Friday, September 30, 2011

Dreams, only a dreams...

Salam,


Sometimes, but maybe all the times, mimpi masih menjadi mimpi. Itulah apa yang aku rasakan sekarang. Terlalu banyak yang di impikan, dan terlalu sikit yang terlaksana. Mimpi dan angan-angan, apakah persamaanya? Kadang-kadang, pepatah itu betul juga, angan-angan mat jenin. Itu nak dan ini nak, tapi tak berusaha ke arah merealisasikan impian itu. Timbul pulak impian. Apakah persamaan antara mimpi, angan-angan dan impian? 

Walau apa jua tafsiran semua itu, apa yang aku rasakan sekarang adalah, it is just a dream, for now. Semuanya tak dapat di laksanakan. Walaupun hampir dua-tiga bulan aku berusaha kearahnya, ada saja yang menghalang. Hanya satu aku inginkan sekarang. New laptop! Bukan tak sayang dengan latop sekarang ni, sayang, tapi kadang-kadang kita perlu kan sesuatu yang baru untuk menjernihkan pandangan. And it was for a good course actually (am i spelling it right) entah lah. Tapi tak per, aku bekorban untuk sesuatu yang baik, walaupun maybe ada yang akan mengatakan, i was a stupid organization? Stupid excuse? And wahtever stupid yang boleh keluar dari mulut kita. Maybe that was me. Always put someone else first, instead of me. Takperlah, that was call, SACRIFICE. Macam lagu elton john tu...


Tinggal kenangan.....

Sehingga berjumpa lagi.. ciao

aurafitra

Tuesday, September 20, 2011

Bukan bekerja untuk 'KREDIT'

Salam,


Aku bekerja bukan untuk mendapat kredit ataupun pujian. Itu yang di rasakan sekarang. Walaupun jauh di sudut hati  ingin sekali aku mendapat pujian dari orang yang sepatutnya. Tapi tak apalah, aku bukan bekerja untuk mendapat kredit, tapi bekerja kerana inilah adalah punca rezeki yang Allah berikan sementara kepada aku. Nak tak nak kenalah terima. Bekerja ni sebenarnya baru lah dapat tahu macam mana rasanya bila kita di anak tirikan atau pun sebaliknya. Baru kita dapat melihat dunia sebenar yang selama ini berselindung di sebalik wajah2 manusia yang bermacam-macam perangai. Sekali terkena, tak apa, dua kali terkena, lantaklah, kali ketiga dan seterusnya, herm, berdiam dirilah sementara Allah bukakan rezeki yang lain. 

Bukan mudah untuk tidak menghiraukan segala apa yang berlaku di sekeliling di tambah pulak bila di anugerahkan sekeping hati yang cukup sensitif. Walau macam mana sekalipun kita cuba tidak mengendahkan apa yang berlaku, tetap hati kecil bercakap sendiri. Bukan susah untuk dengar hati bercakap, asyik dengar mulut jer bercakap, penat juga kan. At least kalau hati yang bercakap, kepala otak yang penat. Bila kepala otak yang penat, tidur pun dah dapat mengurangkan penatnya. Adeh, libra lah katakan. Hati yang lembut, bukan orang yang lembut. Hahahaha apa yang di repekkan di malam hari ni pun aku tak tau, tapi itu yang di rasakan nak tulis. Kesakitan mengahalang untuk terus menulis, sehingga berjumpa di lain hari.. ciao

aurafitra

Thursday, September 15, 2011

!st since last time!

Salam,

Its been a long time since i update this blog isn'it??? Hahaha a few matters come up, so nak tak nak terpaksa menyepikan diri dari dunia blog dan online buat sementara waktu. But now i'm back and i'm so sleepy. Apa kena mengena entah kan? Hahahaha dah nak tidur tp ada pulak sorg staff nak sgt gajinya, kebetulan i'm hloding her money. Baru cash kan cheque yg dapat tadi, terus balik rumah, dengan bermacam-macam masalah yang muncul, pada hari yang sama pulak tu. Adeh, lari budget. 
Niat awalnya macam-macam nak tulis tp memandangkan maa yang dah kuyu ni, terpaksa lah aku memendekkan untuk kali. Memandangkan masih belum terlambat lagi rasanya, di sini aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan hari kemerdekaan. belum terlambat lagi, raya kan sebulan? ok lah, for now, at least aku update blog ni dari labah2 bermaharajalela. Ciao n assalam,

aurafitra

Sunday, June 26, 2011

Fever!

Salam,

Sambungan dari yang lepas, (baru berkesempatan nak update kat sini). Terkurung macam tu sampai dua jam dan ada la juga beberapa orang yang memerhati, it was a shame. Sungguh memalukan. Apalah yang aku fikir sampai kejadian yang sungguh tak diingini terjadi. Entah apa-apa entah. Dan juga, kempunan lah aku hari tu nak makan ketam masak lemak cili api masakan mak aku. Semua gara-gara kebodohan yang disengajakan atau pun tidak di sengajakan. Mana satu? Entah lah. Yang mana menjadi pilihan, pilih jer lar. Penat bila fikir perkara ni. Bukan jer penat, bila teringat belik, kelakar pun ada. Malu pun ada. Hehehe

Fever. Fever adalah sesuatu yang semua nak elak. Tak dapat di nafikan lagi. kenapa la kita kena sakit ni kan? Hehehehe ujian tu. Nak tak nak kena lar hadapinya juga. Badan kalau asyik sihat pun tak boleh juga. Sometimes dia nak di manjakan juga. Sesekali kena ni baru la nak jaga semua, dan yang penting ingat kepada Yang Satu! Sebelum ni tunggang langgang, bila dah kena ni baru lar terfikir baik dan buruknya. Muhasabah diri namanya tu. Ok lah, sampai disni sahaja, no more idea dalam kepala aku ni. Yang difikirkan kalau boleh nak tidur jer sekarang. Hahahaha At least, berupdate la blog ni. Till next time. Ciao

aurafitra

Tuesday, June 21, 2011

What the hell am i thinking????

Salam,

What am i thinking??? Its been a shame what had happened to me a few days ago. Malu yang tak dapat rasanya nak di gambarkan. Not just that, i feel like i am the dumbest person alive at that time. Apa yang aku fikirkan pun aku tak tau. betul kata my auntie, wake up! This is a wake up call for me. Wake up! (will continue)....

Sunday, June 12, 2011

Berhabuk

Salam,

Its been a long time isn't? Argh, malas betul nak update benda alah ni. Tak tau kenapa semenjak dua menjak ni kemalasan bermaharajalela. Rasanya inilah tahap paling malas pernah aku hadapi, for this blog la. So, wuts up with me huh? Nothing much, walaupun macam-macam leh citer tapi semuanya same jer. Kebetulan aku dah bosing tahap gaban, sementara menunggu ke kenduri kazen kawin, dan setelah halwa telinga di penuhi dengan cerita yang entah apa, aku pun duduk la dalam bilik mengemas. Lepas mengemas bilik yang bersepah tahap gaban ni, apa lagi on la laptop ni. Kebetulan firefoz buat hal, so sekarang tgh un and install balik firefox. Sementara tu yang aku menjenguk bloh ni dan update. Hehehehe Ok lah, download pun dah habis, apa lagi operasi pun bermula. Hehehe Ciao, have a nice weekend though!

aurafitra

Tuesday, May 3, 2011

Malu

Salam,

Its been a while since my last update isn't it? Entah kenapa la aku malas betul nak update blog ni. Kalau nak letak alasan, bermacam-macam alasan boleh letak, tapi kita ni asyik dengan alasan. Cuba jangan mencari alasan dan cuba untuk memperbetulkan yang mana tak betulnya. Hai cakap boleh kan? Hahahaha. Apa isu yang hendak dikongsikan kali ini? 

Sejak dua menjak ni, ada la beberapa perkara yang berlegar, bermain di fikiran. Almaklumlah, keje di waktu malam sebenarnya banyak mengajar kita, banyak mendedahkan kita kepada realiti sebenar di luar sana. Dan aku sungguh terkejut, terharu, dan entah apa lagi yang bermain di fikiran memikirkan perkara yang entah patut atau tidak aku fikirkan. Dan yang paling mengejutkan, mereka dari sebuah negeri di sini yang mejadikan aku lebih hairan dan sedih kenapa perkara macam ni boleh berlaku di sebuah negara yang rata-ratanya semua umat Islam khusunya diari sebuah negeri yang terkenal dengan imej keislamannya. Di manakah letaknya nilai estetika kita sebagai umat Islam? Adakah ianya hanya sekadar nama, keturunan ataupun budaya? Jangan memalukan sebuah nama yang cukup agung di hadapan kebanyakan nama kita MOHD.

Dengan mudahnya sekarang umat Islam, orang melayu tanpa segan silu meminta untuk membeli minuman yang bukan sahaja memabukkan malah boleh membawa kepada perkara-perkara yang sungguh dahsyat berlaku tanpa kita sedari. Pilihan yang semestinya salah bukan lagi 100% malah tak mampu diungkapkan nilainya. Malu, sungguh malu aku bagi pihak mereka. Kenapa ini yang menjadi pilihan? Di mana penguatkuasa? Di manakah keadilan??? Bukan niat di sini untuk memalukan mana-mana pihak ataupun bersifat kenegerian, cuma itu yang menghairankan. Perbetulkanlah diri dan sedar di manakah letaknya diri kita ni. Malu sungguh memalukan.

Dan hari ini entah betul atau tidak, FBI most wanted people in the world, has declared by them dead. Not sure where the truth of that news, but whether it is true or not, i'm just hoping its bring something good to us. And i think thats all for today, perbetulkan lah diri dan tengok lah diri sendiri sebelum hebat mencanang itu dan ini. Iya, memang betul, lihat kepada apa yang di perkatakan jangan orang yang memperkatakannya. Tapi kita umat sekarang, nak tak nak dalam hati mesti tengok juga orangnya. Lumrah dan itulah sebenarnya.

aurafitra

Friday, April 1, 2011

Ubat Pedas!!!

Salam,

Just a short entry for today. Sambil-sambil online tu terfikir la juga nak update blog ni. Kebetulan ada sedikit idea yang berlegar di kepala (bukan bertakhta di hati), so kita ambil la kesempatan mengupdate! Kebetulan hari ini, aku kurang nak makan nasi, so ambik lah kesempatan menguji kerajinan aku masak maggie. Hahaha bukan susah pun kalau nak senang, tambah pulak, itu makanan ruji orang bujang dan malas, tapi aku bukan malas, rajin tu, kalau malas tak la aku masak maggie tu. Inilah maggie caraku, cara anda???

Bahan-bahan:
1) Maggie kari
2)Cili padi tiga ulas
3)Bawang Putih (kalau ada bawang merah masukkan, kebetulan tak jumpa bawangnya)
4)Serbuk lada hitam
5) Sos Cili
6)Telur (tapi tadi tak ada telur, habis kot atau pun mataku rabun hahaha)
7)Semangkuk air

Cara-cara:
1)Masukkan air secawan (bukan kopi secawan) di dalam kuali (periuk pun boleh)
2)Masuk kan cili padi dan bawang putih (setelah dihiris dan di ketuk). Biarkan sedikit mendidih
3)Masukkan serbuk lada hitam
4)Masukkan maggie dan tunggu 2 minit
5)Masukkan perencah dan gaul perlahan-lahan (kuat-kuat nanti terpercik pulak airnya)
6)Masukkan cili sos dan tunggu seminit, boleh di hidangkan.

Ini adalah cara aku, kalau anda? Hahaha kalau ikutkan betul cara aku, aku panaskan minya dulu, tumis bawang tu, tapi ada orang kata kalau pakai minyak bukan maggie namanya, itu dah tambah goreng belakangnya. Hahahaha sambung balik citer, makan punya makan, bukan main pedas lagi tergigit cili padi tu. Pergh, dah habis ni, cuba lar minum air masak pun x hilang. Sekali ternampak cadburi dairy milk kat dalam fridge, so amik lar, mana tau boleh hilang pedas. And, tanpa ku sedar, ianya berhasil!!!! Sungguh, mampu menghilangkan kepedasan yang sedang bermaharajalela di dalam mulut aku ni. Hahahahah



So kepada mereka yang sedang dan akan kepedasan, cuba lah petua aku ni, berhasil! Tapi air masak jangan lupa, minum la sikit Hahaha petua dari Fikri.. Fikir2kan dan selamat mencuba! 

aurafitra

Wednesday, March 30, 2011

Chocolate Day!

Salam,


Entah kenapa hari ini aku not in the mood lar. Rasa macam you know, bila malas datang, semua serba tak kena. Betul tak? Tambah pulak aku baru bangun tidur, lagi la malas aku nak buat semuanya. Itu yang akhirnya, aku memutuskan untuk keluar menikmati udara segar, tapi malangnya di KL ni, udara dah tak berapa segar. Almaklumlah, banyak sangat kenderaan kat kl ni. Tambah dekat tempat tinggal aku ni Sungai Buloh, lori bukan main banyak, tambah dengan jalan yang dah bukan macam jalan, lagi la teruk. Tapi nak tak nak, aku kena juga keluar, sebelum kemalasan aku bermaharajalela.

So, keluar punya keluar, lepas pergi bank (malangnya tak boleh kuar duit sepuloh, lima puloh jer boleh, terpaksa daaa) aku pun pergi la ke econsave, bertujuan hanya untuk memborong sedikit coklat. And i like it, walaupun rasa macam membazir jer. But thats is something that i like. Untuk menghilangkan stress dan tekanan, walawei stress dan tekanan beb, nak wat macam mana, kita nak gabungkan semua bahasa hahaha so inilah dia sedikit gambar coklat yang aku borong tadi. Enjoy the feel....








For make it clear, just read the article about chocolate, for real, manfaat chocolate sama dengan buah-buahan. I dont know whtether its true or just a myth, but thats what i have read in a magazine and i kinda believe that. Sebabnya? I love chocolate. Ok lah ciao.. gambate!

aurafitra

Tuesday, March 29, 2011

PWTC dan Window Shopping (Aku jer, Din tak)

Salam,

Apa khabar semua? Semoga semua berada dalam keadaan sihat hendakNya. Lupakan segala sengketa, lupakan segala duka, semoga minggu ini akan menjadi minggu yang terbaik! Tu dia intro, biasa lah kan di pagi2 macam ni, memang lar idea tu hilang entah kemana. Yang berada di fikiran, hanya lah bantal, katil, dan selimut. Di tambah kepenatan bekerja, actually bukan penat fizikal, tapi minda yang penat. Penat dengan semua yang berlaku. Itu sebab aku suruh lupakan semuanya, dan make it this week the whole new! hahaha 

N3 kali ni hanya nak tunjukkan beberapa gambar yang di ambil ketika aku dan kawan pergi BNYOUTHJOBFAIR ahad yang lepas aka semalam lah. Di sebalik tu, ada kisah yang nak aku ceritakan. Kebetulan dekat sana ada lah suruhanjaya pilihanraya, so nak tak nak, kerana rasa tanggungjawab aku pun daftar lah sebagai pengundi (baru nak daftar, bertanggungjawab sangatlah kan) hahaha. Tengah isi borang sekali, borang keahlian menjadi ahli ....... pun ada. Aku cakap la kat kawan aku, aku ni tak sure mana sidenya. So tak bo nak isi. Tapi kalau tak isi, tak boleh pulak. Nak tak nak isilah aku. Dan dengan rasminya, entah rasmi ke tak, aku pun tak tau, maka jadilah aku ahli .... hehehe apa yang penting? Bukan setakat kerjasama, tapi undi anda adalah rahsia! Oklah ini adalah gambar-gambar sekita di sana.


















Ops, gambar bungai tu di SOGO. AKu hanya window shopping, kawan aku yang memberli aka shopping. Tengah pokai, biasa lah kan, hujung bulan. hehehe So inilah antara gambar yang mampu aku uploadkan. Till next time. Remember, lupakan semuanya, buat dek jer de... hahaha copycat. See ya  and have a nice week ahead!

aurafitra