Tuesday, August 31, 2010

Kuih SOM-SOM (our way)

Salam,

Hari ni genap sudah 21 hari kita menyambut ramadhan almubarak. Ini bermakna tidak sampai 10 hari, kita akan sama-sama menyambut hari lebaran yang di nanti-nanti, terutama kanak-kanak. Kita yang sudah dewasa ni, menyambutnya dengan alar kadar sahaja. Begitu juga dengan aku. Tapi entry kali ni bukan lar berkenaan dengan 10 malam terakhir ramadhan, tetapi seperti tajuk yang tertera di atas. Hehehe, kuih som-som versi family aku. Ejaannya sum-sum atau som-som pun aku tak pasti. Disebabkan seorang rakan di BP eja som-som, aku pun ikut jer lar. Nak buat macam mana, aku ni sedikit jahil akan nama-nama kuih ni, apatah lagi ejaan nya. So inilah sedikir gambarnya.

1. Sebaik keluar dari Peti Ais



2. Air Gula.. (black sugar)


3. Masukkan gula



4. Setelah gula di masukkan, inilah bentuknya



5. Apalagi, makan lar hahaha



Inilah rupanya kuih som-som. Selamat mengenal kepada yang tak kenal. Hehehe bon apetite!

aurafitra

Sunday, August 15, 2010

Puasa

Salam,

Hari ni merupakan hari ke 5 umat islam seluruh dunia berpuasa. Tinggal dalam s3 hari lagi untuk kita menyambut hari raya dan tamatnya bulan puasa ni. Adakah bulan puasa ni di sambut dengan sepatutnya? Entah lah, aku rasa masih jauh dari landasan untuk betul-betul mengimarahkan bulan ini. Bulan yang hanya setahun sekali sepatutnya perlu di sambut dengan meriah dan di nanti-nanyi dan memenuhkannya dengan amal ibadah, adakah kita tergolong dalam golongan ini? Tepuk dada tanya diri sendiri. Jawapannya memang sudah berada di dalam diri kita sendiri, sedar atau pun tidak.

Ada juga antara kita mengambil kesempatan di dalam bulan puasa ini untuk menurunkan berat badan yang terlebih sini dan sana. Persoalannya, adakah ini niat yang betul? Entah, aku pun tidak tahu jawapannya. Bagi aku, itu adalah merupakan salah satu kelebihan berpuasa andainya kita melaksanakan dengan betul. Selain daripada menurunkan berat badan, berpuasa seperti yang di ketahui juga adalah baik untuk kesihatan setelah setahun kita memenuhkan dalaman kita dengan pelbagai makanan, kan? Aku bukan lah arif sangat, sekadar terlintas di fikiran, aku tulislah. Bagi aku, entah lah, samada berjaya atau tidak turunkan berat yang sudah berlebih ni, tunggu dan lihat jer. Harap-harap dapatlah turun sedikit, walaupun tak banyak. Ia kemudiannya, dapat melatih aku mengawal nafsu makan, walaupun aku rasakan aku ni bernafsu terhadap makanan (hahahaha).

Puasa kali ini juga di Malaysia terutamanya, seperti dikatakan di dalam akhbar, cuacanya sedikit sejuk sebab berlaku di dalam musim angin monsun barat daya (betulke). Adakala rasanya betul juga, sebab angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan hujan di malam hari. Kadang-kadang panasnya boleh tahan juga. Tapi itulah salah satu dugaan berpuasa. Bukan sahaja menahan diri daripada lapar dan dahaga, malah terpaksa menempuhinya di tengah-tengah cuaca yang agak panas. Cubaan bagi umat Islam seluruh Malaysia dan negara-negara yang berada di iklim khatulistiwa. Hehe Geografi pun leh masuk.

Puasa kali ini, aku menyambut penuh di rumah, berbanding puasa tiga tahun lepas yang mana aku masih bergelar pelajar dan menyambutnya di sana. Suasananya tentulah berbeza. Yang pastinya, duit aku tidak perlu keluar untuk membeli keperluan berbuka. Sebaliknya hanya duduk, menunggu makanan terhidang dan berbuka jer lar. Tapi sebenarnya, suasana berbuka, membeli di bazar ramdhan bersama-sama sungguh mengamit kerinduan aku di sini. Rindunya nak berbuka macam tu. Best rasanya walaupun kadang-kadang kat sana rindu juga nak berbuka di rumah. It was one of the best memories during my time there. Rindunya. Puasa tahun kedua, sebelum keluar membeli makanan berbuka, biasanya aku akan mengupdate blog ni dengan bermacam-macam cerita. Kadang-kadang apa jer aku masukkan untuk memenuhi blog aku ni. Pastu, ketukan di pintu merupakan petanda aku dan rakan-rakan akan pergi membeli makanan. Itulah rutinnya. Belum lagi dengan bersahurnya. Dekat rumah ini, ikutlah,bersahur atau tak, sama jer sebab tak buat apa, duduk jer tak memerlukan tenaga sangat. Dulu belajar, kelas masih ada, oleh itu sedikit tenaga di perlukan.

Cukuplah aku update untuk hari ni, idea masih ada tapi simpan untuk hari akan datang. AKu rasa, berblog ini juga merupakan satu terapi untuk meluahkan perasaan dan apa yang berada di dalam fikiran kita ni. Bukan mudah sesetengah dari kita untuk berkongsi secara bersemuka dengan entah sapa, tapi di sini kita menulis tanpa perlu memikirkan apa yang orang rasa. Ada juga mempersoalkan, kenapa perlu kita kongsi dengan satu dunia dengan berblog. Entah, tak tau, tapi bagi yang berblog, rasanya itu adalah sesuatu yang bukan perlu tapi satu kehendak untuk bertulis dalam menyatakan buah fikiran dan perasaan. Kan? So, marilah berblog (hahahaha) dan SELAMAT BERPUASA!

aurafitra


Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan AL Mubarakh

Salam,



Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak, Semoga kedatangannya memberi 1001 erti...

aurafitra

Saturday, August 7, 2010

Ipoh, Bandar KU

Salam,

Hari tu aku berkesempatan meluangkan masa melawat Ipoh, tanah di mana aku membesar. Pergi pun sekejap jer, bawa kawan melawat. Dia tak pernah sampai Ipoh, so aku pun apa lagi, snap lar itu dan ini. Hasilnya, inilah antara bandar Ipoh yang very nostalgia bagi aku hehehe














So inilah antara pemandangan bandar Ipoh yang sempat di tangkap. Hehehe Enjoy, marilah bersama-sama memeriahkan lagi Ipoh bandar ku. Hehe

aurafitra


Friday, August 6, 2010

Road Bully

Salam,


Bulan Julai dah 6 hari berlalu. Kini bulan baru pula muncum dan bermulah juga bulan yang di nanti-nantikan oleh semua umat Islam senatero dunia. Puasa. Hanya beberapa hari sahaja lagi umat Islam dunia terutama di Malaysia akan menempuhi bulan yang penuh barakah ini. Persoalannya, adakah kita menanti atau kita merasakan bulan ini adalah merupakan bulan yang kita tak nak tempuhi? Harap-harap kita tergolong dalam kumpulan pertama lah yer. Dan ingat, bulan puasa juga bukanlah bulan untuk kita berbelanja besar, hendaknya kawal lah nafsu makan tu. Sejarah membuktikan, membazir jer semua tu, tak kan habis punya (sejarah aku lar, orang lain, tak tau).

Tapi entry kali ini bukanlah berkenaan dengan puasa. Belum lagi aku nak menulis berkenaan dengannya. Seperti apa yang pernah aku katakan dahulu, aku teringin nak sentuh pasal samseng jalanan dan tanggungjawab kot (rasanyalah, malas pulak nak buka entry sebelum ni). Apa yang membuatkan untuk aku menulis berkenaan dengan perkara ni, kerana aku telah melihat dengan dua mata aku sendiri perkara yang berlaku. Sungguh menakutkan. Walaupun rasanya tidak lah berapa 'menakutkan' apa yang berlaku, tapi bagi aku ianya sudah cukup menggerunkan. Macam mana boleh wujud perkara macam ni?

Persoalan tu rasanya tak patut di persoalkan di sebuah negara yang aman lagi harmoni ni (mengikut katanya lah). Kalau kita semua tidak mementingkan diri, bersabar, rasanya semua perkara ini tidak akan berlaku. Masing-masing tidak memikirkan tentang keselamatan diri mereka dan keluarga mereka. Nanti siapa yang susah. Mereka dan keluarga mereka juga. Bukan orang lain. Di atas jalan, memang menyusahkan orang lain. Kenapa ea???? Kalau lar semua mengikut undang-undang, berbuat baik di atas jalan raya, semua perkara yang tak elok berlaku di atas jalan rasanya tak akan berlaku. Ini tidak, tengok orang laju makin laju, di himpitnya. Kadang-kadang aku pun tak faham. Cubalah memahamkan aku. Itu sebab aku sungguh takut akan keadaan di sini, jadi fobia pun ada. Cuba lar bertimbang rasa sikit, kalau semua bertimbang rasa macam tu, aman dunia. Kan???

aurafitra