Friday, November 6, 2009

Malacca Trip

Salam,

Hai, berjumpa lagi kita. Dah ada peluang, aku gunakanlah nak online ni. Hahaha So hari tu aku ada bagitau kitaorang pergi Melaka kan. So ini adalah antara gambarnya. Banyak sangat gambar sampai tak larat aku nak upload.









Sekitar Bangunan A famosa (kalau aku tak silap)










(masih sekitar afamosa)










Kat Muzium Kapal Samudera ( hahaha main hentam jer nama)

Oklah, setakat ini itu jer lah gambar yang sempat aku upload. Tak larat dah sebenarnya nak mengupload ni. Bukan satu kerja yang senang. Sebenarnya kan banyak sungguh pengalaman sepanjang perjalanan ni. Ada yang menarik, dah tak kurang yang sedihnya (yg sedihnya ada yang kena marah) entah lar, aku pun tak tau lar, tapi rasanya itu perkara biasa apabila berada di dalam satu kelompok yang besar dan terasing di negeri orang. Huhu

Pengalamnnya nanti aku ceritakan sebaik sahaja aku naik sem kalau aku ingat lagi lar apa yang berlaku. Akak flexible lar, sesat pusing bandar lar (bukan aku), confius nak pergi mana lagi, makan pun masalah macam-macam lagi lah. Oklah ciao


aurafitra

Wednesday, November 4, 2009

Sacrifice Or????

Salam,

Tamat Sebuah Peristiwa

Peristiwa? Macam gempak jer, tapi apa yang sebenarnya berlaku nie? Hehehe tak ada apa pun, cumanya final exam aku dah habis. Hahaha betapa happynya aku kala ini. Maklumlah waktu aku sedang bergembira di perpusatakaan, masih ada geng yang masih tekun menjawab pekse. Selamat menjawab lar weih (walaupun aku tau waktu ni korang dah habis dah pun jawab ahahahaha). Happy sesangat. Tapi yang membuatkan jiawa aku kacau ni, aku sorang-sorang jer kat sini. Yang lain semua dah balik. Sedihnya. Tapi tak ada, kesedihan aku akan terubat esok. Melaka, here we come! Hahaha. Secara keseluruhannya, paper aku kali ni, sunggu mencabar. Cuma paper terakhir aku adalah antara paper yang paling mudah untuk aku menjawabnya. Hahahaha Yang lain usah di tanya kerana boleh bikin kepala gua pecah bai! Dari empat paper final, yang boleh bla rasanya dua paper jer.. itupun hentah apa keputusan pun aku tak tau. Huhu

Melaka

Pa yang best dengan Melaka? Kalau nak ikutkan kejujuran hati aku ni, rasanya memang tak best pun. Aku ni bukan lah peminat bahan-bahan sejarah ni,setakat dapat lihat sekali dalam hidup pun dah cukup. (Jangan panas orang Melaka). So, apa yang membuatkan aku nak pergi Melaka ni? Lain tak bukan kerana 'kebaikan hati' aku ni. Hehehe Bukan lah nak kata tak ikhlas aku pergi sana. Happy tu nak pergi, tapi hakikatnya sebelum aku adjust hati aku ni, awalnya semua kerana terpaksa. Kalau tak kerana kawan-kawan yang dah nak grade ni aku tak pergi. Tapi fikir punya fikir, akhirnya hati aku teradjust dengan sendirinya. Hehehe

Persoalannya, wajar atau tidak aku pergi? Bagi aku mestilah wajar. Kawan bukan senang nak cari. Yang itu kita ada, itu jer lah. Habis jer hidup kita kat universiti ni, entah bila lagi kita nak jumpa. Entah mungkin ada yang kata Family first, yes it is. Sapa yang boleh sangkal. Tapi kawan pun sama juga kan? Itu bukan senang nak jaga hati semua pihak. I said again and again and again. Tapi besar ganjaran kalau kita dahulukan orang lain dari hati kita. Aku sendiri pun banyak kena sacrifice nak pergi Melaka ni. Bukan lar sacrifice dari segi apa, kewangan jer, tapi itulah namanya pengorbanan. Tapi walaubagaimanapun, terpulang kepada kita untuk menentukan jalan yang kita pilih. Tak ada sapa yang boleh pengaruhi kita walaupun sebesar mana halangan yang ada. Sepatutnya begitu lah.

Oklah, aku tak ada idea dah sebenarnya. Nak balik tapi hujan rasanya. So terpaksa lar aku bertapa di sini lagi. Start hari ni aku dah cuti mungkin selama lebih sebulan. Entah apa nak buat pun aku tak tau lar. Oklah ciao

aurafitra