Thursday, December 22, 2011

The HARD part to find the reason....

Salam,

Macam-macam yang terjadi dan macam-macam perangai yang aku hadapi lately ni. Nak kata serabut kan kepala, memang pun, tak payah cakap serabutnya. Macam-macam dalam fikiran ni kadang-kadang dah tak termampu nak fikirkan. Tapi mungkin dah sifatnya suka memikir, berfikirlah dua puluh empat jam. Tambah stress lah aku, dah lah stress memanjang. Dengan all things comes together. Tak terhandle rasanya otak ni dah. Walaweh, kalah ahli pemikir ea??? baru nak reg jadi salah sorang dari mereka-mereka yang hebar berfikir. Apa salahnya menggunakan sedikit otak ni untuk berfikir lebih walaupun macam tak patut jer...

Herm, terganggu. Tiba rasa macam koleksi lagi aku ni lagu lama-lama. Dah lama tak update so update lah. Apa lagi. Dah habis rasanya untuk malam ni update, sini pulak terpaksa diterjah. Kita selalu dengar rasanya, there's always a reason for something happened in our life's isn't it? Tu la tadi terbaca, salah satu quotes, masalahnya, SUSAH atau HARD untuk kita mencari reason tu. Dok termenung dan berfikir, betul juga. Kita ni sebenarnya just cakap gitu nak sedapkan hati kan. Kalau tak, susah hati selagi tak ada sapa nak cakap macam gitu. Mungkinlah dapat tenangkan perasaan atas sesuatu yang menimpa kita ni. Tapi kalau kita fikirkan, apakah sebabnya sesuatu itu terjadi dekat kita ni lagi sakitkan hati jer. Bukan lagi boleh menenangkan malah menrunsingkan lagi fikiran dan perasaan itu.

Itu satu bab. Ini satu bab pulak. Aku rasakan sekarang aku dah capai satu tahap yang aku dah bosan bekerja. Tak ada dah rasa seronok untuk bekerja. Kenapa? Jangan di tanya, tiba-tiba perasaan itu muncul. Keadaan ni membuatkan aku sedar siapa diri aku ni. Mungkinkah aku ni jenis tak boleh buat kerja yang sama? Atau adakah aku sudah bosan dengan suasana di tempat kerja tu? Entah, tapi yang pastinya aku dah bosan dengan kerja aku. I need change. Desperately! But the change i hope rasa macam tak nak muncul-muncul. Adakah aku ditakdirkan untuk bekerja macam ni jer??? takdir lagi yang di salahkan. Itu lah, setiap yang berlaku ada sebabnya kan??? Hehehehe Oklah takat ni jerlah, aku dah tak ada idea lagi nak fikirkan. Menyesal dengan koleksi lagu baru aku. hahaha Ciao

aurafitra

Wednesday, December 14, 2011

Kritik

Salam,

Sebenarnya tak ada idea nak post apa pun, tapi dah menjadi kewajipan rasanya untuk mengupdate blog ni. Dah lama nampak gambar duit tu jer, dan dah terlalu banyak aku miss this blog untuk update yang bermacam-macam terjadi di seantero dunia. Sekarang yang menarik agaknya isu berkenaan si yang bernama * di twitter tu. Siapa kah dia?

Macam-macam yang aku dengar, dan baca. Sesungguhnya, tercabar juga diri aku ni tatkala membaca segala tulisan tuan punya nama tu. Memang menyakitkan. Umpama agama aku ni dipijak-pijak dan aku tak berdaya untuk buat apa-apa. Aku pun malas nak cakap banyak dah macam-macam komen aku baca dekat lama sosial tu. Semuanya marah macam aku juga. Tapi aku rasa cukup-cukuplah. Kalau kita begini, hanya membuatkan tuan nama itu lagi suka untuk memperkatakan yang entah apa yang dia fikir yang sesungguhnya tak betul bagi kita. Dia rasa seronok kerana ada orang respon. Lagi dia nak kata macam-macam. Kalau tak ada orang yang respon, mesti dia diam begitu sahaja. Bukan lah aku kata macam ni, aku rela agama kita dipijak derkotak katikkan sebigini, tapi dalam dunia sekarang apa yang kita boleh buat? Kita hanya mampu menegur di dalam hati dan itulah selemah-lemah iman. Cukuplah pasal si tuan nama yang entah apa tu. Ada balasan yang menunggu. Lantaklah dia. Moga orang jiran kita akan terbuka dengan siapa sebenarnya yang benar dan salah, baik dan buruk. 

Mungkin entri kali ni semua pasal mengkritik. Ni pulak pasal movie yang tengah hangat di pasaran Malaysia ni, katanya kalah twilight. Maybe wright and maybe not, hopefully got it right. Sokong lah filem tempatan. Aku dah tengok ok walaupun kerusi paling bawah terpaksa mendongak, yang penting dah tengok. Ada pengkritik, katanya pakar, mengkritik yang entah apa. Pakar ker begitu? Atau hanya mainan akhbar dan produksi supaya kritikan tu membuatkan orang lagi nak tengok?? Entah tapi biarlah berotak dalam buat apa juga kerja. Jangan jari tu laju menaip tanpa berfikir dalam, bukan berfikir sepintas. Sedar atau tidak, korang-korang ni lah pembunuh filem kita sendiri. Hanya pendapat aku okay.

Cukuplah hari ni, at least berupdate blog aku ni. Untuk sekian kalinya, ini hanya lah pendapat aku, tak dipengaruhi mana-mana pihak ok.

Assalam, 
aurafitra