Thursday, April 2, 2009

Berakhirnya sudah Pesta Konvo

Berakhirnya bulan tiga yg lepas, maka berakhirlah sudah pesta konvo utm ke 42. Dan bermulalah lembaran baru sebaik sahaja menjejakkan kaki di bulan ke empat antara dua belas bulan yg ada. Bukan sahaja mereka yg telah selamat menamatkan pengajiannya, malah mereka yg masih setia bersama-sama utm berjuang sehingga ke akhirnya. Bulan yg mana sungguh membuatkan mereka yg bergelar pelajar bersengkang mata dan bertungkus lumus meyiapkan segala tugasan akhir yg diberikan seawal pengajian bermula. Kelas-kelas dipenuhi dengan mereka yg hebat memberikan hujah-hujah membentangkan segala tugasan dan kajian yg telah diamanahkan. Sungguh berapi kata-kata mereka sehingga membuatkan Halls tidak dapat menyejukkan hari yg sememangnya panas. Tidak dilupa, masih ada juga yg enak dibuai mimpi, nun jauh sejauh mata memandang tatkala teman sedang menitiskan peluh membentangkan hujah mereka. Bermacam lagi gelagat yg boleh diperkatakan sehingga jika diberi air 100+ 1.5 l sebagai dakwatnya, maka tidak cukup untuk digunakan sebagai tinta menulis segala gelagat yang berlaku. Begitulah panahan bulan keempat dan mungkin kelima bagi mereka yg bergelar mahasiswa, bukan sahaja di utm malah seluruh pelusuk tanah air, dari utara hingga lah ke selatan, dan dari timur hinggalah ke barat.

Tetapi n3 kali ini bukan lah pasal panahan bulan-bulan ini, tetapi tidak lain dan tidak bukan berkenaan pesta konvo yg telah pun melabuhkan tirainya tanggal 31 march 2009. Bermula seawal 26 haribulan march 2009, utm telah pun bermandikan cahaya-cahaya lampu kalimantang bewarna warni memeriahkan, menerangi tanah bumi utm ini. Pelbagai lapisan manusia kawasan sekita turut sama-sama dating memeriahkan lagi pesta kali ini. Meriah. Memang meriah. Pelbagai aktiviti dan gerai jualan diadakan. Dari yang menjual makanan sehinggalah baju, barang permainan dan banyak lagi yg wujud yg akan meletihkan tangan aku untuk menaipnya. Belum dilihat lagi aktiviti yang diadakan. Dari nyanyian sehinggalah ke ceramah2 membuatkan pesta konvo kali ini bising dengan alunan suara-suara mereka yg agaknya enak pada pendengaran tetamu-tetamu yg hadir. Yg sedap didengar, sedaplah. Jika tak, bikin hati semakin panas. Tak dapat nak mengelak. Nak buat macam mana, dah berada di sana, suka atau tak, terpaksalah meminjamkan telinga ni untuk mendengar suara-suara bak buluh perindu itu.

Tetapi adakah itu yg kita inginkan dari pesta konvo ini??? Aku bukanlah manusia yg layak untuk memperkatakan perkara sebegini. Malah rasanya tidak juga sesuai bagi aku yang hanya manusia biasa lagi alpa cuba untuk meneruskan kehidupan di alam maya ini, selagi diperkenankan olehNya. Sekadar berkongsi pendapat apa yg telah diperkatakan ramai pihak. Mungkin hanya segelintir. Masih terngiang-ngiang di fikiran ketika kumpulan Inteam mengambil alih pentas memulakan persembahan pada hari khamis itu. Seketika rasa bangga juga apabila salah seoarang daripada mereka memperkatakan betapa mereka bangga dengan utm nie kerana moto utm nie sendiri ‘Kerana Tuhan Untuk Manusia’. Semua bermula dengan niat kerana Tuhan untuk manusia, kita sebagai umatNya. Tapi, adakah ia mempraktikkan sepenuhya?? Tepuk dada tanya selera. Malah khutbah jumaat pada 27 hb ada juga mempersoalkan akan relevannya pesta konvo ini. Yg membuatkan aku cuba untuk menulis ini adalah kerana betapa berbezanya apa yang diperkatakan oleh salah seorang urusetia berkenaan program suara buluh perindu dengan apa yg dilaksanakan. Aktiviti ini hanya diadakan untuk siswa-siswa dan jejaka-jejaka yg berada disini tetapi apa yg terjadi?? Ketika sedang enak menjamu selera bersama teman-teman, terdengar pengumuman juara. Siapa??? Yg pasti bukan lah mereka yg bernama lelaki. PEREMPUAN!!!! Malah bukan main lagi menyanyikan lagi yg dibawa Ziana Zain. Aduh. Sungguh, apakah yg terjadi??? Kenapa memperkatakan sesuatu yg tidak diperbuat. Allah berfirman yg membawa maksud: Wahai orang yg beriman. Menagapakan kamu memperkatakan sesuatu yg tidak kamu perbuat?? besar murka Allah kepada mereke yg sebegini.. ila akhir ayat. Betulkan jika apa yg aku tulis maksud firman ini salah. Ianya mmg bermain di fikiran aku. Jika kita tidak tahu, jangan memandai untuk memperkatakan sesuatu yg tidak pasti akan apa yg terjadi pada masa hadapan. Bukan hanya aktiviti sebegini yg ada pada pesta konvo kali ini. Malah ada juga yg berguna dan baik untuk kegunaan masa hadapan kita. Seperti ceramah-ceramah, forum perdana oleh ustaz ‘selamat beramal’ dan sebagainya. Banyak aktiviti-aktiviti yang berguna.

Tetapi itulah, tidak meriah jika sesuatu pesta itu tidak disertakan dengan program-program sebegini. Pelajar, terutamanya di UTM nie yg sememangnya terbeban dengan pelbagai assignments, test dan banyak lagi keje yg kena buat. Dengan adanya program sebegini, sekurang-kurangnya dapat juga meringankan beban yg mereka tanggung. Tension kan. Bukan sahaja aku, malah semua aku rasa selagi bergelar mahasiswa nie, mmg program ini dapat mengurangkan apa yg ditanggung. Cumanya biarlah program itu dilaksanakan mengikut garis panduan kita sebagai umat Islam. Bukan hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Malah aku juga sempat meluangkan masa melihat beberapa aktiviti yg dilaksanakan. Itulah sedikit terkilan kenapa kita cakap jika tak pasti. Lebih baik berdiam seperti apa yg diperkatakan oleh Dato’ Hassan Din Al-Hafiz.

Cukuplah rasanya setakat ini. Bukan nya aku baik sangat nak cakap menda macam nie. Kadang-kadang aku nie pun sama jer macam yg lain. Entahkan betul entahkan tidak. Walaubagaimanapun, setelah hampir dua tahun aku menjadi rakyat UTM nie, pesta konvo yg pertama ada lah yg terbaik dan ter’best’. Tak ada lar bezanya sehingga antara langit dan bumi. Cuma yg pasti berbeza lar. Bersyukur nya kali ini, duit aku tidak mengalir laju bak air sungai Perak yg sememangnya laju cuba membaham apa sahaja yg menghalang laluannya.

p/s: Nantikan aku 'Tambak Johor menjadi saksi'

m fikri

0 comments: