang, pepatah itu betul juga, angan-angan mat jenin. Itu nak dan ini nak, tapi tak berusaha ke arah merealisasikan impian itu. Timbul pulak impian. Apakah persamaan antara mimpi, angan-angan dan impian? 

Walau apa jua tafsiran semua itu, apa yang aku rasakan sekarang adalah, it is just a dream, for now. Semuanya tak dapat di laksanakan. Walaupun hampir dua-tiga bulan aku berusaha kearahnya, ada saja yang menghalang. Hanya satu aku inginkan sekarang. New laptop! Bukan tak sayang dengan latop sekarang ni, sayang, tapi kadang-kadang kita perlu kan sesuatu yang baru untuk menjernihkan pandangan. And it was for a good course actually (am i spelling it right) entah lah. Tapi tak per, aku bekorban untuk sesuatu yang baik, walaupun maybe ada yang akan mengatakan, i was a stupid organization? Stupid excuse? And wahtever stupid yang boleh keluar dari mulut kita. Maybe that was me. Always put someone else first, instead of me. Takperlah, that was call, SACRIFICE. Macam lagu elton john tu...


Tinggal kenangan.....

Sehingga berjumpa lagi.. ciao

aurafitra

Tuesday, September 20, 2011

Bukan bekerja untuk 'KREDIT'

Salam,


Aku bekerja bukan untuk mendapat kredit ataupun pujian. Itu yang di rasakan sekarang. Walaupun jauh di sudut hati  ingin sekali aku mendapat pujian dari orang yang sepatutnya. Tapi tak apalah, aku bukan bekerja untuk mendapat kredit, tapi bekerja kerana inilah adalah punca rezeki yang Allah berikan sementara kepada aku. Nak tak nak kenalah terima. Bekerja ni sebenarnya baru lah dapat tahu macam mana rasanya bila kita di anak tirikan atau pun sebaliknya. Baru kita dapat melihat dunia sebenar yang selama ini berselindung di sebalik wajah2 manusia yang bermacam-macam perangai. Sekali terkena, tak apa, dua kali terkena, lantaklah, kali ketiga dan seterusnya, herm, berdiam dirilah sementara Allah bukakan rezeki yang lain. 

Bukan mudah untuk tidak menghiraukan segala apa yang berlaku di sekeliling di tambah pulak bila di anugerahkan sekeping hati yang cukup sensitif. Walau macam mana sekalipun kita cuba tidak mengendahkan apa yang berlaku, tetap hati kecil bercakap sendiri. Bukan susah untuk dengar hati bercakap, asyik dengar mulut jer bercakap, penat juga kan. At least kalau hati yang bercakap, kepala otak yang penat. Bila kepala otak yang penat, tidur pun dah dapat mengurangkan penatnya. Adeh, libra lah katakan. Hati yang lembut, bukan orang yang lembut. Hahahaha apa yang di repekkan di malam hari ni pun aku tak tau, tapi itu yang di rasakan nak tulis. Kesakitan mengahalang untuk terus menulis, sehingga berjumpa di lain hari.. ciao

aurafitra

Thursday, September 15, 2011

!st since last time!

Salam,

Its been a long time since i update this blog isn'it??? Hahaha a few matters come up, so nak tak nak terpaksa menyepikan diri dari dunia blog dan online buat sementara waktu. But now i'm back and i'm so sleepy. Apa kena mengena entah kan? Hahahaha dah nak tidur tp ada pulak sorg staff nak sgt gajinya, kebetulan i'm hloding her money. Baru cash kan cheque yg dapat tadi, terus balik rumah, dengan bermacam-macam masalah yang muncul, pada hari yang sama pulak tu. Adeh, lari budget. 
Niat awalnya macam-macam nak tulis tp memandangkan maa yang dah kuyu ni, terpaksa lah aku memendekkan untuk kali. Memandangkan masih belum terlambat lagi rasanya, di sini aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan hari kemerdekaan. belum terlambat lagi, raya kan sebulan? ok lah, for now, at least aku update blog ni dari labah2 bermaharajalela. Ciao n assalam,

aurafitra