Salam,
Rasanya walaupun sudah hampir dua minggu Majlis Konvokesyen UTM yang ke 44 kot, berlangsung, masih terngiang-ngiang peristiwa yang berlaku sekitar hari itu. Walaupun aku belum lagi menamatkan pengajian, tetapi meraikan kawan-kawan itu juga serasanya seperti aku sudah berjaya di sini. Ianya membakar semangat untuk aku lebih berjaya dalam pelajaran. (Cewahhh).
Hari itu bermula awal, gara-gara ABANG REMY mengejutkan aku kerana pas masuknya. Aduh, bukan main mengantuk lagi aku nak bangun, tetapi kerana memikirkan kawan, aku tetap lar memaksa diri. Semuanya mengambil masa yang ringkas untuk aku bersiap pergi ke DSI (Dewan Sultan Iskandar). Kalau dah namanya aku, tetap aku. Never say no! On certain things lar. As long as kita mampu nak buatnya apa salah kan? Walaupun, kadang-kadang tu tension juga. Hehe. Dan menapaklar aku di sana keseorang kira-kira 1 jam sebelum tibanya 'penyelamat' aku, SAMEER. Thanks SAMEER, kalau tak, keseorangan lar aku di sana. Macam tunggul jer. Hehehe
Oklah, itu permulaannya, tapi sebaik sahaja graduan@kawan-kawan aku keluar dari dewan tu, suasana bertambah meriah. Kamera pun apa lagi, snap sana, snap sini, hari bersejarah katakan. Begitu juga halnya dengan kitaorang. So, bahagian pertama ni, inilah dia sedikit gambar konvokesyen hari itu.
Fikri: Kita bakal berada disini. Akan kupastikan nama ku disini.
Adik: Nama ko sorg jer ker?? aku pun nak gak!!
Sameer: Semua perasan!!!! Yg tangkap gmbr ni lagi perasan.. hahaha
Adik: Nama ko sorg jer ker?? aku pun nak gak!!
Sameer: Semua perasan!!!! Yg tangkap gmbr ni lagi perasan.. hahaha
Ni pulak saat dan ketika masing-masing telah penat dan dahaga. Tambahan dengan cuaca yang begitu panas, memang enak andai kiranya mengenakan abc ataupun ci kong.. fuh sdap.. di tambah dengan nasi campur.. lagi sedap... malangnya, pekena sup jer.. sedap2x.. tapi mahal yg amat!!! Muka ceria tp sbnrny rugi + menyesal.. hahaha
Comelnya yg 2 dari kiri tue.. hehe
Hahaha.. ke terbang bebas!!!
So, serba sedikit ini lar gambar di hari bersejarah itu. Masih banyak gmbr yang aku nak upload, tp memandangkan ada kerja lain yang perlu dibuat, aku buat lar kerja lain dulu.. hehehe Tp yang paling mahal adalah gambar ni... Jeng..jeng..jeng...
Ok lar, itu yang paling SURPRISE!! Aku dah konvo rupanya.. aiyoyo... hahahaha yg lain jgn jeles ea.. siap pekena jubah lagi.. akibatnya pulang lewat kena denda.. tp bukan sengaja tau.. mmg nak pulangkan semalam, rupanya semalam dah tamat tempoh hantar.. dapat jubah ni pun hari rabu.. biasa lar tue.. bukannya office buka sampai malam kan?? heheh Nantikan bahagian 2 pula.. hahah lagi surprise!!!! Sekadar hiburan jer.. jgn panaih2x na!!!
aurafitra
2 comments:
perasannyer die dah konvo ek bang...nasib baik macho..kakkakakkak
hahaha dip dah dulu..aku baru perasan comment ko Nik
Post a Comment