Saturday, July 24, 2010

Back In Business

Salam,

Bertemu sekali lagi. Tak ada apa pun dalam fikiran yang boleh dijadikan nukilan di sini sebenarnya. Sekadar memastikan blog ini tidak berabuk. Daripada letih nak bersihkan sawang, eloklah kiranya mengambil tindakan drastik dengan mencegahnya, betul tak? Bak kata pepatah melayu (kalau ianya pepatah) mencegah lebih baik daripada mengubat. Entah apa yang nak diubat pun tak tau.

Untuk menjadi seorang bloggers yang efektif dan efisien, sebenarnya aku rasa memerlukan kesabaran, tenaga, idea, dan bermacam-macam lagi yang perlu oleh seorang bolggers. Bak kata orang, semuanyalah. Bukan senang sebenarnya nak menjadi bloggers. Banyak cabaran dan rintangan yang perlu di hadapi (hehehehe). Yer lah, kalau dah tak rajin tu (macam aku) herm, akibatnya berabuk lar blog yang pada awalnya bukan main bersemangat buat. Akhirnya, yang di kejar tak dapat, yang di kendong keciciran. Apa yang di kejardan di kendong, fikirlah sendiri. Masing-masing mempunyai tujuan dan matlamat tersendiri dalam berblog. Dan ada juga yang suka-suka ataupun sekadar mengikut bloggers yang di kenali. Dan aku bolehlah digolongkan di dalam golongan ini. Sekadar suka-suka dan akhirnya jadilah begini. Nak tak nak jer. Kesian blog aku ni. Yer lah dulu waktu awal-awal bukan main semangat lagi nak berblog. Pagi petang, siang dan malam, buka jer laptop, blog yang di buka, dan mesti ada yang hendak di post. Waktu tu, duduk bilik single dan line internet pun bagus (kenangan di UTM). Tapi sejak dua menjak ni, bermacam isu yang keluar pasal bloggers (bukan sejak dua menjak, dah lama dah lar) aku nak tulis pun berani tak berani jer. Bahaya. Apa yang bahaya?? Jawablah sendiri, nanti kalau aku jawab kat sini di katakan memerli pulak. Datang pulak orang kat rumah ni, Ish janganlah. Lebih baik amik jalan selamat, dari tak selamat. Dan ada juga terfikir nak stop jer berblog, tapi sayang pulak. Yer lah bak kata aku tadi, penat lelah awal-awal rasa cam rugi lak. Tu yang malam ni, ambik juga masa untuk update blog ni, dan mungkin tak akan bersawang lagi. Hopefully...

Panjang juga para kat atas tu kan? Tiba-tiba pulak ada idea mencurah-curah pasal blog ni. upset agaknya aku ni. Tengok tengok tennis, sekali Ferrero kalah da.. bukan setakat dia, Davydenko pun kalah. Pa kes. Lagi malas aku nak tengok. Davydenko, Davydenko, merudum sesangat lepas dia baik dari injured dia. Harap-harap he's going to be at the top again. Love when he beat such a great players like Rogers, Djokovic, Nadal, Murray. Pergh, its been amazing watching him playing, at that time lar. Tapi sekarang, its Nadal time, just i dont like him at all. Really, i am. Just dont ask me why. Hehehe

So untuk permulaan bagi aku menghidupkan kembali blog ni, ini jer lah untuk malam ini. Its gonna be so much more ahead. Just wait and dont forget to read, hehe kalau ada. If not, doesnt matter, as long as i'm happy typing all this, its ok. So, see you next time, Ciao. Have a great weekend guys!

aurafitra


0 comments: