Wednesday, March 11, 2009

Bad Day!!!

Salam,

Bukan lar niat di hati untuk bercerita tntg lagu yg dibawa oleh daniel powter ini, walaupun lagu-lagu alunan suaranya menjadi pujaan hati, tetapi realitinya aku lah yg berhadapan dgn hari tersebut.. aduh!!!!

Kdg-kdg hari yg disangka cerah tetapi hujan tetap menyimbah bumi. begitular juga dengan kehidupan manusia. Ada hari-hari yg dilalui dengan penuh gembira, terserlah dan terpancar di muka. Usah disorok, disembunyi semua melihatnya. Manakan tidak, tidak lekang senyum dibibir.Menampakkan susunan gigi putih cantik terletak disitu. kalau lar putih. kalau tak?? hehe bukan main banyak pahala yg masuk. Sambil bergembira, sambil bersedekah. Apa salahnya kan?? Siapa yg x nak harinya penuh dengan kegembiraan?? Semuanya nak. Tak perlu ditanya, dipersoalkan..

Ada juga sebaliknya. Keinginan tidak selalunya dapat dipenuhi. Mintalah itu dan ini hari ini. Jika mendapatnya, bersyukurlah. Ttp apa akan jadi jika sebaliknya?? Begitulah nasib yg menimpa diri aku hari ini. Bukan dipinta, bukan juga meminta, ianya datang begitu sahaja. Tanpa sempat aku menangkis, tanpa sempat aku menepis. Aduh!!! Sudah jatuh ditimpa tangga. Walaupun belum pernah merasa, tp daya imiginasiku kuat merasa akan kesakitannya. Anda juga begitu bukan? Bukanlah niat utk mengadu domba, utk itu dan ini, kerana ianya bukan lar disukai oleh Yang Esa, ttp sekadar hanya mencoret apa yg tersurat dan tersirat dihati. Menulis juga boleh mengurangkan stress bukan?? Begitulah caranya diri ini berhadapan dgn musuh kali ini. tulislah walau di mana jua, kerana aku yakin ianya mampu mengurangkan sedikit derita yg ditanggung. Derita ker?? Macam parah jer bunyinya.. hehehe ;) Walau parah atau derita macam mana sekalipun,life must go on. Remember, test today!! Buanglah segala perasaan yg menghantui diri. Kembalikan diri ke jalan yg benar.. (study ler tue). Apa yg terjadi biarlah tersirat dihati. Tak perlulah merungkaikannya. Buat apa menyusahkan org lain sedang mereka sendiri berhadapan dgn 1001 macam masalah??? Hiduplah hidup anda dengan menganggap setiap hari adalah hari yg mengembirakan.. Buanglah yg keruh, ambil yg jernih.. Biarlah ianya menjadi rahsia. Rahsia di hati siapa yg tahu??? Ia kan??

Sekadar mencuri masa mencoret di dalam blog ini.. Nak study pun, minda melayang jauh nun di sana..jauh.. sejauh mata memandang.. ;) Di pagi rabu yg hening nie.. sama-sama lar kita mengharapkan ianya berjalan dengan baik apbl matahari menunjukkan wajahnya.. Ind yg membaca dan terasa, bukan lar niat dihati utk memendam rasa.. Jgn anda bimbang.. Fikri tetap fikri.. sentiasa ceria dan gembira.. (ish sempat nak interfrem tue) hehe Jgn risau.. i am always d way i am.. bak kata timberland.. eh silap.. timbaland.. uhuuhu Setakat ini sahaja pertemuan kali nie.. semoga bertemu tinta di lain hari..

m fikri

0 comments: