Salam,
Ingat atau tidak, aku pernah menulis untuk sekali lagi menggunakan wadah blog ini menceritakan pengalaman yang berlaku dalam kehidupan aku. Entahlah, anda ingat atau tidak, anda pernah membacanya atau tidak, bukan lah menjadi alasan untuk aku tidak menulisnya. Janji tetap janji. Hendaklah dikotakan walau lautan api terpaksa kuredahi. Hehe
Setiap individu aku percaya akan berhadapan dengan seribu satu kejadian samada diingini atau tidak, dalam mengharungi dugaan hidup di dunia ini. Ini semua adalah kehendakNya. Suka atau tidak, terimalah dengan hati terbuka. Keterbukaan dalam menerima segala cabaran merupakan kunci utama berhadapan dengan cubaan dunia.
Begitulah hendaknya berlaku dengan malamku, tanggal 12 March 09, Khamis. Malam khamis biasanya merupakan malam yang begitu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Masjid-masjid dipenuhi dengan pelbagai golongan dan lapisan masyarakat. Dari sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar manusia. Bacaan surah Yaasin berkumandang di segenap pelosok tanah air. Malam ini juga merupakan malam kenikmatan yang ditunggu-tungu pasangan yg sudah berumah tangga. Kenikmatan yg diberikan Allah pada yg sudah mendirikan perkahwinan. (bagi yg belum kahwin, kahwin lar cepat-cepat. Bukan aku kata, Datuk Hassan Din kata). Banyak pro dan cons nya kahwin awal nie. Semuanya terpulang kepada individu. Berkemampuan, kawhin. Jika tidak tunggulah dahulu hingga cukup hantarannya. Tanggungjawab sang suami besar. Bukan sahaja kepada dirinya, malah kepada isteri dan anak-anaknya. Jika tidak mampu untuk memberi sesuap nasi kepada anak bini, tangguhlar dulu niat utk berkahwin. Pasir pun mahal sekarang. Inikan pula sebutir beras. Capailah cita-cita yg dikendong. Bukan sahaja cita-cita diri kita, cita-cita ibu bapa juga perlu dipenuhkan. Sementara mereka masih ada.. Ini hanyalah pandangan peribadi. Masing-masing mempunyai cara tersendiri. Tepuk dada tanyalah selera..
Berbalik pada malam 12 March 09. Malam yang dilalui malam tersebut seperti juga malam-malam sebelumnya. Tidak ada apa yang membezakan. Rutin harian ku tetap berjalan seperti kebiasaanya. Makan malam, assign, dan sekadar berbual kosong dengan kawan sebelum masing-masing kembali ke bilik melayan tidur yang memanggil. Begitu juga dengan aku. Terpaksa melelapkan mata awal walaupun ia masih meminta untuk melihat keindahan malam ciptaan tuhan. Jika tidak, siang ku menjadi malam keesokannya. Hehe. Setiap tidur tidak lengkap kiranya tanpa di sertai dengan mainan tidur. Samada ianya menghiburkan, menyedihkan, dan pelbagai lagi, iainya tetap mainan tidur. Mimpi! Satu perkara yang sukar dirungkai. Masih menjadi rahsia hingga ke hari ini (memandai jer aku.. wakakaka).
Sedang enak dibuai mimpi, tiba-tiba badanku mengejang tanpa dipinta. ‘Ah!! Kenapa nie…badan aku kejang nie. Biar betul.. ko mimpi kot fikri?? ‘ Ngomong aku dalam hati. ‘Eh, enggaklah, lihat ini, matanya terbuka luas dong!!!!’ Mata mengambil tempat sambil terkebil-kebil. ‘Yer tak ya juga. Bukan main besar lagi meja depan mata aku nie.. hehehe’.
Tiba-tiba, bulu-bulu roma ditengkuk serasanya berdiri tegak meliang lentuk ditiup angin kipas. Hati mula tidak sedap. Dap, dip, dup berulang kali..‘kenapa nie, dah lah aku kejang. Bukan setakat kejang kaki. Nie badan yg tak leh gerak nie.. aduh ini bikin gua marah jer nie. Main-main nie’. Dengan sekuat hati, aku cuba menggerakkan badan ini ke kiri dan ke kanan. Malangnya, dia masih di posisi yg sama, kaku bak patung liberty Amerika Syarikat. Dan kepala mengambil tempat. ‘Nasib baik kepala aku masih boleh digerakkan, kalau tak, ha.. syiling lah yg aku nampak dan cicak menjadi teman setia hehehe.’
Dan dengan sekali toleh, entah mengapa kiri menjadi pilihan, jantung semakin berdegup pantas. Sepantas Bolt memecahkan rekod dunia. Eh pantas lagi, setakat Bolt tue tak ada apa lar nak dibandingkan dengan jantung nie. Hehe. Entah, sekadar ilusi ataupun reality, aku terpandang sesuatu yang bukan pilihan untuk dipandang. Sebolehnya, biarlah ianya perkara terakhir terjadi dalam hidup aku. Kelihatan seperti seorang budak dalam lingkungan 4 tahun dan berkepala botak di sebelah aku!!!!
‘Arghhhhhhhhhhh….’ Dengan sekuat hatinya aku cuba menjerit, namun tiada satu pun yg keluar dari mulut ini. Sekali lagi aku memandang, dan masih disitu. Seperti kelihatanya sedang menari-nari mentertawakan diri ini.
Hendaknya kali ini, otak terlebih dahulu bergerak dari hati aku. Dengan sepantas kilat, dan bukan sepantas Micheal Phelps memecahkan rekod olimpik pungutan pingat emasnya di dalam satu temasya, aku membaca ayat Kursi. Walaupun hanya hati yang mendengar, cukuplah kerana ianya masih menjadi pendinding untuk diri ini. Belum sempat aku mengahabiskan bacaan, terlintas untuk kembali melihat di kiri kepala ku. Itu dia, kuasa Tuhan. Belum sempat aku menghabiskan bacaan ayat Kursi tersebut, makhluk itu (ilusi ataupun reality) telah menghilang dari pandangan mata. Dan sekali lagi tanpa diduga, badan ini kembali berfungsi seperti sedia kala. ‘Alhamdulillah.. Lega tul hati aku, klu tak tak tau lar aku nak jadi apa nie..’ Hati kecil berkata-kata. Walaupun makhluk tersebut telah pun menghilangkan dirinya bak Dobby menghilangkan dirinya dalam the Chamber Of Secret, mata ini masih degil memandang tempat tersebut memastikan tidak lagi wujud apa yg dipandang sebelum ini. Takut pisang berbuah dua kali. ‘Kalau dah pisang boleh berbuah dua kali, bersyukur. Itu tandanya tanaman tue diberkati.’ Hati berkata tanpa dipinta. Tapi bukan aku. Aku nie dah lah spesis penakut juga. Sory lar kalau bab-bab cter horror nie, herm.. jatuh yg terakhir sekali dalam list yg aku nak tgk. Huhu.
Aku mengambil handphone yang setia menemani dan duduk disebelahku. Jam masih menunjukkan lebih kurangpukul 4.00 pagi.. masih awal untuk aku bersiap untuk menunaikan sembahyang subuh dan ke kelas. Mata pula seakan takut untuk menutup kembali. Degil. Bukan main payah aku cuba untuk menutupkan mata nie tapi masih tetap terbuka luas melihat ruang bilik yang kecil ini. ‘Nak buat apa nie.Awal lagi, subuh pun belum masuk.. aiya kacau betul lar benda td…’ kata aku berani padahal dalam hati bukan main takut lagi. Tak yah lah tunjuk berani fikri. Dah sah-sah ko tue penakut. Tunggu punya tunggu tanpa disedari mata ini terpejam tanpa dipinta. Degil. Memang degil. Bila orang suruh dia pejam, dia tak nak. Bila orang tak suruh, memandai pulak dia p pejam.. MAIN-MAIN NIE! Sampai lah hp aku berbunyi buat pertama kalinya. ‘Ah.. tak per lah. awal lagi.. baru kul 6.30.. 6.50 bangun lar’ Otak berkata tanpa memikirkan bahawa aku belum menunaikan ibadah kepadaNya. Dan sekali lagi hp aku mengualarkan bunyinya memecahkan Susana pagi yg hening ini. ‘Bad boys! Bad Boys! What you gonna do? What you gonna do when they come 4 u???’ Sehingga betul-betul membuatkan bukan sahaja aku terjaga malah jiran tetangga. Masih mengulangkan nada yg sama sehinggalah mata ini terbuka dan tangan mengambil hp mematikan laungannya. ‘Malasnya aku nak gi kelas hari nie’. Termenung aku melihat kipas berpusing pada tahap kelajuan tertinggi. Sambil menarik selimut dan cuba kembali untuk memejamkan mata (dah niat nak pnteng kelas) tiba-tiba, ‘eh aku belum solat subuh lar.. alamak ini dah subuh gajah’. Sekali lagi, tanpa menghiraukan halangan-halangan dihadapan, sepantas Jeremy Warriner dalam acara 400m, aku berlari kencang meninggalkan katil menuju kebilik air.
Alhamdulillah, masih sempat untuk aku menunaikan ibadah kepadaNya. Dan terus bersiap ke kelas. Niat dihati awalnya tidak ingin menceritakan kepada kawan-kawan. Tetapi apa salahnya, di pagi-pagi hari nie masing-masing masih dengan mood yg entah kemana, aku mengambil keputusan untuk menceritakan apa yg berlaku. Itu dia. Aku berjaya mengubah mood mereka. ‘ekekekeke’.. masing-masing tergelak dan ada yg senyum sumbing menunjukkan gigi yg tersusun indah. Cuma belum sampai terguling-guling. Kalau lar kan diorg terguling-guling entah apa lar budak lain kata. Nie mesti gila.. tak gila herm.. apa-apajer lar yg seangkatan dengannya. Huhu. Dan salah seorg dari jejaka sopan mencadangkan aku menceritakan apa yg berlaku di dalam blog ini.. ‘eh nantilah dulu, entahkan betul entahkan tidak.. aku pun tak tau.. mayb perasaan jer’ kataku menolak cadangannya. Padahal dalam hati malas + takut nak tulis balik.. wakakaka
Tapi untuk tidak menghampakan mereka.. ‘cewah.. utk tidak menghampakan tue’, inilah dia hasil yang berjaya aku garap setelah selesai menunaikan solat jumaat.. entah mengapa tiba-tiba idea mencurah-curah bgtau cara bagaimana untuk aku menyampaikan cerita ini. Dalam aku menaip nie pun, terasa lar juga bulu roma nie naik.. gerun sei.. ingat nak stop jer td.. tp tak apalah. Memenuhi hasrat individu tertentu. Hehehe
Selain itu, ada beberapa perkara yg perlu diconsiderkan. Pertamanya, perkara tersebut telah terjadi hampir seminggu yg lepas. Oleh kerana aku hanyalah manusia biasa, yg mudah alpa dengan segalanya, tambah dengan umur yg semakin meningkat..itu jer lar sekadar yg aku ingat. Keduanya, ini adalah reality dan bukan ciptaan aku.. dan yg ketiga, terpulang kepada anda untuk mempercayainya atau tidak. Yg keempat.. ‘Lu Pikir Lar sendiri’ hahaha.. pinjam Nabil tue. Jgn marah.
Ok lah, aku rasa cukuplah sekadar itu. Memandangkan petang ini aku boleh rehat secukupnya sebelum dikerah untuk bekerja pada malam ini, baik aku menggunakannya dengan sebaiknya. Nanti, semua tak jalan.. Huhu Sehingga bertemu lagi.. Salam dan selamat berhujung minggu.. kepada Adik, selamat masuk hutan, Ming selamat bercuti (cool man!), Daus selamat ke Singapore lagi.. (ish apa lar ada s’pore tue), dan kepada aku n syapit lets kita habiskan kerja yg tinggal 10% nie!!! Lets rock n roll beb.. hehehe
0 comments:
Post a Comment