Thursday, March 19, 2009

Pengisian Ceramah Maulidur Rasul

Salam,

Rasanya, agak lama juga tidak post sesuatu di sini. Singgah pun sekadar singgah sahaja. Sekadar meninjau apa p'kmbgn terbaru di sini. ;)..Masih banyak kerja yg harus dilaksanakan. Al-maklum, minggu peperiksaan semakin hampir, minggu kuliah pula semakin hampir sampai ke kemuncaknya. Masa nie lar semua asign perlu submit, test-test terakhir dilaksanakan. Mana pulak dgn presentationnya. Aduh, kalau diikut, masa 24 jam serasanya tidak cukup utk buat semuanya.. Bukan niat utk berkeluh-kesah, cuma menceritakan apa yg berlaku kebelakangan ini dalam aku meneruskan kehidupan seharian.

Seingat aku, sudah lama rasanya rohani ini tidak disantap dengan makanan-makanannya. Asyik mengisikan perut yg selalu dan sentiasa minta diisi. Santapan rohani diabaikan. Bermacam alasan boleh diberikan. itulah, inilah, bz lah, semuanya lah, tapi itu bukan lah alasannya. Biasalah, sifat manusia, seribu satu alasan diberikan menjawab persoalan. Sentiasa lalai dengan kesibukan dunia. Ingatlah bahawa dunia ini hanyalah persinggahan sementara, di sana lah juga yg kekal abadi. Makhluk-makhluk bertanduk sentiasa mencari peluang menyesatkan khalifah Tuhan di muka bumi. Kuat atau tidak sahaja untuk kita menepisnya. InsyaAllah, hendaklah semuanya kuat menepis ajakan-ajakan laknatullah itu.

Berbalik kepada tajuk post kali ini. Alhamdullillah, berjaya juga aku bersama kawan-kawan menghadirkan diri ke ceramah tersebut. Walaupun kehadiran agak lewat kerana terpaksa sekali lagi mengisi perut yg seharian tidak diisi. Bukan kerana kesibukan, tetapi kerana sifat malas menguasai diri, huhu. Secara keseluruhannya, ceramah ini membawa kesan yg mendalam ke dalam diri kami bertiga. Untuk pengetahuan, kami adalah aku, Syapit dan Daus.Antara pengisiannya::

Kesilapan tanpa sedar:

Antara kesilapan tanpa sedar yang sering kita lakukan ketika munculnya bulan Maulidur Rasul nie ialah acapkali penduduk Malaysia menamakan bulan ini sebagai bulan Maulud. Bukan sahaja kita, rakyat jelata nie malah terdapat juga pendidik yg menggelarkan bulan tersebut bulan maulud. Maulud adalah satu perkataan arab yg membawa maksud ‘buat anak’. So bila kita asyik cakap bulan maulud, bulan buat anak lar maksud dia. Bayangkan kita cakap bulan maulud nabi, kan dah menjadi kesalahan. So betulnya, bulan maulid. Maulid itu kelahiran. Aku bukanlah pakar dalam Arabic nie, ini semua apa yg telah diperkatakan oleh Datuk Hassan Din. Selain itu, antara sedar atau tidak, memberi salam kadang-kadang menjadi perkara yg kurang diberi perhatian. Ada empat keadaan dimana tidak wajib untuk menjawab salamnya. Yang pertamanya ketika sedang menunaikan sembahyang. Bayangkan dalam tahiyat akhir, kita member salam dan ada orang menjawabnya. Tak ker mengganggu?? Buatnya kita nie tergelak, macam mana?? Tahap iman kita kalau nak dibandingkan dengan yg lain, macam bumi dgn langit. Paginya lain, petangnya lain. Iya tak?? Yang keduanya ialah salam yg diberikan oleh bukan dari golongan muslimin dan muslimat. Kalau hendak menjawab pun ‘waalaikum’. Yang ketiganya ialah apabila ucapan dimulakan dengan yg lain sebelum salam. Ini yang sering kita alpakan. Terutamanya menjadi seorang pengacara majlis. Sedar atau tidak, mr mc nie acapkali bermula dengan memuliakan tetamu-tetamu yg hadir. Semakin tinggi pangkat tetamu tersebut, tinggilah tempatnya dalam ucapan mr mc. Yg berbahagialah, yang mulia lah, dan entah apa lagi, baru lah salam diberikan. Anda sedar?? Aku pun kurang sedar perkara ini. Sabda nabi “sesiapa yg memulakan ucapanya bukan dengan salam, maka jgn jawab salam tu” (lebih kurang maksud dia). Seingat, banyak juga kiranya aku telah membuat salah dalam perkara ini.

Membuat teks ucapan mc dan juga para tetamu adalah menjadi kepakaran (cewahh) ketika sedang melanjutkan pembelajaran di UTM City Campus. Tak pernah sekali pun teks ucapan dan teks mc yg aku buat dimulakan dengan Salam. Lihatlah, betapa kurangnya ilmu kita dan betapa pentingnya bagi rohani kita disantapkan dengan ilmu-ilmu yg menjadi bekalan dunia dan akhirat. Dan yg terakhir ialah apabila salam itu dipermainkan. Bila kita merasakan salam itu dipermainkan, tidak wajib untuk kita menjawab salam tersebut. Seperti yg sering jejaka-jejaka lakukan apabila melihat seorang wanita cantik kurniaan tuhan. Assalamualaikummmm.. (dgn nadanya sekali hehehe)… maka wahai wanita-wanita diluar sana, jgn sesekali anda menjawabnya!!! Eh sesekali ker?? Tp rasanya tak payah lah anda jawab. Bukannya ikhlas pun diorg tue bagi salam. huhu tapi ada ker wanita buat cam tue kat laki??? Haha

Oklah, setakat ini jer lah yg mampu utk aku tulis. Jejaka-jejaka, pejuang-pejuang telah datang ke bilik ini untuk sekali lagi meneruskan perjuangan yang belum selesai. Selagi diri tak bermandi ‘peluh’ haha jgn diharap engkau mengambil enteng semua ini. Bersama-sama adalah lebih baik dari keseorangan. Sudah, terlalu byk pengorbanan dilakukan (diantara kami), kali ini bersama lah kita mengharungi onak dan duri ini. Hahaha… jgn terlalu mengikut perasaan, kelak binasa. Adakah aku menjadi kejam???? Herm (berfikir)… Ok gtg. Nanti aku pulak kena marah. Selalu aku yg marah.. haha Aduhai, fikri..fikri…

m fikri


0 comments: