Tuesday, October 29, 2013

Miracle

Salam,

What a day!! When there is nothing to do, i was just sitting here all alone, looking at the same page almost the whole day, downloading, uploading, argh, what a day. Just hoping that someday thats gonna change and i will be happily living my life to the fullest. Miracle. I believe someday.. 



aurafitra

Saturday, October 26, 2013

Bosan

Salam,

Kebosanan!!!! Cuti banyak sangat tak boleh, bila keje lama sangat pun tak boleh jugak. Apalah yang di kehendaki oleh engkau ni manusia.. aiya!!!



Yeah! Setuju, bored of being bored!! So keep moving and stay healthy. Hahaha Key L, here i come.. eh bukan aku da memang duduk sini ker. Cuba lah cakap Redang Island, here i come kan best!!!!!

Monday, October 21, 2013

Kejadian hari Ahad 20.10.13

Salam,

Ada cerita yang perlu di coretkan dan mungkin boleh di jadikan pengalaman kita bersama. Untuk tatapan aku di kemudian hari bila aku tengok balik blog, 'oh this is happening', 'gila malu'. Macam tu lah kiranya nak update kali ni kat sini. Hidup bermacam 1001 pengalaman and this was one of that experiences yang aku tempuhi sepanjang hidup. Ceritanya bermula hanya kerana beberapa pieces doughnut, sanggup aku redah jam untuk ker 1u. Gila ni namanya. Kempunan. Yang dekat JCo pun ada sanggup nak juga big apple tu. Inilah namanya mengidam, kalah orang mengandung. Hehehehe Maka berjaya lah aku membazirkan duit hanya kerana Big Apple. Apa lah... kiranya ini macam balasan sekali sekala untuk diri aku setelah setiap hari bekerja bagai nak rak, no life tak sempat pun nak bersosial. Hehehe

Lepas tu aku pun balik lah, singgah sebentar di pasar malam pulak kepingin yong tau fu. Malangnya cash ada RM8 jer kat tangan waktu, malang sungguh aku. Kalaulah pasar malam ada mesin untuk kad tu kan senang. Hahaha So akhirnya hanya sekeping murtabak, air tauhu dua dan air tebu dan ketip kuku jer yang di beli. Cukuplah RM 8 aku habiskan. Membazirkan namanya macam ni. Alkisahnya bermula bila nak balik, waktu nak keluar dari parking tu, ada lah sebuah kereta ni, tak tau lah dia nak apa, nak parking ker nak keluarker, sat ke sana sat ke sini, aku pun keluar lah ikut dia, dalam kete duk kutuk apalah orang ni nak pergi mana apa sebenanrnya yang dia nak buat, sekali mulut menguasai mengutuk orang mata pun dah tak tengok depan, lampu kete pun tak buka, huhu DUMMMM masuk longkang. Ya Allah ya Rabbi, malu gila, tak ingat punya. Tiba-tiba sebelah tayar dah dalam longkang. Adui, gelabah tak ingat punya. Macam mana lah nak buat. Orang yang lalu lalang pulak buat tak tau. Ini lah manusia zaman sekarang bukan nak tolong. Nak salahkan orang pulak, dah orang tak nak tolong nak buat macam mana, takkan nak paksa pulak kan. Itu lah zaman sekarang, mujurlah ada orang kenal kepada kenalan aku yang sama2 membuang masa tadi berjaya lah mereka mengangkat kereta aku tu ramai2 tak lah berat sangat. Terima kasih tak terhingga aku ucapkan kepada mereka kerana menolong kalau tidak tak tau lah apa aku nak buat. Tebal kemaluan aku dah tak terkira. Tak tau dah nak sorok muka kemana. Ya Allah, tobat aku tak pergi sana dah, dan tak kan menjejakkan kaki ke sana lagi. Cukuplah sekali pengajaran aku dan balasan terlau suka mengutuk seronok time2 macam tu, sungguh tak sesuai. Dah terlalu lalai dengan dunia akhirnya jadi begini. Aduhai, malu sungguh, malu lagi aku pada Tuhan kerana sebab ni aku mengabaikanNya. 

Pengajarannya, janganlah bersuka ria sangat kalau dah keluar ramai-ramai tu, ada jer tak kena bakal berlaku nanti. Cukuplah sekali terjadi, it will ever happen again, i promise myself this. Balasan Allah bagi on the spot, malu aku dengan manusia dah tebal macam ni, kalau malu dengan Allah macam mana lah pulak. Insaf. 

aurafitra 

Friday, October 4, 2013

Update!!

Salam,

Nak update juga walaupun dah malam dan mata pun agak mengantuk. Sebabnya dah lama gila tak update kot. Dah memang macam pekasam dah aku punya blog ni kan. Nasib lah, inilah akibatnya kalau modem di hilangkan oleh orang lain. Malangnya nasib handphone aku rosak pulak tu. Huhu Nasib2 so sekarang kembali ke zaman di mana dunia ini bukan lagi di hujung jari. Hehehehe Oklah ini pun dah di namakan update dari tak update langsung kan. Hehehe GIla!!!!

aurafitra