Saturday, February 26, 2011

Tanpa Gagal

Salam,

Its been a while since aku tak update blog ni. Tapi hari bukan lah nak update pasal 'nama di beri' coz nama  panggilan aku tak ada specialnya. Dari kecik nama diberi begitu, sampai kebesarlah orang panggil nama aku tu. So nothing special yang boleh diceritakan berkaitan dengan nama panggilan yang boleh membuatkan orang tergelak sampai terguling-guling. Haha, tapi n3 kari ini hanya lah sekadar memenuhi kehendak hati yang ingin update blog ni daripada minggu lepas lagi tapi sehingga lar saat aku menaip tadi, ada saja gangguan yang menghalang. Macam biasa lah gangguannya kan? MALAS. 

Tanpa Gagal. Kenapa tiba-tiba tajuk tu yang aku tulis kat atas tu. Entah, terlintas dengan sendirinya tatkala aku sedang menikmati taufu fa di pagi hari. Adakah kenikmatan taufu fa yang memberi aku ilham akan tajuk ini? Tanpa gagal aku harus menghabiskan taufu fa yang sungguh enak ini! Rugi lah kalau tak habis kerana sesungguhnya pembaziran itu bukan lah sifat orang terpuji malah mereka bersaudara dengan syaitan, nauzubillah! Minta di elakkan. Makanya kali ni, apa yang akan tertulis di bawah ini, maybe tak ada kaitannya dengan tajuk yang di tulis di atas. 

Memikirkan apa yang hendak di tulis ni sebenarnya susah juga. Kalau dah tak ada idea tu tak ada idea juga. Macam mana lah seorang penulis boleh menghasilkan sebuah buku yang panjang berjela? Tabik hormat dekat mereka yang boleh mencurahkan pelbagai idea di dalam sebuah naskhah yang dinamakan buku. Termenung! Termenung adalah merupakan satu penyakit atau habit? Adakah ianya bad habit atau just habit, tetapi bukan just harry. Apabila seseorang itu berada di satu alam yang lain (alam yang lain?) hasil daripada ketidaketahuan untuk melakukan sesuatu, mereka akan cenderung untuk termenung sambil memikirkan apa yang hendak di lakukan atas sesuatu tugas atau kerja yang sedang di lakukan. 

Entah apa yang aku merepekkan pun aku tak tau. Oklah, usaha aku untuk medapatkan idea nampaknya gagal. Di lain hari mungkin aku akan update sesuatu untuk blog ini. Ciao, salam and happy weekend!

aurafitra

Sunday, February 6, 2011

Penantian SATU PENYEKSAAN

Salam,

Penantian itu satu penyeksaan! Memang betul kata orang tua dahulu kala, memang menyeksakan apabila kita di takdirkan untuk menunggu. Sungguh bijak pemikiran mereka sehingga kita masih menggunakan istilah dan pepatah mereka yang terlebih dahulu makan garam dari kita. Sedar atau tidak, sepanjang hidup kita ni memang akan sentiasa menunggu dan menunggu. Nak tak nak, terpaksa hadapinya samada kita boleh berhadapan dengannya atau sebaliknya kita yang tersungkur dengan menunggu. Tengah 'menunggu' tadi sambil perkena teh ais, aku terfikir, menunggu memang menyeksakan tetapi seksaan itu bukan hanya pada waktu itu tetapi untuk kemudian hari, setelah menempuh alam kehidupan yang lain. Sedar kah kita akan hakikat itu? Rasanya, kita kadang hanya mampu memperkatakan akan penyeksaan itu tanpa kita sedari ianya akan memberatkan amalan di sebelah kiri ni.

Cuba kita fikir, dah lah dengan menunggu menyeksakan batin dan sanubari, di tambah dengan maki hamun yang keluar dari mulut kita ni, mana tak nya. Memanglah menempah bala di kemudian hari jer. Cuba la kalau menunggu tu di sulami dengan kesabaran, maka semua itu tidak akan berlaku. Tapi siapalah aku terutamanya dan kita umumnya di tambah umat zaman sekarang, cukup laju bagai air sungai yang mengalirn keluarnya kata-kata yang tanpa kita sedar akan keluarnya kata-kata yang entah apa. Itu belum hati yang entah apa kita carutkan kerana hanya menunggu. Memang betullah penantian itu satu penyeksaan. Bukan sahaja penyeksaan present tapi di future yang nak tak nak terpaksa kita hadapi akan balasannya. Tapi kenapa kah kaum kita aka aku ni terkenal dengan tak pernah on-timenya? Adakah itu hakikat atau hanya sekadar mainan bibir? Janji Melayu.. Kadang-kadang sedih sebab yang masih memperkatakannya kita kaum Melayu sendiri juga. Tak semua macam tu dan hakikatnya kita sudah semakin berubah kerana masih ramai yang tidak suka menunggu dan membuat orang menunggu. Berubah demi masa depan!

aurafitra

Wednesday, February 2, 2011

Chinese New Year

Salam,



Happy Chinese New Year! Gong Xi Fa Cai! Hahahaha Rindunya lama tak dapat limau dari my best friend. Hahaha Kalau tidak, every chinese new year for the past three years, mesti dapat limau punya. Satu kotak. Keyang sampai tak larat dah nak makan. Rindunya time-time macam tu. Tapi sekarang pun dapat juga, cuma dari mak cik aku lar dia dapat kat tempat keje dia. Huhu Apa-apa pun happy chinese new year, to all my friends and semua yang menyambutnya. May this year brings a lot of happiness and prosporeos.


aurafitra