Wednesday, August 26, 2009

Dugaan Bulan Puasa....

Salam,

Ramadhan telah pun menjejakkan ke hari ke-5. Masih ada lebih kurang 24 hari yang perlu aku dan semua umat Islam seantero dunia perlu tempuhi dalam melengkapkan ibadah puasa kali ini. Letih, penat, mengantuk, itulah lumrah yang perlu di hadapi tatkala kita semua berpuasa di bulan yang Mulia ini. Namanya pun dah puasa, kalau tak penat dan letih, bukan lah namanya puasa. Betul tak? Tapi, manusia zaman sekarang, sering menjadikan puasa itu sebagai alasan mengelak dari melakukan aktiviti seharian mereka sebelum ini. Ini seperti lumrah. Sepertinya, semua aktiviti yang biasa kita lakukan akan terberhenti sebegitu sahaja sebaik tibanya bulan ini. Kalau dilihat kembali sejarah tamadun Islam, bukankah menang kita dalam perang Badar adalah dalam bulan puasa? Rasanya semua dari kita tahu akan peristiwa dan tak perlulah untuk aku menghuraikannya panjang lebar. Siapalah aku untuk menceritakan tentang ini?


Sebenarnya, bulan puasa kali ini sungguh mencabar bagi diri aku. Aku cuba untuk membuang segala perkara tidak baik yang ada di dalam diri tapi nampaknya hanyalah melepaskan batuk di tangga. Aku rasa perjalanan untuk aku sampai ke tahap atau peringkat yang aku inginkan masih jauh lagi. Banyak lagi yang perlu aku tempuhi. Kadang, aku menyesali akan diri aku. Aku bosan dengan apa yang berada di dalam, aku penat untuk cuba tapi masih tetap di takuk lama. Walau sejauh mana aku mencuba, halangan tetap berada di hadapan. Tetapi aku masih tekad untuk meneruskan usaha terutama di dalam bulan yang mulia ini. Percubaan aku untuk menjadi lebih baik dari sekarang sebenarnya membawa kepada satu persoalan. Fikiran aku sering terganggu dengan bermacam-macam persoalan yang rasanya susah bagi diri aku untuk menjawabnya. Kenapa orang yang berbuat baik sering diuji? Kenapa orang 'baik' itu sering diuji? Begitu juga dengan alim. Disini bukanlah aku nak mengatakan yang aku baik. Cumanya setiap kali aku cuba menjadi lebih baik ada saja dugaan yang mendatang. Betullah katanya, banyak dugaan untuk kita berubah. Dan dugaan itu bukan lah mudah untuk kita hadapinya. Betul! 100% aku sokong. Dan, sudah pasti dengan iman yang hanya sebesar zarah, itupun kalau ada, aku tak mampu menghadapi segala dugaan ini. Aku kecewa, sedih akan perkara yang berlaku dan membuatkan aku kembali kepada yang lama. Dan aku kecewa, sedih dengan diri aku! Bilalah kiranya aku mampu untuk 'menjadi yang terbaik'? Hanya masa yang bisa menentukannya!

Walaubagaimanapun, Ramadhan kali ini membawa seribu satu makna dalam diri aku. Walau beribu halangan mendatang, aku tetap akan mencuba menjauhkan diri dari segala unsur-unsur jahat yang cuba mempengaruhi diri aku. Nak kata unsur-unsur jahat tu ada, dah kena ikat. APa-apa pun keadaan sekeliling kekadang memaksa untuk kita berbuat sedemikian. Sama-samalah kita mencuba untuk yang terbaik. Amin.

aurafitra

0 comments: