Wednesday, March 11, 2009

Test Is Necessary EVIL!!!!

Seperti yg telah dijanji di dalam post sebelum ini, aku ingin sangat memperkatakan satu topic yg mana dalam perkiraan aku sungguh melekat di minda nie.. walaupun bukan sepenting masalh politik yang melanda, bukan lar sepntg kegawatan ekonomi.. I’m not really into this (politics).. tahu ianya pntg tp naturalnya aku begini..selagi mana wujudnya topic lain utk dibincgkan sedaya upaya akan aku elakkan.. huhu.. biarlah.. biarlar mereka yg mahir dan pakar utk memperkatakan ;).. TEST IS NECESSARY EVIL!!

Test bukan perkara diminati atau dinanti.. bukan sahaja aku malah semua yg bernyawa selagi mana mereka bergelar student.. test kali ini bukan lar ‘test’untuk setiap manusia menjalani manis pahit kehidupan di muka bumi nie, bukan juga personality test.. dan entah apa-apa lagi test ttp hanya ‘test’ bagi mereka yg bertungkus lumus siang dan malam mengadap buku, bersengkang mata menyiapkan asgnmnt tanpa mengenal siang dan malam.. herm begitular nasib nya kalau dah test/asgnmnt nak kena hntar esok malam baru nak buat.. tak dapat nak menolong.. bukan semua begini hanya segelintir.. termasuk lar hamba Allah yg menulis nie.. hehe (kdg2 jer). Back to the topic… actually telinga nie mendengar topic ini ketika kuliah sedang rancak berjalan.. ada yg memberi tumpuan dan ada juga sebaliknya.. aku??? Ketika pensyarah aku mengulas perkara ini, barular mata nie terbuka dengan seluas-luasnya.. al maklumlar..kelas bermula seawal pagi, ketika masih ada yang enak dibuai mimpi, enak menjamah hidangan pagi mengisi perut yg minta diisi.. awalnya pensyarah, yg lebih dikenali dikalangan kami dengan panggilan PM memberitahu tarikh bagi melangsungkan perkahwinan, eh bukanlar.. tarikh test ;) sehingga lar keluarnya perkataan-perkataan ini dari mulut beliau.. aduh!!! Sungguh, pertama kali sampainya ayat-ayat ini di halwa pendengaran aku.. berteriak aku menyokongnya.. tanpa ragu! Riuh rendah dewan kuliah, masing-masing cuba untuk menyuarakan pndgn sendiri.. Kecoh, sungguh kecoh! Ayat yg sungguh menghangatkan kelas ketika itu, membuka luas mata semua yg mendengar.

Pandangan anda?? Masing-masing mempunyai hujah samada menyokong ataupun membantah. Malah aku yakin semuanya bernas belaka.. aku?? Herm.. sungguh kalau diikut hati tanpa otak bergerak terlebih dahulu.. mmg, biarlar test tidak wujud dalam hidup aku.. hanya perlu membawa diri ke kelas, dgr, dan balik.. tanpa perlu memikirkan test yg perlu dihadapi, tanpa perlu mensiakan malam yg nyaman bersengkang mata mengadap buku.. tapi itu kata hati. Apa kata otak??? Bukan lar mudah utk memperkatakan sesuatu yg mungkin ianya satu perkara sensitif.. tp kita perlu menyuarakn pendapat sekadar berkongsi idea.. kalau di lihat kembali suasana pembelajaran di Malaysia, khususnya di UTM, dan lebih spesifikasi nya my course mmg benar kata segelintir bahawa pmbljrn di sini terlalu berorientasikan peperiksaan. Perkara yg sering berlegar dikalangan pelajar disini.. test,test dan test. Bila saja test disuarakan, hah persaan takut dan gerun muncul tanpa diminta.. dan sejurusnya apa sahaja yg lect sampaikan dihadapan sudah tidak bermakna kerana semuanya sudah menumpu membaca topic yg terselit di dalam test.. apa guna kuliah??? Samada hadirnya jasad ker kuliah atau tidak semuanya sama shj.. cukup hanya sekadar nota diberi maka lengkaplah sudah bg segilintir subjek yg diambil.. Apa guna kalau hadir kuliah bila minda sudah berada dikampung?? Balik, balik dan balik.. Sehingga sanggup meminta simpati menangguhkan apa sahaj akt termasuklar test kerana pljr ingin pulang ke kg.. Mana tanggungjawab sbg seorg pelajar??? Mana rasa hormat terhadap pensyarah??? Sekadar menghadiri kuliah untuk memenuhi syarat agar kelak jgn timbul perkara yg tidak diingini.. fyi less than 80% kehadiran menyebabkan kami tidak boleh menduduki final exam...siapa mahu?? Tapi itular hakikatnya.. kalau hendak dicakap, pelbagai pe-el di sekeliling.. tp bukan itu. Cuba lar kalau student nie tidak disogok dengan nota yg diberi lect, mayb kuliah itu tidak sia-sia. Semua hanya memikirkan test!!! Dgn nota mereka sudah bo menjawab exam!! Itu la budaya yg aku lihat berlaku di kalangan coursemate aku. Betul juga kata PM, test adalah satu perkara yg tidak disukai sesiapa tetapi ianya perlu. Bygkan dunia student tanpa test?? Bygkan dunia ini tanpa test?? Apa akan jadi. Entah lar. Aku bukan seorg yg mahir utk menjangka melihat masa hadapan apa akan berlaku..

So macam mana kita hendak menilai tahap pengetahuan seseorg tanpa test? Sekadar menyediakan questionnaire, interview?? Bagaimana kita hendak menilai seseorg yg menghadiri interview?? Sekadar yg diketahui, tahap pendidikan seseorg menjd ukuran utama.. selain pengalaman.. belum pernah menghadiri interview utk kerja.. tak berani utk memperkatakannya.. dr sitular kita melihat test dikalangan mereka yg bergelar student pntg.. seperti isi dan kuku.. bygkan.. gunakan imiganasi kita.. tiada ujian menentukan tahap seseorg pelajar, dan terdapat satu jawatan kosong dan semua memohon. Tidakkah sukar bagi mereka utk memilih yg sesuai.. disitular bermulanya segala perkara atau perbuatan yg menjatuhkan nilai seorg manusia itu sendiri.. Bias. Rasuah.. hanya sekadar ingin mengisi kekosongan jawatan. Entahlar, berpusing kepala aku cuba memikirkan apa yg kurg dan lebih dalam test nie..Walau bagaimana benci sekalipun, walau bgmana kita memusuhi test itu.. selagi mana kita bergelar student tidak dapat tidak kita mengelakkan diri darinya..Every happen for a reason.. whether we like it or not, we teh student have to accept it..

Mayb adanya sambungan untuk test is necessary evil nie.. masih byk yg ingin cuba diperkatakan tp mungkin di lain kali.. memandangkan hari nie bukan lar satu hari yg menceriakan.. mana tidaknya result test hr tue dah keluar.. paper OSHA. Aduh!!! Sungguh memeranjatkan. Sungguh, menyedihkan sehingga mampu menghancurkan hati ini.. huhu.. nasib badan, nak buat macam mana.. Cuma menimbulkan rasa sedikit kelegaan apbl semuanya begitu.. lain ditanya, lain dijawab itulah nasibnya.. Menambah derita di hati dan minda, ada lagi 2 test menunggu.. tomorrow n dis coming Saturday! Test, test, test!! So I better get going.. ;)

Peringatan!! Apa yang aku tulis semua ni hanya 'mencurah' idea yang muncul di di kepala otak aku. Mungkin ianya bersifat informasi, kejam, sinis, dan seangkatan denganya, tapi ianya seratus percent adalah pandangan peribadi. Tak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup ataupun yang telah mati. Jadi sesiapa yang membaca blog ni dan tdk bersetuju dengan apa yang telah aku tulis, hopefully no hard feeling.. Yang bersetuju tue satu kepala ar kita.. hehe Sehingga bertemu di lain kali ;) "True prosperity isn't something you take from the world: it's something you share with the world." Sekian..


m fikri

0 comments: