Thursday, April 17, 2014

Increment & Bonus

Salam,

Alhamdulillah, setahun bekerja akhirnya aku merasa juga increment dan bonus. Walaupun kerja macam ni ada masanya stress dan terlalu menginginkan kesempurnaan, at least kita merasa usaha dan kesusahan yang kita hadapi selama bekerja berbaloi dan terbayar. Cukuplah walaupun hanya seciput, yang penting bagi seorang pekerja adalah penghargaan itu sendiri sebenarnya. Bukan lah nak condem kerja sebelum malah sebaliknya aku bersyukur kerana di situ lah aku mengumpul segalanya. Baik harta, pengalaman dan sebagainya. Walaupun begitu, sedikit kekurangan hanyalah kurang nya mereka menghargai pekerja mereka. Walaupun sedikit, terlalu berkira. Ini dah merungut dah namanya ni.. Ok lah stop bercakap mengenai yang lama. Tak salah sekali sekala mengenang yang lama. Alhamdulillah, its already Isya, dan aku hendak lah menunaikan ibadah kepada nya. kalau tak memang merapu aku kat sini mengondem yang lama. Hehehe ciao


Monday, April 14, 2014

Lesen FULL

Salam,

Maka termaktublah pada hari ni yang aku dah punya lesen FULL. Sedar tak sedar dah dua tahun aku drive kereta rupanya. Dahsyat juga tu. Nak upload gambar, tak dapat lah pulak, maklumlah, aku bukan lah ada pun segala jenis smartphone ni. HUhu ok lah, to be continued later.