Saturday, August 8, 2009

Flu Again @ Carta ALIEN!!!

Salam,


Morning all. Pagi yang 'sunyi' dan indah. Jarang dapat pagi-pagi yang macam ni kalau kat sini. Kalau tidak, dengan bunyi basnya, orang mesin rumput lar, ini lar, itu lar, geram betul. But, thats life. Nothing to complaint about. Herm, tak ada idea pun nak post entry pasal apa kali ni. Ada lar juga satu perkara yang bermain-main di minda ni nak post pasal apa. Tapi kejap ea, kita cerita pasal lain dulu.

Nak dijadikan cerita, bangun jer pagi ni, aku selsema lar. Penatnya selsema ni. Benci! Tak aman hidup kalau ada selsema@flu ni. Oleh kerana aku belum lagi 'mandi' aku malas nak sapu vicks yang agak mujarab tu. Hahaha Haiya, ingatkan dah ok dah lar, sekali kena balik lar. Minta-minta lar sembuh cepat. I hate this!!! Selain daripada Vicks, apa lagi cara yang boleh menyembuhkan selsema ni ea? Aku pun tak mahir sangat bab-bab ubatan tradisional ni, maklumlah orang moden katakan. Hua hua hua hua (nak perli Ajai sebenarnya, maklumlah, makanan kampung tak layan kan).


Carta Alien.

Aku sebenarnya dah lupa pun pasal carta alien ni. Semalam, sembang-sembang dengan roomate aku dan bukan roomate aku yang membatalkan aktiviti pagi kami hari ni (hampeh), diorang lar yang menginatkan aku pasal carta alien ni. Herm, ini membuatkan aku berfikir, perlu atau tidak untuk aku meneruskan carta alien tu? Nak tanya kat sini tak tau nak buat macam mana. So kalau ikut perkiraan aku ni, aku SUKA nak buat benda macam ni. Tapi kalau kami 'bertiga' ni ok lar, sebab dah open minded, takut yang sikit narrow minded ni, itu yang susah. Semua hanyalah 'joking' semata-mata. Tapi masih ada orang diluar yang salah mentafsirkan apa yang tersirat disebalik apa yang aku tulis kat sini. Tapi, apa-apa pun itulah cabaran bloggers macam kita ni kan? Bla..bla...bla.. keputusannya, Hakim memutuskan untuk meneruskan carta Alien itu. Hahaha (dah dapat kebenaran hakim). Nantikan (tak tau la bila pulak aku dapat buat carta alien tu). Buat masa sekarang, aku busy dengan assignments yang bertimbun tu. Tension-tension. Belum masuk test lagi. Aku ada test Isnin ni, so wish me luck!!

Oklah, gtg, aku nak pergi 'membersihkan' diri. Sejuk sei nak mandi pagi-pagi sangat. Semalam sku bersembang dengan seorang kawan, dia kata 'tinggalkan jer yang lama@sejarah. Kita bukan nak fikir pasal perkara yang dah lepas, sebaliknya sekarang dan masa depan' (lebih kurang lar, aku ada ubah sikit kot). Kalau nak difikrkan betul juga. Bukan betul juga, memang betul, so aku terutamanya perlu lar mengubah 'cara pemikiran' itu supaya aku lebih tumpu kepada masa sekarang dan masa depan. Yang tinggal sejarah, biarlah ianya sejarah. Buang yang keruh ambil yang jernih. To you guys outhere jugak lar. Sekadar nasihat di pagi hari. Kalau rasa baik amik, kalau tak, tak payah (tak yah susah-susah).


aurafitra

0 comments: