Saturday, April 25, 2009

Kerana Dia Tambak Johor Menjadi Saksi

Part 2:



Ceramah bersama pihak bomba telah pun hampir sampai ke penghujungnya. Pelbagai persoalan timbul sebagai memenuhi sesi soal jawab bersama penceramah. Hampir dua belas soalan yang berjaya dikumpulkan. Dan aku yakin semua soalan yang berjaya dikeluarkan bukan lah soalan yg hanya melepaskan batuk di tangga. Walaupun pada mulanya ianya hanyalah sebagai memenuhi tuntutan pensyarah yg mewajibkan semua kelas bertanyakan sekurang-kurangnya tiga soalan. Jika tidak, ada bahaya yg menunggu di masa hadapan. Setelah hampir 15 minit bertanya dan menjawab, selesai lah sudah sesi tersebut dan semua yg hadir bergegas menuju ke dewan jamuan untuk mengambil makanan yang disediakan. Seperti binatang peliharaan yang di kerah tuannya masuk ke kandang lagaknya. Kalau bab makan, mmg nombor satu. Benda dah free, takkan tak nak. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan di cari. Hehe.

Cuaca diluar sungguh merisaukan. Awan-awan bergerak laju bergerak entah kemana. Angin bertiup kencang. Cahaya matahari pula sudah semakin menghilang ditutupi lapisan awan tebal yg hanya menunggu untuk memuntahkan segala yang disimpan.

“Wei, cepatlar. Hari nak hujan nie. Nanti tak sempat pulak nak balik”, laung Fiq sambil bergerak perlahan keluar meninggalkan dewan jamuan.

“Kejap lar wei. Kitaorg nak ambik makanan nie. Ko tak nak ker??” Jawab Fikry geram di dalam barisan. Harap jer pelajar universiti. Kalau bab makan sanggup bertolak-tolak.

“Ambil untuk aku sekali. Aku tunggu kat bawah”, kata Fiq sambil berlari.

Maka bergegas lar ketiga-tiga sahabat mengejar kawan mereka selepas mengambil beberapa bungkusan makanan sebelum ditinggalkan jauh ke hadapan. Tetapi…

“Wei, ko nie nak balik ker tak nak?? Sempat lagi tu nak berasmara dana kat sini,” marah Fikry kepada Fir. Fir ni memang sikit. Pantang jumpa dahi yang licin. Semuanya dia nak terkam. Tak kira lar…. Ups!!! Sambil menutup mulut. Tak boleh cakap lar. Bahaya tue. Biarlah kami jer yg tau. Hehe, Astagfirullah, aku nie memandai jer. Ish..ish…ish

“Kejap lar, aku nak amik no telefon mamat nie. Korg gerak dulu. Nanti aku kejar,” balas Fir. Masih mencuba nasib menjadi romeo yg tidak kesampaian.

Kalau dah namanya lelaki, lelaki juga lah. Habis tu, takkan nak jadi perempuan pulak kan? Apa lar aku nie. Hehe. Mamat tue rupanya. Classmate kitaorg. Budak last year kat sini. Agaknya saja lar kot ambil nombor telefon dia. Aku nie, cuba lar berfikiran positif sikit. Jawab Fikry di dalam hati.

“Huh. Nasib baik sempat sampai. Kalau tak lenjun lar kita” sempat Fikri berkata sambil mengibas-ngibas kepala takut dibasahi air. Nak kena air cam mana? Rambut pun tak ada. Dah sah dia nie memang selalu botak. Air hujan pun tak sempat nak lekat.

“Aku balik bilik aku dulu. Asar dulu. Nanti aku dtg balik,” laju Fir bergerak menuju ke biliknya.

“Jgn lupa call M bgtau kita nak dah habis ni. Nanti lambat pulak. Hujan pun dah makin lebat,” fikri mengingakan utk segera memberitahu M. Entahlah. Namanya panjang sangat kot. Tue yang panggil M jer. Senang kan. Tak payah susah-susah.

“Ala, ko call mesej lar dia. Aku malas lar,” Fir merengek seperti budak kecil. Budak kecik pun tak macam dia.

“Macam ko tak tau aku nie sengkek. Kredit memanjang tak ada. Lagi di suruh,” apa da.. bukan baru jer kenal aku nie. Dah bertahun pun. Itu pun nak kena bgtau ker? Nie kawan ker apa nie? Ngomong Fikri di dalam hati. Nasib baik tak terluah. Kalau tak bising satu blok.

“Nak pergi nanti jangan lupa miscall aku. Aku balik bilik dulu,” laung Adik sambil membawa bungkusan makanan ke bilik nyer. Diantara kami, memang Adik pun yang paling muda. Memang sesuai dipanggil. Tapi kadang-kadang perangai nyer mengalahkan mereka-mereka yang terlebih matang ni. Harap jer tua dari dia, tapi manja lebih. Confius juga. Mana satu yang patut di panggil adik atau abang ni.

“Yes BOS!!” Fiq membalas sambil siap tabik hormat lagi.

“kah,kah,kah,kah,” Semua tergelak. Cuma tak terguling jer. Nak katakan sesuai pun entahlar. Boleh lar. Cuma bakat tu kurang. Kalau Mr M tak tau lar kan. Kalau lar tak reti juga nak bagi tabik hormat buat penat jer lar tiap-tiap Rabu pergi berlatih.

**********

Hujan masih laju menyimbah bumi. Lebat selebat-lebatnya. Tidak henti-henti awan memuntahkan bebanan yang ditanggungnya. Jarum jam baru bergerak menghampiri angka lima. Tetapi matahari sudah seakan membenamkan wajahnya. Menutup segala ruang aktiviti yang ingin dilakukan anak adam. Membantutkan segala apa yg dirancang anak-anak hawa. Semuanya menunjukkan riak kecewa kerana hajat tidak kesampaian. Tetapi tidak aku. Seperti yg telah dibincangkan dan dipersetujui semua, aku dan rakan-rakan yang lain bersama-sama bergerak pantas menaiki kereta menuju ke pusat Bandar. Syukur Alhamdulillah, hujan yg pada awalnya turun begitu lebat, semakin menunjukkan tanda-tanda hendak berhenti. Matahari kembali menunjukkan wajahnya. Memancarkan cahaya menerangi kegelapan sebentar td. Senyum jelas terpancar di wajah masing-masing. Mana tidaknya, perjalanan walaupun dirancang tetapi dalam keadaan jalan yang basah bukanlah disukai semua. Tinggi risikonya. Bahaya bo muncul di mana-mana tanpa kita sedari. Tambah dengan pelbagai kenderaan samada beroda dua, empat ataupun lebih memenuhi segenap jalan raya di bumi gersang ini. Masing-masing berlumba untuk sampai ke destinasi yang dituju selepas seharian penat mencari rezeki. Begitu juga kami. Seakan berlumba untuk sampai ke destinasi. Cuba mengalahkan Kimi Raikkonen lagak M memandu. Selagi adanya jalan lurus, disitulah dia cuba menunjukkan gaya pemanduan yang tidak seberapa. Menakutkan aku yg agak fobia dengan jalan raya ini. Mempunyai sejarah tersendiri yg tidak akan aku lupakan selagi otak berfungsi.

Kereta membelok ke kiri memasuki kawasan Danga Bay yang cukup dibanggakan rakyat tanah gersang ini. Melihat Danga Bay membuatkan aku terfikir. Apakah yang menariknya di sini? Apa yg ada di sini?? Secara jujurnya, aku pun tidak tahu. Cukup berbeza ketika pertama kali aku menjejakkan kaki kesini. Kira-kira tiga tahun lepas, pertama kali ke sini, dibawa keluarga angkat untuk menjamu selera, kami terpegun melihat tempat yg sering diura-urakan oleh semua. Tetapi kini, yang tinggal hanyalah kenangan. Semuanya hampir musnah oleh kerasukan manusia berlumba-lumba membangunkan kawasan ini. Manusia, tidak pernah puas dengan apa yang ada. Bukan lah aku sorg yg berfikiran sedemikian. Semua yg berada di dalam kereta ini bersetuju hendaknya dengan apa yg aku katakan. Tetapi semua di luar sana mempunyai pendapat masing-masing. Kami hanya mempraktikkan amalan sebuah Negara demokrasi yang membenarkan kebebasan bersuara. Sedang semua enak menikmati pemandangan yang jarang dilihat ketika berada di tanah UTM, tiba-tiba…

“Wei kat mana hospitalnya???”. Fir mencelah, mengganggu pemandangan semua.

“Dekat dengan cs, Medical Specialis. Tapi aku tak sure lar. Cuba ko telepon Za tanya kat mana.” Fikry membalas.

“Ok”. Sambil mengeluarkan iphone mendail 0137891234. “Dia tak angkat lar. Ko cuba pulak.”

“Cuba lar lagi sekali. Dia silent kot. Harap jer hp canggih tp tak bo pakai,” jawab Adik sambil ketawa berdekah-dekah. Yg lain turut sama menyertai Adik. Hahahahahaha. Harap jer hp canggih, tapi tidak seperti iphone milik org lain. Kosong. Tiada aplikasi ataupun games-games yang mengisi ruang kekosongan hard disk 8g di dalam nya.

“Yer lar. Kalau yer pun jangan lar gelakkan aku. Bukan aku tak nak download. Tp tak boleh,” sambil memandang aku yg masih bersisa gelaknya.

“Hello, asal ko tak angkat aku tepon td??”, kami memandang. “Cakap macam org sakit teruk jer. Kat mana hospital ko? Ok,ok. Cakap macam org dah masuk icu,” marah Fir. Geram agaknya kerana ditertawakan kami. Tapi org lain yg jadi mangsanya.

“Betul lar. Dekat dengan CS. Dekat dengan restaurant apa entah td dia bgtau aku.”

Tanpa menyahutnya, (tak berani kot, orang tengah panas jangan ditambah panasnya) kereta terus bergerak laju menuju ke destinasinya. Memandangkan jam juga telah menunjukkan ke angka enam tiga puluh, eloklah kiranya kami sampai sebelum matahari betul-betul membenamkan wajahnya. Pusat Bandar bukan la satu tempat yg menjadi kepakaran kami. Selok belok jalannya walaupun mudah, tapi bagi kami yg hanya baru kali keempat menjejakkan kaki ke pusat Bandar ini setalah hampir dua tahun mendiami bumi johor ini, kira agak susah juga. Tambahan pula hospital bukan lar sesuatu yg mudah dicari. Kalau GH mmg senang. Ini tidak, hospital private. Dah tue namanya pulak Medical Specialist. Tak pernah pun dgr nama hospital macam tue. At least ada lar juga macam Ampang Puteri ker, Tawakal ker. Mmg senang nak jumpa. Kami mencari, mencari, dan mencari….


(p/s: pesanan penulis. Ini bukannya novel, cerpen or seangkatan dengannya. Ini adalah CERITA KAMI. Menurut penulis, ianya hanyalah sekadar suka-suka dan menggunakan blog aku utk post kan. Ianya bukan rekaan, tetapi benar belaka. Cuma ditokok tambah sedikit. Terima kasih kepada penulis kerana berkongsi cerita di blog aku ni. )





0 comments: