Salam,
Puasa yang ke21 betul-betul menguji diri aku. Mana tidaknya, tatkala kita sedang sibuk berhempas pulas menyiapkan Jurnal yang nak dihantar, aku diserang pening dan demam yang agak ketara juga lar. Demam, ok lagi, atleast aku masih boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa, tapi pening yang aku dapat tu seingat aku, baru dua kali dalam hidup aku kena. Ya Allah, sakitnya bukan main. Sampaikan aku nak bangun dari katil pun tak mampu. Pagi ni jer Alhamdulillah sikit, peningnya dah reda, so bolehlar aku menyiapkan jurnal aku tu. Ini pun masih terasa akan sakitnya kepala dan badan aku. Betul-betul menduga diri aku! Dah lah hari ni nak pergi Bandar Tenggara, rumah mak angkat nak berbuka, aku pulak macam ni, elok nak bergumbira, sekali aku kena berduka. Huhu
Hari raya pun dah semakin menjelma. Hanya tinggal beberapa hari lagi. Dan aku akan melangkah meninggalkan bumi Johor ni pada Selasa depan. Pertamanya aku gembira sebab nak balik rumah berjumpa dengan Ayah aku yang sudah agak lama aku tak jumpa. Keduanya, mestilah menatap akan kecomelan anak-anak buah aku yang tiga orang tu. Yang ketiga, mestilah aku nak menjamu memenuhkan perut aku dengan masakan yang enak-enak. Itupun kalau ada lar. Buat nya aku balik rumah aku dekat Perak tu, beli jer lar. Tapi so far aku balik Rawang. Raya. Bukanlah aku tak gumbira menantinya. Bukan ker raya tu adalah hari kemenangan kita umat ISlam setelah sebulan berpuasa? Tapi mungkin kerana aku telah berganjak usianya, maka raya itu bagi aku seperti biasa. Tak banyak perbezaan dengan hari lain. Mungkin perbezaanya, banyak makanan yang terhidang di atas meja. Yang lain tak ada beza pun bagi aku. Itu aku lar. Orang lain tak aku rasa. Mungkin kalau aku masih berumur 10 tahun, raya itu sungguh bermakna dalam diri aku ni. Tapi aku yg telah berganjak ke usi 25 tahun ni, rasanya macam biasa jer lar. Tak ada apa pun. Nak-nak, asignment bertimbun di hadapan mata ni. Nak raya, fikir asignment. Boleh ker macam tue? Terpulanglah kan. Nak buat macam mana.
Oklah, tiba-tiba aku rasa macam tak sedap badan jer ni. Kepala pun sama. Katil macam memanggil-manggil. Bukan nak tdur pun, baring jer. Bayangkan semalam, lepas berbuka, terus landing sampai lar pagi tadi. Tak ada lar lena sangat pn tidur. Tapi kerana sakit tu, aku macam kena berbaring jer. So di kesempatan ni, sapa yang baca blog aku ni, aku nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Maaf ea, dah lar aku ni 'jahat banyak' semua rasanya bengang jer dengan aku ni kan? Hahaha so dari hujung rambut sampai ke hujung kaki aku memohon maaf. Andai kata tersalah kata, tersalah buat, biasa lar tu, maaf ea. Aku dah maafkan korang semua, kalau ada yang buat 'jahat' dengan aku tu. Hahaha perasan betul. Mungkin rasanya agak awal, tapi lepasni takut tak sempat dah. Yer lar, ni dapat internet pun dah kira baik.. hahaha Ok lah SELAMAT HARI RAYA!
aurafitra