Tuesday, April 28, 2009

Kerana Dia Tambak Johor Menjadi Saksi

Part 3



Keadaan di Bandar johor Bahru ketika ini sungguh sesak dengan pelbagai kenderaan. Pelbagai ragam manusia dapat dilihat di kiri dan kanan. Laju berjalan menuju ke destinasi masing-masing. Bangunan CS sudah semakin kami hampiri, tapi bayang hospital tak juga nampak-nampak.

“Mana hospitalnya? Kata dekat dengan CS. Ni bukan CS ker?” Tanya Adik geram. Mana taknya, memang betul pun dah sampai depan CS tapi mana ada hospitalnya. Dalam kereta dah lar semakin panas.

“Entah. Kata dekat CS, tapi yang aku nampak bangunan apa-apa entah,” Fikry berkata sambil memandang kiri dan kanan.

“Ini ko punya pasal la. Call orang tu lain kali tanya betul-betul. Bukan nak main marah jer. Tengok sekang apa jadi?”

“Kalau yer pun jangan lar nak salahkan aku. Aku menanya jer. Ish korang ni,” jawab Fir membela diri.

“Memang betul pun. Cuba lar bersopan sikit. Kita ni orang Melayu. Beradat. Tak tau lar kalau ko bukan orang Melayu. Cuba…,”

“Eh… eh… eh… Dah. Tak payah nak membebel. Mak betul ko ni,” Fir membalas sebelum sempat Fikry menghabiskan ayatnya. Potong line betul. Cuba lar bagi si Fikry nie menghabsikan ayat dia dulu. Sekali dengar ceramah dia apa salahnya. Sekali sekala ker? Macam selalu jer. Tapi dah free tak per lar. Bukan kena bayar pun. Hehe

“Sudah. Korang ni macam anjing ngan kucing. Kalau tak bergaduh sehari tak boleh ker?” Fiq berkata sebelum perbalahan antara dua makhluk ini berterusan.

Yang lain semua tersengih menunjukkan gigi 14 batang masing-masing. Tapi yang kesiannya, kucing ngan anjing juga yang kena. Kenapa lar perumpamaan macam tue. Mitos ataupun benar? Tepuk dada tanya diri sendiri. Nak tau lebih pergi lar buat kajian sendiri. Mana tau ada rezeki dapat masuk Nat Geo ker. Hahaha

“Entah u berdua ni. Baik you tengok kiri kanan dari bergaduh tak tentu pasal ni. Ada juga baiknya,” sampuk M yang berada di tempat pemandu.

“Yes BOS!!,” serentak Fir, Fikry, Adik dan Fiq menjawab. Apalagi, tak payah tunggu. Semua tergelak bagai nak rak. Haha. Kesian M. baru sekali cuba menyampuk dah kena balik. Nak buat cam mana. Sabar jer lar. Baik dia tumpu jer memandu tu. Nanti terlepas pulak. Mamat ni lain sikit kalau memandu. Memang kena ada pembantu dia kat sebelah. Kalau tak ada, alamatnya sampai bulan jatuh ke riba pun tempat yang dituju tak sampai. Mengalahkan pemandu Rally pulak.

“Bos, baik u berenti kat depan tu. Masuk Shell,” arah Adik tanpa disangka. Hai takkan nak ambil gelaran M kot?

“Buat apa?” Tanya Fir dan M serentak.

“Apa lagi. Tanya orang la. Nak mengharapkan ko ni memang tak boleh harap.”

Tersentak Fir mendengar. Sekali kena baru tau. Tambah dari Adik. Suka sangat nak memanaskan orang. Haha. Suka ya Adik panas kan orang?

“Nak berenti kat mana,” M bertanya.

“Hai. Berenti je lar dekat mana-mana. Kejap jer, bukan nak isi minyak pun. Fir ko turun tanya,” Fiq geram. Itu pun nak tanya ker? Dah lar aku nie puasa. Kejap lagi dah nak maghrib. Apa-apa pun perut aku kena isi juga. Hati semakin panas.

“Dia tak tau la. Tak pernah dengar katanya nama hospital tu,” Fir melangkah masuk.

“Tu la aku cakap. Tak pernah ada hospital nama macam tu,” geram juga Fikry. Penat agaknya berada lama di dalam kereta. Dah lar tadi terpaksa mendengar ceramah bomba.

“Dah la. Jalan jer. Budak lain agaknya dah sampai pun,” Adik bersuara.

“Nak keluar kat mana?”

“Tu banyak jalan keluar tu. Mana-mana pun boleh. Mana satu menjadi pilihan u, u ikut,” Fiq membalas. Tanya lagi. Sabar jer lar. Ayat dah semakin sinikal. Kereta pun bergerak.

“Depan ni masuk kiri. Nanti nampak restoran India warna kuning berenti. Dia ada kata tadi, hospital dekat dengan restoran tu.”

“Ko ni pun satu Fir. Bukan nak bagi tau awal-awal. Apa da. Hawau!!!” marah Adik sambil memandang tajam muka Fir. Marah dia pun bukan lar marah macam marah serius. Sekadar ingin bermanja lagaknya.

“Korang tak tanya.”

“Takkan nak tunggu orang tanya kot.”

Entah apa lagi lar yang diorg berdua merepekkan. Fikri yang duduk di tengah sekadar menggeleng kepala. Menjadi orang tengah ni susah sikit. Berat ke kanan sikit salah. Ke kiri pun sikit pun salah. Habis tue duk tegak jer lar nampaknya. Tak boleh senget-senget.

“Restoran kuning ni. Berenti kat tepi ni,” kelam kabut Fiq menyuruh M memberhentikan kereta di bahagian kiri jalan.

“Dah, ko pun Fir, turun lar tengok. Kalau tak silap aku tadi ad hospital kat sebelah kanan.”

“Betul lar tue. Sebelah menara landmark,” Fir memuncung. Cuba lar bagi tau siang-siang. Kan senang nak mencari. Ini tidak, dah kena buat uturn balik. Semakin bikin gua panas jer.

M tanpa menunggu lagi terus menekan pedal minyak menggerakkan kereta. Macam tau jalan,nanti sibuk tanya nak masuk mana lar, itu lar, ini lar. Nasib baik lar ada pembantu pemandu tidak bertauliah kat sebelah dia. Fiq. Tempat khas dia jer tue. Orang lain tak boleh ambil. Nanti mengundang bencana. Bencana nya apa?? Tanya lar tuan badan. Hahaha.

“Lepas Shell tadi masuk kanan. Jangan u masuk kiri lagi,” Adik mengingatkan M

“I tau lar.”

“Tau tak tau kena ingatkan juga.U bukan boleh pakai. Kongkek jer tau.” Hahaha kami tergelak.

“Nak parking mana ni? I tak nampak pun tempat parking.” Hospital sudah berada di depan mata. Tapi tempat parking memang tak nampak.

“Kalau yer pun, jangan lar nak memecut kat sini. Slow-slow lar sikit. Senang nak cari,” tegur Fikry. Kalau nak menunjuk skill yang tidak seberapa pun tu nanti lar. Tak sabar-sabar. Tengok dah terlepas. Kena buat U-turn lagi sekali.

“Dekat fly over tue naik atas. Kena buat u-turn,” jeling Fir. Geram juga kot. Mana tidaknya, kami gerak dahulu, tapi orang lain yang sampai dulu. Agaknya dalam hati kata susahnya. Bagi aku jer lar drive. Huhu

Sudah tiga kali kami terpaksa membuat pusingan u hanya untuk sampai ke Hospital yang sungguh di banggakan si Za ni. Medical Specialist. Apa tak ada nama lain ke nak letak nama hospital. Banyak nama yang boleh dipilih. Ampang Putera ke, Tawakkil ke, Johoe Specialist ke. Susah-susah letak jer nama salah sorang dari kami nie. Komersial apa nama. Fikry, Fiq, Fir, Adik, dan M. Herm.. cuba bayangkan Fikry’s Medical Specialist. Fuiyo!!! Gempak sei…. Kalau Fir.. tak kena kot. Fiq lebih kurang macam Fikry jer. Adik dengan M? Sesuai ker tak?? Lu fikir lar sendiri, bak kata Nabil raja lawak tu. Hehe

Akhirnya, setelah bermacam ranjau terpaksa kami tempuhi, berjaya juga kami menjejakkan kaki di Hospital ni. Sebaik sahaja semua membuka pintu dan melangkah turun dari kereta..

“Apa la. Bertolak dulu tapi kami sampai dulu,” Remy memandang kami semua satu per satu.

“Ha! Panaih, panaih,” sahut Faizal memanaskan hati yang sedang panas. Fikry seperti biasa hanya memberikan senyuman yang paling manis. Padahal dalam hati, memang panas pun. Yang lain..

“Eh kami saja jer nak tengok Bandar Jb nie, bukan nya sesat pun,” Adik memandang Faizal. Baru sampai dah ada yang sakitkan hati.

“Hang susah hati apa kami lambat sampai,” sahut Fir pula. Antara kami dia lar yang paling panas sekali. Cepat melenting. Orang Melaka lar katakan.

“Panaih lar tu apa lagi tue,” hahaha yang lain hanya tergelak melihat gelagat mereka bertiga. Sahut menyahut panas memanas antara mereka berlarutan sehingga lar M memcahkan suasana.

“Dah jom masuk. Tunggu kat luar ni buat apa. I dah panas nie.”

“Eh, Fikry ikut aku cari kedai buah, biar yang lain masuk dulu,” Fir memandang kiri dan kanan mencari kedai.

“Mana ada kedai yang buka dah waktu-waktu macam ni. Cuba ko pergi kedai kat depan tu,” sambil melangkah bergerak melintas ke seberang.

“Ni kedai mamak lar. Mana ada jual buah. Ah tak payah lar. Pesan jerk kat sapa-sapa yang datang nanti,” malas dah Fir nak mencari.

“Asal tak masuk dulu?” Fikry memandang mereka semua yang sedak duduk lepak di kaki lima menunggu dia dan Fir

“Ni ha, Abg ko suruh tunggu ko dulu,” jawab Fiq memandang M. Eh bila masa la pulak dia abang aku. Abang aku sorang jer dekat Kl tue. Tak pasal-pasal pulak.

“Dah. Jom masuk. Tingkat dua bilik 1,” Fikry melangkah memasuki hospital. Yang lain hanya mengekori membuntuti belakang Fikry. Lagak seperti ibu ayam membawa anak-anak masuk ke kandang. Haha

“Nak cari sapa?” tanya Nurse yang kebetulan berada di hadapan lif sebaik kami melangkah keluar.

“Zamin,” jawab Fir.

“Oh. Bilik satu, Sebelah kiri nie. Jangan bising-bising ea,” Nurse tersebut mengingatkan kami yang telah melangkah menuju ke tempat yang ditunjuk. Semua memandang antara satu sama lain. Ingat kami ni apa. Tau lar kami sini hospital. Takkan nak bising kot.

*******************


Kelibat Za sudah berada di hadapan kami. Langsir yang memisahkan antara katil kami selak supaya mudah untuk kami semua berada di situ. Bilik yang tidak seberapa besar itu menempatkan empat katil dan setiap katil dipenuhi oleh pesakitnya. Za hanya tersengih memandang kami semua. Ucapan terima kasih kerana sudi datang menjenguk tidak lekang di bibir. Persoalan-persoalan yang selama ini menghantui terus diaju bertalu-talu. Penat si pesakit nak menjawab. Biasa lar. Begitular yang biasa kita lakukan bila kita melawat orang sakit. Mesti nak tanya macam-macam.

Cuma kelibat seorang sahaja yang khusyuk membetulkan siaran astro di TV.

“Fikry. Ko ni macam tak pernah jumpa Astro,” jerit Fir. Nasib baik tak kuat. Fikry hanya tersengih.

“Bukan selalu aku jumpa TV ni. Dah ada tengok lar. Lagi pun ada bola ni.”

“U bukan tengok bola pun,” selamba M berkata. Ish mamat nie tak boleh blah langsung. Cover-cover lar sikit. Aku bukannya tak minat bola. Cuma tak minat tengok live jer. Kalau setakat pemain tu korang tanya tak ada hal lar aku nak jawab.

“Yer lar. I tukar national geo nak?? Tapi remote tak boleh pakai lar,” sambil membelek remote astro dan tv.

“Nanti ko minta tukar Za. Ko bayar kan. Kena lar minta apa yg ko nak,” sempat lagi Fikry memberi cadangan. Za hanya tersengih.

“Eh ko nie. Orang datang nak melawat. Bukannya nak tengok TV,” Fir menjeling geram. Penat sudah mendengar suara Fir dari tadi. Tak habis-habis memarahi Za. Itu lar, ini lar.

Yang lain hanya mampu tersengih mendengar. Dah tau dah perangai diorang nie. Kalau sekali jumpa tak bertekak tak boleh. Ada jer modalnya. Memang ada jodoh. Cuma masing-masing tak nak mengaku. Eh, ada yang mengaku kot. Cuma bertepuk sebelah tangan. Hehehe sempat lagi tu. Aku kawen kan jer nanti.

Suasana yang pada awalnya sunyi, riuh rendah dengan kehadiran kami semua. Jejaka seramai sembilan orang sudah cukup untuk memenuhi ruang bilik tersebut dan menggegarkan hospital. Bukan setakat menggegar hospital, dunia pun boleh agaknya sembilan orang ni. Masing-masing hebat berkata-kata. Yang kurang pun, skill pula tinggi. Kira mencukup antara satu sama lain lar ni. Hehe perasan…

Setelah hampir lima belas minit bersoal dan berjawab, empat orang jejaka meminta diri untuk bergerak ke kedai makan mengisi perut yang memang minta diisi. Kedai mamak di hadapan sahaja agaknya yang menjadi pilihan. Kalau nak ke kedai lain, terpaksa menapak jauh.

Azan maghrib juga sudah berkumandang. Fiq semakin gelisah di tempat duduknya. Peluh memercik jatuh sehingga terkena tangan M yang dipenuhi bulu. Aduh, cuba bayangkan keadaan ni dalam gerak perlahan. Mesti cun kan? Hahaha

“Grrrr…..” Semua terdiam, memandang Fiq yang sudah tersengih. Fikry memandang M. M memandang Adik. Adik memandag Fir. Dan Fir memandang Za. Dan tanpa ditunggu semua melepaskan gelak yang sudah tidak tertanggung lagi.

“Hahahahaha…..”

“Shhhh.. slow sikit kalau yer pun nak gelakkan aku,” tangan Fiq berada di mulut. Mulut juga menjadi pilihan. Jangan di makan tangan itu sudahlah. Hehe

“Ko minum lar dulu air mineral tu. Mee goring tu pun makan lar. Aku mintak diorang buatkan td,” Za menghulur kan botol. Tanpa tunggu panjang, suku air dalam botol tersebut telah dikosongkan oleh Fiq. Nampak sangat kelaparannya.

“Mee ni nak?”

“ Tak per lar. Nanti aku makan.” Fiq meletakkan kembali mee yang di hulur tadi.

Belum sempat bekas mee goreng itu landing lama-lama. Fir menyambar.

“Eh ko ni. Orang tu buat untuk si Za ni. Ko memandai pulak pergi melantak,” Adik memandang geram. Jelingan matanya sungguh menusuk kalbu.

“Dah dia tak nak, baik aku habiskan,” dengan gelojoh Fir menyuap mee ke mulutnya. Ish, tak senonoh betul.

Yang lain hanya memandang sebelum Fiq mengajak M dan Adik ke kedai Mamak menyusul yang lain. Tinggalar Fikry dan Fir menemani Za dari keseorangan. Dan tidak lama kemudian Fikry pula menyusul mengikuti yang lain. Tinggalah Fir dan Za berdua-duaan dia situ.

Saja jer tue nak tinggalkan berdua. Kami ada agaknya diorang malu-malu nak sembang. Bagi peluang tue. Bijak sungguh ko Fikry. Eh, aku memang bijak pun, baru tau ker?? Hahaha

Mee dan Maggie goreng menjadi pilihan Fiq dan M yang sedang duduk menunggu pesanan sampai. Aku mengambil tempat di sebelah Fiq dan di hadapan M. Adik berada dipenjuru. Ada yang sedang melayan angan masing-masing. Ada juga yang menunjukkan muka kelaparan. Terserlah sungguh. Cover lar sikit kalau yer pun. Ada juga yang sedang melayan menghembus asap rokok yang berkepul-kepul. Sedap kot..

“U makan juga ker? Ingatkan Fiq sorang yang lapar,” Fikry memandang M. Hairan melihat M turut membuat pesanan.

“Yup. I lapar. Dari pagi tak makan.”

“Yer lar tu tak makan,” Fikry mengejek. Tersengih memandang M yang geram memandang dia.

“Tak cukup tidur. Habis tu layan tidur jer macam mana nak makan. Tidur lebih baik dari makan ni,” Fiq menyampuk. Hahaha tepat sekali. Suka lagaknya Fikry ada orang menyokong.

“Ha! Panaih,panaih!” Adik tergelak. Yang lain hanya memandang hairan melihat Adik, Fiq dan Fikry ketawa. Agaknya tak ada sapa-sapa nak cerita kenapa, mereka terus kembali rancak berbual antara mereka.

Meja kami betul-betul berada di belakang tempat mamak tersebut memasak. Fikry hanya memandang. Melihat cara tukang masak memasak mee tersebut. Oh begini caranya diorang masak. Kali pertama aku tengok. Gerai mamak bukan menjadi pilihan untuk aku menikmati makanan. Kalau ada kedai ataupun restoran lain yang ada, baik pergi kedai tu. Ish, cuba bayangkan bulu-bulu yang lebat ditangan jatuh ke dalam kuali tue? Eh..eh..eh.. sudah. Ada ker bayangkan benda yang entah apa-apa.

“Ane! Tak mau Sos ea,” jerit M apabila melihat ane itu menuang sos di dalam mee goreng Fiq.

Fikry terkejut. Apalar M nie, kalau yer pun jangan lar jerit-jerit. Ish kacau line betul. Ni lagi sorang pelik. Sos tak makan. Eh bukan tak makan sos. Sos yang di masak dia makan. Sos yang tak masak dia tak makan. Tertanya juga aku. Sos yang dalam botol tue tak masak ker? Rasanya macam masak jer. Mestilar ada menggunakan elemen api dalam proses pembuatan. Herm, tak payah runsing-runsing. Sah-sah geng Ajai. Aku tergelak keseorangan.

“Okey,” Ane membalas sambil tangan laju menyiapkan masakan nya.

“Wei. Dah habis ker? Lar tak sempat aku nak rasa,” terkejut beruk Fikry memandang Fiq. Hampa tak terkata.

“Lar ko nak ker? Asal tak bagi tau awal-awal?”

Macam mana nak bagi tau awal-awal. Belum sempat bagitau dah habis. Kempunan aku. Tak per lar. Nasib baik dia puasa. Rajin betul puasa ea. Ish ko nie pun. Puasa nazar tue. Kena lar buat.

“Maggie goreng,” Ane meletakkan Maggie goreng di hadapan M.

“Ha! Makan. Jangan tak makan,” tegur Fikry sambil menghirup sedikit air milo ais Adik.

M hanya memberi sedikit jelingan sebelum tanpa menghiraukan orang lain terus menyuap Maggie goreng ke dalam mulutnya. Ish, tak tau panas ke budak ni. Bukan Ane tu baru angkat ker Maggie tue?

“Dah, jom lar. Maghrib dah nak habis pun ni,” Adik bangun apabila M sudah menghabiskan makanannya. Fiq dan Fikry turut bangun mengikut.

“Jangan lupa bayar Maggie goreng bungkus Za tadi M,” Remy mengingatkan.

Setelah bayaran di buat, Adik, Fikry, Fiq dan M terus melangkah kembali menuju ke hospital untuk menunaikan solat maghrib. Tapi hanya bertiga jer lar yang buat. M tak boleh. Cuti. Hahaha tak ada lah. Walaupun wajahnya kelihatan seperti kami yang lain, tetapi sebenarnya dia adalah anak kacukan Cina dan India. Jadi memang susah untuk orang luar mengenalinya jika tidak rapat dengan dia.

Pernah satu ketika dimana mak cik cleaner memarahinya kerana hanya menyangka dia adalah Melayu. M nie dah tak kisah pun. Dah biasa dah keadaan macam tue. Kenapa kena marah, biarlah rahsia. Nanti malu pulak M nak berhadapan dengan orang lain.

“Korang ada jumpa surau ker? Mana ada kan?” Sambil Adik melihat sign-sign yang tergantung di hospital ini.

“ Aah. Mana ada. Sembahyang dekat tempat Za jer nanti.” Fikry pelik. Takkan hospital tak sediakan tempat orang nak solat. Agaknya itu lar hospital swasta. Tak pentingkan langsung keperluan orang lain. Yang ada dalam kepala otak, duit,duit dan duit. Tak semua hospital macam tue. Sesetengah jer.

Ketika sampai, Fir sedang menunaikan solatnya. Kemudian diiukuti dengan yang lain. Za pula sibuk membahagikan dua Maggie goreng yang dibeli M sebentar tadi. Apa yang ingin dilakukannya entah lah.

“Korang makan yang dalam ni. Aku makan dalam pinggan ni.” Za memberikan pinggannya kepada Fir.

“La, kitaorg belik untuk ko. Makan jer lar.” Walaupun mulut berkata lain, tangan tetap mengambil pemberian Za. Apa lagi tidak usah ditunggu laju jer tangan menyuap mulut yang kelaparan.

“Kalau yer pun sua-sua lar sikit dekat sini,” Fiq menghulurkan tangannya.

“Eh bukan ko dah makan? Takkan lapar lagi kot?” Fikry menggaru kepala yang tidak gatal. Ish tak percaya aku. Kuat betul makan hahaha

“Yer lar. Mana cukup sei. Cuba ko puasa, mesti ko nak makan punya.”

“Ha yer lar tue.” Yang lain hanya memandang ketawa.

“Za, bila u sunyi u buat apa? Bawa lar laptop ke. At least boleh main apa-apa,” cadang M kepada Za. Memandai pulak dia memberi cadangan.

“Ish ada ker. I datang sini nak berehat. Bukan nak menyesakkan kepala otak ni.”

“Habis tu kalau u boring u buat apa?”

“I ada bawa buku ni. Baca nie dengan yang ni,” sambil meunujukkan buku nya.

“Tengok,” Fikry meminta. Ingin melihat bukunya.

“Biar betul, boring ko baca buku nie dengan Quran?” mata terbeliak memandang Za. Yang lain turut sama join. Semua tersentak. Sempat lar juga insaf melihatnya. Kalau nak kata kami yang lain ni, baca yaasin jer lar setiap khamis. Itupun kalau baca. Kalau tak, hampeh.

“Anak sapa lar ni,” Adik tersengih. Begitu juga yang lain.

Kemudian Remy dan kawan-kawan kembali datang meminta diri untuk pulang. Dah lama dah rasanya mereka semua berada di sini. Maklumlah kereta awek, kena lar pulangkan balik. Sebelum pulang, sempat dia menasihatkan Za itu dan ini. Betul juga apa yang diperkatakan. Busy sangat. Apa lar yang dia buat pun tak tau aku. Kelas, kerja, kerja, dan kerja. Mana tidaknya. Masa rehat tak cukup. Orang cakap degil. Patut lar pun bergaduh selalu dengan Fir ni.

Kami juga kemudiannya meminta diri untuk pulang. Perut masing-masing lapar. Terpaksa lar beredar walaupun ada yang sudah melantak sebentar tadi. Tangan melambai.

“Bye. Kami balik dulu. Rehat cukup-cukup,” pesan Fir sambil dipersetujui yang lain.

Za hanya memandang pilu ditinggalkan keseorangan. Lagak ditinggalkan kekasih yang ingin pergi jauh. Agaknya memang itu yang dirasakan. Maklumlah, Fir dah nak balik. Hehe

Di dalam lif…

“Wei, nak pergi mana lepas ni?” Fir memandang kami berempat.

“Aku tak tau, ikut jer. Yang penting tanya driver,” Fikry berkata sambil tangan bermain dengan nombor tertera. Semua memandang M.

“I tak tau, tanya Adik dan Fiq.”

“Entah,” jawab Adik dan Fiq serentak. Kembali membiarkan persoalan tergantung.

Memang susah kalau nak decide nak pergi mana-mana. Terutama tempat makan. Dekat johor ni, faham-faham jer lar. Semuanya susah. Nak cari makanan susah, nak pergi shopping complex susah, semua susah lar.

Lif terbuka di tingkat satu. Kami berempat menuju ke tempat letak kereta. Actually bukan parking lot pun. Parking tepi jalan sebelah hospital ni jer. Nak jumpa tempat parking nya bukan susah kan tadi.

“Kita pergi tengok wayang nak? Fast and Furious dah kuar lar,” tiba-tiba Fir member cadangan. Dia memang suka pun tengok wayang nie.

“Aku ikut jer. Tapi kena lar tanya yang lain,” Adik membuka pintu kereta. Padahal dalam hati bukan main teringin lagi. Suka tengok kereta-kereta yang bermacam jenis ni.

“Aku ikut majority. Kalau semua pergi aku on jer,” Fikry menapak masuk ke dalam kereta.

“Eh mana boleh macam tu. Kalau nak tengok katakan nak tengok, kalau tak nak kata tak nak” jeling Fir kepada Fikry. Fikry hanya tersengih. Susah jadi orang tengah ni. Dalam hati memang nak, tapi terpaksa memikirkan orang lain. Terutamanya M. Entah pernah masuk wayang ke tak. Aku pun tak tau.

“Ko tanya M. Dia yang drive. Kita nie mengikut jer.”

“So macam mana M? Jom lar kita pergi CS tengok wayang,” Fir memujuk M. Tapi jauh di sudut hati Fikry dia percaya takkan bercaya. Hanya dia yang mampu menurunkan ego M. wahahaha. Bangga sungguh.

“Tak nak lar i. Tak suka lar tengok wayang ni. Nanti I boleh dl punya,” M memandang Fikry melalui cermin pandang belakangnya. Aku hanya tersenyum sumbing. Dalam hati bukan main kecewa lagi.

Apa panndang-pandang? Pandang lar orang lain. Orang tengah sedih ni. Tapi dalam hati jer lar. Takkan nak tunjuk kot. Fir bukan main kecewa lagi. Yang lain hanya mendiamkan diri. Tapi jauh di sudut hati aku tahu Adik juga kecewa. Fiq? Entah lah. Susah nak baca fikirannya. Macam Bella dalam twilight. Edward pun susah nak baca fikiran dia.

“Habis tu nak pergi mana ni?” tanpa di duga, Fiq mengeluarkan suara emasnya. Kenapa entah mala mini dia sukar untuk mengeluarkan suara dia. Lapar lagi agaknya.

Aku menggeleng. Fir hanya mendiamkan diri. Adik hanya memandang kiri dan kanan. M terus memandu dengan kadar perlahan.

“Cepat sebelum sampai flyover depan ni. Kalau tak balik terus,” sambung Fiq apabila semua hanya mendiamkan diri. Semua merajuk lar tu.


“Apa kata kita pergi The Zone. Remy aku rasa diorang pergi sana?” Adik tiba-tiba memberi cadangan. Herm bagus juga. Alang-alang dah datang sini. Takkan nak balik terus. Rugi tu. Yang lain hanya mengangguk setuju.

“Boleh juga. So lepas ni I nak kena pergi mana ni?” M bertanya. Flyover betul-betul di hadapan kami. Kalau M tersalah masuk laluan alamatnya ke Skudai lar kami.

“Naik atas. Lepas tu belok kanan. Ikut lori tu,” Adik menunjuk kearah lori yang sedang bergerak perlahan. Perlahan-lahan M mengekorinya.

Selesai sudah segala perbalahan kemana tujuan kami tadi. Semua kembali menunjukkan muka ceria masing-masing. Yer lar bukan selalu dapat keluar enjoy macam ni. Tambah-tambah malam. Lagi lar. Dekat Skudai biasanya malam macam nie ‘mati’. Sunyi dan tidak macam di KL. Suasana di dalam kereta kembali riuh rendah dengan suara kami semua. Happy bukan main. So, The Zone, here we come!!! Wait for us…..


(p/s: pesanan penulis. Ini bukannya novel, cerpen or seangkatan dengannya. Ini adalah CERITA KAMI. Menurut penulis, ianya hanyalah sekadar suka-suka dan menggunakan blog aku utk post kan. Ianya bukan rekaan, tetapi benar belaka. Cuma ditokok tambah sedikit. Terima kasih kepada penulis kerana berkongsi cerita di blog aku ni. lagi satu, semuanya dalam nie hanya gurauan semata-mata. bagitau awal-awal nie)

0 comments: